BENTONG – Selepas hampir seminggu meluangkan masa di Perlis atas urusan keluarga, Datuk Amizar Abu Adam kembali bertugas sejak malam tadi.
ADUN Pelangai itu menghadiri mesyuarat jawatankuasa penyelarasan jamuan Aidilfitri 2024 anjuran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Pahang yang diadakan di bandar Bentong.
“Musim raya tak habis lagi, makanya berbincang untuk mengadakan jamuan hari raya Kerajaan Perpaduan peringkat Negeri Pahang nanti.
“Bila semua persiapan selesai nanti kita maklum jemputan yek,” kongsinya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook.
Hari ini pula, Amizar selaku Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang menghadiri mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Bentong.
Sejurus mesyuarat, dia terus masuk pejabatnya di Simpang Pelangai untuk menyelesaikan beberapa perkara tertangguh sejak minggu lalu.
“Abang ni anaknya dapat tawaran ke IPTA, kita bantu apa termampu yek, janji anak dapat belajar dan membahagiakan ibu bapa dan keluarganya akan datang.
“Lepas ni nak terjah ‘kejadian aneh’ di jambatan Kampung Bukit Gajah.
“Standbylah…,” katanya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh batal
TEMERLOH – Satu pertandingan yang dijadualkan berlangsung malam Ahad ini di Mentakab, dekat sini, dibatalkan.
Pertandingan itu yang dianjurkan oleh seorang lelaki dikenali dengan nama Uncle John dan wanita bergelar Mama Zana sepatutnya diadakan di K’Roy Taman Tasik Chatin, Mentakab, bermula jam 8.30 malam.
Uncle John melalui satu pesanan suara memaklumkan, pertandingan bertemakan ‘Pakaian Beragam Janda-janda Temerloh’ itu dibatalkan selepas mendapat nasihat daripada ahli parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor.
“Saya minta maaf kepada semua yang dah mendaftar untuk menyertai pertandingan itu.
“Pertandingan pakaian beragam kita batalkan tapi jamuan hari raya di lokasi dan waktu sama, diteruskan seperti dimaklumkan sebelum ini,” jelasnya.
Dia turut berkata, keputusan membatalkan pertandingan itu juga disebabkan faktor ia kurang sesuai dengan suasana sambutan Aidilfitri ketika ini.
Selain itu, dia juga melihat perkara berkenaan akan membabitkan ramai pihak termasuk pihak pejabat agama Islam daerah Temerloh.
“Saya memohon maaf atas kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan dalam perkara ini.
“Sudah tentu saya memahami bahawa isu ini bakal menjadi perkara sensitif dan boleh mencetuskan perasaan sensitiviti dalam kalangan masyarakat Islam di Temerloh dan di Pahang secara amnya.
“Saya dengan rasa rendah diri, sekali lagi memohon maaf atas kelemahan di pihak kami dalam perkara ini,” ujarnya.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH – Kesesakan di lebuh raya yang berlaku semasa cuti Aidilfitri kali ini meninggalkan pelbagai cerita dan ragam.
Bagaimana pun, satu kisah menarik dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Zairul Anuar tentang pengalaman beliau sekeluarga menggunakan jalan pintas atau jalan tikus sebagai alternatif.
Menerusi paparan tersebut, beliau memaklumkan dalam perjalanan pulang bersama keluarga menuju ke Kuala Lumpur pada hari raya dari Simpang Pulai menuju arah selatan.
Antara laluan ‘tikus’ yang dilalui.
Disebabkan keadaan jalan sesak beliau mengambil keputusan masuk semula melewati susur Gopeng untuk menggunakan jalan dalam.
Sepanjang perjalanan beliau telah menggunakan aplikasi Google Maps.
Sewaktu menghampiri Ladang Bikam, aplikasi Google Maps memaklumkan kesesakan teruk lalu mencadangkan laluan alternatif.
Menggunakan jalan tersebut, kenderaannya dibawa melalui jalan kampung yang akhirnya sampai ke sebuah kawasan perumahan kecil.
“Selepas melewati perumahan itu, kami sampai di jalan yang tidak bertar, masuk ke ladang kelapa sawit yang gelap.
“Kami melanjutkan juga perjalanan perlahan-lahan. Kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan dan mereka berhenti di samping kami sambil memberitahu jalan di hadapan tak dapat digunakan.
“Mereka mengarahkan kami agar berpatah balik. Semua kereta dibelakang kami juga diminta melakukan perkara yang sama,” ceritanya.
