ALOR SETAR – Dua lelaki maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kampung Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 malam itu, mangsa, Amir Husaini Mohd. Rodzi, 15, dan Hamdan Adnan, 40, yang menunggang motosikal berasingan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa kemalangan berusia 22 tahun cedera ringan.
Seorang lagi penunggang motosikal berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku ketika remaja berusia 15 tahun terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Taman Nelayan ke Kubang Rotan, lapor KOSMO online.
“Motosikal ditunggangi remaja itu kemudian bertembung dengan motosikal jenis SYM Sport Bonus ditunggangi nelayan berusia 40 tahun yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang suri rumah maut manakala suaminya cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu berlaku ketika pasangan terbabit iaitu Roziah Abdullah, 44, dan suaminya yang memandu kereta berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun, Terengganu.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta jenis Mercedes Benz C300 yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri laluan, lapor KOSMO online.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa wanita yang duduk di sebelah penumpang hadapan tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.
Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan suami mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian dada dan tangan dirawat di hospital sama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA NERANG – Seorang lelaki maut setelah motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas jalan di Kampung Kuala Tekai, Jalan Barokhas-Pedu di sini, semalam.
Mangsa berusia 46 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu maut di tempat kejadian akibat kecedaraan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 8.47 malam.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kampung Tekai menghala Kampung Tualak, lapor KOSMO online.
“Mangsa dipercayai melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba meluru ke tengah jalan menyebabkan dia tercampak ke hadapan dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sepang: Dua lelaki maut akibat terperangkap di dalam kereta Proton Perdana yang terhumban ke dalam parit berhampiran Tanjung Rhu, Sungai Pelek, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 10 pagi itu, pemandu, Sathish Kumar Maya Murugan, 29, dan penumpang, Pubalan Sooriakumaran, 28, yang masing-masing berasal dari Sungai Pelek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati kenderaan dipandu mangsa dari arah Sungai Pelek menuju ke Banting hilang kawalan apabila melalui satu selekoh.
“Kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit di tepi sebelah kanan jalan.
“Waris mangsa juga sudah dikenal pasti dan kenderaan mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk siasatan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Sepang sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, lapor HM online.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seremban: Seorang pekerja kilang maut manakala enam lagi rakannya termasuk pemandu van cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Batu 7, Labu, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 pagi itu, mangsa yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai S Selvarani, 54, menetap di Taman Bukit Kayam di sini.
Komander Operasi, yang juga Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Asree Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7.01 pagi dan tiba lima minit kemudian di lokasi kejadian.
“Kemalangan membabit sebuah van membawa pekerja yang terbabas ke dalam parit dan terdapat tujuh penumpang di dalamnya iaitu lima wanita dan dua lelaki, lapor Harian Metro.
“Mereka dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Nilai. Bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
GAMBAR HIASAN
“Mangsa yang lain cedera dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) untuk menerima rawatan,” katanya, hari ini.
Menurut Mohd Asree, van berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan termasuk ke dalam parit menyebabkan van itu terbalik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGHANTAR BARANG LEMAS, SELAMATKAN MANGSA JATUH LONGKANG
PETALING JAYA: Pergi meninggalkan empat cahaya mata masih kecil.
Itu yang berlaku apabila seorang lelaki, Mohd Asraf Mohd Hisham Tan, 32, (gambar atas) ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja terjatuh dalam longkang di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor, petang tadi.
Mohd Asraf, 32, yang merupakan penghantar barangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.
Abang mangsa, Mohd Izhar, berkata adiknya meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dengan empat orang anak masih kecil berusia antara enam bulan hingga lima tahun.
Dalam kejadian itu, dia difahamkan Mohd Asraf terus terjun ke dalam longkang terbabit selepas menyedari terdapat seorang kanak-kanak dalam keadaan terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.
“Adik saya bekerja sebagai runner, ketika dia dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam longkang.
“Tanpa berlengah dia terus terjun ke dalam longkang berkenaan bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak itu.
“Bagaimanapun air terlalu deras ketika itu menyebabkan dia turut dihanyutkan sekali,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Dalam kejadian 4.12 petang, mangsa dan seorang remaja berusia 13 tahun ditemukan lemas dalam longkang berdekatan Masjid Taman Cendana.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa berjaya menemukan kedua-duanya pada 6 petang sebelum ditamatkan pada 7 petang selepas seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas ditemukan selamat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LORI TANGKI LPG TERBAKAR, PEMANDU MELECUR TAHAP DUA
Butterworth: Lelaki melecur selepas lori tangki gas petroleum cecair (LPG) yang dipandunya terbakar di sebuah kilang di Perai, di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.30 petang berhubung insiden itu.
