JKR tutup jalan ke Cameron Highlands melalui Pos Betau ke Lembah Bertam
CAMERON HIGHLANDS – Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif untuk ke Cameron Highlands kerana Jalan Pos Betau ke Lembah Bertam dekat sini yang menghubungkan pekan Sungai Koyan, Lipis dengan pekan Ringlet, Cameron Highlands akan ditutup buat sementara selama sebulan mulai 30 April hingga 30 Mei ini.
Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands berkata, penutupan sementara Jalan Persekutuan itu di antara seksyen 18.650 hingga 19.650 mulai pukul 3 petang.
Jalan ke Cameron Highlands ditutup sementara sehingga 30 Mei kerana berlaku jalan mendap yang membahayakan pengguna jalan itu.
“Penutupan sementara ini bagi membolehkan kerja membaikpulih kerosakan berikutan laluan di seksyen tersebut berlaku tanah mendap.
“Hal ini amat perlu bagi jaminan keselamatan dan keselesaan pengguna laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jurucakap JKR itu menambah, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang waktu perjalanan kembali ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum laluan itu ditutup mulai 30 April ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Anggota bomba dan penyelamat membantu pegawai perubatan mengangkat Bah Hong Tingkah ke atas ambulans untuk dibawa ke Hospital Lipis selepas penerbangan ihsan bomba mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Lipis, hari ini.- Foto JBPM.
Pesakit Orang Asli Pos Lenjang diterbangkan ke hospital dengan helikopter
LIPIS – Seorang penduduk lelaki Orang Asli yang mengalami sakit kritikal diterbangkan dengan helikopter oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Hospital Lipis di sini, hari ini.
Pesakit tersebut, Bah Hong Tingkah, 60, dilaporkan mengalami bengkak di seluruh anggota badan sudah hampir empat bulan sehingga menyebabkan warga emas itu tidak boleh bergerak.
Ketua Zon Tiga, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, pesakit tersebut yang tinggal di Kampung Bandar, Pos Lenjang diterbangkan oleh helikopter bomba dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, JBPM mulai jam 1 tengah hari.
Warga emas lelaki Orang Asli diusung oleh anggota bomba dan penyelamat untuk diserahkan kepada pegawai perubatan selepas helikopter Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Lipis, hari ini
“Penerbangan Medevac Alpha menggunakan pesawat AW189 (9M-BOE) yang terdiri daripada lima krew dan seorang pesakit sepanjang penerbangan dalam keadaan cuaca berawan serta berjerebu dan selamat mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, bandar Kuala Lipis pada jam 3.51 petang hari ini.
“Warga emas ini kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Perubatan dari Hospital Lipis yang sedia menunggu di lokasi pendaratan untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shahrul Nizam berkata, memandangkan keadaan penyakit penduduk Orang Asli itu semakin kritikal perlu segera mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Lipis,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Empat gerai dijilat api berdekatan pasar borong Jerantut
JERANTUT – Empat buah gerai di Jalan Jerantut – Temerloh berdekatan Pasar Borong Jerantut dijilat api kira-kira pada jam 11.30 pagi.
Anggota BBP Jerantut berjaya memadam kebakaran
Sebaris gerai 6 pintu itu menjual makanan dan minum termasuk kuih muih dan hanya 2 gerai berkeluasan kira-kira 6 meter x 12 meter (20 kaki x 40 kaki) terselamat.
Penolong Penguasa Bomba Jerantut, Mohd Zulkilfi Mohd Zainal berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut menerima panggilan pada jam 11.48 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
Zulkifli Mohd Zainal
“Kejadian melibatkan gerai makanan dan minuman itu sempat dipadamkan dan operasi selesai pada jam 1.10 petang.
“Tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Katanya, BBP Jengka turut membantu dalam operasi pemadaman dengan seorang pegawai dan lima anggota.
Sementara itu, seorang saksi umum berkata, kejadian mula berlaku di gerai kedua dan terdapat seorang peniaga sedang memasak juadah berbuka puasa untuk dijual.
“Kejadian kebakaran sangat pantas sebab ketika kejadian cuaca sangat panas, sedikit berangin dan punca kebakaran tidak diketahui.
“Bersyukur, pihak bomba dapat memadamkan kebakaran dengan cepat dan dua gerai terselemat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ahli Jawatankuasa Surau Nur Islam, Jalan Bayu, Bandar Seri Alam, Masai, Johor menunjukkan pelbagai barangan keperluan asas yang diletakkan dalam Gerebok Rezeki sepanjang Ramadan.