Setelah berpatah balik, beliau tiba semula ke kawasan perumahan tadi sebelum tiba-tiba keretanya diberhentikan oleh sekumpulan lelaki Cina.
Salah seorang lelaki kaum Cina menyapa.
“Boss, u mau pigi KL kan? Jangan patah balik. Itu tadi depan u tak boleh jalan kan? Takpa. Kita bawa backhoe (jengkaut) kasi repair itu jalan. U tunggu sekejap.
“Kalau u patah balik pun tak da guna, jalan Ladang Bikam sana jem manyak teruk sebab ada accident. Nanti u sudah keluar nanti ini jalan, jangan ikut Ladang Bikam, u ikut jalan Bidor sampai KL” ujar seorang lelaki Cina pertengahan usia.
Rupanya-rupanya kawasan itu adalah kawasan perumahan Cina.
Mereka telah sama-sama berpakat untuk membantu melancarkan perjalanan kenderaan yang melewati kawasan perumahan itu.
Pada masa yang sama beliau lihat sebuah jengkaut bergerak laju melepasi kami dari arah bertentangan.
Beliau pun berpatah balik semula ke arah jalan tadi seperti yang diarahkan dan sebaik tiba di tempat itu, jalan telah hampir siap untuk dilalui.
“Ini kerja sekejap saja. Jalan ada sikit bukit, susah kereta biasa mau jalan, 4WD saja boleh, now kita kasi rata, so semua orang boleh jalan. Tapi ini jalan takde internet saja la” ujar seorang lelaki di situ.
Beliau melahirkan rasa terharu atas sikap ambil peduli penduduk di situ membantu kelancaran pengguna jalanraya khususnya masyarakat Melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur.
“Mereka keluar rumah sama-sama bergotong royong.
“Jarak perjalanan sepanjang kelapa sawit tersebut adalah sejauh lebih kurang 3 kilometer.
“Hebat orang-orang Cina Perak. ‘Power’. Ini barulah bangsa Malaysia,” ujarnya. – Peraktastic
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kebakaran musnah rumah guru dapat perhatian UMNO Jerantut
JERANTUT – Seorang guru tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Damak dekat sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu turut mengorbankan 15 daripada 18 kucing dan 10 ekor burung peliharaannya.
Mangsa, Faridah Majid, 46, berkata, ketika kejadian dia tinggal seorang diri kerana ibunya, Mekalthom Awang, 80, berada di rumah adiknya, manakala seorang rakannya yang tinggal bersama balik ke kampung sempena cuti Aidilfitri.
“Ketika itu, saya nampak asap hitam berkepul-kepul dan apabila pintu bilik dibuka, api sudah marak.
“Saya segera keluar mengalihkan pacuan empat roda dan meminta tolong,” katanya.
Faridah berkata, selain kehilangan haiwan peliharaan, duit simpanan dan barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 juga hangus dalam kejadian itu.
“Buat masa ini, saya menumpang sementara di rumah anak saudara dan kerugian keseluruhan dianggarkan lebih RM100,000,” katanya.
Kejadian menimpa Faridah mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah yang diwakili ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Razak Daud.
Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 556208122812 atas nama Faridah Majid.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wang tunai RM10,000 hangus dan 15 ekor kucing terbakar di Kg Damak
JERANTUT- Seorang warga emas berputih mata apabila wang tunai RM10,000 hasil jualan sawit yang disimpan didalam bilik hangus terbakar di No.155 Jalan Jerantut – Benta, kampung Damak kira-kira pukul 6.15 pagi hari ini.
Turut musnah terbakar 15 ekor kucing , 10 ekor burung peliharaan dan barang kemas bernilai anggaran RM15 000, pakaian raya, dokumen penting, peralatan rumah yang dianggarkan Kira- kira RM100,000.
Menurut penghuni rumah Faridah Majid,46, semasa kejadian dia tinggal berseorangan di rumah manakala ibu Mekalthom Awang,80, berada rumah kakak di Kampung berdekatan.
” Saya yang selesai solat subuh yang tinggal keseorangan bergegas keluar sebaik melihat percikan dari dalam bahagian tengah.Kebakaran dipercayai berpunca litar pintas.
” Saya tinggal bersama seorang rakan yang kini pulang beraya di Kelantan di rumah milik ibu yang dikenali Mek Tom,” katanya.
Faridah seorang guru di sebuah sekolah di Jerantut masih mengalami trouma ekoran kebakaran mengejut tidak dapat menyelamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, pakaian dan lain- lain.
