GERIK: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 57, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa menyebabkan hanya satu laluan dibuka kepada pengguna.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pada pukul 4 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pengguna, lapor KOSMO! ONLINE.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmod berkata, ketika ini sepasukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan Balai Polis Bersia mengawal lalu lintas.
“Kerja-kerja pembersihan kini sedang giat dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak dan Belati Wangsa.
“Hujan turun renyai dan pengguna di kedua-dua arah dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANGSA LEMAS BUKIT PUAS DIJUMPAI DEKAT POKOK ROTAN
JERANTUT: Mangsa lemas kedua Kampung Bukit Puas, Uqail Iskandar Zulkarnain berusia 23 tahun ditemui kira-kita 5 meter dari lokasi kejadian dipercayai dihanyutkan arus deras semasa cuba mengharungi air dengan berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gintong bersama bapa dan dua adiknya.
Mangsa lemas kedua Kampung Bukit Puas, Uqail Iskandar Zulkarnain ditemui penduduk kampung, pagi ini
Mangsa pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang hilang bersama bapanya yang turut lemas ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), manakala dua adiknya terselamat
Akmal Nur Hakim (29), berkata ketika berlegar dengan bot di kawasan kejadian ternampak objek terapung berdekatan pokok rotan kira-kira jam 8.30 pagi, hari ini.
“Saya merapati objek yang terapung itu dan melihat jasad arwah di bahagian kepala dan belakang tubuh yang hanya berseluar, saya memanggil rakan lain untuk membantu menarik mayat sebelum memaklumkan kepada pihak polis dan bomba,” katanya ketika dihubungi.
Adik mangsa yang terselamat, Usyair Iskandar Zulkarnain (13) ketika ditemui menceritakan berlaku kejadian berkata, semasa mereka mengharungi air terdengar abang sulungnya Uqail Iskandar, meminta tolong dalam keadaan yang begitu gelap tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Adik mangsa yang terselamat, Usyair Iskandar Zulkarnain (kiri) dan ibu mangsa, Mazayana Abdullah ditemui di Unit Forensik, Hospital Jerantut, pagi ini
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, mayat mangsa dibawa keluar dari tempat dijumpai ke Jerantut Feri menggunakan bot melalui Sungai Pahang pada jam 10.30 pagi dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat.
“Sebelum itu, bapa mangsa, Zulkarnain Hitam, 58, ditemui lemas kira-kira jam 10.30 malam hari Ahad lalu ketika cuba mengharungi di laluan yang dinaiki air di Kampung Bukit Puas untuk ke Kampung Gintong.
“Manakala dua orang anaknya, Umar Iskandar Zulkarnain (17 tahun) dan Usyair Iskandar Zulkarnain (13 tahun) yang turut serta bersama mengharungi air terselamat,”katanya
Mazlan berkata, operasi SAR turut disertai oleh anggota pasukan polis, bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tentera 7 ranjer Mentakab , pasukan penyelam bomba dan orang awam. Operasi dan penyelamat ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertanya khabar kepada adik mangsa lemas
Sementara itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli melawat keluarga mangsa lemas Kampung Bukit Puas, di Unit Forensik, Hospital Jerantut, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAYAT PELAJAR UMP AKHIRNYA DITEMUI: TERSANGKUT PADA POKOK 5 METER DARI LOKASI KEJADIAN
JERANTUT: Mayat pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ukai Iskandar Zulkarnain, 23, yang hilang dibawa arus di Kampung Gintong di sini kelmarin ditemukan pagi tadi.
Komander Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Rosdi Mustafa berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 9 pagi oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat, lapor KOSMO! ONLINE.
“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna tersangkut pada pokok kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital,” katanya di sini, hari ini.
Kelmarin seorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut, Zulkarnain Hitam,58, menjadi korban pertama banjir selepas lemas apabila dihanyutkan air ketika meredah banjir di Kampung Gintong di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu mangsa bersama tiga orang anaknya berjalan meredah banjir ke sebuah rumah di Kampung Sokti di sini.
