Semangat tidak pudar UMNO Jengka 24 sedia hadapi PRU16
JERANTUT – Semangat kesepakatan dan semangat tidak pudar ditunjukkan ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 dapat meningkatkan keyakinan UMNO Bahagian Jerantut dalam menghadapi PRU16.
Ia ditunjukkan ahli parti cawangan itu dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Jengka 24 yang berlangsung semalam.
Bagi AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud, dia bersyukur kerana semua ahli kekal bersemangat tinggi walaupun berdepan kekalahan dalam PRU15 lalu.
“Dengan semangat ditunjukkan dalam mesyuarat kali ini, saya percaya kita dapat membantu merampas kembali kerusi di peringkat DUN dan Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.
“Saya sendiri tidak menyangka bahawa semua ahli tidak patah semangat dalam perjuangan demi bangsa dan agama.
“Kita masih perlu bekerja keras dalam hal memenangi hati pengundi di Jerantut dan di kawasan DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak,” katanya.
Razak juga yakin segala gerak kerja diatur dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama baik semua pihak, sama ada di peringkat Cawangan dan Bahagian Jerantut.
Katanya, pelbagai program turun padang dilakukan pimpinan dan ahli selepas PRU15 bagi membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti untuk musim pilihan raya semata-mata.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sahabat DRB-HICOM merakam kenangan bersama-sama warga emas selepas selesai mengadakan Program Ukhuwah Syawal DRB-HICOM di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
DRB – HICOM santuni golongan kurang kemampuan
PRESTASI cemerlang DRB-HICOM dalam sektor automotif turut menyuntik semangat syarikat korporat berkenaan untuk terus menyantuni mereka yang kurang berkemampuan dan ditimpa musibah dalam menjalani kehidupan.
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM, Nur Balkish Hood, berkata sehubungan itu setiap tahun syarikat itu sentiasa mengadakan program amal kebajikan bagi berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan pembelaan.
Menurutnya, program yang dianjurkan itu pula bukan hanya tertumpu kepada satu tempat atau golongan sahaja malah secara menyeluruh membabitkan dengan menyantuni rumah anak yatim, keluarga asnaf, miskin, ibu tunggal, pusat jagaan juga melawat pesakit di hospital.
Sahabat DRB-HICOM mengagihkan juadah jamuan hari raya kepada warga emas sambil bertanya khabar.
Tambahnya, paling penting tumpuan juga diberikan kepada keluarga kakitangan syarikat yang memerlu pembelaan atau bantuan termasuklah meringankan bebanan mereka menanggung pengajian anak ke pusat pengajian tinggi dan sebagainya.
“Dalam mengadakan pelbagai program untuk membantu masyarakat di luar, syarikat tetap ambil peduli membela nasib kakitangan kerana mereka merupakan aset penting bagi kemajuan syarikat,” ujarnya ketika ditemui pada Program Ukhuwah Syawal DRB-HICOM di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Program acara tahunan itu yang disertai 30 sahabat DRB-HICOM turut menaja jamuan hari raya untuk 47 warga emas PJMM disamping dipenuhi dengan acara beramah mesra dengan penghuni, agihan duit raya dan menyantuni mereka yang terlantar kerana keuzuran.
Turut hadir pada program itu, Ketua Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM, Chairil Amir Sharifudin, Pengerusi PJMM, Azman Rasman, Penasihat PJMM, Mohiadin Bahado, Setiausaha PJMM, Muhammad Syafiq Mohiadin dan Pengurus PJMM, Sazali Mohiden.
Nur Balkish, berkata program yang diadakan itu turut membuka minda kakitangan syarikat kepada mereka yang kurang bernasib baik dan amat memerlukan perhatian serta keprihatinan semua pihak untuk membantu.
