Ibu 15 tahun tikam bayi sendiri sejurus melahirkan
Foto atas: Kejadian berlaku di sebuah rumah
KEMAMAN – Ibu muda berusia 15 tahun dipercayai tikam bayi sendiri sejurus dilahirkan di Kampung Sri Bandi, dekat sini, semalam.
Bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya dengan menggunakan objek tajam di bahagian dada kiri dan kejadian dipercayai berlaku antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.
“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.
“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.
Sumber: K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang awam terkejut lihat objek lelaki terapung di Sungai Klang
KLANG – Orang awam terkejut melihat objek manusia terapung dari Jambatan Raja Muda di Sungai Klang pada jam 11.00 pagi,semalam.
Kejadian tersebut turut ditularkan berdurasi 23 saat menunjukkan orang ramai yang berhenti di jambatan itu sambil berteriak terhadap objek terapung tersebut.
Sebelum itu, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Jambatan Raja Muda.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 15 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja serta Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi.
“Gerakan mencari lelaki yang tidak dikenal pasti identiti itu giat dijalankan di sekitar kawasan tersebut.
“Namun, operasi pencarian belum menemukan mangsa dan terpaksa dihentikan pada jam 7 petang dan disambung esok pagi,” katanya.
Tambah Norazam, operasi mencari dan menyelamat itu turut disertai Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Sebuah kereta hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok , kejadian berlaku di Kampung Temin Jalan Jerantut -Temerloh, hari ini.
Seorang mangsa lelaki tersepit dan seorang lelaki cedera berjaya dikeluarkan oleh penduduk setempat.
Seramai lima orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut serta bantuan jentera FRT yang tiba di lokasi.
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dan mangsa menggunakan alat khas penyelamat serta diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Dua maut dalam pertembungan tiga kenderaan dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kampung Batu, Jalan Pekan-Rompin, tengah hari, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu membabitkan pertembungan kenderaan jenis Proton Ssaga dan Proton Wira serta Perodua Myvi.
Katanya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan tersebut melalui sistem tindak balas kecemasan Malaysia (MERS 999) kira-kira pada jam 12.53 tengahari tadi.
Dua maut dalam pertembungan tiga kenderaan di Jalan Pekan-Rompin, tengah hari , hari ini
“Seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi, Pekan tiba ke lokasi kejadian dan mendapati seorang mangsa lelaki tersepit dalam kereta Proton Saga dan disahkan meninggal dunia.
“Perkara itu disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian manakala seorang wanita yang menaiki kereta MYVI cedera parah namun turut terkorban ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Katanya, dalam kejadian itu juga, dua lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan dua wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan terselamat daripada sebarang kecederaan.
Mangsa yang meninggal di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOMBAK- Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 berdekatan stesen minyak yang menghala ke Plaza Tol Gombak.
Anggota berkenaan dikatakan sedang beronda bersama beberapa anggota lain di lokasi berkenaan berikutan Ops Motorsikal dijalankan.
Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ,apabila mangsa mengejar seorang suspek dengan menaiki motorsikal.
Mangsa yang berumur 30an terbabas dan jatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis Ibupejabat Daerah IPD Gombak.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kedah – Satu sindiket pelacuran di Sungai Petani Kedah yang mempromosikan aktiviti tersebut menggunakan aplikasi media sosial tumpas
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Azdli Abu Shah menerusi kenyataan berkata hasil serbuan Op Noda awal pagi tadi sebuah rumah Taman Patani Jaya itu polis menahan seorang mak nyah yang mengaku sebagai ibu ayam disyaki menjalankan aktiviti tersebut .
Mak nyah dikenali sebagai MAMI itu turut ditahan bersama 2 orang pekerja wanitanya masing-masing berusia 25 tahun dan 4 orang lelaki yang dipercayai pelanggan.
Lelaki berusia 43 tahun itu menjalankan urusniaga dengan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran antara 150 ringgit hingga 300 ringgit.
Kegiatan sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak Disember lalu.
Hasil serbuan itu polis merampas 12 keping kondom, wang tunai 800 ringgit , 1 buku nota, dua telefon bimbit dan satu anak kunci.
Kes disiasat menurut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti pelacuran. SAHIH
Photo: IPD Kuala Muda
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pinjam bot hantar mayat kanak-kanak Orang Asli Taman Negara
JERANTUT : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bird Group Taman Negara (BGTN) telah meminjam bot penambang orang kampung untuk menghantar mayat seorang kanak-kanak Orang Asli etnik Bateq untuk pengebumian di Kampung Kuala Atok berdekatan Kuala Tahan dekat sini, kelmarin.
