Pencarian diperluaskan sehingga 335 batu nautika dan mungkin lebih
JOHOR : Operasi Carilamat tiga penyelam warga asing, yang hilang di perairan Mersing, Johor, diteruskan, bermula pukul tujuh pagi tadi.
Sektor pencarian di laut diperluaskan, kepada 335.79 batu nautika persegi, manakala pencarian udara, 427.89 batu nautika persegi.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran memaklumkan, operasi hari ini melibatkan 115 petugas, dan dua pesawat udara Maritim, dan Polis Diraja Malaysia.
Selain 11 bot Maritim, Pasukan Polis Marin, Grup Gerak Khas, agensi kerajaan dan komuniti nelayan setempat.
Selain itu, Jurulatih Menyelam warga Norway, Kristen Grodem, yang diselamatkan semalam, sedang menerima rawatan di Hospital Mersing.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN- Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan yang berlaku di Kuari JKR Bukit Pengorak, depan Tiong Nam, Gebeng , pagi ini.
Pemandu lori yang maut itu dihempap oleh lori yang dipandunya yang terbalik, maklumat awal, mangsa dipercayai cuba terjun dari lori yang dipandu itu, malangnya mangsa tidak sempat mengelak.-SAHIH.
Foto : Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Empat penyelam berlesan hilang di Mersing dikenalpasti
MERSING – Empat penyelam warga asing yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor tengah hari semalam, telah dikenal pasti.
Mangsa yang hilang itu, merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun dan remaja warga Belanda, Nathan Renze, 14 tahun.
Empat mangsa yang menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor masih belum ditemui.
Seorang mangsa yang hilang ialah wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35 tahun.
Kesemua mereka mempunyai lesen menyelam, sementara Kristine merupakan Dive Master
Laporan awal mendapati, keempat-empat penyelam tidak timbul selepas melakukan latihan selaman pada jam 12 tengah hari semalam.
Op Carilamat digerakkan kira-kira jam 2.35 petang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, Group Gerak Khas, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perikanan.
Seramai 90 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut yang bersambung semula pada jam 7 pagi semalam membabitkan 30 penyelam serta 18 aset.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Putus Separuh tangan akibat terkena Mesin di Kilang
GURUN : Seorang pekerja kilang, Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22 tahun menempuh detik hitam dalam hidup apabila separuh tangan kanannya terputus akibat terkena mesin.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah kilang pengeluar komponen plastik dan logam di Kampung Kilang Ketapan, Gurun pada 21 Februari lalu.
Tragedi menimpa Muhammad Faiz Aiman selepas hanya baru dua minggu bekerja di kilang terbabit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya.
Penderitaan yang dialami pemuda ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit yang menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada Muhammad Faiz Aiman yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu.
“Malang tidak berbau, meskipun baru dua minggu bekerja adik Faiz diuji sedemikian rupa. Semoga beliau tabah dengan ujian yang menimpa…” Kata Sabri selepas menyerahkan sumbangan tersebut di rumahnya di Kampung Kilang Ketapan, Gurun.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDAR JENGKA – Sebuah rumah pemandu lori hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Felda Jengka 14, petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 2.20 petang yang dihuni oleh satu keluarga seramai 4 orang yang sempat keluar menyelamatkan diri ke jalan raya.
Kejadian rumah terbakar di Felda Jengka 14, pada jam 2.20 petang, semalam
Tuan rumah, Ahmad Mazlan Mat Adam (49) berkata kejadian sangat pantas yang bermula di bahagian hadapan rumah yang berusia kira-kira 30 tahun dan terus melarat ke ruang tamu seterusnya ke bahagian dapur.
“Saya tidak pasti punca kebakaran, tetapi nampak percikan api berlaku di celahan dinding plywood rumah dan mungkin berlaku litar pintas, pihak bomba akan melakukan siasatan.
“Ketika itu saya, adik perempuan dan anak berusia 7 dan 10 tahun berada di rumah dan terus menjerit arahkan anak dan adik perempuan saya keluar selamatkan diri,”katanya ketika dihubungi.
Katanya, kini dia sekeluarga hanya sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang berharga dan dokumen penting.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Jengka tiba di tempat kebakaran kira-kira 10 minit kemudian dan melakukan operasi pemadaman.
Mazlan sekeluarga sekarang menumpang di rumah bapa saudaranya buat sementara waktu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Dua beranak maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan menggunakan wayar yang dipasang pada bateri kereta berhampiran sungai di ladang kelapa sawit di Batu Sawar 2, Kuala Krau, Temerloh, semalam.
Mayat bapa dan anaknya yang berketurunan Orang Asli, masing-masing berusia 45 dan 16 tahun dari Kampung Paya Sendayan.
Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.40 petang semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati bapa dan anak itu keluar dari rumah untuk aktiviti menangkap ikan, sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, ahli keluarga mula curiga apabila kedua-duanya tidak pulang ke rumah pada malam Sabtu lalu.
Ahli keluarga dan penduduk kampung Orang Asli yang menyedari kehilangan mereka mula mencari ke seluruh kampung dan kawasan berhampiran kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Namun begitu, kira-kira pukul 3.40 petang, mereka menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring berhampiran sungai.
Penduduk kampung menjumpai bateri kereta dan wayar elektrik dipasang pada pancing berhampiran mangsa dan mereka dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memancing menggunakan wayar elektrik hidup di kawasan itu.
