Yan: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai di Kampung Perupok, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.35 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang diketuai Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib dikejar ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, ibu mangsa memaklumkan anaknya berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas hanyut dibawa arus sungai ketika hujan lebat.
“Anggota bomba kemudian membuat pencarian di permukaan air di lokasi terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, seramai lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Sungai Petani sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk membantu pencarian,lapor HM on-line
Katanya, kawasan itu tidak terjejas dalam banjir namun aliran air sungai dilaporkan meningkat selain air yang laju.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Insiden kepala air di Lata Bayu, tiga remaja cedera pokok tumbang
BALING, KEDAH- Tiga remaja perempuan cedera terkena pokok tumbang dalam kejadian hujan ribut dan kepala air di pusat rekreasi Lata Bayu di sini kira-kira jam 5 petang Ahad.
Seorang mangsa berusia 13 tahun dikatakan mengalami patah di bahagian buku lali kaki kiri manakala dua lagi berusia 15 dan 16 tahun masih belum diketahui tahap kecederaan yang dialami.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, seorang mangsa dihantar ke Hospital Baling dan dua lagi ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.
“Polis menerima maklumat berlakunya hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian kepala air di Lata Bayu.
“Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang sehingga menghempap sebuah kereta dan motosikal.
“Setakat ini, kita menerima laporan tiga pengunjung cedera terkena dahan pokok tumbang namun tahap kecederaan masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Shamsudin, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengambil tindakan menutup pusat rekreasi Lata Bayu dan sebuah lagi pusat rekreasi, Lata Hijau yang berada bawah kawalan agensi berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi pusat rekreasi air terjun yang berisiko berlakunya kejadian kepala air.
“Kita juga memohon pengunjung agar mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa dari masa ke semasa,” katanya,lapor sinar Harian
Pada 18 Ogos lalu, fenomena kepala air berlaku di Gunung Jerai, Kedah sehingga menyebabkan enam maut selain menjejaskan lebih 1,000 buah rumah di daerah Yan dan Kuala Muda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERODUA ALZA TERBABAS, SATU KELUARGA TERSELAMAT DI LIPIS
LIPIS : Kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 18 Jalan Lipis – Benta berdekatan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lipis, nyaris meragut nyawa lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak pada jam 4.08 pagi, hari ini.
Lima sekeluarga itu terselamat apabila kereta jenis Produa Alza terbabit terbabas ke kanan jalan lalu terbalik ketika jalan basah kerana hujan.
Perodua Alza terbabit dalam kemalangan, 5 sekeluarga terselamat di Kilometer (KM) 18 Jalan Lipis – Benta berdekatan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lipis. – Foto BBP Kuala Lipis
Ketua Polis Lipis, Suprintendan Azli Mohd. Noor berkata, polis trafik di sini menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 4.30 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian di KM 18 Jalan Lipis – Benta.
“Kemalangan ini berlaku ketika hujan apabila sebuah kereta itu yang dipandu oleh Abdul Walid dari datang dari arah Kelantan untuk pulang ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu terbalik.
“Bagaimana pun semua terselamat dan cuma pemandu mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata Azli, mangsa yang juga pemandu kereta, Abdul Walid Ruslan, 30, cuma mengalami kecederaan ringan, manakala isterinya, Nurul Nabila Salleh, 28 dan tiga orang anak berusia antara antara 4 hingga 9 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.
Menurut Azli, hasil pemeriksaan x-ray di hospital di sini mendapati semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang.
“Kenderaan yang terbabas itu menghalang lalu lintas sudah pun dialihkan selepas kerja mengeluarkan mangsa oleh anggota bomba dan penyelamat Lipis dan laluan pulih sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
APAM BALIK HANYA 50 SEN, PENDAPATAN LUMAYAN – PAK MAJID
JERANTUT : Warga emas yang juga seorang seorang peneroka Felda Tekam Utara, Abd. Majid Mat Ali, 67, menjual apam balik berharga 50 sen sekeping sebagai salah satu amal jariah dalam perniagaan bagi memenuhi permintaan orang ramai yang tidak mempunyai pandapatan tinggi.
