Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata maklumat perisikan pihak berkuasa mendapati keselamatan bekas pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng yang disiasat berkait skandal 1MDB berada dalam bahaya.
Razarudin berkata atas faktor itu pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan di mana lokasi Ng ditahan.
“Kami merasakan begitu (keselamatan Ng). Berdasarkan risikan dan kepentingan siasatan kita memutuskan untuk tidak mendedahkan dia di mana (lokasi ditahan).
“Kita lebih tahu (keselamatan Ng) berdasarkan maklumat keselamatan ini lebih daripada dirinya sendiri,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman.
Razarudin juga berkata siasatan terhadap Ng baru bermula dan berharap dia akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Pada Ahad lalu, polis mengesahkan Ng telah tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes tersebut namun lokasinya tidak didedahkan atas faktor keselamatan.
Jumaat lepas, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan tuduhan di negara ini.
Sumber : Sengat daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Temerloh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 46 pertuduhan menerima rasuah yang keseluruhannya berjumlah RM70,600 antara 2019 dan 2023.Ads by
Tertuduh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, 53, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dua jurubahasa yang mengambil masa lebih 45 minit di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima benda berharga iaitu wang tunai antara RM100 dan RM5,600 tanpa balasan daripada beberapa individu dan syarikat yang berkaitan dengan tugas rasminya melalui pemindahan wang secara dalam talian ke akaunnya antara Mac 2019 hingga Januari 2023.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di daerah Temerloh ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dengan pangkat Superintendan dan Asisten Komisioner antara Mac 2019 dan Januari 2023.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap 46 pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan yang diterima atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Feisal Mohd Azmi memohon jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta tiga syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM Pahang, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan tidak mengacau ganggu saksi pendakwaan.
Tertuduh diwakili peguam Datuk Bob S Arumugam dan Najib Zakaria.
Hakim Ahmad Zamzani kemudian menetapkan jaminan RM25,000 dengan tiga syarat tambahan iaitu tertuduh diperintahkan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, bermula bulan ini hingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 15 November depan untuk sebutan semula kes.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seorang anak lelaki tergamak membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan langsir kemudian dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, pada Sabtu.
Menurut sumber, mayat lelaki berusia 74 tahun itu ditemui pada jam 2 pagi.
“Siasatan mendapati kesan kecederaan di kepala, tangan sebelah kiri disyaki patah, kesan lebam di bahagian dada mangsa.
“Pemeriksaan di lokasi rumah mangsa pula, terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu,” katanya pada Isnin.
Menurutnya, pemeriksaan pada sebuah kenderaan yang disyaki digunakan suspek berusia 40-an untuk membawa mangsa terdapat kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
“Suspek yang juga anak kandung mangsa telah ditahan, dia disyaki memukul bapanya dengan menggunakan penyedok sehingga menyebabkan kematian.
“Suspek kemudian bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kita akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kejadian itu dalam masa terdekat,” katanya. – Sinar Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Bukan hanya menyamun, dua lelaki turut melanggar kereta mangsa menggunakan lori sehingga remuk di Jalan Utam Singh, di sini hari ini.
Dalam kejadian 5.40 pagi itu, suspek melarikan telefon bimbit dan dompet milik dua mangsa, menyebabkan kerugian kira-kira RM5,000.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 6.30 pagi di kawasan parkir hadapan sebuah restoran di laluan berkenaan.
“Mangsa adalah dua lelaki berumur 26 tahun dan 29 tahun. Ketika kejadian, kedua-duanya sedang minum di dalam kereta di kawasan parkir itu.
Siasatan awal, dua suspek yang menaiki lori dikatakan menegur mangsa, sebelum berlaku perselisihan faham hingga tercetus pergaduhan.
“Suspek kemudian merampas dua telefon bimbit, kunci kereta dan dompet milik mangsa sebelum melanggar kereta itu dan melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, polis sedang mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Saufi Malik di talian 011-20625464 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222.
Sumber : Buletin TV3
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rogol anak hingga bersalin, bapa durjana dipenjara 218 tahun dengan 75 sebatan
MUAR : Seorang ayah dijatuhkan hukuman 218 tahun serta 75 sebatan selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual terhadap anak kandungnya hingga bersalin, sejak 2020.
