BANGKOK: Tindakan seorang lelaki yang ingin menguji tahap kebesaran saiz zakarnya dengan cara memasukkannya ke dalam tiub polivinil klorida (PVC) bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila anggota seksualnya itu tersangkut di dalam tiub tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu memasukkan zakarnya ke dalam satu tiub PVC dalam satu aktiviti tidak senonoh di kediamannya di Bangkok.
Tiub polivinil klorida (PVC) yang digunakan untuk mengguji alat seksual lelaki itu dipotong.
Dia baru-baru ini telah mendapatkan suntikan untuk membesarkan saiz zakarnya. Tindakannya yang memasukkan zakarnya ke dalam paip PVC dibuat untuk menguji keberkesanan suntikan tersebut.
Ia bagaimanapun tersekat di dalam tiub itu dan mula membengkak.
Lelaki itu kemudiannya terpaksa meminta bantuan pasukan perubatan yang tiba di rumahnya untuk membantu mengeluarkan zakarnya.
Bagaimanapun, pasukan perubatan gagal memotong paip itu sekali gus memaksa lelaki itu untuk dibawa ke hospital.
Anggota bomba sukarela serta petugas perubatan di hospital akhirnya terpaksa menggunakan playar, pemotong berbentuk bulat dan gel pelincir untuk membantu lelaki itu mengeluarkan zakarnya dalam prosedur selama 20 minit.
Lelaki itu berkata, dia berasa jengkel kerana setelah mendapatkan suntikan membesarkan zakarnya, dia terpaksa pula membayar bil perubatan bagi ‘tragedi’ tersebut.
Laporan media bagaimanapun tidak menyebut sama ada zakar lelaki itu mampu berfungsi seperti biasa selepas insiden terbabit. -AGENSI via KOSMO
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDUDUK BERANG, BAKAR PENCURI MOTOSIKAL HIDUP-HIDUP
JAKARTA – Seorang suspek kes curi motosikal di wilayah Jawa Timur, Indonesia maut selepas dibakar hidup-hidup oleh orang ramai yang berang dengan aktiviti jenayahnya itu, lapor laman berita Tribun News hari ini.
Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Abdur Rahman, lelaki yang didakwa pencuri itu dikatakan mencuri sebuah motosikal pada pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam.
“Sekitar pukul empat petang (waktu tempatan), suspek berjaya ditangkap orang ramai dan dibelasah sehingga lembik,” katanya.
Tambahnya, semakin lama, semakin ramai yang turut serta membelasah suspek sehingga dia akhirnya diseret ke sebuah kawasan tanah kosong dan dibakar hidup-hidup.
“Kemarahan orang ramai semakin memuncak sehingga lelaki itu akhirnya dibakar.
“Ada antara penduduk yang melarang dia dibakar kerana melihatkan keadaannya yang sudah tidak berdaya,” katanya.
Jelas Abdur Rahman, terdapat juga penduduk yang cuba menghubungi ketua kampung dan polis, namun gagal dihubungi.
Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik di media sosial. Dalam video itu, dapat dilihat mayat suspek yang hangus bersama motosikal yang didakwa dicuri.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kwanyar, Mohammed Mansur mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa bedah siasat sedang dijalankan terhadap mayat lelaki itu. – Agensi/ Kosmo
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu Dunia panik Facebook,WhatsApp dan Instagram 6 jam gagal diakses
AMERIKA – PLATFORM laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp kembali pulih selepas hampir enam jam gagal diakses pengguna platform tersebut.Ribuan pengguna berdepan kesukaran mengakses laman-laman tersebut sejak kira-kira 12 malam dalam apa yang disifatkan DownDetector sebagai “masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.
Pada kira-kira jam 6.30 pagi ini, rata-rata pengguna menyatakan mereka berjaya memasuki ketiga-tiga aplikasi tersebut, namun penggunaannya masih tersekat-sekat.