Surau Nur Islam, Masai terus aktifkan Gerobok Rezeki sepanjang Ramadan
MASAI – Surau Nur Islam di Jalan Bayu, Bandar Seri Alam, Masai, terus mengaktifkan Gerebok Rezeki pada bulan Ramadan selepas diitubuhkan dua tahun lalu bagi membantu meringankan bebanan mereka yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19.
Timbalan Pengerusi surau berkenaan, Roszaidi Ramlee, berkata tujuan asal penubuhan Gerebok Rezeki adalah bagi menyantuni kariah dan masyarakat sekitar yang terjejas atau terputus bekalan makanan asas kerana PKP.
Ahli KRT Taman Raja Tun Uda bergotong-royong menyediakan rencah dan bahan mentah untuk membuat bubur lambuk.
“Selepas mendapati Gerebok Rezeki ini berfungsi dengan baik dan mendapat sambutan daripada mereka kesempitan ahli jawatankuasa surau bersetuju untuk terus mengaktifkannya pada sepanjang Ramadan tahun ini.
“Pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, gula, garam, tepung, susu, telur, sardin, teh, kopi, biskut, mi segera, kicap, sos cili, minuman kordial, kurma dan air mineral dipenuhi dalam Gerebok Rezeki untuk dimanfaatkan oleh kariah, keluarga miskin, asnaf serta musafir yang memerlukan bantuan makanan,” katanya.
Katanya, mereka yang memerlukan barangan keperluan asas itu boleh datang mengambilnya pada bila-bila masa sahaja.
“Manakala bungkusan juadah berbuka Ihya Ramadan yang mengandungi sekotak kurma, bubur lambuk dan makanan selain diletakkan dalam Gerebok Rezeki turut diagihkan ke rumah kariah sekitar surau.
“Saya amat berharap Gerebok Rezeki ini terus berfungsi dan memainkan peranan terutama bagi memastikan tiada jiran tetangga khusus daripada keluarga miskin dan asnaf terbiar tanpa dibantu selain lebih banyak syarikat atau organisasi tampil menginfakkan pelbagai barangan makanan asas,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto hiasan di atas : Kemalangan maut berlaku di KM55, Jalan Lipis- Merapoh, pagi ini.
Waspada di dua kawasan kerap berlaku kemalangan maut di Lipis
Jalan Lipis-Merapoh dijangka sesak menjelang raya
LIPIS – Dua jalan utama yang kerap berlaku kemalangan (blackspot) dalam daerah lipis bagi tahun 2022 iaitu di KM14 -16 Jalan CSR dekat Aur Gading dan KM 18–19, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan Simpang Berchang.
Setakat ini berlaku 3 kemalangan maut sehingga 24 April 2022 serta terdapat 878 jumlah saman telah dikeluarkan melibatkan saman 170A dan 257.
Ketua Polis Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, awas di dua lokasi kerap berlaku kemalangan maut.
Ketua Polis Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata Jalan Central Spin Road (CSR) di sempadan Merapoh – Gua Musang dan KM25, Jalan Lipis –Merapoh di susur keluar Jalan CSR hala Kuala Lumpur dijangka akan berlaku kesesakan menjelang 5 hari sebelum hari raya, pada 28 April sehingga 2 Mei 2022.
Katanya, selain itu, pada 7 Mei hingga 9 Mei iaitu 3 hari selepas hari raya turut akan berlaku kesesakan di lokasi yang sama selepas orang ramai yang balik semula selepas bercuti.
“Tujuan Op Selamat diadakan untuk membendung peningkatan kemalangan dan kematian di musim perayaan, menguruskan kelancaran lalu lintas, respon segera kepada kes menarik perhatian.
“Selain itu, mencegah kejadian pecah rumah dan meningkatkan rondaan di kawasan komuniti, pendekatan ini untuk mencapai objektif dengan melakukan penguatkuasaan penuh dengan tumpuan kepada 6 kesalahan utama,” katanya melalui kenyataan media.
Azli berkata, di peringkat Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, pelaksanaan Op Selamat kali ini, memastikan kelancaran aliran trafik di jalan utama iaitu di Jalan Benta-Lipis-Merapoh yang akan dibanjiri kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.