Pengerusi BGTN, Roslan Abu Kassim berkata, ketiadaan perahu kajang berenjin amat sukar bagi sukarelawan itu untuk membantu kebajikan hampir 1,000 orang penduduk Orang Asli Taman Negara termasuk selaku pengantara dengan agensi kerajaan dan NGO luar ketika tugas perkhidmatan tertentu dan penghantaran barang makanan.
Katanya, mayat kanak-kanak perempuan Orang Asli berkenaan berusia 9 tahun meninggal dunia mengikut sumber keluarganya akibat jangkitan kuman di paru-paru telah dibawa dengan ambulans daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh ke jeti Kuala Tahan untuk dibawa pulang ke Kampung Kuala Atok.
“Kita menguruskan penghantaran mayat kanak-kanak ini ke kampung tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan bot Sungai Tembeling untuk upacara pengebumian di atas pokok yang akan dilakukan oleh tok batin dan keluarga mengikut kepercayaan kaum tersebut.
Roslan (kanan) membantu menghantar mayat kanak-kanak ke Kampung Kuala Atok, Kuala Tahan
“BGTN terpaksa meminta bantuan bot penambang kerana perahu kajang berenjin milik kami sudah hilang dilanda ombak Jeram Panjang, Sungai Tembeling ketika melakukan penghantaran bantuan banjir pada 5 Januari lalu,” katanya di jeti Kuala Tahan dekat sini.
Katanya, selagi ketiadaan perahu kajang berenjin, saya dan rakan BGTN amat sukar menjalankan kerja sukarelawan dan tidak mampu menyewa bot penambang lain kerana kos terlalu tinggi, iaitu antara RM300 hingga RM600 sekali perjalanan.
“Saya memohon kerajaan, rakan NGO luar dan dermawan supaya dapat menyumbangkan kewangan sebanyak RM16,000 untuk membeli sebuah perahu kajang dan enjin baharu bagi kemudahan tugas misi kemanusiaan membantu penduduk Orang Asli etnik Bateq di Taman Negara Kuala Tahan,” katanya.
Katanya, perahu kajang berenjin amat diperlukan untuk sukarelawan BGTN menghantar bantuan daripada NGO luar seperti barang makanan, peralatan tidur, peralatan belajar dan sebagainya untuk dihantar ke lima buah perkampungan Orang Asli tersebut.
Katanya, pihak kerajaan, NGO luar dan dermawan dirayu untuk membantu kewangan sebanyak RM16,000 keperluan membeli bot penambang termasuk enjin baharu dengan menghubungi Roslan Abu Kassim menerusi talian 014-6051663 atau Abdul Jalil Abd Rahman (019 9965263).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Oleh: Dr Munazieraa Ab Aziz, MB BCh BAO (Ireland), MPH (UM), DrPH Candidate (UM) dan Prof Madya Dr Hazreen B Abdul Majid, RD, PhD, FMDA (Associate Professor of Nutrition and Dietetics, UM)
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.
Suplemen bertujuan untuk membantu menambah nutrisi di dalam badan di samping mengekalkan dan meningkatkan kualiti kesihatan.
Kanser merupakan punca utama kematian di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, kanser telah membunuh seramai 29,530 orang pada tahun 2020. Trend in dijangka akan meningkat sebanyak dua kali ganda pada tahun 2040.
Oleh itu, ramai di antara kita mencari cara untuk mencegah kanser. Antara langkah yang diambil adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, mendapatkan vaksinasi, mengambil suplemen dan banyak lagi.
Suplemen bertujuan untuk membantu menambah nutrisi di dalam badan di samping mengekalkan dan meningkatkan kualiti kesihatan.
Kebanyakan supplemen mengandungi vitamin, mineral, herba, enzim, asid amino atau kombinasi.
Suplemen datang dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, tablet, cecair, serbuk atau gel. Hakikatnya, kurang daripada 10% daripada kandungan suplemen ini mampu diserap oleh badan.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menyatakan bahawa suplemen tidak boleh dijual bagi tujuan merawat, mendiagnosis, mencegah, atau menyembuhkan penyakit.
Kebanyakan supplemen mengandungi vitamin, mineral, herba, enzim, asid amino atau kombinasi.
Promosi-promosi seperti “menghalang kanser”, “merendahkan kolesterol”, “merawat penyakit jantung” dan lain-lain juga tidak dibenarkan kerana ini boleh memberi tanggapan palsu kepada orang awam.
