GEORGE TOWN – Seekor buaya didakwa muncul di atas batu di Pulau Jerejak dekat sini.
Kejadian itu dikongsi pengguna media sosial hari ini apabila satu rakaman video yang dibuat oleh seorang individu dipercayai pemancing dari sebuah bot tular di media sosial hari ini.
Bagaimanapun waktu kejadian berkenaan tidak dinyatakan,lapor kosmo online
Menurut suara lelaki daripada rakaman itu, buaya tersebut didakwa ditemui di kawasan yang dikenali sebagai Batu Belah dalam kalangan pemancing dan nelayan.
Menerusi rakaman berdurasi kira-kira 14 saat itu, buaya bersaiz sederhana berkenaan dilihat sedang berjemur dalam keadaan mulutnya ternganga.
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID 12 September 2021, 2:30 pm Video/gambar media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sepang: Seorang lelaki maut ditetak di hadapan kediamannya di Taman Sri, Sungai Pelek, di sini, malam tadi, sebelum empat suspek diberkas, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 45 tahun itu yang juga penganggur tinggal di rumah miliknya bersama teman wanita berusia 45 tahun.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan teman wanita mangsa, mereka tinggal di rumah itu sejak dua bulan lalu dan merancang untuk berkahwin.
Menurutnya, wanita itu memaklumkan pada 11.30 malam mangsa mengadu ingin muntah dan segera keluar rumah.
“Ketika membuka pintu pagar depan, secara tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna merah dinaiki empat atau lima lelaki berhenti di depan rumah.
“Dua lelaki keluar dari kereta sebelum seorang daripadanya menetak mangsa di belakang badan dan kepala, manakala seorang lagi memukul di bahagian kepala dengan topi keledar lalu melarikan diri,” katanya.
Wan Kamarul berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebilah parang, topi keledar dengan kesan darah di atas lantai.
Katanya, bertindak atas maklumat, kereta digunakan suspek iaitu Proton Iswara berwarna merah dan Perodua Bezza warna putih ditemui di Ladang Sepang.
“Hasil siasatan dan maklumat pada 9.30 pagi hari ini, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor pergi ke Ladang Sepang dan menangkap empat lelaki serta merampas dua kereta terbabit serta empat telefon bimbit suspek.
“Tiga suspek berumur antara 25 hingga 32 tahun mempunyai rekod lampau manakala seorang suspek berusia 33 tiada rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Disiarkan pada: September 12, 2021 @ 8:52pm Oleh Samadi Ahmad am@hmetro.com.my
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
15,662 PENDUDUK BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS BELUM DIVAKSIN DI JERANTUT
JERANTUT: Terdapat 15,662 atau 21.05 peratus penduduk di daerah ini yang berusia 18 tahun ke atas masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama, setakat 12 September 2021.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut mengambil inisiatif untuk menyegerakan pemberian vaksin secara walk-in mulai 13 hingga 15 September ini untuk meningkatkan imuniti kelompok di kalangan penduduk di daerah ini.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Dato’ Mohd Khairi berkata, vaksin jenis Pfizer akan diberi percuma kepada warga dan bukan warga negara berusia 18 tahun ke atas.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Dato’ Mohd Khairi
“Orang ramai yang tiada aplikasi MySejahtera turut dijemput hadir ke lokasi mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
“Orang ramai boleh hadir ke Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut dan di Dewan Dato’ Chu Rahimah Jerantut,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, setakat 12 September, seramai 56,291 (78.95 peratus) orang telah menerima dos pertama, manakala 39,601 (55.54 peratus ) telah mendapat dos lengkap.
“PKD Jerantut mensasarkan seramai 71,300 penduduk 18 tahun ke atas bakal menerima suntikan vaksinasi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
1,600 DOS VAKSIN CANSINO DITERBANGKAN KE PEDALAMAN HULU JELAI
LIPIS: Seramai 4,215 orang penduduk Orang Asli telah menerima vaksin Cansino dos pertama melalui Program Outreach Vaksinasi (POV) Orang Asli yang mula dilaksanakan awal tahun ini dijangkakan mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Oktober ini.
Timbalan Menteri Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Datuk Seri Abdul Abdul Rahman berkata, POV Orang Asli pada awal pelaksanaannya agak perlahan, tetapi sejak bulan Julai lalu bilangan Orang Asli divaksinasi semakin bertambah.
