PUTRAJAYA: Seorang Timbalan Pendakwa Raya ditahan reman enam hari bermula hari ini kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM345,000 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Majistret Shah Wira Abd Halim keluarkan perintah reman itu hingga 15 Oktober ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi tadi ketika memberikan keterangan.
“Suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2019. Suspek yang kini bertugas di Selangor, menjalankan kegiatan berkenaan pada tahun 2016 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Difahamkan, suspek terbabit melakukan kegiatan itu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes berkaitan penipuan urusan jual beli tanah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Seorang pelajar ditahan kerana dipercayai menjadi dalang kejadian kebakaran Surau Darul Fadzlillah dan perbuatan khianat ke atas TABIKA KEMAS di Kampung Gita Laut, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Awang Din Awang Gani, berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu yang juga penduduk kampung berkenaan ditahan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.
“Menurut saksi, suspek yang mempunyai masalah mental dilihat melakukan perbuatan itu sekitar jam 7.53 pagi sebelum ditangkap oleh penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Awang Din, akibat tindakan suspek, surau yang dibakarnya mengalami kerosakan beberapa peralatan termasuk kabinet, sistem suara dan sejadah.
Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan segera oleh penduduk kampung.
Sementara itu, bagi kejadian di TABIKA yang berhampiran dengan surau terbabit, beliau berkata suspek merosakkan kawasan landskap dengan mencabut bunga manakala tanah di dalam pasu ditaburkan berselerak di kawasan halaman tabika berkenaan.
Katanya, kejadian disedari oleh guru di tabika itu yang hadir ke lokasi untuk rutin pemeriksaan harian.
Susulan itu, Awang Din berkata suspek kini ditempatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.
Menurutnya berdasarkan maklumat, suspek mengalami tekanan perasaan dan masalah mental sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila sering membuat kacau di rumahnya.
Katanya, kedua-dua kes kini dalam siasatan masing-masing di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAWAU: Polis giatmemburutujuhlelakiwarga Filipina dan Indonesia yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, sekumpulan 14 tahanan ditempatkan di sebuah blok di pusat tahanan itu dikatakan memanjat pagar sebelum meloloskan diri.
Bagaimanapun tujuh daripadanya berjaya ditahan semula oleh anggota dan pengawal bertugas di PTS terbabit sebelum laporan polis dibuat pada jam 10.30 pagi hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati kesemua tahanan warga Filipina dan Indonesia berumur antara 29 hingga 42 tahun itu ditempatkan di satu blok kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.
“Ketika kejadian, pengadu yang sedang bertugas sebagai penyelia terdengar suara anggota menjerit meminta tolong apabila mendapati dua orang tahanan sedang memanjat pagar belakang blok berkenaan.
“Sepasukan anggota dan pengawal PTS kemudiannya melancarkan operasi memburu dan mengesan kesemua suspek sebelum berjaya menahan semula tujuh orang tahanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Peter berkata, kesemua suspek adalah tahanan yang menunggu giliran untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Katanya, susulan itu pihaknya melancarkan operasi khas OpsTutup iaitu melakukan sekatan jalan raya di lokasi strategik bagi mengesan semua suspek terbabit.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tujuh suspek terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari pusat tahanan yang sah,” katanya.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menyita sebuah kontena membawa muatan 17,000 kilogram (kg) cili besar merah bernilai RM71,243.60 dari China, ketika pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah, petang semalam.
Pengarah MAQIS Johor, Nur Afifah A Rahman, pemeriksaan yang dijalankan Pegawai Penguatkuasa MAQIS Pelabuhan Tanjung Pelepas mendapati barangan itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan.
“Berdasarkan pemeriksaan lanjut mendapati cili itu tidak mematuhi syarat import ditetapkan dalam permit import MAQIS iaitu tidak mempunyai SijilFitosanitasi dari negara asal dan gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan, sebagaimana dinyatakan dalam sijil perakuan 3P.
“Kesemua cili itu disita oleh Jabatan MAQIS untuk tindakan lanjut. Rakaman percakapan lelaki tempatan berusia 40-an yang juga pemandu lori kontena juga dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Jika disabitkan kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 15(2) Akta yang sama dan jika sabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
“Pihak MAQIS sentiasa komited menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sindiket MacauScam akan melabur wang tunai dalam syarikat milik ahli perniagaan dan menjadi antara pemegang saham syarikat berkenaan.
Mereka juga dikatakan akan memberikan wang hasil penipuan itu kepada syarikat pinjaman wang atau Along serta sindiket judi haram sebagai antara cara untuk mencuci wang itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata, keuntungan hasil pelaburan di syarikat itu akan diterima semula sindiket berkenaan.
“Mereka ini melakukan kegiatan haram, tetapi bagaimana mahu mencuci wang itu… di sinilah (melabur dalam syarikat) mereka akan salurkan wang itu. Mereka beri wang tunai dan ada dalam keadaan tertentu mereka menjadi pemilik saham bagi mendapatkan bayaran balik pelaburan itu.