Oleh itu, penggunaan suplemen sebagai pencegahan kanser adalah tidak digalakan sama sekali.
“World Cancer Research Fund International’s Continuous Update Project” mendapati bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan suplemen boleh mencegah kanser.
Kajian mereka mendapati hanya bukti minimum yang menyatakan suplemen vitamin D membantu dalam merawat kanser dan penyakit jantung.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen omega-3 tidak dapat mengurangkan risiko kanser jika dibandingkan dengan pengambilan plasebo.
Pada masa yang sama, satu kajian yang melibatkan lebih daripada 29,000 orang melaporkan bahawa pengambilan suplemen beta-karotena dalam dos yang tinggi (20 mg atau lebih setiap hari) boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru terutama dikalangan perokok.
Oleh sebab demikian, Majlis Penyelidikan Kanser telah mengesyorkan bahawa pengambilan diet yang seimbang melalui makanan yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran adalah lebih berkesan daripada pengambilan suplemen dalam usaha untuk mencegah kanser.
Dengan itu, adalah disarankan untuk memberi lebih tumpuan kepada kepelbagaian dalam sumber makanan dan bukannya bergantung dengan suplemen sahaja.
Berikut adalah beberapa petua untuk mengekalkan tabiat ini:-
Kekalkan berat badan yang ideal.
Jadikan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan kekacang sebagai sebahagian daripada diet harian.
Hadkan pengambilan makanan berproses terutama yang ditambah dengan lemak, karbohidrat, atau gula berlebihan.
Hadkan pengambilan daging merah dengan hanya mengambil dalam kuantiti yang sederhana dan bagi daging berproses pula, elakkan pengambilan atau jika perlu, ambil dalam kuantiti yang sedikit.
Lebihkan minum air kosong dan elakkan pengambilan minuman yang tinggi dengan gula.
Elakkan atau kurangkan pengambilan alkohol.
Setiasa kekal aktif secara fizikal dalam kehidupan seharian.
Bagi ibu-ibu, penyusuan susu ibu mampu mencegah kanser.
Mengekalkan berat badan yang ideal, mengamalkan pemakanan yang sihat serta aktif secara fizikal juga mampu membantu mencegah kanser. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA Perlis : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Perlis mengagalkan cubaan menyeludup masuk 30 kilogram ganja ke negara ini dari Thailand untuk pasaran negeri-negeri utara semenanjung.
Nilai rampasan kesemua ganja berkenaan dianggarkan RM150,000.00
Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, kejadian berlaku pada kedudukan 2.2 batu nautika barat laut Kuala Perlis sekitar jam 1.42 pagi, semalam.
Hasil maklumat risikan, sebuah bot peronda yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan.
Menyedari kehadiran pihak APMM, dua penyeludup bertindak mencampak guni yang dibaluti plastik hitam disyaki mengandungi ganja berkenaan sebelum melarikan diri memasuki perairan sempadan Malaysia-Thailand.
Beliau memaklumkannya dalam sidang media kejayaan berkenaan oleh Zon Maritim Kuala Perlis di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis.
Hasil risikan turut mendapati, bot fiber bekenaan mampu membawa sehingga 500 kilogram ganja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B)Akta Dadah Berbahaya 1952.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Pemberian vaksin pada hari ketiga Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) mendapat sambutan menggalakan walaupun terdapat dalam golongan ibu bapa bimbang terhadap suntikan yang diberikan kepada anak mereka.
Tinjauan di PPV Axiata Arena mendapati rata-rata ibu bapa sudah mula tiba ke lokasi berkenaan lebih awal, mengikut garis panduan ditetapkan dan pelbagai kemudahan telah disediakan serta tidak sesak.
Pelbagai gelagat boleh disaksikan, ada bakal penerima vaksin menangis melihat picaragari, tidak kurang juga ada asyik bercakap serta ada yang sempat bermain.
Kebanyakan mereka yang ditemani ibu bapa atau penjaga kelihatan tenang.
Sehingga hari ini, PPV Axiata Arena telah melaksanakan suntikan vaksinasi sekurang-kurangnya kepada 600 kanak-kanak menerusi pendaftaran MySejahtera.
PPV ini juga dibuka dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang.
PICKids disasarkan kepada 4.1 juta kanak-kanak untuk menerima vaksin bagi melindungi mereka daripada dijangkiti Covid-19 selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan program tersebut pada 22 Januari lalu.
Pada 3 Februari lalu, Kementerian Kesihatan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk kanak-kanak (PicKids) bagi kumpulan umur 5 hingga 11 tahun.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!