PEKAN – Pemandu Perodua Viva tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam satu kemalangan jalan raya yang turut melibatkan pacuan empat roda di Kampung Tebat, Chini, dekat sini, pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.
Komander Operasi, PBK II, Zulkarnain Awang, melaporkan seorang lelaki dewasa tersepit di dalam Perodua Viva dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)
“Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Chini telah mengeluarkan mayat lelaki yang tersepit menggunakan peralatan khas dan dua lelaki dewasa cedera yang menaiki pacuan empat roda dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tidakan lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN – Sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di kawasan perkuburan dan kejadian yang tular hari ini berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, dekat sini, berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali, berkata, kejadian itu melibatkan kereta milik seorang wanita yang kubur Allahyarham suaminya berada di situ.
“Terdapat seorang wanita warga emas yang memandu kenderaan itu ketika mahu menziarah kubur arwah suaminya yang baharu meninggal dunia, ketika wanita berkenaan hendak memusingkan kenderaan dia terbabas sehingga menyebabkan kenderaan tersebut berada di atas kubur.
“Kejadian itu menyebabkan empat kubur mengalami kerosakan dan pewaris kubur terlibat akan dimaklumkan berkenaan hal itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beberapa foto telah tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di dalam kawasan tanah perkuburan Islam. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Enam pintu rumah teres terbakar di Taman Pertama, Kuala Lipis
Foto atas – Kebakaran berlaku di Taman Pertama, Kuala Lipis, hari ini
LIPIS – Penduduk gempar apabila enam buah rumah teres terbakar di Taman Pertama, Sungai Kerpan, Kuala Lipis, pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.
Ketua Zon Tiga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba, Shahrul Nizam Nasir berkata, selepas menerima panggilan kecemasan anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis berkejar ke Taman Pertama dan mendapati enam buah rumah teres terbakar.
“Kita telah melakukan tugasan pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos, dua aliran salur bantu dan empat pacutan daripada air pili bomba berdekatan dan berjaya mengawal api dalam tempoh setengah jam.
“Kebakaran ini telah memusnahkan keseluruhan dua buah rumah teres, sebuah mengalami kemusnahan 60 peratus, manakala tiga buah lagi cuma dijilat api dalam anggaran 6 peratus,” katanya di Taman Pertama, di sini hari ini.
Menurut Sharul Nizam, seramai tiga orang pegawai dan 15 orang anggota bomba menggunakan tiga buah jentera daripada Balai Bomba Kuala Lipis serta bantuan balai Sungai Koyan telah menjalankan operasi pemadaman serta membuat pemeriksaan keselamatan selepas kebakaran.
” Bagaimanapun dalam kejadian tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa penduduk di situ. Punca kebakaran serta kerugian dalam kejadian ini masih dalam siasatan dan taksiran,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Shidee Gegar Vaganza alami kemalangan dalam perjalanan ke surau
KUALA LUMPUR – Penyanyi Shidee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, pada Ahad (6 Feb).
Bagaimanapun kata Shidee, dia tidak menyedari kemalangan tersebut berlaku dan hanya tahu dirinya terbabit kecelakaan selepas berada dalam ambulans, menurut laporan Gempak.
“Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans,” katanya.
Menurut Shidee, kemalangan berlaku ketika dia sedang menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar.
Peserta Gegar Vaganza 8 itu yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia sukar mengingati sama ada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain dalam kejadian berkenaan.
“Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini. Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.
“Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia ingin melihat perkembangan dirinya lebih lanjut sebelum kembali bertemu doktor, lapor Gempak.
“Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah dan ini merisaukan saya,” kata Shidee, memetik laporan Harian Metro, pada Isnin (8 Feb).
“Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okay, tiada luka dalaman.
“Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini,” kata Shidee, yang dilaporkan telah dibenarkan pulang ke rumah Isnin malam (8 Feb), menurut laporan Gempak lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Sebuah kereta hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok , kejadian berlaku di Kampung Temin Jalan Jerantut -Temerloh, hari ini.
Seorang mangsa lelaki tersepit dan seorang lelaki cedera berjaya dikeluarkan oleh penduduk setempat.