Katanya, syarikat amat berharap program itu dapat meningkatkan jati diri kakitangan syarikat untuk menjadi seorang lebih bertanggungjawab termasuk kepada mereka yang terpaksa hidup dalam kesempitan serta menagih kasih sayang dan perhatian apabila dibuang atau disisih ahli keluarga.
Chairil ketika berucap pada program berkenaan, berharap PJMM terus dilimpahi rezeki dan lebih banyak pihak akan membantu meringankan bebanan operasi mereka yang amat bertanggungjawab menyantuni serta menjaga warga emas tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Menurutnya, warga emas yang menghuni PJMM itu dengan berlatarbelakangkan pelbagai kisah silam yang sedih terutama apabila disingkirkan oleh ahli keluarga sendiri selain hidup sebatang kara amat bertuah dijaga dan diuruskan dengan baik oleh petugas serta sukarelawan pusat jagaan berkenaan.
Tambahnya, walaupun masih ada kelengkapan atau kemudahan yang belum dapat disediakan PJMM, namun mereka warga emas tetap diberi layanan sempurna terutama bagi memastikan berasa selesa dan tenang menjalani kehidupan harian di situ.
Jelasnya, program yang jalankan itu secara tidak langsung membuka peluang kepada sahabat DRB-HICOM untuk menyelami kehidupan komuniti masyarakat di luar serta mendekati mereka dalam memahami kesulitan atau musibah yang terpaksa dihadapi.
“Ini akan melahirkan keinsafan kepada mereka kerana apabila menyedari masih ada segelintir masyarakat di luar masih dihimpit oleh pelbagai permasalahan dalam meneruskan kehidupan manakala kita sendiri belum pasti bagaimana kesudahan hidup nanti.
“Saya berdoa semua warga emas di PJMM diberi kesejahteraan kesihatan begitulah juga dengan petugas serta sukarelawan supaya dapat terus menyantuni mereka,” ujarnya lagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam memaklumkan inisiatif kerajaan negeri memperkenalkan Skim Tanah Rakyat (STR) adalah bagi menyelesaikan masalah penempatan setinggan membabitkan generasi baharu FELDA.
Beliau berkata, penempatan setinggan di kawasan FELDA menyalahi peruntukan undang-undang Seksyen 30, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, dan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama FELDA telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan FELDA sebagai sebuah penempatan moden yang tersusun melalui pengisytiharan 18 kawasan dalam wilayah FELDA sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) yang diperuntukkan untuk Generasi Baharu Felda Pahang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long pada sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, semalam.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa insentif kerajaan Pahang dalam mempercepatkan proses STR adalah untuk memudahkan usaha pelarasan dan pengambilan tempat dalam STR dan telah diutarakan kepada semua peneroka dan FELDA di bawah kerajaan negeri.
“Ini adalah satu inisiatif kerajaan Pahang untuk membantu anak-anak Pahang terutama anak-anak peneroka yang ingin kembali ke FELDA,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung di Wisma Sri Pahang sejak Isnin menyaksikan kebanyakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) berkumpul untuk membincangkan pelbagai isu untuk kepentingan rakyat Pahang.
Di sebalik isu dibangkitkan, semua ADUN juga masih sempat meluangkan masa memenuhi jemputan rumah terbuka Aidilfitri anjuran pelbagai pihak.
Antaranya Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang di Wisma TNB Jalan Gambut, petang semalam.
Majlis itu dihadiri ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam yang mengiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir semua barisan exco kerajaan Pahang dan ADUN pembangkang.
“Sementara menunggu waktu penempohan sidang Dewan Negeri Pahang tadi, saya mengiringi YAB Menteri Besar Pahang ke Menara TNB Pahang bagi memenuhi jemputan jamuan hari raya.