Abd. Majid yang turut dikenali dengan panggilan Pak Majid dalam kalangan peneroka di kawasan itu, menjelaskan beliau berniaga apam balik sejak pada 1998 setelah harga kelapa sawit meleset berikutan ekonomi negara merudum pada waktu itu.
“Saya menjual apam balik 50 sen sekeping dan menyifatkan harga berkenaan berpatutan dengan keinginan pelanggan mampu membelinya, malah dengan harga itu saya masih memperoleh pendapatan yang lumayan dan pulang modal pula.
“Saya ikhlas dengan pelanggan dengan menjual sekeping apam balik cuma 50 sen dan tidak langsung memikirkan atau bimbang berdepan kerugian kerana jualan ini laris dan sudah dikenali ramai,”katanya ketika ditemui di Simpang Jengka Lapan dekat sini, baru-baru ini.
Abd Majid (dua dari kiri) dan dibantu oleh isteri, Jamaliah Othman (kanan) sedang menyediakan apam balik untuk jualan di pekan sehari Simpang Jengka Lapan, Jerantut.
Katanya, modal tidaklah banyak seperti perbelanjaan menyediakan jualan makanan lain, harga 50 sen sekeping sudah cukup mendapat pulangan yang lumayan, dia gembira sambil beramal jariah kepada pelanggan dengan harga itu.
“Waktu pagi saya masuk ke ladang sawit dan memantau pekerja, selepas solat Zohor, saya dan isteri, Jamaliah Othman memunggah peralatan menuju ke lokasi untuk berniaga apam balik bermula pada jam 3 petang di kawasan Felda Gelanggi dan Sungai Tekam dan Jengka.
“Manakala pada hari Ahad, kami berniaga di pekan sehari tempat tinggal kami di Felda Tekam Utara mulai jam 8 pagi,” katanya.
Katanya, beliau tidak menghadapi masalah kerana lokasi perniagaan di pasar malam dan pekan sehari di kawasan Felda kerana sudah disediakan tapak berniaga malah kebanyakan pelanggan sudahpun mengenali beliau.
“Kebiasaannya antara 400 hingga 500 keping apam balik dapat dijual di pasar malam dan pekan sehari dalam tempoh tujuh jam, manakala pada majlis keramaian dan tempahan kenduri kahwin saya mampu menyediakan antara 1,000 keping atau lebih bergantung kepada tempahan.
“Adunan tepung dan campuran telur, gula, kacang, majerin dan lain-lain seberat satu kilogram biasanya boleh dibuat sebanyak 60 keping apam balik dan harga jualan sekeping makanan ini sebanyak 50 sen,” katanya.
Katanya, kemahiran menyediakan juadah itu diperoleh sejak menjadi pembantu kepada seorang penjual makanan itu di Pulau Pinang membolehkannya mempelajari cara membuat apam balik ketika dia berusia 22 tahun.
“Saya juga menerima tempahan untuk majlis kenduri kahwin apabila kenalan rapat dalam kalangan peneroka di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Perak mengundang kami membuat apam balik di tempat mereka,” katanya.
Jelasnya, untuk pesanan bagi sebarang majlis keraian dan kenduri kendara dia boleh dihubungi di talian 013 9829287.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jering dalam bahasa latin dipanggil Pithecollobium Jiringa atau Pithecollobium Labatum adalah tumbuhan yang banyak di dapati di wilayah Asia Tenggara seperti Thailand, Myammar, Indonesia dan Malaysia.
Jering sangat berbau tidak menyenangkan, bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur.
Jering tua yang telah disemai
Hasil penelitian menunjukkan jering kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin.
Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 miligram (mg), sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
Jering boleh dibuat jeruk, dimakan secara mentah sebagai ulam atau dimasak.
Jering tua yang disemai direbus dan digaul dengan kelapa muda yang diparut dan dicampur gula.
Manakala jering yang agak tua disemai dalam tanah dan biarkan kira-kira seminggu sehingga keluar akar mudanya, Kemudian diambil dan dibersihkan serta direbus sehingga masak.