Seramai lima orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut serta bantuan jentera FRT yang tiba di lokasi.
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dan mangsa menggunakan alat khas penyelamat serta diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Dua maut dalam pertembungan tiga kenderaan dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kampung Batu, Jalan Pekan-Rompin, tengah hari, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu membabitkan pertembungan kenderaan jenis Proton Ssaga dan Proton Wira serta Perodua Myvi.
Katanya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan tersebut melalui sistem tindak balas kecemasan Malaysia (MERS 999) kira-kira pada jam 12.53 tengahari tadi.
“Seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi, Pekan tiba ke lokasi kejadian dan mendapati seorang mangsa lelaki tersepit dalam kereta Proton Saga dan disahkan meninggal dunia.
“Perkara itu disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian manakala seorang wanita yang menaiki kereta MYVI cedera parah namun turut terkorban ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Katanya, dalam kejadian itu juga, dua lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan dua wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan terselamat daripada sebarang kecederaan.
Mangsa yang meninggal di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOMBAK- Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 berdekatan stesen minyak yang menghala ke Plaza Tol Gombak.
Anggota berkenaan dikatakan sedang beronda bersama beberapa anggota lain di lokasi berkenaan berikutan Ops Motorsikal dijalankan.
Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ,apabila mangsa mengejar seorang suspek dengan menaiki motorsikal.
Mangsa yang berumur 30an terbabas dan jatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis Ibupejabat Daerah IPD Gombak.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Budak lelaki 5 tahun jatuh ke dalam perigi kering sedalam 32 meter
Foto atas: Usaha pihak berkuasa Maghribi untuk menyelamatkan Rayan (gambar kecil)
MAGHRIBI – Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter .
Kisah ini pada kala ini telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah.
Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut.
Bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang. Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu.
Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah.
Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Walaubagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah.
Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya.
Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali.
Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil. Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu.
Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi.
Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh.
Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.
Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar.
Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.
Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mekanik maut dalam kemalangan langgar bucu besi penghadang jalan
LIPIS – Seorang mekanik, Sin Chee Fat, berusia 24 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya di selekoh tajam KM 18, Jalan Lipis-Benta, pada jam 1.59 pagi, hari ini
Ketua Polis Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal kereta yang dipandu mangsa menghala ke Benta telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan terus merempuh bucu besi penghadang jalan (guard rail) menghala ke Lipis.
“Tiada kesan brek di tempat kejadian, lokasi kemalangan adalah di kawasan jalan berselekoh, keadaan jalan kering, berturap, bahu jalan berturap. Sistem jalan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah putih berkembar sebagai pembahagi lorong, keadaan gelap tanpa lampu jalan dan cuaca baik.
“Mangsa cedera parah di bahagian badan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedahsiasat selepas ujian Covid-19 diperolehi,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis memohon saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan. Kenderaan akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan kemalangan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Treler rempuh lapan kenderaan di KM 40, Lebuhraya KLK
BENTONG – Sebuah lori treler jenis Volvo merempuh lapan buah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 40, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada jam 9.30 pagi, hari ini.
Sembilan kenderaan tersebut, 2 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Mitsubishi dan Toyota Estima, 5 buah kereta jenis Perodua Axia, Myvi, BMW, Toyota Vios, Proton Saga dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Volvo.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Noor berkata, hasil siasatan didapati lori treler yang di pandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 42 tahun yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan telah hilang kawalan dan merempuh kenderaan di hadapannya.
“Akibat kemalangan tersebut pemandu lori treler mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan kanan dan dahi manakala pemandu-pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM 4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan,” katanya.
Tambahnya, tidak sampai 24 jam kemalangan ngeri yang berlaku dan meragut 4 nyawa sekeluarga yang melibatkan dua buah kenderaan di KM 2, Jalan Lebu-Mempaga menghala ke Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di sini pada jam 3.10 petang, semalam.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati membawa kenderaan yang dipandu dan pastikan kenderaan masing-masing sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik terutama untuk perjalanan jauh sempena bercuti panjang.
“Pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian ini tampil untuk membantu siasatan,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!