Seremban: Tiga lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi hari ini.
Kejadian kira-kira 2 pagi itu membabitkan Perodua Bezza dan Honda Accord.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kemalangan itu, jam 2.13 pagi.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi serta dibantu anggota dari BBP Senawang, lapor HM ONLINE.
“Kemalangan membabitkan dua kereta. Tiga lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa diserahkan kepada pihak polis.
“Tiga lagi mangsa lelaki yang parah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan. Semua mangsa berusia 20-an,” katanya ketika dihubungi.
Gambar :Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dungun: “Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat ia memang mayat manusia,” kata Mohd Shahrul Abdul Wahab mengenai penemuan mayat wanita dalam alur sungai di Kampung Kuala Abang di sini, petang hari ini.
Menurutnya, pada mulanya ia ditemukan oleh anak saudaranya yang berusia 12 tahun pada 3 petang ketika bermain di kawasan alur terbabit.
“Sebelum kejadian, anak saudara saya ternampak sekumpulan biawak di kawasan alur terbabit.
“Ketika turun di tebing alur terbabit, dia terkejut apabila ternampak mayat manusia sebelum dia menghubungi saya untuk pengesahan.
“Sebaik saya tiba di lokasi, saya dapati ia mayat wanita berdasarkan baju kurung yang dipakainya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Dungun untuk memaklumkan penemuan mayat terbabit.
Katanya, anak saudara mendakwa dia terserempak dengan wanita termenung di bawah sebatang pokok berhampiran tempat kejadian pada 7.30 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Normaini Mamat, 43, dari di Kampung Batu Tiong, dekat sini dan mayatnya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
“Ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis berhubung kehilangannya hari ini selepas mendakwa wanita itu tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.
“Polis sudah memanggil ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman dan mengesahkan ia adalah mayat ahli keluarganya yang dilaporkan hilang,” katanya, lapor HM ONLINE.
Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mat! mengejut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HUJAN LEBAT BERTERUSAN, TANAH RUNTUH DAN POKOK TUMBANG HEMPAP KENDERAAN DI CAMERON
KUANTAN : Orang ramai dikehendaki berhati-hati ketika berada di kawasan peranginan Cameron Highlands berikutan hujan lebat selama dua jam bermula petang, semalam.
Sebanyak lapan buah lokasi berlaku kejadian tanah runtuh, laluan terkandas dan pokok tumbang di kawasan tanah tinggi itu, mengakibatkan seramai empat orang mangsa di lokasi berasingan mengalami kecederaan akibat tersepit di dalam kereta yang dihempap pokok tumbang.
Salah sebuah dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat berterusan di Cameron Highlands.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang yang berlaku di beberapa buah lokasi di pusat peranginan tanah tinggi tersebut.
“Sehingga jam 6.30 petang semalam kejadian tanah runtuh masih berlaku dan pokok tumbang di lokasi berkenaan juga telah melibatkan jalan perhubungan terputus.
“Kami menerima panggilan kecemasan dalam kejadian pertama pada jam 4.16 petang tadi mengenai kejadian tanah runtuh berdekatan Hotel Casatelarosa, Cameron Highlands di sini,”katanya.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dan Ringlet telah berkejar ke lokasi dengan seramai sembilan orang pegawai serta dua buah jentera FRT untuk tugasan kerja menyelamat.
Beliau menambah, kejadian berlaku berdekatan hotel tersebut melibatkan tanah runtuh sehingga menyebabkan beberapa batang pokok tumbang lalu menghempap sebuah kereta.
Katanya, dua orang mangsa lelaki dewasa yang tersepit dalam kenderaan telah berjaya dikeluarkan dan dilaporkan mengalami kecederaan.
“Kejadian kedua juga melibatkan dua buah lokasi tanah runtuh dan pokok tumbang berdekatan Big Red Strawberry lalu menghalang laluan kenderaan, tetapi tidak melibatkan mangsa.
“Dalam kejadian ketiga berdekatan berlaku Smoke House Hotel, dua buah kereta telah dihempap pokok melibatkan dua orang mangsa berketurunan India mengalami luka dan pendarahan hidung. Mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Katanya, tiga kejadian yang sama juga dilaporkan laluan ke Ladang Boh Sungai Palas, iaitu dua kejadian, manakala satu kejadian di jalan Water Crest dan Rose Valey cuma menghalang laluan lintas dan tidak melibatkan kemalangan sama ada nyawa atau kerosakan harta benda.
“Anggota bomba Cameron Highlands dan Ringlet menjalankan operasi membersihkan kawasan dan laluan dengan menggunakan gergaji berantai, skop dan cangkul bagi memulihkan semula kenderaan bergerak di kawasan tersebut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu Perodua Axia khayal dadah langgar tujuh kenderaan
KUALA TERENGGANU – Gara-gara memandu dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah, seorang lelaki gagal mengawal kereta Perodua Axia dipandunya lalu menyebabkan kemalangan melibatkan tujuh kenderaan lain di Jambatan Kuala Ibai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, ujian urin terhadap lelaki dan rakan lelakinya yang turut berada di dalam kereta Perodua Axia itu sewaktu kemalangan mengesahkan mereka positif dadah jenis methamphetamine.
“Kedua-dua lelaki yang berusia 30-an ditahan polis sebaik berlaku kemalangan di lokasi kejadian pada pukul 6.15 petang.
“Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut dan menjalani ujian urin,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu tular video kedua-dua lelaki terbabit yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis tidak lama selepas menyebabkan kemalangan yang menyebabkan kegemparan dalam kalangan penduduk setempat terbabit, lapor kosmo online
Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang memandu kereta Perodua Axia berwarna merah itu gagal membrek sehingga melanggar kenderaan-kenderaan di hadapannya sewaktu melalui di Jambatan Kuala Ibai.
Jelas beliau, sewaktu kejadian, kesemua tujuh kenderaan terlibat sedang berhenti menunggu lampu isyarat merah di sebuah persimpangan selepas Jambatan Kuala Ibai.
“Kesemua mangsa telah membuat laporan polis masing-masing berhubung kemalangan itu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tragedi percutian Langkawi dua maut termasuk seorang tentera
LANGKAWI – Percutian enam individu di pulau peranginan Langkawi bertukar tragedi apabila dua daripada mereka m@ut dalam kemalangan di Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua m@ngsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd. Firdaus Nor Shaidi, 23, yang merupakan anggota tentera beralamat di Markas Tentera Darat di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan pelajar, Maizatul Hana Mohd. Rosdan, 21, dari Gurun dekat sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kesemua m@ngsa tercampak keluar daripada kenderaan dan kita tidak menolak kemungkinan kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan laju.
“Dalam kejadian itu, dua individu m3ninggal duni@, seorang penumpang dikenali Maizatul Hana meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV, Mohd. Firdaus pula dis@hkan m3ninggal dunia di Unit Kecemasan HSM,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, empat lagi m@ngsa dilaporkan c3dera, mereka ialah Fatin Nurfatiha Asmadi, 21; Nur Aiman Rifqi Mohd. Badrolnizan, 21; Muhammad Helmi Ahmad Tarmizi, 27 dan Nurul Atikah Mohd. Rashidi, 22,lapor K! ONLINE
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga beranak terselamat kereta dihempap pokok ketapang
KLANG – Tiga beranak nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dihempap pokok ketapang setinggi sembilan meter di Batu 1 Jalan Kapar-Kuala Selangor di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka masing-masing berusia dua tahun dan 20an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 pagi.
“Setibanya di lokasi lapan minit kemudian, pemeriksaan mendapati kereta itu masih dihempap pokok setinggi kira-kira sembilan meter.
“Semua mangsa bagaimanapun terselamat dan keluar sendiri sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Norazam, pihaknya bertindak memotong batang pokok kelapa berkenaan dan mengalihkan ke kawasan selamat, lapor kosmo online.
“Kita turut mengeluarkan kenderaan yang dihempap tersebut bagi kelancaran lalu lintas,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas semasa melalui jalan selekoh di Lebuh Raya Ketereh – Kota Bharu berhampiran lampu isyarat Padang Enggang di sini semalam.
Kejadian pada pukul 8.20 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Firdaus Rosi, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komsioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa dipercayai menunggang motosikal jenis Honda ANF125 seorang diri dari arah Ketereh ke Kota Bharu.
Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal ditunggangnya semasa melalui laluan selekoh sebelum tiba di persimpangan lampu isyarat Padang Enggang di sini, lapor kosmo online
“Insiden itu menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ke kanan sebelum merempuh penghadang di bahu jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh yang tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat.
Menurut Abdul Rahim, jenazah mangsa sudah dituntut oleh keluarganya dari Beris Kubur Besar, Bachok untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Empat cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Miri
MIRI, 20 November: Empat individu cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Miri Bypass berhampiran Persimpangan Lampu Isyarat Pujut petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.06 petang.
Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan keempat-empat mangsa dari kenderaan tersebut, lapor catsfm online
Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki maut selepas terperangkap dalam kereta terbakar
Kuala Terengganu: Seorang mekanik r€nt^ng selepas kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.05 malam, mangsa dikenali sebagai Mohd Azizi Jaafar, 37, maut di tempat kejadian selepas gagal keluar daripada kenderaan jenis Perodua Alza dipandunya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 7.09 malam sebelum 14 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian, lapor HM ONLINE.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa sudah terbakar hampir 90 peratus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRAGEDI PERCUTIAN LANGKAWI RAGUT DUA NYAWA TERMASUK SEORANG TENTERA
LANGKAWI – Percutian enam individu di pulau peranginan Langkawi bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd. Firdaus Nor Shaidi, 23, yang merupakan anggota tentera beralamat di Markas Tentera Darat di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan pelajar, Maizatul Hana Mohd. Rosdan, 21, dari Gurun dekat sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kesemua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan dan kita tidak menolak kemungkinan kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan laju.
“Dalam kejadian itu, dua individu meninggal dunia, seorang penumpang dikenali Maizatul Hana meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV, Mohd. Firdaus pula disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan HSM,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, empat lagi mangsa dilaporkan cedera, mereka ialah Fatin Nurfatiha Asmadi, 21; Nur Aiman Rifqi Mohd. Badrolnizan, 21; Muhammad Helmi Ahmad Tarmizi, 27 dan Nurul Atikah Mohd. Rashidi, 22. – K! ONLINE
SUMBER : K! ONLINE
FOTO : MEDIA SOSIAL
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!