Beliau berkata, pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Jerantut Haris Salleh yang diwakili Razak Daud yang segera menyumbang wang tunai bagi meringankan beban keluarga.”
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak seperti penduduk kampung dan badan bukan kerajaan yang menyumbang bantuan, ” katanya.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, PBK I Rofizi Abd Rahman melaporkan terdapat kebakaran 100 peratus melibatkan sebuah buah rumah jenis separuh kekal. Keluasan di anggarkan 30 x 40 kaki persegi. “
Operasi pemadaman menggunakan 2 aliran salur bantu mula air pam tangki jentera bomba dan 2 aliran hos 100 kaki 1 breeching dan 2 nozzle air pili bomba.
” Operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Kuala Krau serta PBS Damak, kebakaran telah dapat dikawal kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi punca-punca api di lokasi kejadian yang boleh menyebabkan kebakaran berulang berlaku.
Menurutnya, kekuatan melibatkan 15 anggota: BBP Jerantut, Kuala Krau dan Pasukan Bomba Sukarela Damak dan dua jentera FRT-1.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jamuan Hari Raya Menteri Besar Pahang dihadiri 15,000 tetamu perkukuh ikatan kaum
KUANTAN: Kehadiran sekitarl 15,000 tetamu di Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Kuantan berjaya mengukuhkan perpaduan dan ikatan kaum di negara ini.
Menteri Besar ternyata terharu dan gembira dengan kehadiran semua lapisan rakyat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan semalam bermula 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Menurutnya, semangat perpaduan antara rakyat terus terjalin dengan kukuh, harmoni dan muhibah sekali gus keamanan negara kekal menjadi model negara luar.
“ Oleh itu kekal dan perkukuhkan semangat kekitaan sayangi negeri dan negara untuk diri sendiri, keluarga dan generasi pewaris akan datang.
” Terima kasih kepada kepada seluruh masyarakat di negeri ini yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri ini’ katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Seorang tetamu dari Felda Jengka 24, Razak Daud mengakui memang menanti Rumah Terbuka Menteri Besar walaupun jauh lebih 160 kilometer kerana terpesona dengan gaya kepimpinan Wan Rosdy menerajui kerajaan negeri.
‘ Saya hadir bersama keluarga semata- mata untuk bersua dan bertentang mata dengan pemimpin utama negeri yang berjaya mengutip hasil lebih RM2 bilion dalam tempoh dua tahun.
” Orang ramai hadir bukan semata untuk berhari raya tetapi mereka sebenarnya ingin bertemu dengan Menteri Besar kesayangan mereka dapat beramah mesra malah dapat bergambar dan berselfie.
Razak berkata, sepanjang majlis berlangsung Menteri Besar sentiasa bermesra dan menyapa pengunjung terdiri pelbagai bangsa.
Menurutnya, tetamu yang hadir bukan sahaja dari sekitar kuantan malah dari Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Bentong, Lipis, Raub juga hadir.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sultan Pahang hiburkan rakyat dengan nyanyian di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh
TEMERLOH – Pelbagai kaum memeriahkan sambutan hari raya pertama di Temerloh dengan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Pahang di Lurah Semantan, Temerloh.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meraikan dan menyampaikan tiga buah lagu lama bagi menghiburkan rakyat yang hadir
Lebih 10 ribu rakyat pada sambutan yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Turut berkenan meraikan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed serta beberapa Exco kerajaan negeri dan pemimpin jabatan.
Mereka yang hadir mengambil kesempatan bagi mengabadikan kenangan sambutan bersama keluarga diraja Pahang.
Pelbagai hidangan disediakan seperti laksa, ketupat, nasi minyak, rendang ayam dan daging, serta sate disediakan kepada tetamu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan negeri Pahang bina dua hentian rehat (R&R)
KUANTAN – Dua hentian rehat dan rawat (R&R ) di laluan Raub bypass antara yang dirancang pembinaannya dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri terlibat sama menyediakan tapak yang sesuai bagi memudahkan pengguna lingkaran tengah utara (LTU ) itu berehat.
Datuk seri Wan Rosdy berkata, pembinaan kemudahan tersebut juga dapat menjaga kebersihan lebuh raya tersebut.
Malah, mengatasi masalah pembuangan sampah sarap, pihaknya menyediakan tong sampah di lokasi dikenalpasti menerima jumlah longgokan sampah yang banyak.
