Empat gerai dijilat api berdekatan pasar borong Jerantut
JERANTUT – Empat buah gerai di Jalan Jerantut – Temerloh berdekatan Pasar Borong Jerantut dijilat api kira-kira pada jam 11.30 pagi.
Sebaris gerai 6 pintu itu menjual makanan dan minum termasuk kuih muih dan hanya 2 gerai berkeluasan kira-kira 6 meter x 12 meter (20 kaki x 40 kaki) terselamat.
Penolong Penguasa Bomba Jerantut, Mohd Zulkilfi Mohd Zainal berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut menerima panggilan pada jam 11.48 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
“Kejadian melibatkan gerai makanan dan minuman itu sempat dipadamkan dan operasi selesai pada jam 1.10 petang.
“Tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Katanya, BBP Jengka turut membantu dalam operasi pemadaman dengan seorang pegawai dan lima anggota.
Sementara itu, seorang saksi umum berkata, kejadian mula berlaku di gerai kedua dan terdapat seorang peniaga sedang memasak juadah berbuka puasa untuk dijual.
“Kejadian kebakaran sangat pantas sebab ketika kejadian cuaca sangat panas, sedikit berangin dan punca kebakaran tidak diketahui.
“Bersyukur, pihak bomba dapat memadamkan kebakaran dengan cepat dan dua gerai terselemat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto hiasan di atas : Kemalangan maut berlaku di KM55, Jalan Lipis- Merapoh, pagi ini.
Waspada di dua kawasan kerap berlaku kemalangan maut di Lipis
Jalan Lipis-Merapoh dijangka sesak menjelang raya
LIPIS – Dua jalan utama yang kerap berlaku kemalangan (blackspot) dalam daerah lipis bagi tahun 2022 iaitu di KM14 -16 Jalan CSR dekat Aur Gading dan KM 18–19, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan Simpang Berchang.
Setakat ini berlaku 3 kemalangan maut sehingga 24 April 2022 serta terdapat 878 jumlah saman telah dikeluarkan melibatkan saman 170A dan 257.
Ketua Polis Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata Jalan Central Spin Road (CSR) di sempadan Merapoh – Gua Musang dan KM25, Jalan Lipis –Merapoh di susur keluar Jalan CSR hala Kuala Lumpur dijangka akan berlaku kesesakan menjelang 5 hari sebelum hari raya, pada 28 April sehingga 2 Mei 2022.
Katanya, selain itu, pada 7 Mei hingga 9 Mei iaitu 3 hari selepas hari raya turut akan berlaku kesesakan di lokasi yang sama selepas orang ramai yang balik semula selepas bercuti.
“Tujuan Op Selamat diadakan untuk membendung peningkatan kemalangan dan kematian di musim perayaan, menguruskan kelancaran lalu lintas, respon segera kepada kes menarik perhatian.
“Selain itu, mencegah kejadian pecah rumah dan meningkatkan rondaan di kawasan komuniti, pendekatan ini untuk mencapai objektif dengan melakukan penguatkuasaan penuh dengan tumpuan kepada 6 kesalahan utama,” katanya melalui kenyataan media.
Azli berkata, di peringkat Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, pelaksanaan Op Selamat kali ini, memastikan kelancaran aliran trafik di jalan utama iaitu di Jalan Benta-Lipis-Merapoh yang akan dibanjiri kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.
“Saya merayu bagi pihak IPD Lipis, memohon pengguna jalan raya merancang perjalanan dan sentiasa memandu secara berhemah serta patuh dengan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
“IPD Lipis terus komited dalam memantau perkembangan jalan-jalan dalam daerah ini bagi memastikan aliran trafik lancar dan selamat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selangor : Hanya kerana salah faham, seorang pelajar perempuan tingkatan satu telah dipukul separuh mati oleh dua orang pelajar perempuan yang lain di Bukit Beruntung, Rawang Selasa lalu.
Sekitar jam 3.28 minit petang, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa pelajar terbabit telah terlantar lemah di kawasan perkarangan sekolah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan.
Mangsa yang hampir mengalami kecederaan pada kesemua bahagian tubuh badannya kini tidak mampu bergerak dan seringkali hampir terjatuh setiap kali dia cuba untuk berjalan.
“Kes ini melibatkan jenayah buli terhadap anak saya. Anak saya dipijak dan dipukul, tak akan tiada sebarang tindakan segera yang boleh diambil?” Soal ibu mangsa ketika ditemu bual oleh wartawan PPIM pagi tadi.
