Penyeludup nekad terjun tinggalkan 200 kg daun ketum
KANGAR – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan sebuah sampan kayu setelah tekongnya melarikan diri berhampiran Pulau Ketam, dekat sini pada jam 4.30 awal pagi semalam..
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya menemui 20 bungkusan plastik hitam disimpan di bahagian hadapan sampan kayu tersebut mengandungi daun ketum.
Bungkusan daun ketum ditinggalkan oleh penyeludup
Katanya, daun ketum itu dibawa menuju ke arah sempadan laut Malaysia – Thailand sebelum berjaya dikesan oleh bot ronda PPM.
“Panik akibat dikesan oleh bot ronda penguatkuasa, suspek seorang lelaki dipercayai tekong sampan kayu tersebut nekad memecut laju ke arah pantai sebelum meloloskan diri di kawasan hutan bakau berdekatan.
“Pemeriksaan lanjut dibuat di atas sampan kayu berkenaan menemui kira-kira 200 kg bungkusan plastik hitam disorok di bawah kanvas biru di bahagian hadapan sampan.
“Keseluruhan daun ketum dan sampan kayu berserta enjin dianggarkan bernilai RM 15,000 dan kesemua rampasan kemudiannya dibawa ke IPD Kangar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang penghuni sebuah rumah anak yatim maut dibelasah rakannya di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di kuantan.
Difahamkan mangsa, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar,11 tahun yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin berkenaan hanya kerana disyaki mengambil duit sebanyak RM4.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa tiga pelajar lain yang merupakan penghuni asrama berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama.
Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Seorang pelajar berumur 16 tahun ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan.
Menurut Wan Mohd Zahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Bungkusan air ketum yang ditemui dalam dua buah tong ais dan bungkusan daun ketum yang dimiliki oleh suspek dalam serbuan di sebuah kedai Chegar Medang, Bentong, semalam.
BENTONG – Pihak polis Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menyerbu ‘pusat’ memproses air ketum yang terletak di bahagian dapur belakang sebuah kedai di Chegar Medang, dekat sini, semalam.
Hasil pemeriksaan di situ pihak polis menjumpai dua buah tong ais berwarna oren yang setiap satunya berisi bungkusan cecair berwarna hijau dipercayai cecair ketum.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, turut menjumpai sebanyak 109 bungkusan cecair anggaran berat 136.25 liter dan enam bungkus plastik warna hitam berisi daun warna hijau disyaki daun ketum anggaran berat 46.5 kilogram (kg).
“Hasil siasatan awal dapati daun ketum tersebut dibeli oleh suspek di mentakab dengan harga RM 30.00 untuk 10 kg daun ketum.
“Suspek akan membeli daun ketum seminggu sekali dengan seorang lelaki warga negara tempatan di Mentakab,” katanya.
Katanya, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan, suspek juga dipercayai terlibat dengan kegiatan memasak, membungkus dan menjual daun ketum secara kuantiti yang banyak sejak awal tahun 2022.
“Suspek telah menyewa rumah kedai tersebut bermula dari bulan disember 2021 untuk dijadikan ‘pusat’untuk kegiatan memasak daun ketum dan membungkus air ketum sahaja.
“suspek dipercayai menjual air ketum ini dengan kenalan terdekat sahaja dengan harga RM10.00 sebungkus,” katanya.
“Sekiranya disabit kesalahan, hukuman penjara maksimum selama empat tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya sekali, hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif,” katanya.
Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari mulai 18 mac 2022 sehingga 21 mac 2022 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta racun 1952.
Barang rampasan, daun ketum 46.5 kg bernilai rm 2,325; 109 bungkusan cecair anggaran berat 136.25 liter bernilai RM1,090; dua buah tong ais berwarna oren dan sebuah penimbang berwana hijau.
Bungkusan air ketum yang ditemui dalam dua buah tong ais untuk dijual kepada kenalan suspek antara barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah kedai Chegar Medang, Bentong. – Foto IPD Bentong.
Zaiham menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah dan daun ketum serta bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah dan dadah kepada bilik gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia , Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga bot fiber tanpa nombor pendaftaran di tiga lokasi berbeza kerana disyaki menangkap siput retak seribu secara haram di sekitar perairan Kuala Perlis.
Ketiga-tiga tangkapan berkenaan dibuat pada kedudukan kira-kira 0.78, 1.04 dan 0.65 batu nautika barat pantai Kuala Perlis membabitkan tiga tekong dan tiga kru petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 21 hingga 47 tahun.
Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua bot nelayan tersebut berpangkalan di Kuala Perlis dan disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Antaranya kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) kerana mengendalikan bot tanpa lesen yang sah serta Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Turut dirampas dua set sangkar besi berupa tangguk siput dianggarkan bernilai RM1,000 dan hasil laut jenis siput retak seribu seberat 80 kilogram ketika pemeriksaan dilakukan.
Kesemua yang ditahan serta hasil tangkapan siput serta bot dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali bayar denda pemandu lori
ALOR SETAR- Seorang pemandu lori treler didenda Rm4000.00 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa, 10 tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif kepada Nor Azam Mat Saman, 44 tahun di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, 17 Ogos 2012 di Jalan Pendang ke Kobah, Nor Azam, yang memandu sebuah lori treler sedang membuat pusingan U.
Bagaimanapun sebuah motorsikal yang datang dari arah Pendang ke Kobah melanggar lori treler berkenaan menyebabkan penunggangnya meninggal dunia.
Tertuduh kemudian didakwa dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 pindaan 1999-A1065) kerana memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM4000.00 dan tidak lebih RM10,000.00 dan penjara tidak lebih 12 bulan.
Pendakwaan diwakili Inspektor Ahmad Shukri Saadon (Inspektor Perundangan/Pendakwaan), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar
Manakala Nor Azam diwakili peguam, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman denda 4 ribu ringgit dan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Denda tersebut bagaimanapun telah dibayar oleh seorang jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali yang bersimpati dengan kesusahan hidup pemandu lori berkenaan.
Kos guaman turut ditanggung Muhammad Azlan yang turut hadir di Kompleks Mahkamah Alor Setar, pagi tadi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA PERLIS -Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi berjaya mematahkan sekumpulan warganegara Myanmar dalam cubaan masuk ke Malaysia dalam Penugasan OPS LANDAI di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Perlis.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kasim memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh anggota Unit Risikan Marin (URM) dan dibantu oleh anggota Unit Risik Kompeni D Batalion 2 PGA Kuala Perlis di kawasan tersebut.
Pemeriksaan ke atas 6 lelaki dan 1 wanita berkenaan mendapati tiada dokumen pengenalan diri.
Ketujuh-tujuh individu berkenaan disyaki merupakan pendatang tanpa izin yang baru sampai daripada negara Thailand.
Pasukan serbuan turut dibantu oleh Pasukan Op Benteng Balai Kuala Perlis untuk memeriksa keliling kawasan dan telah menjumpai 1 lelaki warga asing sedang menunggu di dalam sebuah kenderaan di kawasan berhampiran.
Setelah melakukan pemeriksaan mendapati individu berkenaan merupakan tekong darat sedang menunggu ketujuh-tujuh individu untuk dibawa pergi.
Hasil siasatan awal menyatakan bahawa bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Malaysia kepada Warga Mnyammar adalah dalam sekitar RM 3,000 sehingga RM 5,000 seorang dan dibayar oleh ejen di Myanmar.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Awas sindikit penipuan jualan atas talian semakin berleluasa
LIPIS – Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak tertipu dan lebih berhati-hati dalam pembelian barangan melalui atas talian kerana terdapat sindiket penipuan penjualan yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Golongan yang terkesan ramai berlaku di kalangan remaja yang ‘terpikat’ dengan barangan yang dianggap mahal tetapi dijual dengan harga yang sangat murah dan kadang-kala harga tidak masuk akal.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada mangsa kes ditipu berkaitan pembelian melalui atas talian yang semakin rancak sejak awal 2020.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
“Mangsa yang membeli barangan melalui atas talian akan dihubungi oleh pihak kastam dengan mengarahkan mangsa agar membayar sejumlah wang untuk melepasi sekatan cukai dan sebagainya.
“Malah, modus operandi yang menghairankan, panggilan daripada sindikit kepada mangsa boleh dilakukan dengan cepat bertukar tangan kepada pihak polis, kononnya mangsa akan dipersalahkan kerana melakukan pembelian tidak mengikut saluran percukaian atau ‘black market,” katanya.
Selain itu, katanya, pihak mangsa yang mula ‘terdesak’ atau takut ditahan polis akan menyalurkan wang dikehendaki kepada sindikit penipuan itu.