“Terima kasih kepada warga TNB Pahang di atas kesudian menjemput ke majlis pada hari ini,” kongsi Amizar melalui satu hantaran di Facebook.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SKM salur geran RM2.375 juta kepada koperasi Pahang
SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan geran bantuan dan tabung modal pusingan berjumlah RM2.375 juta kepada gerakan koperasi di Pahang tahun lalu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, AMRAN ABDUL KADIR berkata mengikut rekod pihaknya, sehingga 31 Disember 2022, perolehan (turnover) gerakan koperasi di Pahang adalah berjumlah RM970.17 juta.
“Ini adalah perolehan kedua tertinggi keseluruhan Malaysia selepas Wilayah Persekutuan.
“Pelbagai dasar, garis panduan dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh SKM membuktikan betapa kerajaan sentiasa komited dalam memastikan nasib rakyat terbela, agihan kekayaan yang saksama serta memacu ekonomi negara agar terus berkembang maju,” katanya.
Beliau berkata, SKM sebagai agensi mengikut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa berusaha keras untuk memastikan agar setiap koperasi berdaftar di Malaysia mampu mencapai objektif dan aspirasi penubuhannya, terutama dalam membantu ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.
“Saya menyeru kepada para koperator di negeri Pahang ini untuk terus memperkasa dan meningkatkan daya saing koperasi, agar dapat terus maju ke hadapan serta merebut peluang ekonomi tersedia, bersatu padu, saling bekerjasama dan bekerja keras untuk membuat perubahan ke arah transformasi Pahang menjadi negeri yang lebih maju,” katanya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keunikan 37 menu, 37 Wilayah di Sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka
JERANTUT – Sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka hari ini sangat istimewa dan unik.
Membabitkan 37 tanah rancangan dalam Wilayah Jengka, sebanyak 37 menu disediakan kepada pengunjung.
Lebih menarik lagi, semua menu disediakan secara gotong-royong oleh penduduk di setiap tanah rancangan FELDA dalam Wilayah Jengka.
Pengerusi Badan Gabungan Masjid Wilayah Jengka , Razak Daud berkata, idea untuk mengambil konsep 37 menu dari 37 kawasan rancangan FELDA itu adalah hasil perbincangan dengan pihak pengurusan FELDA Wilayah Jengka dan PAID Jengka.
“Kita bertuah kerana mendapat kerjasama baik daripada tuan kadi daerah dan semua warga peneroka.
“Jadi kita ambil semangat ini, semangat 37 masjid dari Wilayah Jengka dan ketua peneroka dari setiap tanah rancangan dalam kawasan ini,” katanya.
Razak yang juga Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka turut merakamkan terima kasih kepada semua warga peneroka yang memberi sokongan dan kerjasama baik menjayakan program berkenaan.
Katanya, semangat kebersamaan ini membuktikan peneroka FELDA Wilayah Jengka memiliki semangat tinggi dan hidup dalam keharmonian.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mangsa ribut Padang Piol terima sumbangan Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka
JERANTUT – Seramai 12 ketua keluarga dari FELDA Padang Piol dekat sini yang ditimpa musibah ribut menerima sumbangan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Biro Sosial dan Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud.
Razak berkata, sumbangan berkenaan adalah bertujuan bagi meringankan bebanan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
Turut hadir pada jamuan Aidilfitri adalah Pengerusi JKKK Jengka 10, Jantan Mat Saman, Pengerusi JKKK Jengka 8, Sahahril Othman dan Ketua UMNO Tekam Utara, Shariff Salleh.
Penyerahan sumbangan itu juga turut dihadiri AJK UMNO Bahagian Jerantut, Liza Ibrahim.
Sumbangan diberi di rumah mangsa felda Padang piol selepas jamuan hari raya Felda Gelangi 2 dan 3 yang dihadiri 12 orang ketua peneroka wilayah jengka.
Dalam perkembangan lain, Razak berkata, kebanyakan penduduk ketika ditemui pada majlis sama meluahkan kebimbangan mereka terhadap tarif air dan elektrik yang meningkat sejak Ramadan lalu.