Datuk Abdul Rahman (tengah) dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Hafizi Ibrahim di Program Outreach Vaksinasi Orang Asli dan menghantar 1,600 dos vaksin Cansino di pedalaman Hulu Jelai di Kuala Lipis hari ini.
“Program suntikan vaksin dos Cansino yang bermula hari ini di Pos Lejang, Pos Titom dan Pos Sinderut kawasan Hulu Jelai dengan kerjasama petugas Pejabat Kesihatan Lipis dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menerusi program outreach di penempatan tersebut.
“Misi jangkauan luar ke perkampungan Orang Asli di pedalaman Pahang merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan kerjasama Jakoa,” katanya Program Outreach Vaksinasi Orang Asli dan menghantar 1,600 dos vaksin Cansino di pedalaman Hulu Jelai di Kuala Lipis hari ini
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, bekalan sebanyak 1,600 dos Cansino akan dibawa dengan helikopter bagi mempercepatkan pengangkutan dan kemudahan Orang Asli tiga buah penempatan pedalaman Hulu Jelai menerima suntikan pencegah pandemik Covid-19 mulai hari ini.
“Usaha ini bertepatan serta selari dengan hasrat KPLB supaya penduduk Orang Asli mencapai imuniti kelompok, iaitu sebanyak 100 peratus di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Ini adalah usaha keras yang dijalankan oleh petugas Jabatan Kesihatan dan fronliners di kawasan pedalaman setiap buah negeri dan masyarakat ini sudah mula menyedari keperluan vaksinasi, katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERATUS PERATUS ORANG ASLI TERIMA DOS LENGKAP DI SELURUH NEGARA MENJELANG OKTOBER
LIPIS : Jangkaan seramai 100 peratus Orang Asli akan menerima suntikan vaksin dos lengkap menjelang penghujung Oktober ini melalui Program Outreach Vaksinasi (POV) Orang Asli yang mula dilaksanakan awal tahun ini.
Setakat ini, seramai 124,000 orang atau 83 peratus Orang Asli di Semenanjung telah pun menerima dos yang lengkap vaksin dan hampir seramai 90,000 orang penduduk Orang Asli lagi masih menunggu untuk divaksinasi.
Timbalan Menteri Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Datuk Seri Abdul Abdul Rahman berkata, POV Orang Asli pada awal pelaksanaannya agak perlahan, tetapi sejak bulan Julai lalu bilangan Orang Asli divaksinasi semakin bertambah.
Timbalan Menteri Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Datuk Seri Abdul Abdul Rahman di Program Outreach Vaksinasi Orang Asli dan menghantar 1,600 dos vaksin Cansino di pedalaman Hulu Jelai di Kuala Lipis hari ini.
“Ini adalah usaha keras yang dijalankan oleh petugas Jabatan Kesihatan dan fronliners di kawasan pedalaman setiap buah negeri dan masyarakat ini sudah mula menyedari keperluan vaksinasi.
“Usaha ini bertepatan serta selari dengan hasrat KPLB supaya penduduk Orang Asli mencapai imuniti kelompok, iaitu sebanyak 100 peratus di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya di Kuala Lipis di sini hari ini.
Beliau berkata kepada media selepas melancarkan Program Outreach Vaksinasi Orang Asli dan menghantar 1,600 dos vaksin Cansino di pedalaman Hulu Jelai di Kuala Lipis hari ini.
“Saya yakin segala usaha yang lebih komited Jabatan Kesihatan negeri dan daerah serta kerjasama semua pihak seramai 215,000 orang penduduk Orang Asli di Semenanjung menerima dos lengkap pada akhir bulan Oktober ini.
“Setakat ini, hampir 83 peratus atau 124,000 masyarakat orang asli telah mendapat bekalan vaksin termasuk jenis Pfizer dan Sinovac,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEPANG – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila tersepit selepas lori muatan lima tan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan berat lain di Kilometer (KM) 38.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan awal pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Rosli Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.58 pagi sebelum sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 4.08 pagi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan lima tan telah melanggar bahagian belakang sebuah lori lain,lapor kosmo online
“Mangsa, lelaki berusia 30-an telah tersepit di bahagian pemandu dengan keadaan lori yang remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar ditambah keadaan fizikal mangsa yang berbadan besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit dilaporkan mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki telah dikejarkan ke Hospital Serdang dengan jentera EMRS.
Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL 11 September 2021, 4:01 pm
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu lori lapan tan maut rempuh pembahagi jalan
CYBERJAYA – Seorang pemandu lori maut selepas lori muatan lapan tan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Saujana arah selatan di sini malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Mohmad Rashid Mohmad Said berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira pukul 11.28 malam,lapor
Menurutnya, sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
gambar hiasan
“Setibanya di lokasi 28 minit kemudian, pihak bomba mendapati sebuah lori muatan lapan tan telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan,lapor kosmo online
“Hasil siasatan mendapati terdapat seorang lelaki berangsa India dan berusia 41 tahun tersepit di bahagian pemandu namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Putrajaya sesak, orang luar ‘serbu’ cuti hujung minggu
PUTRAJAYA: Hari kedua peralihan kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Lembah Klang menyaksikan Putrajaya penuh sesak ‘meriah’ dengan kehadiran orang luar.
Keadaan luar dugaan itu turut memperlihatkan beberapa taman awam di sini yang dibuka sejak pukul 7 pagi tadi diserbu pengunjung seolah-olah melepaskan ‘rindu’ untuk beriadah.
Namun sikap segelintir pelawat tidak menjaga jarak fizikal dengan berkumpul mengakibatkan pasukan Putrajaya Command Centre terpaksa tegur melalui pembesar suara alat siar raya.
Video eksklusif berkenaan turut dimuat naik menerusi laman sosial Perbadanan Putrajaya (PPj) memaparkan petugas pusat itu membuat hebahan ‘nasihat’ kepada mereka yang degil.
“Selamat petang, peringatan dari Putrajaya Command Centre, pastikan semua pengunjung memakai pelitup muka jika tidak bersenam atau makan minum, sekian terima kasih,” katanya.
Rakaman berdurasi selama 25 saat itu menunjukkan seorang kakitangan wanita PPj di pusat berkenaan membuat teguran ke atas orang ramai di sekitar Dataran Putrajaya yang sesak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob pada Rabu lalu mengumumkan Lembah Klang beralih daripada Fasa 1 PPN yang dikenakan sejak 15 Jun bagi mengekang wabak Covid-19.
Perubahan fasa itu menyaksikan tiada lagi sekatan jalan raya bermula semalam melibatkan kawasan tersebut termasuk empat di sekitar Putrajaya yang beroperasi sejak 13 Januari lalu.
Tinjauan mendapati, banyak lokasi tumpuan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu terutama dekat Masjid Putra, di Presint 1 dipenuhi kereta seolah-olah ada pesta keramaian.
Malahan akaun sosial PPj turut tular menerima lebih 2,000 tanda suka dan dikongsi ratusan kali oleh netizen selain hampir 1,000 komen dari warganet yang terkejut keadaan di Putrajaya.
“Aduh… Baru sahaja hendak rancang bawa anak kecil jalan bersiar-siar, seram pula tengok ramai begitu,” kata pengguna media sosial yang menggunakan nama Amylda Qismirza Injau.
“Semaklah tengok mereka ni orang luar datang beramai-ramai, kami warga Putrajaya pergi kerja balik kerja sahaja, lain-lain duduk rumah rehat,” kata netizen yang bernama Nazli Hamid.
“Sebelum ini, kita selalu pergi ke situ boleh kira dengan jari berapa buah kereta sahaja yang ada, tapi kali ini jumlahnya ramai pula sampai tiada parkir,” kata warganet dikenali Sukaimah.
Dalam pada itu, PPj menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya mengingatkan hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke taman-taman awam sekitar Putrajaya.
Jumlah pengunjung hanya 50 peratus daripada keluasan taman itu manakala perkhidmatan sewaan basikal akan mula dibuka pada 1 Oktober depan dari 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
Bagaimanapun orang awam dibenarkan berbasikal selain berjoging atau bersenam dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya dua meter di kawasan terbuka tanpa ada aktiviti berkumpul, lapor utusan online
Terdapat 10 taman awam di sini antaranya Taman Wetland, Taman Wawasan, Taman Putra Perdana, Taman Botani, Taman Saujana Hijau, Taman Pancarona dan Taman Rimba Alam
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kota Kinabalu: Kebakaran 26 rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok di sini, hari ini dipercayai bermula dari dapur sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berdekatan.
