Polis Maran sita 9 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan
Polis Maran sita 9 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan
MARAN: Polis menyita sebanyak 9 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Plaza Tol Sri Jaya dan pentadbiran Daerah Maran di bermula petang semalam hingga awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintenden Norzamri Abd.Rahman berkata operasi bermula 5 petang sehingga pukul 3.00 pagi itu di ketuai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Maran Insp. Mahd Farirul Abd.Halim.
Tegasnya, Ops Samseng Jalanan dijalankan dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan yang menunggang motosikal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan mengganggu ketenteraman awam.
Menurut beliau, kaedah operasi yang dijalankan pihak penguatkuasa ialah tahan Kumpulan motosikal dan jalan pemeriksaan secara menyeluruh.
“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran telah menjalankan operasi itu dan menyita 9 buah motosikal.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintenden Norzamri Abd.Rahman
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan kesalahan tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan pelbagai kesalahan
.
Menurutnya, sejumlah 140 motosikal telah diperiksa yang melibat 150 orang manakala 57 motosikal telah disaman terus di lapangan.
Tambah beliau, sejumlah 114 saman POL.257 telah dikeluarkan kepada penunggang melibat 114 kesalahan iaitu lessen sebanyak 25, cermin sisi ( 22), Nombor plat ( 41), topi keledar (1), tidak pamer P (1), bawah umur 16 (1), LKM (5), ubahsuai ( 12) insuran (4) dan tiada brek sebanyak 2 kes.
Sehubungan dengan itu tegasnya, individu Bersama dengan motosikal yang terlibat telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Maran untuk tindakan susulan.
Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telaH ditetapkan . Sayangi diri, keluarga dan orang sekekeliling,
katanya.-SAHIH