Ramli berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini, untuk bedah siasat.
Tambah beliau, polis sedang menyiasat jika terdapat penduduk Orang Asli lain turut melakukan aktiviti memancing nadi elektrik di sungai berkenaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wanita masih berpantang Maut Dilanggar Selepas Tercampak Dari Kereta Akibat Kemalangan
TEMERLOH – Seorang wanita yang masih dalam keadaan berpantang maut selepas kereta dipandu suaminya terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 124, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa, Adzlin Zarina Mohd Rosmizal, 23, mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kereta dipandu Rosmizal Mat Lia, sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa menaiki kereta jenis Honda Jazz dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jerantut.
Apabila tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda Jazz dikatakan melanggar bahagian kanan belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan dan berpusing sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.
“Pemandu dan penumpang kereta tercampak keluar daripada kenderaan dan pada masa sama sebuah kereta jenis Perodua Myvi melanggar penumpang yang tercampak di lorong kiri jalan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta pula cedera di bahagian kepala dan paha.
Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa cedera dirawat di hospital sama.
Sementara itu, seorang ahli keluarga terdekat mangsa memaklumkan Adzlin Zarina baru habis berpantang sebelum terbabit dalam kemalangan maut itu.
“Anak pasangan itu yang berusia 44 hari terselamat kerana masih berada di rumah bapa Rosmizal di kampung,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pendaki Gunung Tahan meninggal dunia, hilang tenaga
KUALA LIPIS : Hasrat seorang pendaki untuk menamatkan ekspedisi mendaki Gunung Tahan tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak itu di Kem Kor kira-kira 13 kilometer dengan lokasi penamat Kuala Juram, Merapoh.
Dalam kejadian di Kem Kor pada pukul 8 pagi hari ini, mangsa yang juga seorang peniaga, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 51, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari dipercayai kehabisan tenaga dan lemah, manakala mengalami cirit-birit selama dua hari.
Ketua Polis Daerah, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, polis Balai Polis Merapoh telah menerima maklumat daripada Bomba dan Penyelamat Lipis mengenai seorang pendaki mengalami kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan.
“Siasatan polis mendapati kumpulan pendaki berkenaan terdiri daripada seramai 12 orang, iaitu semua lelaki daripada Selangor yang dipandu arah oleh dua orang malim gunung ketika mula dan perjalanan turun ke Kuala Juram daripada puncak Tahan.
“Mereka mula mendaki pada 12 Mac lalu dan dijangka pulang dan tiba sampai di Kuala Juram pada 16 Mac (hari ini). Semasa dalam perjalanan turun kira-kira 13 kilometer dengan Kuala Juram, mangsa, Raja Azlan Shah telah hilang tenaga dan lemah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, malim gunung melaporkan keadaan mangsa mengalami cirit birit selama dua hari dan tidak makan sehingga dia amat lemah.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah memohon bantuan helikopter Polis di Raja Malaysia (PDRM) bagi tujuan menyelamat dan membawa turun mangsa yang disahkan meninggal dunia ke Hospital Lipis.
“Operasi menyelamat dan membawa turun mangsa membabitkan seramai tiga orang pegawai, sembilan anggota yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat Lipis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta dua orang malim gunung.
“Jenazah mangsa dibawa dengan helikopter dan mendarat di padang Dataran Residen, bandar Kuala Lipis dan dibawa ke Hospital Lipis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JKKP Perlis siasat kes lelaki maut tersepit roller conveyor tidak bermotor
KANGAR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perlis telah mengerakkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan ke atas kes kemalangan maut.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 8 Mac lalu di sebuah kuari di Mukim Titi Tinggi, Padang Besar lebih kurang 3.30 petang.
Menurut Pengarah JKKP Perlis, Amree Ghazi dalam kenyataannya, kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pekerja lelaki warganegara Malaysia yang maut akibat tersepit pada bahagian Roller Conveyor tidak bermotor.
Susulan daripada siasatan tersebut, JKKP Perlis telah mengeluarkan satu Notis Larangan serta-merta bagi pengunaan semua operasi mesin yang terlibat di tempat kerja.
Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
JKKP Perlis akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahu pun orang awam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Cameron Highlands – Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di Taman Pucak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands, pagi tadi.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramil Mohamed Yousuf ketika dihubungi berkata, pihaknya
menerima panggilan daripada orang awma kira-kira jam 9.45 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Setibanya ditempat kejadian pihaknya mendapati kedua-dua mangsa terbaring di bilik air tingkat 2 pangsapuri berkenaan.
Pihaknya mendapati arus elektrik masih ada, dan menghubingi pihak Tenaga nasional Berhad (TNB) bagi mematikan arus elektrik berkenaan.
Siasatan awal mendapati terdapat kesan terbakar di tapak tangan isteri dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suaminya yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian.
Beliau berkata, menurut saksi iaitu anak mangsa yang berusia 10 tahun, ketika kejadian ibunya meminta pertolongan anaknya mengambil sebatang kayu sebagai penebat untuk membantu suaminya yang terkena renjatan elektrik.
Siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, mangsa yang berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun dan mempunyai 3 orang anak.
Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah hajjah Kalsom untuk bedah siasat.
Manakala ketiga-tiga anak mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan.
Tiada unsur jenayah dilaporkan, dan siasatan lanjut masih dilakukan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!