Jering yang disemai itu direbus dan boleh dimakan bersama kelapa muda yang parut dan dicampur gula. Sesuai dimakan di serambi rumah dengan hidangan air kopi di waktu petang.
Selain itu jering semai boleh juga dimasukkan ke dalam gulai masam tempoyak bercampur sayur-sayuran. Jering yang rincih-rincih itu turut boleh dibuat sambal tumis jering dicampur ikan bilis.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Buah perah atau nama sainstifiknya Elateriospermum tapos, merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di hutan hujan khatulistiwa di Malaysia, buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.
Ia berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira 30 milimeter (mm) hingga 40 mm. Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.
Buah perah yang direbus boleh dimakan seperti kacang rebus.
Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Bagi sesetengah penduduk mereka membuat jeruk dengan menggunakan buah perah ini. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.
Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Gulai asam rong menggunakan buah perah dalam resepinya.
Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air dan sukatan garam yang betul boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama. Buah perah juga boleh di jeruk dengan mencampurnya dengan isi petai yang membuatkan aromanya lebih sedap.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemilihan calon PUTRA mestilah bersih, berakhlak tinggi dan bermoral, kata Presidennya Ibrahim Ali.
MELAKA: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon termasuk seorang wanita bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Mereka ialah Pengerusi Badan Perhubungan PUTRA Melaka Mohd Aluwi Sari, 55, seorang ahli akademik yang akan bertanding di DUN Pengkalan Batu; manakala Ketua Biro Wanita Putra Melaka Laila Norinda Maon, 44, yang juga usahawan akan mewakili parti itu untuk kerusi DUN Gadek.
Turut dicalonkan ialah Ketua Wira PUTRA Melaka Mohamad Hashidi Mohd Zin, calon termuda parti berusia 32 tahun untuk bertanding di DUN Paya Rumput; serta dua Ketua Bahagian PUTRA Melaka, Mohd Faizal Amzah, 44, di DUN Duyong dan Nazatul Ashraf Md Dom, 38, DUN Sungai Rambai, lapor BERNAMA.
Presiden PUTRA Ibrahim Ali dalam sidang media ketika mengumumkan calon parti itu secara maya hari ini berkata kesemua calon dipilih berdasarkan kriteria tertentu iaitu latar belakang pendidikan, usia dan komitmen mereka dalam mendukung parti itu sebagai alternatif kaum Melayu dan Bumiputera.
“Paling utama ialah rekod calon ini walaupun mereka belum bertanding namun rekod kehidupan mereka mestilah bersih, berakhlak tinggi dan bermoral.
“Mereka juga terdiri daripada golongan profesional dan usahawan selain usia kesemua calon ini dilihat seimbang dan sesuai untuk menjadi wakil rakyat dan berurusan dengan masyarakat,” katanya.
Semua calon PUTRA yang bakal bertanding pada PRN itu turut menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) dan membuat sumpah laknat pada pengumuman itu bagi mengelakkan tindakan “lompat parti” selepas memenangi kerusi atas tiket parti itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.
PRN itu diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Seorang lelaki dipercayai ah long mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan di sebuah kopitiam di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa bersama dua anak lelakinya masing-masing berusia 10 dan 18 tahun telah pergi ke sebuah kopitiam untuk menikmati makanan kira-kira pukul 11.50 pagi.
Katanya, sebaik selesai makan setengah jam kemudian tiga beranak itu berjalan kaki menuju ke sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan kira-kira 30 meter dari kopitiam itu.
“Semasa mangsa hendak membuka pintu kereta telah didatangi tiga lelaki dari arah belakang dengan masing-masing bersenjatakan parang.
“Dua daripada suspek kemudiannya terus menetak mangsa dan dia dikatakan sempat melarikan diri ke arah celah kereta di kawasan tersebut dan meninggal dunia di hadapan sebuah restoran bersebelahan kopitiam berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, empat suspek termasuk seorang daripadanya menunggu di dalam kenderaan seterusnya melarikan diri.