“Orang ramai jangan panik sekiranya berlaku kejadian seperti ini, sebaliknya memberitahu kepada orang yang tahu terlebih dahulu atau terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
“Bagi menggelak berlaku kejadian seperti ini, orang ramai dinasihatkan membeli daripada agen penjualan yang sudah dikenali serta membaca komen daripada pembeli lain yang boleh menentukan kesahihan ‘syarikat’ penjualan itu,”katanya.
Katanya, mangsa boleh menyemak nombor kaun melalui semakmule bagi mendapatkan kesahihan akaun yang digunkan oleh pihak sendikit.
“Paling penting orang ramai jangan melayan sebarang urusan pembelian atau pinjaman sekiranya tidak melakukannya dan elakkan terjebak dengan pencintaan atas talian atau ‘love-scam’ yang sudah banyak berlaku dengan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit.
“Kesalahan jualan atas talian atau e-dagang yang melakukan penipuan boleh diletakkan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam melakukan urus niaga atau pembelian barangan dalam talian,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi pihak polis melalui aplikasi Whatsapp berkaitan kes seperti ini kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CCID infoline : 013-2111222 pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang penganggur lelaki berusia 40 tahun dalam operasi Op Tapis di Felda Kechau 1, dekat sini pada jam 11.30 malam, semalam.
Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai satu kotak plastik lampu suluh warna hijau bercetak ‘USB charge’ di atas lantai ruang tamu rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pemeriksaan dilakukan dan didapati di dalam kotak itu dengan disaksikan suspek telah menjumpai sebelas paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk berwarna merah jambu disyaki dadah jenis Heroin.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
“Anggaran berat dadah tersebut 15.06 gram dan nilai pasaran dadah tersebut dianggarkan RM 527, suspek telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Kuala Lipis dan hasil saringan awal didapati negatif, manakala ujian air kencing mendapati positif Metafetamin dan diserahkan untuk tindakan selanjutnya.
“Suspek ditahan di bawah Sek. 39B Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan Sek. 15(1)(a) ADB 1952, dan ditahan direman pada 3 Mac untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berharap, orang ramai memainkan peranan dalam menangani aktiviti penyalahgunaan dadah di tempat masing-masing dengan melapor segera sebarang aktiviti yang tidak bermoral itu kepada pihak polis.
“Kerjasama orang awam boleh membantutkan pengedaran dadah demi keharmonian masyarakat di tempat masing-masing dan juga generasi muda,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong berjaya menahan seorang suspek dalam satu sekatan jalan raya di KM 17, Jalan Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang, hari ini.
Semasa menjalankan Op Tapis, pihak polis yang bertugas telah menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 31 tahun dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, pihak polis telah menjumpai sebuah kotak di bahagian belakang tempat duduk penumpang.
“Pemeriksaan lanjut di dalam kotak tersebut pihak polis menjumpai lima ketulan mampat dibaluti dengan pembungkus berwarna keemasan dan plastik lutsinar setiap satunya dipercayai mengandungi dadah merbahaya jenis ganja dengan berat keseluruhan rampasan sebanyak 5,127.42 gram.
“Anggaran nilai dadah yang dirampas RM 12,500 , jumlah dadah yang dirampas ini boleh menampung bekalan kepada kira-kira 5,127 orang.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 8 mac 2022 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Lima ketulan mampat dibaluti dengan pembungkus berwarna keemasan dan plastik lutsinar setiap satunya dipercayai mengandungi dadah merbahaya jenis ganja dengan berat keseluruhan rampasan sebanyak 5,127.42 gram.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952, sekiranya disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan perintah pengawasan tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun.
“Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk di bawah pentadbiran IPD Bentong kerana menyalurkan maklumat kepada pihak polis serta sentiasa bersama ke arah membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah yang memudaratkan penagih itu sendiri malah menjejaskan keharmonian, masyarakat, bangsa dan negara,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengarah syarikat untuk membantu siasatan kes memberi suapan sebanyak RM2 juta pada 2016 dan 2017.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 3.10 petang ketika hadir memberi keterangan.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand.
“Pihak kami telah melakukan tindakan menggeledah pejabat dan rumah lelaki itu dan membuat pengesanan saksi yang terlibat serta merakam kenyataan beliau bagi mendapatkan maklumat berkaitan saksi yang terlibat,” katanya.
Sumber itu turut memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap lelaki tersebut akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
SUMBER: Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!