Kejadian kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan 115 keluarga tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa memaklumkan menyedari dapurnya terbakar ketika sedang makan tengah hari.
“Selepas melihat keadaan api yang besar (marak), mangsa panik dan bertindak melarikan diri dari rumahnya.
“Akibat kejadian itu, beberapa rumah berdekatan turut terbakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 1.07 petang dan 26 rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus, lapor HM online
Katanya, operasi api berjaya dikawal pada 2.23 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Disiarkan pada: September 11, 2021 @ 7:06pm Oleh Juwan Riduan am@hmetro.com.my Video media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB LULUS SEGERA BAIKI RUMAH 18 MANGSA RIBUT PUTING BELIUNG DI KAMPUNG CHEGAR PERAH.
LIPIS : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil tindakan segera untuk membina rumah baharu yang dianggarkan RM50,000 dan membaikki bahagian bumbung rumah yang terlibat dengan ribut puting beliung yang berlaku di Kampung Chegar Perah, Lipis, pada jam 6.30 petang semalam.
Timbalan Menteri (I) KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak 18 rumah rosak teruk dibadai ribut puting beliung dan kementeriannya sedang mengumpul maklumat terperinci untuk membina sebuah rumah yang ranap teruk dan membaiki rumah yang rosak.
“Pada hari ini saya sempat menziarah rumah mangsa ribut setelah dimaklumkan kejadian tersebut petang semalam, saya telah menghubungi KPLB untuk mendapatkan kelulusan bantuan segera kepada mangsa.
“Ada sebuah rumah akan dibina semula kerana ranap teruk dan mangsa kini menumpang di sebuah rumah kosong di kawasan kampung ini,”katanya ketika meninjau rumah mangsa dan menyerahkan bantuan segera kepada mangsa di kawasan Masjid Kampung Chegar Perah, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Chegar Perah, Ahmad Awang Derani berkata, seramai 49 orang terdiri daripada 18 buah keluarga termasuk warga emas yang keseluruhan kediaman mereka mengalami kerosakan di bahagian bumbung, bagaimanapun kejadian tersebut tidak membabitkan kecederaan mangsa dan kemalangan jiwa.
Ahmad Awang Derani berterima kasih kepada Timbalan Menteri 1 yang sangat cakna dengan kejadian yang menimba penduduk di Kg Chegar Perah, semalam
“Saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri yang sanggup hadir meninjau kampung ini dan bertindak membantu membaiki dan membina rumah mangsa yang terlibat,” katanya.
Seorang mangsa, Nor Akmar Shaari ,32, berkata, ketika kejadian dia berseorangan di rumah dan berehat di biliknya.
Nor Akmar Shaari , nyaris dihempap bahagian bumbung rumahnya yang runtuh dalam kejadian ribut itu, semalam
“Saya terdengan bunyi gauman yang sangat kuat di luar rumah, tiba-tiba bumbung bahagian dapur dan bilik runtuh, betul-betul di hadapan saya, kira-kira semeter daripada saya yang kebetulan duduk di sudut bilik.
“Runtuhan itu turut merosakkan barangan dapur dan bilik saya yang disusuli hujan lebat dan hujan batu,” katanya.
Seorang mangsa, Mohd. Nor Mat Saman berkata, ketika kejadian yang disertai hujan lebat dan angin kuat membadai rumahnya termasuk beberapa rumah jiran lain.
Mohd. Nor Mat Saman bersyukur kerana rumahnya akan dibina baharu kerana ranap teruk dalam kejadian ribut tersebut, semalam.
“Semasa ribut kuat itu, rumah saya turut dilanda ribut diikuti hujan lebat dan hujan batu, ketika itu saya, isteri dan anak berada di dalam rumah, mujur angin kuat menerbangkan bahagian bumbung rumah saya dan tidak runtuh.
“Kalau runtuh saya tidak tahu apa akan berlaku kepada kami, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Lipis yang melawat kami dan mangsa lain serta memberi sumbangan kilat hari ni,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!