“Ramai yang mengeluh kerana mendakwa berlaku kenaikan tarif air dan elektrik yang di luar jangka.
“Jadi, perkara ini kita akan teliti dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Sebelum ini pusat sumber Ibnu Khaldun di Sekolah Menengah Agama (SMA) Pelangai kelihatan ‘agak lesu’.
Namun atas keprihatinan kerajaan Pahang, sejumlah peruntukan diluluskan bagi menceriakan kembali pusat sumber itu.
Selepas menjalani proses ubah suai, pusat sumber berkenaan akhirnya kembali beroperasi.
Perasmian pusat sumber berwajah baru itu dilakukan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Majlis itu turut dihadiri ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang menganggap proses ubah suai pusat sumber terbabit adalah bukti jelas kesungguhan kerajaan Pahang dalam menyediakan infrastruktur selesa kepada pelajar sekolah di negeri ini.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Suasana sambutan Aidilfitri tahun ini tambah bererti apabila pimpinan UMNO Bahagian Bentong dapat bersua muka dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.
Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai itu meluangkan masa menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Bentong, baru-baru ini.
Penampilan Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Long Nan’ pada majlis itu disambut oleh pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.
Amizar melalui perkongsian di laman sosial Facebook miliknya mengakui kehadiran ‘Long Nan’ sangat dinantikan oleh semua ahli UMNO Bahagian Bentong.
“Kehadiran tetamu paling istimewa, YBhg Tan Sri Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, mantan Menteri Besar Pahang, mantan ADUN Pelangai menambahkan lagi seri dan meriah majlis.
“Ramai orang Bentong yang rindukan Tan Sri Long Nan… Alhamdulillah, dapat bersua kembali dan bertanya khabar,” katanya.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad Zaini kerana sudi menjemputnya bagi menghadiri majlis berkenaan.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YH Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh kerana sudi menjemput saya.
“Alhamdulillah, malam tadi cukup meriah… ramai tetamu yang hadir,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Besi scrap jatuh dari lori punca 30 kenderaan pancit tayar
BENTONG: Punca banyak kenderaan yang pancit tayar ketika melalui Lebuh Raya Karak Lebuh dan Lebuh Raya Pantai Timur sehingga tular di media sosial adalah disebabkan oleh besi scrap yang jatuh dari sebuah lori dan bukanya kegiatan kianat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata hasil siasatan mendapati pada 29 April lalu sebuah lori treler yang membawa muatan besi scrap dari Balakong, Selangor menuju Ke Gebeng, Kuantan.
Katanya, dipercayai terdapat beberapa serpihan besi scrap jatuh ke atas jalan menyebabkan banyak kenderaan yang melanggarnya mengalami tayar pancit.
“Polis telah berjaya mengesan lori dan pemandu lori treler berkenaan yang merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 28 tahun.
” Pemandu lori treler berkenaan telah dihubungi untuk hadir ke Pejabat Trafik IPD, Bentong untuk membantu siasatan,” katanya.
Zaiham berkata, dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang dan kenderaan terlibat kebanyakkannya mengalami kerosakan tayar pancit.
Menurutnya pada 29 April lalu (Isnin) pada kira jam 10.40 malam, pihak konsesi lebuh raya telah mengesan beberapa kenderaan membuat aduan kerosakan tayar pancit akibat melanggar objek besi tajam di atas jalan di Lebuhraya Karak dan juga Lebuhraya Pantai Timur.
“Terdapat lebih kurang 30 buah kenderaan pelbagai jenis telah membuat aduan kerosakan tayar pancit pada hotline Lebuhraya Pantai Timur 1.
” Polis Bentong turut menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut Iaitu dari seorang lelaki warganegara tempatan merupakan mangsa berusia 30 tahun dan juga dari seorang lelaki yang merupakan pegawai peronda LPT yang berusia 44 tahun,” katanya.
Kes Di Siasat Di Bawah Rule 19 Ln 166/59.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!