Bagaimanapun apabila tiba di tempat kejadian mangsa dan anaknya dihanyutkan arus deras sebelum dia ditemukan oleh dua anaknya tidak lama kemudian manakala seorang lagi anaknya hilang dibawa arus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Seorang kakitangan sebuah bank meninggal dunia terkena renjatan elektrik dan ibunya terselamat di Kampung Paya Kechik, dekat sini, pada jam 6.30 petang, semalam.
Mangsa, Isyraf Muhammad berusia 41 tahun, dikatakan sedang memerhati air hujan dan keadaan banjir yang melanda di hadapan rumah ibunya yang mula dinaiki air setinggi kira-kira 10 sentimeter.
Mangsa, Isyraf Muhammad berusia 41 tahun
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil temubual dengan keluarganya, kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya.
“Ketika itu, mangsa memegang tiang besi yang berada di hadapan rumahnya dan terkena renjatan arus elektrik, ibunya ternampak anaknya dalam keadaan terkena renjatan dan cuba membantu.
“Ibu mangsa dalam usaha membantu turut terpelanting ke belakang dipercaya turut terkena arus elektrik,”katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke Klinik Tanjung Lalang oleh abangnya untuk mendapat rawatan dan disahkan meninggal dunia oleh doktor di klinik itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temerloh (Hoshas) untuk bedah siasat, manakala ibunya turut dihantar ke hospital yang sama untuk mendapat rawatan dan keadaannya tidak membimbangkan.
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi dan sedang melakukan siasatan dan mengenal pasti punca arus eletrik itu. Kematian mangsa diklasifikasikan mati mengejut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KULAI – Seorang penunggang motosikal lelaki maut ketika mengelak sebuah basikal yang melintas sebelum merempuh sebuah kereta di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.47 pagi, Yong Joon Kee, 39, melanggar bahagian sisi kanan sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan.
Memetik laporan dar KOSMO ONLINE!, menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khidir Kamarudin berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dibantu Fire Post Kempas dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati lelaki yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Ini disahkan pasukan paramedik yang hadir di lokasi kejadian.
“Sementara pemandu kereta berkenaan terselamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi tersebut tamat pada pukul 8.51 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANGSA YANG HILANG ROZI OMAR DITEMUI OLEH PASUKAN PENYELAMAT PAGI INI
LIPIS: Seorang mangsa lemas dari dua beranak yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain yang karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini semalam telah ditemui pada jam 9.45 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, mangsa Rozi Omar, 52, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dan tersangkut dalam kebun pisang penduduk kampung apabila air banjir mula surut.
Katanya, pada jam 12 tengahari semalam, mangsa, Rozi Omar, 52, bersama anaknya, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, menaiki bot berkenaan bersama suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23.
Di Kampung Bertang tempat berlaku nahas
“Kejadian bot karam itu berlaku di Sungai Jelai, berhampiran jambatan gantung, Kampung Bertang, Ulu Jelai, Sungai Koyan dan semua mangsa tinggal di kampung Bukit Betong, Sungai Koyan.
“Siasatan awal polis mendapati bot yang di gunakan bersama ahli keluarga untuk kembali ke rumah untuk melihat keadaan rumah yang telah dinaiki air, telah terbalik disebabkan arus deras,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan Rozi Omar, 52, dan anaknya, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, telah terjatuh ke dalam sungai manakala suaminya Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23 terselamat.
Katanya, anak mangsa, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, masih belum ditemui dan usaha mencari dan penyelamat sedang dilakukan oleh 31 orang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri polis dan bomba. Penyelamat sedang meneruskan pencarian mangsa yang masuk hari kedua di sekitar kawasan kejadian dan kawasan sekitar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH : Seramai 615 mangsa banjir ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak setakat jam 7.30 pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kesemua PPS berkenaan dibuka sejak semalam selepas 12 kawasan terjejas di Kampar, Hilir Perak dan Muallim.
“Daerah Muallim mencatat jumlah mangsa tertinggi setakat ini dengan 477 orang daripada 119 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, iaitu satu PPS di Tanjung Malim dan tujuh PPS di Slim River,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Harian Metro melaporkan, Daerah Hilir Perak pula mempunyai 85 mangsa daripada 24 keluarga yang ditempatkan di di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
Katanya, 53 mangsa daripada 18 keluarga di Kampar yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Batu 20 dan Dewan Dato Azman Mahalan.