“Hasil semakan mendapati mangsa bekerja sebagai ah long dan mempunyai pejabat di kawasan Bukit Tinggi Klang, Shah Alam dan Kajang dan mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan ugutan, penipuan dan mendatangkan kecederaan,” ujarnya. – K!ONLINE
Gambar: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIADA PROGRAM KEMENTERIAN SEPANJANG PRN MELAKA- MAHDZIR
Mahdzir : menteri yang pergi ke Melaka untuk tempoh ini hanya atas kapasiti sebagai ahli parti politik yang bertanding, bukannya membawa program kementerian, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid.
PETALING JAYA: Sebarang program yang melibatkan kementerian tidak akan dijalankan sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka, menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid.
Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Kita ada persefahaman di peringkat persekutuan. Walaupun Umno bertanding solo di Melaka, namun masih memiliki hubungan atas nama kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kemas Peringkat Negeri Kedah di Dewan Kolej Mara Kuala Nerang di sini, hari ini, lapor FMT.
Beliau menambah, sehingga kini hubungan antara Ahli Parlimen dari ketiga-tiga parti juga kelihatan langsung tidak mempunyai masalah.
“Setakat ini tak ada apa-apa masalah. Dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu pun, semua yang terlibat turut membuat keputusan secara bersama,” katanya.
Mengulas mengenai peluang Umno untuk memenangi PRN itu, beliau berkata, Melaka secara tradisinya sebelum ini sememangnya berada di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Justeru, beliau berharap tradisi itu dapat terus menggamit pengundi untuk terus memilih Umno bagi menerajui kepimpinan negeri itu.
“Jadi saya fikir PRN kali ini pun tradisi itu akan kekal kepada BN. Insya-Allah, kita boleh mencapai kemenangan pada 20 November depan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUKTAMAR PAS berasa sedikit kecewa apabila usaha merundingkan kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka gagal sekali gus memaksa mereka bertembung dengan Umno di tujuh kerusi.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata usaha rundingan itu memang mengambil masa yang panjang dengan menunjukkan hasil positif pada peringkat awal, lapor Malaysiakini.
Namun pada akhirnya kata Tuan Ibrahim BN kekal mahu bertanding di semua kerusi.
“Bagi kami rasa sedikit kecewa (kerana) usaha penyatuan itu gagal pada hujungnya, tetapi Melaka bukan medan kita,” katanya ketika ditemui media di Kuala Terengganu hari ini.
Menteri kabinet itu berkata demikian ketika ditanya berhubung pertembungan kerusi yang dijangka membabitkan calon PAS dan Umno di tujuh kerusi dalam PRN Melaka.
Andaian itu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan Umno-BN serta Perikatan Nasional (PN) hari ini.
Terdahulu, PAS melalui PN diumumkan bertanding di lapan kerusi iaitu dewan undangan negeri (DUN) Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang dan Merlimau.
Sebagai rekod Umno merupakan penyandang di tujuh kerusi tersebut kecuali DUN Bukit Katil yang dimenangi Amanah dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 2018.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menyifatkan pertembungan dengan Umno – yang menjadi rakan PAS melalui Muafakat Nasional – sebagai situasi yang terpaksa dihadapi.
“Sebenarnya pada peringkat awal kita runding supaya kita mengelak (bertembung), kalau kita dapat kompromi kerusi. Tetapi oleh kerana Umno buat keputusan untuk bertanding semua menyebabkan kita tiada pilihan.
“Ya (terpaksa), sebab Umno akan tanding semua kerusi. Jadi pada masa itu tak ada kompromi untuk kita melihat mana-mana kerusi diagih (runding).
“Kalau sekiranya kita runding dan ada kerusi Umno tak bertanding mungkin tidak ada pertembungan,” jelasnya yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.
Dalam perkembangan berkaitan Tuan Ibrahim berkata kerjasama Muafakat Nasional bersama Umno bukan sebagai parti politik kerana ia tidak didaftarkan berbanding PN.
“Kami dalam MN (adalah) medan besar untuk muafakat besar yang bukan sekadar (untuk) pilihan raya (tetapi) gagasan penyatuan ummah, sebab itu PAS bertanding di bawah PN kerana sudah berdaftar,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!