HULU TERENGGANU – Pencarian Ami Azzizol Abu Bakri,22, yang lemas di Sungai Petuang, Tasik Kenyir berakhir pada hari keempat apabila mayatnya ditemui hari ini.
Mayat pengantin baru itu dijumpai terapung pada pukul 7.10 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilihat tenggelam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, mayat Ami Azzizol yang berasal dari Sungai Buaya, Dungun dijumpai seorang pengusaha rumah rakit.
“Dia kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa sebelum anggota Polis Gerakan Marin bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat mangsa yang terapung di permukaan tasik telah diangkat anggota bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan lelaki berasal dari Sungai Buaya, Dungun berkenaan dilaporkan lemas dipercayai akibat kekejangan otot ketika sedang mandi di dalam sungai tersebut yang terletak berhampiran sebuah rumah rakit disewa.
Terdahulu, Ami Azzizol yang baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, Syarifah Ramli, 21, bercuti bulan madu di rumah rakit berkenaan bersama keluarga mentuanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MACHANG: Keseronokan sekumpulan remaja berkelah di air terjun Jeram Linang, Banggol Judah, di sini, hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Mangsa Muhammad Aiman Ikwan Azmi, 19, yang juga pelajar sebuah kolej di Kota Bharu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas jasadnya berjaya dibawa naik ke darat.
Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintenden Ganti Jimmy berkata, mangsa bersama lapan rakannya sebelum itu mandi di air terjun Jeram Linang pada 1 tengah hari tadi.
Katanya, pada 2.45 petang, mangsa didapati tenggelam dan tidak timbul semula ke permukaan air menyebabkan rakan-rakannya cuba membantu, namun tidak berjaya kerana arus deras.
“Dalam tempoh 15 minit ketika usaha menyelamat, mangsa secara tiba-tiba timbul di permukaan air dan dibawa naik ke darat.
“Seorang daripada rakan mangsa menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian,” katanya, lapor Harian Metro.
Menurutnya, setibanya anggota bomba di lokasi kejadian, tindakan untuk menyelamatkan mangsa dibuat, namun gagal dan remaja lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
90 PERATUS MAJIKAN GAGAL PATUHI AKTA 446 DI PAHANG
BENTONG: Hampir 90 peratus majikan yang telah diperiksa didapati gagal mematuhi Akta 446 iaitu sebanyak 623 majikan telah diberikan notis pematuhan dan perlu mengambil tindakan segera agar tidak didakwa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Hussain berkata, daripada 853 majikan itu, hanya 89 majikan sahaja yang mematuhi Akta 446 dan peraturan-peraturan di bawah akta.
Datuk Seri Johari Hussain meninjau antara kemudahan yang disediakan di kawasan ‘perumahan’ pekerja Genting Malaysia Berhad diiringi oleh Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman.
Katanya, sebanyak 34 kertas siasatan telah dibuka sepanjang operasi dilaksanakan dalam tempoh tersebut bagi tujuan pendakwaan.
Beliau berkata demikian selepas melakukan Operasi Perakuan Penginapan di Bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang diadakan di Resident Staff Centre (RSC), Genting Highlands Resort, di sini, hari ini.
“Kerajaan Pahang telah melakukan pemeriksaan terhadap 853 premis majikan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Februari 2021 hingga 23 Mac 2021 pada Ops Perakuan Penginapan Akta 446 dengan melibatkan seramai 36,305 pekerja.
Datuk Seri Johari Hussain turut mencuba peralatan gimnasium yang disediakan di RSC , hari ini
“Tindakan ini bukan bertujuan menghukum mana-mana majikan sebaliknya ingin memastikan majikan dapat menyediakan penginapan yang sesuai dan selamat kepada pekerja serta bebas daripada penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Katanya, majikan yang didapati gagal memohon perakuan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 di bawah Seksyen 24D (3) dan mana-mana penyedia penginapan berpusat boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24D (4), (Akta 446).
Turut hadir, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang, Pezman Che Husin, Pengarah PERKESO Pahang, Tarmizi Mukhtar, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Wan Sarimah Awang dan Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman.
Katanya, pihak kerajaan Negeri Pahang sangat komited melaksanakan operasi itu apabila negara mencatatkan sebanyak 527 kluster yang membabitkan tempat kerja.
Datuk Johari (tengah), Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang, Pezman Che Husin (kanan) dan Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman. (kiri)
Beliau berharap agar majikan dapat mengambil tindakan segera dengan menyediakan penginapan pekerja yang selamat, selesa dan kondusif kepada pekerja dan memohon Perakuan Penginapan daripada JTK Pahang dengan kadar segera.
Operasi bersepadu turut melibatkan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, PERKESO, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kira-kira 20 pengusaha ikan sangkar di Kampung Lada, Kampung Perias termasuk Jerantut Feri mengalami kerugian besar akibat ikan sangkar peliharaan mereka yang boleh dijual minggu ini mati sejak dua hari lalu.