Laporan polis telah pun dikemukakan namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah memukul mangsa.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut setelah lori muatan cat yang dipandunya terbabas dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 381.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.
Nahas sekitar jam 8.30 pagi itu mengorbankan mangsa, M. Mohan, 67, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, kemalangan berlaku setelah lori dipandu mangsa hilang kawalan dipercayai akibat tayar pecah menyebabkan kenderaan tersebut terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar lereng bukit.
Akibat kemalangan itu, mangsa terhumban dan terkena cermin pandang hadapan. Mangsa cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 8.39 pagi.
Katanya, anggota segera menjalankan kerja-kerja menyelamat pemandu lori yang tersepit, namun, mangsa disahkan telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Kelindan lori berusia 52 tahun bagaimanapun tidak cedera,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Video/Gambar: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang motosikal maut balik dari bercuti di Kota Bharu
LIPIS – Tidak siapa menjangka, selepas bersahur bersama keluarga pagi tadi di kampung, seorang penunggang motosikal pulang untuk menyambung kerja kilang di Shah Alam, maut dalam kemalangan jalan raya pagi tadi.
Kemalangan itu berlaku di KM37, Jalan Lipis-Merapoh, Centre Spine Road (CSR) pada jam 11.30 pagi, hari ini.
Mangsa, Ahmad Nazri Razani, berusia 25 tahun, beralamat di Kampung Ketapang, Jalan Hospital, Kota Bharu, menunggang motosikal berseorangan menghala ke Shah Alam selepas bercuti di kampungnya.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa bertolak dari kampungnya pada jam 7.30 pagi , apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
“Punca kematian disebabkan cedera parah di bahagian kepala dan post-mortem akan dilakukan selepas mendapat keputusan saringan Covid-19.
“Ketika kejadian, keadaan jalan kering dan cuaca baik, sistem jalan dua lorong, satu hala dan terdapat konkrit tengah sebagai pembahagi jalan dan bahu jalan berturap, kedudukan motosikal berada di atas bahu jalan menghala ke Lipis,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu derita sakit kaki tersepit dalam kemalangan
JERANTUT – Seorang pemandu wanita berusia anggaran 25 tahun menanggung derita kira-kira sejam kerana kakinya tersepit dalam kemalangan di Kampung Seboi, Jalan Jerantut-Temerloh dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam.
Wanita itu yang memandu Proton Saga dari arah Kuala Krau menghala ke Jerantut bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios dari arah Jerantut.
Seorang saksi awam berkata, sebuah kereta Toyota Vios dari arah Jerantut yang cuba memotong kenderaan di hadapannya gagal masuk ke lorongnya semula dan terus merempuh kereta Proton itu.
Di dalam kereta Proton itu terdapat empat penumpang termasuk tiga kanak-kanak, tiga kanak-kanak telah dibawa ke klinik Kuala Krau oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.
Manakala ibu kepada pemandu yang duduk di tempat memandu cedera ringan.
Katanya, dia nampak kereta datang dari hadapan betul-betul di laluannya.
“Anak saya cuba ke bahu jalan untuk menggelak tetapi ada motosikal berdekatannya,”katanya.
Pemandu Toyota Vois dipandu oleh seorang wanita bersama penumpang terselamat.
Ambulan dari Jerantut tiba di lokasi kejadian diikuti jentera bomba dari Temerloh sejurus kemudian.
Anggota BBP Temerloh mengeluarkan pemandu wanita yang tersepit dengan menggunakan alat khas.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu jengkaut maut dan seorang penumpang cedera parah
JERANTUT – Seorang pemandu jengkaut meninggal dunia di tempat kejadian, seorang yang menumpang jentera itu cedera parah dan seorang lagi terselamat dalam kemalangan yang berlaku di KM4, Jalan Jerantut-Benta pada jam 12.30 tengah hari, hari ini.
Pemandu yang maut itu, Mohd Ikhsan Zahari, 37 tahun dari Kg Baru Serada, Kuala Terengganu, manakala seorang penumpang yang berada di sebelah kiri jentera berat itu, Ibrahim Hossen, 25, warganegara Bangladesh mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Seorang lagi penumpang yang berada di sebelah kanan jentera itu, Hossain Shahin, 30 tahun, warganegara Bangladesh terselamat.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati jentera itu dipercayai gagal dikawal oleh pemandunya menyebabkan terbabas ke kiri jalan dan terbalik ke dalam longkang.