Gambar: Bomba/Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG – Seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan dekat sini ditemui mati lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai melimpah di Kampung Bentong di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Ketua Polis Daerah Kluang, sisten Komisioner Law Hang Seng berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan untuk ke rumah seniornya dikenali sebagai Amir yang tinggal di Kampung Bentong.
“Bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, memberitahu Hakimi mahu ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki banjir.
“Mangsa juga ada memberitahu rakannya bernama Syafikh bahawa dia dapat tahu ada jalan lain ke Kampung Bentong iaitu melalui jalan Kampung Melayu Nyior.
“Namun selepas daripada itu, percubaan untuk menghubungi telefon bimbit milik mangsa dan pencarian di rumahnya juga gagal,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hang Seng berkata, mangsa adalah pelajar tahun pertama USIM.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat.-
Video/gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Empat belas orang penduduk Kampung Jerantut Feri dekat sini bergadai nyawa menyelamatkan sebuah kapal pam penyedut pasir yang hanyut di Sungai Pahang kira-kira jam 3 petang ini.
Menurut, Mohd Azrul Mohamad, berkata, petang tadi kami pemilik sangkar ikan sungai sentiasa memantau sangkar mereka agar tidak dihanyutkan air Sungai Pahang semakin naik dan deras.
“Kami menguatkan ikatan tali sangkar ikan agar tidak dibawa arus deras, jika berlaku paras air semakin naik dan air semakin laju.
“Ketika saya dan rakan-rakan membetulkan ikatan sangkar ikan masing masung, kami tiba-tiba ternampak kapal pam penyedut pasir hanyut kira-kira 200 meter dari tempat kami berada,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu ada kira-kira 14 pemilik sangkar ikan berada di sepanjang sungai berpakat mengambil tindakan pantas untuk menarik kapal pam itu bimbang ia akan merempuh sangkar ikan mereka dan bakal mengalami kerugian yang besar.
Katanya, mereka tanpa berfikir panjang, mengambil langkah segera mengambil tujuh bot fiber dan mengejar untuk menghentikan kapal itu agar tidak merempuh sangkar penduduk lain di sekitar tebing sungai itu selain tidak melanggar tiang jambatan.
“Oleh kerana air terlalu deras dan menyedari kapal tersebut hanyut tanpa ada sesiapa di atasnya, maka mengambil keputusan mengejar kapal pam tersebut.
“Akhirnya setelah hampir 40 minit berhempas pulas menarik kapal pamitu dapat dihentikan di kawasan Pulau Dedari yang teletak di tengah-tengah Sungai Pahang itu berdekatan jambatan itu.
Menurut rakannya, Ramizan Mat Lia, kapal pam pasir itu sebenarnya hanyut bermula Kampung Pulau Mansok, kira-kira 7 kilometer dari tempat kerja mengorek pasir.
Katanya ia dipercayai hanyut disebabkan air terlaku deras menyebabkan ikatannya terputus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Dua beranak dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini, tengahari tadi.
Ketika kejadian, mangsa, Rozi Omar, 52 tahun bersama anaknya, Zakirah Ahmad Husin, 19 tahun menaiki bot berkenaan bersama suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52 tahun dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23 tahun.
Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad berkata, keluarga terbabit difahamkan cuba merentasi sungai itu untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang ditenggelami banjir.
“Saya menerima laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bertang kira-kira jam 12 tengahari tadi.
“Setakat ini kedua-dua mangsa iaitu Rozi dan anaknya, Zakirah masih belum berjaya dikesan. Suami Rozi, Ahmad Husin dan Nur Aina bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebaik insiden berlaku berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang, ” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Asyhar Amin berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak polis dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan kerjasama penduduk kampung.
Beliau turut menasihatkan penduduk kampung supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil keputusan yang berisiko memandangkan keadaan arus Sungai Jelai masih deras dan paras air juga melepasi paras bahaya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!