Tinjauan SAHIH, dianggarkan 80 buah sangkar terlibat dengan kejadian itu dan kira-kira 160,000 ekor ikan mati dengan kerugian keseluruhan hampir RM 1.6 juta.
Seorang pengusaha, Afzalrullah Isharum (28) berkata, sepatutnya ikan-ikan itu boleh dijual minggu ini kerana saiz dan beratnya dianggarkan antara 800 gram sehingga 1.2 kilogram.
Seorang pengusaha, Afzalrullah Isharum (28) berkata, sepatutnya ikan-ikan itu boleh dijual minggu ini kerana saiz dan beratnya dianggarkan antara 800 gram sehingga 1.2 kilogram.
“Minggu lepas, hujan berterusan mengakibatkan beberapa tempat banjir kilat terutama kawasan Hulu Tembeling dan paras air sungai di kawasan sungai tempat ternakan kami turut naik mendadak.
“Sejak dua hari lalu, sebanyak 10,000 ekor mati, punca sebenar masih tidak diketahui, sepatutnya ikan ternakan saya boleh dijual minggu ini, saya fikir hanya sangkar ikan saya sahaja yang terlibat,” katanya.
Antara puluhan ribu ikan mati sejak dua hari lalu di kawasan Kampung Lada, Kg Perias dan Jerantut Feri
Katanya, hujan reda empat hari lalu, bermula air sungai surut banyak ikannya mati, keadaan air sungai ketika itu terlalu keruh.
Seorang lagi pengusaha di Kampung Lada, Zaharah Aidin berkata sudah lima tahun menternak ikan, ini kali pertama beliau mengalami kejadian seperti ini.
Zaharah Aidin berkata sudah lima tahun menternak ikan, ini kali pertama beliau mengalami kejadian seperti ini.
“Kira-kira empat sangkar ikan terlibat dan dianggarkan hampir 10,000 ekor mati, ini lah mata pencarian kami sekeluarga, hasil jualan ikan ini sudah dirancang untuk perbelanjaan sambutan bulan puasa dan hari raya Aidil Fitri, bulan Mei nanti,” katanya.
Sementara itu, Ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang meninjau tempat kejadian turut terkejut dan simpati apa yang dialami oleh pengusaha ikan.
Ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, memohon pihak berwajib untuk menyiasat punca sebenar kejadian ikan mati sebegitu banyak dan melibatkan kira-kira 20 pengusaha ikan dan puluhan sangkar.
“Pihak pejabat parlimen akan berusaha memohon pihak berwajib untuk menyiasat punca sebenar kejadian ikan mati sebegitu banyak dan melibatkan kira-kira 20 pengusaha ikan dan puluhan sangkar.
“Kerugian besar pasti dialami oleh pengusaha yang telah mengeluarkan modal yang banyak dan bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan ikan seperti patin dan tilapia yang boleh dijual minggu ini,” katanya.
Katanya, ternakan ikan sangkar sepanjang Sungai Pahang dari Kuala Tembeling sehingga ke Kampung Gintong menjadi lokasi terbaik penternakan ikan sangkar yang menggunakan air Sungai Pahang di daerah ini dan menjadi buruan pemborong ikan yang datang dari pasar Selayang untuk dijual di Lembah Klang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama tanah air, Datuk Adflin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.
PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, kata Afdlin, menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Kata Afdlin, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam dirinya.
“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.
“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.
Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.
“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.
“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seramai 68 individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan penjenayah buruan polis, Datuk Seri Nicky Liow Soo Hee yang mendalangi kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky.
Bagaimanapun, Nicky Liow kini dipercayai masih bersembunyi dalam negara selepas melarikan diri beberapa jam sebelum operasi serta sempat mengeluarkan lapan buah beg berisi duit dipercayai jutaan ringgit di beberapa bank di Puchong, di sini, lapor Utusan Online.
TAN SRI ABDUL HAMID BADOR
Kesemuanya ditahan di sekitar Selangor dan Lembah Klang menerusi 70 serbuan Op Pelican 3.0 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJk) Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4.
Antara ditahan dua adik Nicky Liow masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 tahun dan 30 tahun serta seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya yang menjadi orang tengah dalam kegiatan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan mendapati Nicky Liow adalah pengasas Winner Dynasty Group yang mendalangi kegiatan penipuan Macau Scam, penipuan penjualan dalam talian, ah Long, pengubahan wang haram serta gangsterism.
Katanya, suspek turut menjadikan 48 unit kondominium di Setiawalk dipercayai berperanan sebagai pusat panggilan bagi menjalankan kegiatan tersebut.
GAMBAR HIASAN
“Daripada 118 diberkas, seramai 48 orang kanan Nicky Liow ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA) 2012, 11 warga China dan seorang Myanmar di bawah Akta Imigresen serta lapan orang lagi didapati positif manakala 50 individu lagi dibebaskan.
“Dalam serbuan itu, kita turut merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru, RM773,145 wang tunai pelbagai mata wang asing serta pelbagai jam berjenama.