“Saya merayu bagi pihak IPD Lipis, memohon pengguna jalan raya merancang perjalanan dan sentiasa memandu secara berhemah serta patuh dengan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
“IPD Lipis terus komited dalam memantau perkembangan jalan-jalan dalam daerah ini bagi memastikan aliran trafik lancar dan selamat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Dua maut dalam kemalangan sebuah treler dengan muatan kepingan besi yang terbabas di KM 55, Jalan Lipis-Merapoh (Jalan Lama) pada jam 7.05 pagi, hari ini.
Dua yang maut itu, pemandu treler , Mohamad Syawal Ahmad Basari (34) beralamat di Kampung Batu 5 , Tapah Road, Perak, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
Manakala, kelindan lori, Mohd Faizal Mohd Noor (35) beralamat Kampung Kemumin, Kota Bahru, Kelantan meninggal dunia akibat tercampak keluar dan turut maut di tempat kejadian.
Kemalangan treler dengan muatan kepingan besi yang terbabas di KM 55, Jalan Lipis-Merapoh (Jalan Lama) , pagi ini. -Foto IPD Lipis
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati treler tersebut yang dipandu mangsa dalam perjalanan daripada Kuala Lipis menghala ke arah Merapoh.
“Sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan yang berselekoh dan menuruni bukit, treler tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke arah bahu jalan sebelah kiri.
“Pemandu tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian dan kelindan treler tersebut telah tercampak keluar dan maut di tempat kejadian,” katanya.
Katanya, sistem jalan satu lorong, dua hala, garisan tengah berkembar sebagai pembahagi jalan, bahu jalan berturap tar dan jalan menuruni bukit. Keadaan jalan kering dan cuaca baik.
“Postmortem akan dijalankan selepas keputusan swab test Covid-19 diperolehi. Saya merayu bagi pihak IPD Lipis, memohon pengguna jalan raya merancang perjalanan menjelang sambutan hari raya dan sentiasa memandu secara berhemah serta patuh dengan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Mat Ariffin Mat Deris yang tinggal di Tanjung Buluh, Kerambit dekat sini masih gagah untuk menjalani ibadah puasa walaupun di usia 111 tahun.
Katanya, walaupun uzur tidak segagah sebelum ini, sejak awal tahun, dia boleh lagi berpuasa sehingga waktu berbuka menikmati juadah bersama keluarganya.
Mat Ariffin Mat Deris mampu melakukan kerja ringan di rumahnya di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit,Lipis
” Selepas bersara daripada homeguard pada tahun 1959 dan kini mencecah usia lebih satu abad saya mempu menjalani ibadah berpuasa cukup sebulan.
“Badan sudah tidak terdaya, kerap letih dan kurang pendengaran sejak akhir ini, namun, tidak mengganggu saya berpuasa dan masih boleh bergerak di dalam rumah mengambil wuduk dan solat,” katanya di Kampung Tanjung Buluh dekat sini.
Dia yang berasal daripada Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang kini tinggal bersama anaknya, Mat Nawi di kampung tersebut merupakan seorang bekas homeguard dan Special Constable yang berjuang menentang ancaman Komunis di kawasan Pasir Mas (Kelantan) antara 1948 hingga 1959.
Warga emas itu mempunyai 13 orang anak berusia antara 42 hingga 72 tahun serta 40 orang cucu berkata, sejak daripada usia muda ketika menyertai pasukan homeguard dan membuat kerja kampung menyebabkan badannya lasak dan tidak mudah terkena jangkitan penyakit.
“Kemungkinan badan sudah lali dan lasak serta menjaga pemakanan antara punca kesihatan yang baik sehingga usia lebih satu abad dan kelebihan ini membolehkan saya berpuasa di bulan Ramadan dan meneruskan amalan ibadah lain selagi termampu dengan keizinan Allah SWT,” katanya.
Dia yang berpindah ke Kampung Tanjung Buluh pada awal 1970-an berkata, dia tidak mengamalkan minuman ais dan manis sejak dari usia muda malahan cuma minum air kosong ketika berbuka puasa dan selepas menjamah juadah.
“Perkara ini saya amalkan sejak usia muda dan cuma minum air kopi atau teh ‘o’ sekali sahaja sehari dan selebihnya banyak minum air kosong,” katanya.