Katanya, kejadian berlaku ketika pemandu itu dalam perjalanan pulang bersama dua mangsa yang menumpang untuk balik dari kawasan pembinaan ke rumah kongsi mereka di Kampung Sungai Par, dekat sini.
“Akibat kejadian itu, pemandu meninggal dunia di tempat kejadian, dan mangsa yang menumpang berada sebelah kiri mengalami kecederaan parah di kepala dan mangsa ketiga tidak mengalami kecederaan.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk dibedah siasat selepas memperolehi keputusan saringan Covid-19, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan Jalan Rompin-Kuantan
ROMPIN – Tiga sekeluarga maut di tempat kejadian dalam kejadian kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Batu 3, Jalan Rompin- Kuantan, hari ini.
Kemalangan yang meragut 3 nyawa itu berada di dalam kereta Perodua Kancil , manakala seorang mangsa pemandu van mengalami kecederaan, kejadian berlaku pada jam 1.30 petang.
Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba Rompin seramai 10 orang telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang melibatkan dua kenderaan itu dan menggeluarkan semua mangsa.
Semua mangsa disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nur Nabilah Selamat Tiba, teruskan Rawatan Di HUKM
SEPANG : Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan, Universiti Utara Malaysia, UUM, Nur Nabilah Mohd Azahar yang terlibat dalam kemalangan di Curacao, Caribbean pada hujung tahun lalu telah selamat tiba di tanah air, Jumaat lalu.
Pesawat yang membawa Nur Nabilah itu telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 malam.
Ketibaan Nur Nabilah telah disambut Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, pegawai-pegawai kanan dari Wisma Putra dan UUM serta ibu bapanya, Mohd Azahar Zakaria dan Nor Manira Khalib.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana pelajar yang dikasihi, Nur Nabilah telah kembali ke tanah air untuk mendapatkan rawatan susulannya.
Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), ibu bapa dan keluarga Nur Nabilah serta warga UUM yang telah mendoakannya.
Di samping itu, beliau juga berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan semua pihak terlibat yang membantu UUM dalam urusan rawatan Nur Nabilah di sana.
“Nur Nabilah akan meneruskan rawatan susulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan saya berharap dia dan keluarganya kuat dan tabah serta kuat semangat untuk teruskan rawatan ini,” katanya.
Sementara itu, ibu Nur Nabilah, Nor Manira mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam urusan rawatan anaknya di sana khususnya Wisma Putra, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga UUM.
“Alhamdulillah akhirnya anak saya berjaya dibawa pulang di atas kerjasama semua pihak terbabit dan saya rasa amat bersyukur kerana dapat melihat anak saya kembali dengan selamat.
“Di samping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang sentiasa berhubung bertanyakan perkembangan Nur Nabilah sehingga kini,” katanya.
Kegembiraan menyambut ketibaan Nur Nabilah turut dikongsikan bersama rakan baiknya, Aiman Qistina Balqis Azman yang dikenali lebih tujuh tahun lalu.
Katanya, dia berasa gembira dan pada masa sama rindu untuk bertemu rakan baiknya itu sehingga sanggup mengambil cuti semata-mata ingin menyambut kepulangan Nur Nabilah atau lebih dikenali sebagai Bella.
“Saya berharap Bella akan menerima ‘positive energy’ dan segera sembuh serta dipermudahkan segala urusannya dengan lancar,” katanya juga pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.
Nur Nabilah terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember 2021 bagi tempoh enam bulan di negara tersebut, sejak berlepas ke sana pada September 2021.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DI BIARKAN ANAK TERBIAR MATI DIDALAM BILIK SEWA, SAMBIL MENYUSU
THAILAND : Seorang kanak2 perempuan dianggarkan berusia 2-3 tahun ditemui mati didalam sebuah bilik sewa semalam dalam kejadian yg berlaku di Thailand.
Pemilik rumah terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis. Bilik ini disewa oleh sorang wanita dan dia membayar sewa pada setiap bulan namun dia dilaporkan tidak pernah menghuni rumah ini.
Lebih menyedihkan mayat kanak2 ini sudah berbau dan bertubuh kurus dan mulutnya masih menghisap botol susu. Sejauh ini tiada maklumat lanjut mengenai ibu kanak2 ini dan punca dia berbuat demikian-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!