“Lapan kenderaan mewah turut dirampas antaranya, Rolls Royce, Bentley, lima Toyota Alphard, Vellfire, BMW, Mercedes, Porsche, Volkswagen dan kesemuanya bernilai RM6.67 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman dekat sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihaknya membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta dan 35 unit kenderaan bernilai RM 8.86 juta melibatkan 21 individu serta 16 entiti di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001.
Katanya, antara entiti dikenal pasti adalah Yayasan Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia selain sedang menjejaki aset lain seperti tanah, rumah dan bangunan.
“Kita percaya anggaran harta dimiliki sindiket ini termasuk saham syarikat, mata wang digital dan hartanah dianggarkan bernilai RM1 bilion.
“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai kaitan dengan jenayah terancang terancang antarabangsa Broken Tooth yang disenarai hitam oleh US Treasury.
“Hasil pemeriksaan juga mendapati Nicky mempunyai 12 jenayah lampau bersabit kes dadah dan jenayah kekerasan termasuk insiden memukul anggota RELA pada tahun 2017,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lepas ditemukan di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru semalam, dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya mendapat panggilan pada 7 malam semalam yang memaklumkan bahawa satu mayat dijumpai di atas bumbung kedai tersebut.
Beliau berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu bekerja mengambil upah mengecat di lokasi kejadian sejak seminggu yang lalu.
“Siasatan awal mendapati tiada kesan perlakuan jenayah,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Nurulhuda berkata saksi memberitahu si mati pernah beberapa kali memanjat pokok mangga di situ untuk mendapatkan buah dan dipercayai mangsa memanjat pokok itu untuk mengambil buah lalu terjatuh di atas atap dan tidak sedarkan diri sehingga mayatnya ditemui.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Kali terakhir si mati dilihat pada petang Jumaat lalu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga mendapat keputusan bedah siasat,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 7.54 malam semalam.
Beliau berkata mangsa yang telah tiga hari dicari oleh keluarganya ditemui dalam keadaan sudah berulat.
“Kita tengok keadaan mayat itu dah berulat jadi kita lakukan kerja sanitasi dan menurunkan mangsa kemudian kita serahkan pada pihak polis,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KANGSAR – Mayat lelaki dalam keadaan berbungkus kain kapan dan kanvas plastik ditemukan di tepi jalan di Kilometer 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau di sini hari ini.
Mayat berbalut kain berwarna putih dan selimut bercorak kartun itu ditemui orang awam di jalan menghala ke Kuala Kangsar kira-kira pukul 10.15 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, anggotanya yang tiba ke lokasi sejurus menerima maklumat mendapati terdapat mayat seorang lelaki dibalut dengan kain dan kanvas.
“Mangsa dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri dan disyaki telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 36 jam.
“Mangsa ditemui memakai kemeja dan berseluar pendek. Terdapat satu kesan luka pada bahagian kepala sebelah kanan namun tidak dapat dipastikan punca luka tersebut,” katanya di sini hari ini, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR IHSAN PDRM
Anuar berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu dipercayai mati di tempat lain namun mayatnya dibawa dan ditinggalkan di kawasan tersebut. Turut ditemui berhampiran mayat mangsa ialah seekor ayam yang telah mati.
“Pemeriksaan di lokasi mangsa dijumpai mendapati kawasan tersebut jauh dari kawasan kejiranan dan merupakan laluan utama yang digunakan dari Gerik ke Kuala Kangsar.
“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti lelaki terbabit,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUAR: Seorang bapa dan anak lelakinya ditemui rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Jalan Manja, Kampung Baru 1, Tangkak, jam 11.50 pagi hari ini.
Jurucakap Jabatan dan Bomba Penyelamat (JBPM) Johor berkata, dua beranak masing-masing berusia 54 dan 15 tahun itu dipercayai terperangkap di tingkat atas kediaman.
“Empat jentera bomba dan sebuah utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dibantu BBP Muar dan BBP Bukit Gambir membabitkan 24 anggota dihantar ke tempat kejadian.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Kebakaran membabitkan dua rumah jenis separuh kekal dan memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Harian Metro.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 1.58 tengah hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Ketika kisah perkahwinan mereka masih hangat diperkatakan, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi mengundang perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi, Kedah tular dalam media sosial.
Dalam foto-foto berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.
Tangkap layar beberapa foto tular yang mendakwa pasangan tersebut berada di sebuah lapangan terbang sebelum berlepas dengan menaiki kapal terbang untuk berbulan madu ke Langkawi.
Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin pada Sabtu lalu itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.
Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat bekas pengacara MeleTOP dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Hasil tinjauan KOSMO! Online tiada sebarang perkongsian dalam Instagram Neelofa dan Haris tentang dakwaan mereka sedang berbulan madu.
Untuk rekod, pasangan tersebut selamat diijabkabul pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.
Bagaimanapun, kebenaran rentas negeri tersebut hanya dibenarkan di antara negeri kategori PKPP juga.
Berdasarkan laporan MKN hari ini, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah PKPP.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan Neelofa akan dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, Sabtu lalu.
Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat kecaman ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!