“Sekiranya kita lihat cara mereka (melabur dalam syarikat), ia nampak halal tetapi dana itu sebenarnya hasil penipuan terhadap ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam temu bual secara langsung menerusi slot SPRM 360 di MACCfm.
Azam turut mendedahkan, sindiket itu juga akan mewujudkan beratus-ratus syarikat dummy dalam proses mengubah wang terbabit.
Oleh demikian, beliau berkata pihak yang mempunyai maklumat dalam isu itu supaya menghubungi SPRM dan akan dijadikan saksi penting kes berkenaan.
“Sekiranya beri maklumat, keselamatan mereka akan dijamin sepenuhnya mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Undang-undang negara akan melindungi identiti mereka ini,” katanya.
Azam berkata, maklumat itu boleh disalurkan kepada pegawai SPRM itu PPj Asrul di talian 019-3126020; PPj Rohaizi (013-9400200) dan Psk Sabri (017-2582415).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bukit Aman sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan gambar meme (gambar lucu) berunsur penghinaan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial, semalam.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata siasatan dijalankan susulan satu laporan polis yang diterima, semalam.
“Kita terima satu laporan polis, hari ini (semalam) yang dibuat di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada BH.
Terdahulu, tular satu gambar tangkaplayar diambil daripada laman FacebookMGAG menunjukkan gambar meme satu individu kononnya sedang bersiaran secara langsung dengan memakai kemeja dan kot tanpa berseluar.
Gambar individu berkenaan ditukar kepada wajah Noor Hisham dengan kapsyen DGHishamdoinglivebroadcastfromquarantine (Ketua Pengarah Hisham sedang bersiaran secara langsung ketika dikuarantin).
Bagaimanapun, carian BH di laman Facebook berkenaan mendapati hantaran itu sudah dipadamkan dipercayai selepas menerima kritikan dan menimbulkan kemarahan netizen.
Satu permohonan maaf turut dibuat oleh individu yang mencipta gambar meme berkenaan menggunakan nama ChoJunYang menerusi laman Facebook terbabit.
Selain Facebook, MGAG yang juga sebuah laman web media sosial yang memaparkan pelbagai gambar meme turut mempunyai akaun di Twitter dan Instagram.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan semalam dipercayai terbabit dalam sindiket cuci duit dikaitkan dengan perniagaan golongan artis.
Sumber berkata, selain pegawai berkenaan, pihaknya turut menahan enam lagi pegawai dan anggota dalam beberapa siri penahanan semalam dan hari ini.
“Seramai tiga pegawai kanan ditahan manakala lima lagi adalah anggota lain-lain pangkat.
“SPRM menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, hari ini seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditahan dipercayai kenalan kepada lelaki bergelar Datuk yang ditahan sebelum ini.
“Dia ditahan tengah hari tadi di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
“Anggota berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes berkenaan dan pembabitannya di dalam kumpulan sindiket itu,” katanya kepada Harian Metro.
Harian Metro sebelum ini melaporkan wujud kegiatan menggunakan populariti artis untuk menjalankan aktiviti mencuci duit haram melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah.
Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.
Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.
Susulan itu tiga lagi lelaki ditahan kemudian bagi membantu siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Polis merampas dadah bernilai RM11,440,714.29 serta menahan enam lelaki warga tempatan dalam serbuan di sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman membuat lima siri serbuan dan menangkap enam lelaki berumur antara 19 hingga 33 tahun.
“Serbuan pertama di sebuah rumah jenis teres dua tingkat yang disewa di Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya. Polis menangkap seorang lelaki berumur 23 tahun dan menemui dadah di dalam bilik tidur tingkat bawah.
“Ia membabitkan 50 bungkusan disyaki syabu dianggarkan seberat 51.5 kilogram (kg) dan 262 bungkusan disyaki heroinbase dianggarkan seberat 98.25 kg dengan nilai rampasan dadah dianggarkan sebanyak RM11,440,714.29,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Noor Azam berkata, serbuan kedua pula di sebuah rumah yang disewa jenis kondominium di Jalan Teknologi Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara.
“Polis menahan dua lelaki berumur 19 tahun dan 26 tahun, di mana hasil pemeriksaan polis menemui tiga bom tangan, selaras raifal dan 140 butir peluru hidup di dalam sekotak kertas warna coklat di dapur rumah.
“Sementara itu, dua lelaki ditahan di sebuah stesen minyak Jalan Persiaran Surian, Kota Damansara dan seorang lelaki ditahan di tepi Jalan Sepah Putri 5/2 Seksyen 5, Kota Damansara.
“Ketiga-tiga suspek ini ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket dadah ini,” katanya.
Beliau berkata, dua suspek bekerja sebagai pelayan restoran dan seorang daripadanya mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah.