“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Bandar Perda, Sungai Bakap serta Bayan Bayu.
“Kebakaran membabitkan sebuah lori lima tan yang membawa muatan tangki LPG di kawasan terbuka di tempat mengisi gas.
“Terdapat seorang mangsa berusia 50 tahun melecur tahap dua dan dia diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutntya, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja pemindahan gas ke tangki lori dan puncanya masih dalam siasatan.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.50 petang sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.42 petang, lapor HM online
“Operasi tamat pada jam 5.07 petang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK MANDI SUNGAI BERSAMA RAKAN DITEMUI LEMAS
KOTA KINABALU – Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang semalam ditemui di Sungai Inanam, bawah jambatan berhampiran stesen minyak di Jalan Tuaran Lama pagi tadi.
Almunel Unim, 11, ditemui pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas yang sedang melaksanakan operasi menyelamat kira-kira pukul 6.25 pagi hari ini.
Ketua BBP Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit sekitar pukul 9.06 malam tadi selepas ibu kanak-kanak berkenaan datang ke balai untuk meminta pertolongan mencari anaknya.
“Sepasukan anggota serta pegawai diarahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
“Kanak-kanak warga asing berkenaan dikatakan mandi bersama lima rakannya di bawah jambatan Sungai Inanam kira-kira jam 12 tengah hari hari sama.
“Bagaimanapun, mangsa didakwa lemas dan gagal diselamatkan.
“Rakan-rakan mangsa kemudiannya pulang ke rumah dan menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Agustavia memaklumkan operasi mencari dan menyelamat membabitkan seramai 12 anggota dan seorang pegawai serta dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa gagal ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada pukul 11.45 malam tadi sebelum disambung semula pada pukul 6 pagi tadi.
“Mangsa berjaya ditemui pada pukul 6.25 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian sejurus operasi disambung semula, lapor HM online
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” Katanya.-K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR KEMALANGAN KETIKA CARI CAPAIAN INTERNET UNTUK PdPR
LARUT: Hanya kerana ingin mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kawasan yang mempunyai capaian internet yang baik, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein di Selama, Perak cedera parah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Jumaat lepas.
Siti A’isyah Mohd Idris, 17, (gambar atas) sedang menunggang motosikalnya di Jalan Rantau Panjang – Selama untuk mengikuti PdPR secara dalam talian di rumah bapa saudaranya di Taman Permai 2, Selama sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di jalan itu kira-kira 9.45 pagi.
Ekoran kejadian tersebut, pelajar itu mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil.
Kisah malang itu diceritakan kakaknya, Siti Nurzulfa Mohd Idris, 22, sewaktu ditemui Bernama di rumah mereka hari ini.
Kakak mangsa, Siti Nurzulfa Mohd Idris, menunjukkan motor yang ditunggang mangsa, Siti A’isyah sewaktu ditemui Bernama di rumah mereka hari ini.-Foto Bernama.
“Oleh kerana capaian Internet yang lemah di rumahnya di Kampung Baru Batu 3 menyebabkan adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir tujuh kilometer di Pekan Selama,” katanya.
Sebelum ini, Siti Nurzulfa membuat hantaran sehingga tular dalam media sosial mengenai kisah Siti Aisyah sehingga mendapat perhatian netizen yang simpati dengan nasib menimpa pelajar harapan aliran Sains di sekolah itu.
Siti Nurzulfa yang merupakan mahasiswi tahun akhir pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata kebanyakan rumah di situ sering menghadapi capaian Internet yang lemah sejak bertahun lamanya.
Katanya, keadaan ini menyukarkan murid sekolah rendah dan menengah di situ untuk mengikut PdPR malah dia juga telah beberapa kali menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) namun masih tidak mendapat tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Adun Selama Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui berkata sebanyak 10 pencawang akan dinaik taraf menerusi Program Jendela bagi tempoh 2021 hingga 2022 di Selama bagi mengatasi masalah capaian liputan Internet dan telekomunikasi yang lemah itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HULU SELANGOR – Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila dia cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.05 malam.
Menurut beliau, ketika kejadian ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.
“Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya, lapor SINAR HARIAN.
Katanya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!