“yang confirmnya dua kalau tak silap saya ..Diantara bentong ke Raub dan juga di sebelah …merapoh sana..Itu yang akan dibuat oleh pihak JKR , LLM dan kerajaan negeri termasuklah kerajaan tempatan..Bagi pihak kerajaan kita akan sediakan tapak yang sesuai untuk dibina, selain itu tindakan jangka pendek soal sabit dengan pembuangan sampah adalah alam flora, kerajaan tempatan dimana kita telah menyediakan tong-tong sampah untuk dibuang.”
Jelasnya, fasiliti itu kini dalam proses tindakan melibatkan pelbagai pihak termasuk lembaga lebuhraya malaysia (LLM ) dan jabatan kerja raya (JKR ).
Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumah terbuka aidilfitri di dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Sebelum ini, media melaporkan ketiadaan kemudahan r&r menjadi antara alasan pengguna lebuhraya lingkaran tengah utama (LTU ) membuang sampah terutama ketika singgah berehat di tepi laluan tersebut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masjid Felda Jengka 24 julung kali ada majlis Tadarus secara besar-besaran
JERANTUT – Buat julung kalinya program Tadarus Al-Quran diadakan secara besar-besaran dengan disertai 200 peserta menyertai majlis itu di Masjid Assobirin Felda Jengka 24 dekat sini.
Razak Daud menympaikan sumbangan kepada peserta Tadarus di Masjid Assobirin Felda Jengka 24.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, sebelum ini majlis tadarus hanya diadakan dalam bilangan peserta yang kecil.
“Buat julung kalinya dalam tempoh 40 tahun, majlis secara besar-besaran ini berjaya diadakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
“Oleh kerana kesedaran masyarakat dalam betapa pentingnya menghidupkan bacaan Alquran dalam bulan Ramadan, maka bilangan untuk menyertainya bertambah,” katanya di sini.
Katanya, di majlis itu 200 peserta yang menyertai majlis tadarus itu turut menerima sumbangan sebagai tanda kerjasama yang diberikan walaupun dalam kesibukan tugas harian dan mereka ini juga adalah tenaga kerja yang menyediakan masakan bagi majlis Iftar di Masjid Assobirin Felda Jengka 24.
“Kita akan teruskan program seperti ini di tahun hadapan dalam bilangan yang besar dan akan berfokus kepada generasi muda.
“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Felda yang turut memberi sokongan yang terbaik serta turut dibantu GPW yang memainkan peranan yang berkesan,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mahu menunaikan solat sunat Aidilfitri terpaksa balik kerana setiap ruang majlis Assobirin telah dipenuhi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
2000 anak perantau balik meriahkan Adilfitri di Felda Jengka 24
JERANTUT: 2000 anak perantauan balik meriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Felda Jengka 24 di sini hari ini pulang ke tanah rancangan itu bagi menyambut Syawal bersama keluarga.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, ia suatu yang luar biasa apabila jumlah perantau yang pulang ke situ meningkat berbanding 700 tahun lalu.
“Kita percaya ia hasil kempen yang kita lakukan dalam bulan Ramadan bagi mengajak anak perantauan pulang ke Felda Jengka 24 bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
“Masjid di tanah rancangan ini pun penuh, khususnya dipenuhi anak-anak perantau untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
“Lebih 2,000 jemaah memenuhi masjid Felda Jengka 24 hari ini dan ia suatu yang luar biasa sehingga ada para jemaah yang tidak dapat sembahyang raya dan terpaksa balik kerana penuh,” katanya di sini hari ini.
Razak dalam pada itu berterima kasih kepada semua pihak terlibat khususnya pengurusan Felda Jengka 24, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW).
“Saya mewakili warga Felda Jengka 24 begitu berbangga, teruja di atas komitmen yang diberikan anak perantau. Ibu bapa begitu gembira kerana anak-anak pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri kali ini.
“Ada rumah saya difahamkan, bergelimpangan anak-anak dan cucu sehingga terpaksa tidur di ruang tamu kerana tidak cukup bilik, ia sekali gus mewujudkan suasana hari raya yang cukup bermakna.
“Bila keadaan sebegini berlaku, ada dalam kalangan ibu bapa mula memikirkan untuk besarkan rumah dn tambah bilik, ia demi keselesaan anak dan cucu yang pulang ke kampung halaman,” katanya.
Beliau dalam pada itu mengingatkan warga Felda Jengka 24 supaya beraya secara bersederhana berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.
“Apa yang penting kita dapat merayakan Aidilfitri bersama anak-anak dan keluarga tercinta walaupun ia sedikit suram atau kurang meriah berbanding sebelumnya. Sambut secara besar-besaran pun belum tentu menjamin kebahagian pada masa akan datang,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!