KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas di dalam loji kumbahan di Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Kejadian pada jam 2.40 petang itu turut mencederakan seorang warga Bangladesh manakala dua lagi individu terselamat.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila enam pekerja pembersihan berkenaan melakukan kerja pembersihan di dalam tangki terbabit.
“Bagaimanapun mereka mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas dari loji kumbahan berkenaan.
“Dua mangsa warga Bangladesh berjaya menyelamatkan diri dengn keluar dari loji terbabit sebelum pasukan bomba sampai,” katanya.
Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak yang tiba di lokasi melakukan kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam keadaan selamat.
Seperti laporan yang dipetik dari HARIAN METRO, seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
“Pasukan penyelamat seterusnya melaksanakan proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan sementara menunggu pihak bomba tiba selepas tangan kirinya tersepit di pintu lif sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur hari ini.
KOSMO! ONLINE melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan telah menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.30 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.
“Sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati tangan kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah tersepit di pintu lif dan pasukan penyelamat terpaksa mengumpil pintu lif berkenaan untuk mengeluarkannya,” katanya.
Jelas kenyataan itu, anggota bomba telah menggunakan peralatan khas ‘Rescue Spreader untuk melepaskan tangan mangsa yang tersepit dan kemudiannya menghantar kanak-kanak itu ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa dilaporkan patah tangan kiri dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.59 petang,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI BESAR : Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Parit 6 Timur, di sini, tadi.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mangsa berusia 70 tahun yang menunggang motosikal maut serta merta di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, pemandu MPV Toyota Unser yang juga lelaki warga emas berusia 74 tahun tidak mengalami kecederaan, lapor HARIAN METRO.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Parit 8 menghala ke Sungai Besar manakala Toyota Unser datang dari Jalan Sungai Panjang menghala ke Sungai Besar.
“Setibanya di tempat kejadian pemandu Toyota Unser tidak sempat mengelak mangsa yang dipercayai keluar dari simpang sebelah kanan jalan.
“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
gambar: media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Penumpang monorel berdepan detik cemas selepas salah satu gerabak monorel berkenaan yang sedang beroperasi, terbakar di Stesen Jalan Maharajalela, hari ini.
HARIAN METRO melaporkan, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.27 pagi.
“Susulan itu, lima jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu ke bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi terdapat kebakaran membabitkan sebuah gerabak monorel berkenaan,” katanya.
Menurutnya, semua penumpang sudah diturunkan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dan mengambil masa kira-kira 50 minit sebelum api berjaya dipadam.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Bagaimanapun, tiada individu yang cedera,” katanya.
Gambar: Bomba/Cctv
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA NERUS: Seorang tukang kayu maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dinaiki lima sekeluarga dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Sentosa di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Shamsul Bani Ghany, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Sumber berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah Setiu menghala ke Kuala Terengganu dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 37 tahun.
“Difahamkan, wanita itu bersama suaminya dan tiga anak mereka berusia antara 5 hingga 3 tahun dalam perjalanan menuju ke Pasir Putih, Kelantan,” katanya ketika dihubungi SINAR HARIAN.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala dua penumpang Proton Wira yang cedera ringan dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
gambar – media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUNGUN: Dua sahabat cedera parah dengan salah seorang putus dua jari selepas motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza di Kilometer 5 Jalan Paka-Al Mukhtafi Bilah Shah berhampiran Kampung Bukit Merah, Paka dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, Amirul Aizat Abdullah, 20, yang menunggang motosikal itu putus jari manis dan kelingking kiri manakala pemboncengnya, Ahmad Iadil Najimi E’zani, 16, pula patah paha kiri.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan tersebut berpunca daripada kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza yang hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah motosikal.
“Pemandu kenderaan Perodua Alza berusia 33 tahun itu hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang kiri.
“Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang kebetulan melalui laluan itu secara melawan arus,” katanya kepada KOSMO! ONLINE di sini hari ini.
Baharudin berkata, impak kemalangan tersebut menyebabkan Amirul Aizat dan Ahmad Iadil Najimi tercampak dari motosikalnya.
Jelas beliau, kedua-dua sahabat itu telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan.
video/gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAPAH: Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya berlanggar dengan lori muatan ais di Kilometer 43 Jalan Ipoh-Teluk Intan berhampiran Kampung Haji Dahlan, di sini hari ini.
UTUSAN MALAYSIA melaporkan, dalam nahas pada pukul 2.30 petang itu, Chin Kok Wah, 39, yang memandu kereta jenis Proton Wira cedera parah dan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lori ais dipandu lelaki berusia 25 tahun itu dalam perjalanan dari Kampar ke Teluk Intan.
Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan lori di arah bertentangan sebelum dilanggar di bahagian kiri kereta.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang tersepit cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori ais pula tidak cedera.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Sepuluh orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama sebuah jentera FRT dan sebuah ambulan EMRS dikejarkan ke lokasi berlaku kemalangan melibatkan dua buah kereta, Perodua Myvi dan Axia.
Tiga orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum ketibaan pasukan Bomba di tempat kejadian.
JBPM Pahang melaporkan, Pasukan EMRS Bomba bersama pihak KKM telah memberikan rawatan kepada mangsa dan seterusnya membawa mangsa ke HTAA.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 329 Jalan Raub -Tersang di sini, hari ini.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Azizan Ismail, 60, dan penumpang hadapan kereta, Che Norzihan Mohd Nor, 51.
Ketua Polis daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Tersang ke Raub.
“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah MPV jenis Perodua Alza dari arah Raub dipercayai hilang kawalan selepas tayar sebelah kiri tergelincir di bahu jalan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
“Akibat kejadian kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, pemandu dan seorang penumpang MPV berkenaan patah kaki manakala seorang lagi penumpang yang merupakan seorang jururawat tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengaongkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.
Katanya kepada K! ONLINE berdasarkan siasatan awal keadaan permukaan jalan adalah rata dan kering dalam keadaan cuaca yang baik.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : “Saya dan suami kesal dengan apa yang berlaku serta menuntut pihak klinik supaya bertanggungjawab,” luah ibu empat anak, Rosnah Musa.
Rosnah, 35, yang menetap di Taman Seri Melur, Ayer Tawar, Perak memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah anak keduanya, Muhammad Adly Hadi Adzrul Effendie ,8, yang dimasukkan ke Hospital Ipoh sejak 18 Disember selepas mengalami bengkak yang serius pada bahagian alat sulit.
Menurut Rosnah, keadaan itu berlaku selepas Muhammad Adly berkhatan dengan kaedah ‘klamp’ (penggunaan klip) di sebuah klinik swasta di Seri Manjung pada 13 Disember lalu.
“Selepas berkhatan di klinik berkenaan, saya dan suami terus membawa anak pulang ke rumah.
“Pada hari pertama dan kedua, kami dapati ada perubahan pada alat sulit Muhammad Adly iaitu saiznya pendek berbanding asal serta kepala zakar kelihatan senget ke kiri.
“Selain itu, anak saya sering mengadu sakit, berasa takut dan menangis setiap kali mahu membuang air kecil.
“Keadaan ini merisaukan saya dan suami kerana ia sesuatu yang tidak normal tetapi kami mulanya positif saja tetapi jadi tidak sedap hati apabila alat sulit Muhammad Adly mula membengkak pada malam hari ketiga selepas klip ditanggalkan pada paginya (16 Disember) di klinik swasta berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Rosnah berkata, doktor di klinik berkenaan ada memberi ubat namun keadaan alat sulit anaknya jadi semakin membengkak dan berdarah.
“Pada waktu itu, saya dan suami menyedari alat sulitnya tenggelam jadi tanpa berlengah, kami terus membawanya ke Hospital Seri Manjung (HSM).
“Pemeriksaan lanjut mendapati alat sulitnya tenggelam dan bahagian kulit (alat sulit) habis dipotong serta anak saya terpaksa dibius bagi membolehkan doktor membersihkan darah beku di wad pembedahan keesokan harinya (17 Disember),” katanya.
Berikutan luka yang tidak sembuh ,Muhammad Adly kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk pembedahan menampal kulit alat sulit.
“Saya dan suami ada bertanya dengan doktor pakar dan dimaklumkan jika sembuh sekalipun, Muhammad Adly kemungkinan perlu menjalani pembedahan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi bergantung keadaannya.
“Satu lagi kemungkinan adalah alat sulitnya cacat kekal dan sudah tentu kami bimbang memikirkan masa depannya apabila dewasa nanti.
“Kami sudah pergi bersemuka dengan doktor berkenaan namun dia hanya berdiam tanpa memberi alasan dan jawapan meyakinkan,” katanya.
Berkongsi perkembangan terkini Muhammad Adly, Rosnah berkata, anaknya dalam keadaan sedar tetapi masih trauma dengan apa yang berlaku.
Katanya, Muhammad Adly juga akan menjalani satu lagi pembedahan hari ini dan berikutan apa yang terjadi,suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Sitiawan, semalam.
“Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
“Tujuan saya memuat naik hantaran di Facebook (Fb) tempoh hari bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi sekadar meluahkan kekecewaan saja.
“Diharap, perkongsian itu memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana untuk berhati-hati terutama dalam musim berkhatan ini supaya tidak menerima nasib yang sama,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!