Katanya, dia gemar makan ulam-ulaman, masakan sayur-sayuran, budu dan sekali-sekala mengambil makanan berasaskan daging dan ayam sejak usia muda.
“Saya dari keluarga miskin, sejak berusia kanak-kanak sememangnya tidak mampu menyediakan makanan yang sedap-sedap dan hanya makan sayur-sayuran yang ditanam, ikan sungai dan budu yang mudah diperoleh menjadi juadah harian mereka.
“Sebagai orang Islam, dia tetap meneruskan tanggungjawab Rukun Islam yang ketiga itu di samping ibadah yang lain selagi kesihatannya mengizinkan dalam usia yang sudah lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menyediakan peruntukan yang diluluskan oleh pihak kerajaan pada tahun semasa serta bilangan penerima penajaan biasiwa dan pinjaman yang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara.
Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ketika ini, MARA belum bercadang menambah penajaan dan pinjaman serta bilangan penerima dan jumlah biasiswa yang bakal diterima.
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan sumbangan dari MARA, hari ini
“Memang semua maklum, walaupun ada tekanan ekonomi peringkat global melibatkan kos pengajian semakin meningkat termasuk sara hidup pelajar di bawah tajaan Mara khususnya yang berada di luar nagara, tetapi kerajaan masih belum ada cadangan mengenai perkara ini
“Kalau kita (MARA) mempunyai kekuatan kewangan yang baik, jumlah pelajar yang ditaja akan ditambah untuk menerima biasiswa tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan setiap tahun bagi pelajar berkenaan yang mendapat penajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Mara Prihatin Ramadan di Dewan Bangunan UMNO Lipis, hari ini.
Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan wang zakat, bantuan persekolahan dan duit raya kepada kira-kira 500 orang pelajar dari keluarga B40, golongan asnaf yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), sekolah menengah dan sekolah rendah di Lipis.
Sebahagian murid sekolah menengah yang menerima sumbangan hari ini
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri PadangTengku, Datuk Mustapa Long; Pengarah Mara Pahang, Soffian Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Nordin Ahmad dan Pegawai Pendidikan Lipis, Amin Nollah Lateh.
“Beberapa inisiatif Program Mara Prihatin untuk pelajar tempatan, pada tahun ini, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah mengeluarkan bantuan persekolahan kepada seramai 7,845 orang pelajar asnaf melibatkan peruntuk kewangan bernilai RM847,189 di seluruh negara.
“YPM turut memperuntukkan sebanyak RM115,000 untuk seramai 1,229 pelajar asnaf di Pahang, selain itu, Kolej Poly-Tech Mara ((KPTM) turut menyumbangkan wang zakat bernilai RM200,000 kepada seramai 1,000 orang penerima, iaitu pelajar keluarga B40 dan golongan asnaf,” katanya.
Katanya, usaha seperti ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Keadaan hujan lebat yang berterusan lebih satu jam telah menyebabkan beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Pemantauan Kosmo! mendapati beberapa laluan yang dinaiki air adalah di Jalan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Pudu, Jalan Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Halim.
Keadaan itu telah menyebabkan trafik di lokasi tersebut sesak teruk.
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di ibu kota, hari ini
Pusat Pengurusan Pengangkutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL) dalam kenyataannya berkata, keadaan air naik dengan pantas ini ditambah dengan paras air sungai yang meningkat secara mendadak.
“Banjir kilat serta air melimpah dari sungai telah menjejaskan trafik dengan teruk di Jalan Segambut,” kata jurucakap ITIS.
Faris Norhisham, 24, penduduk Segambut Dalam,Kuala Lumpur berkata, keadaan banjir di sini memang sudah menjadi kebiasaan, namun kali ini yang paling teruk.
“Kalau di sini hujan memang potensi untuk banjir tetapi hujan yang kali ini yang paling teruk kerana parasnya yang tinggi dan airnya juga deras,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Murid Tahun Tiga cedera dipukul bapa rakan sekelas
KUALA TERENGGANU – Seorang murid Tahun Tiga cedera dipukul bapa rakannya dalam kejadian di luar pagar sebuah sekolah rendah di daerah ini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian berlaku jam 1 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.
“Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu.
“Apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.
“Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempas ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Abdul Rahim berkata, pihak sekolah telah menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu dan bapa murid berkenaan telah datang mengambil anaknya di sekolah sebelum membuat laporan polis.
“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
“Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!