Tertuduh berusia 41 tahun bekerja kampung membuat pengakuan bersalah terhadap kesemua lapan pertuduhan dengan tujuh daripadanya membabitkan kejadian rogol yang bermula ketika anak kandungnya berusia 12 tahun.
Mengikut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam tahun 2020.
Selepas itu, tertuduh melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada jam 8 pagi, 5 Jun lalu.
Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya, memberitahu tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.
Kejadian terbongkar selepas sesi pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mangsa dan mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya.
Mangsa ketika itu tidak mengetahui dia mengandung sebelum membuat laporan polis terhadap tertuduh.
Tertuduh pertama kali didakwa pada 14 Jun dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan. Semua kejadian berlaku di sebuah rumah di Semerah dekat sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan.
Sebaik mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun dan dua sebatan untuk kesalahan amang seksual fizikal.
Bagi kesalahan merogol pula, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 30 tahun penjara dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, bagi hukuman amang seksual fizikal, mahkamah mengarahkan kedua-duanya dijalankan secara berasingan manakala kesalahan merogol berjalan serentak dengan semua hukuman bermula dari tarikh ditahan 8 Jun lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Danial meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kelakuan tertuduh terhadap anak kandung yang masih mentah ketika kejadian serta tidak pernah menyesal malah mengulangi kesalahan hingga ditangkap.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemilik kejar pencuri motosikal miliknya, pencuri berjaya melarikan diri.
JERANTUT – Seorang lelaki gagal melarikan sebuah motosikal yang dicurinya apabila dikejar oleh pemilik motosikal itu apabila suspek terjatuh kerana terbabas di tepi jalan berdekatan kawasan perkuburan Batu Balai, Jalan Jerantut-Benta, dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, walaupun terjatuh, suspek tersebut telah berjaya melari dan menghilangkan diri di dalam gelap.
Katanya, sebelum kejadian itu disedari, pemilik motosikal itu setelah mendengar bunyi enjin motosikal miliknya dihidupkan kira-kira jam 3.30 pagi, hari ini.
“Pemilik motosikal itu, seorang pemandu lori berusia 30 tahun terus keluar dan mendapati motosikal jenis Honda Ex-5 warna hitam tiada di tempat dia letakkan di garaj hadapan rumahnya Jalan Benta, Kampung Damak, dekat sini.
“Menyedari motosikalnya hilang, dia terus mencari motosikalnya sehingga ke Stesen Minyak Five, Batu Balai, dekat sini,” katanya.
Mazlan berkata, ketika dalam perjalanan balik ke rumah, pemilik terserempak dengan motosikal miliknya ditunggang oleh suspek dan mengejarnya sehingga sampai di hadapan kawasan perkuburan Batu Balai.
“Suspek telah terjatuh di bahu jalan disebabkan terbabas, suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan motosikal yang dicurinya.
“Pihak polis masih menjejaki suspek dan kes disiasat di bawah Sek 379A/511 Kanun Keseksaan,” kaatanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bapa 64 tahun ditemui mati, anak lelaki OKU ditahan reman di Bentong
BENTONG : Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 22 tahun ditahan reman ekoran kematian bapanya seorang warganegara tempatan berusia 64 tahun ditemuI mati terbaring di atas lantai di sebuah rumah pangsa di Bentong kira-kira jam 11.00 pagi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar dan disyaki dibunuh.
“Anggota polis dari Balai Polis Bentong dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sampai di tempat kejadian telah menjalankan siasatan awal dan menahan anak lelaki mangsa berusia 22 tahun .
“Ketika kejadian, isteri mangsa berusia 61 tahun bersama anak lelaki kedua mangsa berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di salah sebuah hospital di sana sejak 19 Jun 2023 (Isnin),” katanya melalui kenyataan media, di sini, hari ini.
Zaiham berkata, mangsa bersama anak lelaki bongsu berusia 22 tahun berada di rumah dan semakan awal mendapati anak mangsa memiliki kad orang kelainan upaya (OKU).
“Anak mangsa berusia 22 tahun itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 Jun 2023 untuk membantu siasatan. Kes disiasat dibawah eksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi bilik gerakan (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Polis Bentong berjaya memberkas seorang lelaki warga asing kerana dipercayai merogol seorang wanita yang bekerja di Genting Highlands, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan kira-kira empat jam selepas menerima laporan dibuat mangsa.