“Seorang suspek bekerja sebagai peniaga restoran mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Tiga lagi suspek masing-masing bekerja sebagai juruelektrik, peniaga dalam talian dan pembaiki telefon bimbit tidak mempunyai rekod lampau.
“Ujian saringan urin mendapati empat daripada suspek positif methamphetamine, ketamin dan amphetamine, manakala dua lagi suspek didapati negatif,” katanya.
Dalam serbuan ini katanya, polis turut menyita tiga kenderaan jenis Toyota Camry, Honda Accord, Perodua Bezza.
“Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,806, tiga utas rantai emas, sembilan bentuk cincin emas dan dua utas jam tangan dan jumlah keseluruhan sitaan bernilai RM98,162,” katanya.
Beliau berkata, seorang suspek direman tujuh hari mulai 6 hingga 12 Oktober manakala lima lagi suspek direman empat hari bermula 6 hingga 9 Oktober ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan tiga suspek turut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1960.
“Polis akan menghantar bom ke Unit Pemusnah Bom untuk mengetahui sama ada ia aktif atau tidak,” katanya.
Beliau berkata, polis yakin dadah itu untuk pasaran tempatan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BRENTFORD: Tiga sekeluarga ditemui mati dalam kediaman yang mereka sewa di Barat London, kira-kira jam 1 pagi tadi (waktu tempatan).
Mayat semua mangsa ditemui selepas pihak polis terpaksa memecah masuk kediaman itu berikutan laporan daripada ahli keluarga mangsa yang mendakwa sudah tidak berjumpa dengan mangsa sejak beberapa minggu lalu.
Ketua Detektif Inspektor, Simon Harding berkata, kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Kailash Kuha Raj, tiga tahun dan ibunya, Poorna Kaameshwari Sivaraj, 36, dipercayai meninggal dunia sejakbeberapaketika sebelum pihak polis menemui mayat mereka.
“Seorang lagi mangsa adalah suami Poorna, Kuha Raj Sithamparanathan, 42, disahkan meninggal dunia akibat kesan tikaman pada beberapa bahagian badan… pasukan paramedik cuba menyelamatkan Raj, namun gagal,” katanya.
Difahamkan, pasangan itu berasal dari Malaysia dan berkahwin di Kuala Lumpur pada tahun 2015.
Beberapa jiran keluarga malang itu mendakwa terdengar pertengkaran dan pergaduhan antara pasangan terbabit beberapa hari lalu.
Jiran mereka bagaimanapun mengakui pasangan terbabit sering dilihat keluar bersama dan hidup dalam keadaan bahagia, seperti pasangan-pasangan lain yang menetap di kawasan itu.
Harding memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan teliti bagi memastikan punca sebenar kejadian dapat diketahui.
“Pasukan siasatan memberi jaminan untuk melakukan siasatan dengan profesional… ada (ahli keluarga mangsa) mendakwa kali terakhir berhubung dengan pasangan ini pada 21 September lalu dan kita minta kerjasama jiran dan penduduk sekitar yang mempunyai sebaranv maklumat dapat tampil membantu kami,” katanya.
Sumber: TheSun & DailyMail
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu hasil siasatan dakwaan kegiatan pengubahan wang haram dilindungi pegawai atasannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita menunggu apa juga laporan yang bakal dikongsikan oleh SPRM berhubung perkara itu.
“Sekiranya wujud unsur rasuah membabitkan warga PDRM dalam siasatan mereka, kita mengalu-alukan apa juga tindakan yang bakal mereka ambil,” katanya kepada BH, hari ini.
Abdul Hamid berkata, beliau memandang berat kes rasuah dan penyelewengan membabitkan pegawai dan anggota PDRM.
“Saya tidak akan sesekali berkompromi dan sekiranya ada, kami mengalu-alukan siasatan oleh SPRM,” katanya.
BH melaporkan ada dakwaan kegiatan MacauScam dan judi dalam talian di negara ini dilindungi polis, termasuk pegawai atasan yang menerima habuan daripada sindiket terbabit.
Ini menyebabkan kegiatan mereka sukar dibanteras dan keuntungan haram yang diperolehi kemudian dicuci menerusi pelaburan perniagaan.
Perkara itu timbul susulan siasatan SPRM terhadap sindiket MacauScam dan judi dalam talian yang disyaki menjalankan kegiatan pengubahan wang haram bernilai ratusan juta ringgit, baru-baru ini.
Wang yang diraih hasil kegiatan haram dilaburkan dalam perniagaan diusahakan selebriti tempatan.
Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.
Kegiatan itu berjaya dihidu pihak berkuasa yang menahan beberapa individu disyaki untuk siasatan.
Setakat ini, lapan individu termasuk beberapa ahli perniagaan bergelar DatukSeri dan Datuk ditahan susulan siasatan yang dijalankan SPRM.
Dua dari mereka bagaimanapun dibebaskan petang tadi dengan jaminan SPRM.
Selain itu, beberapa artis dan selebriti terkenal tanah air turut dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung perkara itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!