“Mangsa adalah wanita warga tempatan berusia 20 tahun dan dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jam 9 pagi, Isnin lalu.
“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirogol suspek sekitar jam 5.20 pagi Isnin ketika sedang berjalan menuju ke bilik sewa rakannya di sebuah hotel di Genting Highlands.
“Suspek dikatakan memanggil mangsa dan berpura-pura bertanyakan perkhidmatan ditawarkan hotel itu sebelum menarik mangsa ke dalam biliknya dan merogol mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Zaiham berkata, bertindak atas maklumat mengenai kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Bentong berjaya mengesan dan menahan suspek berhampiran hotel terbabit, kira-kira jam 1 petang hari yang sama.
Katanya, suspek adalah seorang pelancong asing dan kini ditahan reman hingga 19 Jun ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol.
“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun atau tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari
TAPAH – Lelaki yang dipercayai mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden berhampiran pusat rekreasi dekat Lata Iskandar di sini semalam, direman tiga hari bermula hari ini.
Perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Hanum Mohmad Shah di Mahkamah Majistret Tapah di sini.
Siti Hanum membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sehingga Jumaat ini.
Reman terhadap lelaki itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, lelaki yang diiringi pegawai polis dan memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tapah pada pukul 8.35 pagi.
Menerusi rakaman video tular berdurasi 59 saat, seorang lelaki dipercayai suspek dilihat turun dari kereta Proton Persona dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa.
Wanita itu yang menurunkan cermin keretanya untuk berbincang telah dimarahi oleh suspek dengan kata-kata kesat sebelum dia bertindak menunjal kepala mangsa.
Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Suspek dibawa oleh anggota polis untuk menjalani tuduhan dua kes rogol dan cabul di Mahkamah Sesyen Raub, Raub hari ini. – Foto IPD Lipis.
Ayah 54 tahun rogol anak bawah umur
LIPIS – Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menahan seorang ayah berusia 54 tahun kerana melakukan jenayah cabul dan rogol ke atas anak perempuannya berusia 16 tahun 6 bulan di Kampung Peruang, Benta dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, seorang wanita Melayu berusia 28 tahun yang juga kakak tiri mangsa berkenaan telah membuat aduan dan anggota BSJ telah melakuan tangkapan ke atas suspek pada 20 April lalu, pada jam 12.30 pagi.
“Hasil siasatan polis, suspek telah merogol anak kandungnya pada 17 Mac hingga 18 Mac lalu antara jam 10.30 malam hingga 12.30 pagi di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Peruang.
“Suspek turut melakukan seks amang ke atas mangsa yang juga remaja di bawah umur 18 tahun dengan mencabulnya pada 17 Mac lalu, kira-kira jam 7 pagi di tempat yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, menerusi siasatan, remaja tersebut mengaku dia telah menjadi mangsa perbuatan gangguan seksual oleh suspek yang juga bapanya sejak berusia 10 tahun lagi serta mula dirogol sejak berusia 15 tahun.
“Ketika serbuan dan menahan suspek yang bekerja sebagai penoreh getah itu, pihak polis turut merampas sehelai kain cadar tilam, kain selimut dan sarung bantal.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Akta Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol anak kandung.
Katanya, sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dalam tempoh tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, juga tidak kurang 10 kali sebatan,” katanya.
Katanya, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 kerana melakukan seks amang ke atas kanak-kanak yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.
“Kini, suspek ditahan reman selama 10 hari sejak dia ditahan sehingga 29 April 2023 dan menjalani tuduhan berasaskan kedua-dua kes tersebut di Mahkamah Sesyen Raub pada 28 April 2023.
“Suspek tidak mengaku salah dan ditawarkan jaminan mahkamah sebanyak RM20,000 bagi kedua pertuduhan tersebut dan tarikh sebutan kes seterusnya pada 29 Mei ini,” katanya.
Katanya, orang awam diminta tampil melaporkan sebarang kejadian jenayah di tempat masing-masing atau dalam kalangan ahli keluarga sendiri untuk membantu polis mengambil tindakan tegas berasaskan undang-undang tertentu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!