Masalah berkenaan merupakan yang kedua dialami platform media sosial itu selepas dituduh tidak menyekat kenyataan berbaur hasutan dan benci serta berita palsu serta mementingkan “Saya memohon maaf kepada setiap perniagaan kecil mahupun besar, keluarga dan setiap individu yang bergantung kepada perkhidmatan kami,” kata Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya,lapor Awani
Tambah Schroepfer, syarikat itu memerlukan sedikit masa lagi bagi memulihkan keadaan sepenuhnya.
instagram-whatsapp-kembali-pulih-selepas-alami-gangguan-selama-6-jam-Pakar sekuriti menyatakan gangguan tersebut mungkin disebabkan oleh masalah teknikal dalaman, namun tidak menolak kemungkinan tindakan khianat oleh pekerja sendiri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ARAB SAUDI NAIKKAN KAPASITI HARIAN JEMAAH UMRAH KEPADA 100,000
KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 bermula hari ini.
Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.
Menurut akaun Twitter kementerian itu, pihaknya berkoordinasi dengan agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategik yang tertumpu kepada kesihatan dan keselamatan sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah dan pengunjung sebulan.
Kementerian berkenaan awal bulan lepas mengumumkan seramai 10 juta jemaah telah mengerjakan ibadah umrah sejak pelancaran “model Umrah yang selamat” pada 4 Okt 2020.
Selain itu, ia turut mendedahkan lebih 12,000 visa dikeluarkan kerajaan Arab Saudi bagi menyambut kedatangan jemaah dari seluruh dunia sejak 10 Ogos lalu.
Sementara itu, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berkata, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar negara serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan urusan jemaah.
“Segala operasi dan persiapan menyambut kedatangan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan semua langkah pencegahan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan jemaah mengerjakan umrah”, katanya.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Sepasang kekasih terpaksa diselamatkan oleh pejalan kaki selepas kenderaan mereka terbalik ketika melakukan hubungan intim.
Lelaki yang dikenal pasti sebagai Brad Sadler, 18, berkata, dia dan kekasihnya meletakkan kenderaan berdekatan restoran makanan segera, lapor The Sun.
Kenderaan jenis Toyota Yaris itu kemudian dibiarkan dalam keadaan menyala dengan memasang muzik di dalam kereta itu.
Selepas itu, Sadler dan pasangannya melompat ke kerusi bahagian belakang dan melakukan hubungan seks tanpa menyedari brek tangan kereta itu sudah rosak.
Disebabkan itu, kenderaan tersebut tiba-tiba meluncur turun ke tepi bukit sebelum terbalik.
Sementara itu, Sadler berkata, dia dan kekasihnya terperangkap selama 15 minit sebelum dua pejalan kaki melalui kawasan itu.
Dia kemudian menyerahkan kunci kereta kepada individu tersebut dan segera mengeluarkan dirinya dan kekasihnya melalui bonet kereta dalam keadaan telanjang.
Remaja itu terpaksa menghabiskan masa selama 10 minit untuk mencari pakaiannya semula, lapor Agensi
Polis Derbyshire menjelaskan mangsa tidak mengalami kecederaan dan kejadian yang sangat melucukan itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Dunia dipercayai mampu kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik COVID-19, dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.
“Saya setuju bahawa dalam setahun, kita akan dapat kembali kepada kehidupan normal.
“Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus… Dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Namun, kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan melihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.
Beliau berkata, Pfizer akan menyediakan data kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dengan segera, berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Percubaan itu dikata telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan umur berkenaan. – BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI CUCI PAKAIAN WANITA SEKAMPUNG SELAMA ENAM BULAN SEBAGAI HUKUMAN CUBAAN MEROGOL
PATNA (INDIA): Seorang lelaki India yang dituduh atas kesalahan percubaan merogol diberikan ikat jamin dengan syarat dia perlu membasuh dan menggosok pakaian semua wanita di kampungnya selama enam bulan.
Lalan Kumar, 20 tahun, juga perlu membeli sabun pencuci baju dan barangan lain yang diperlukan untuk menyediakan khidmat cuci pakaian secara percuma kepada sekitar 2,000 wanita di kampungnya di Majhor di wilayah Bihar, India, di bawah syarat yang ditetapkan, baru-baru ini.
Lalan Kumar, diperlukan untuk menyediakan khidmat cuci pakaian secara percuma kepada sekitar 2,000 wanita di kampungnya di Majhor di wilayah Bihar, India, di bawah syarat yang ditetapkan, baru-baru ini.
Kumar yang bekerja sebagai tukang cuci pakaian, diberkas pada April lalu atas beberapa tuduhan termasuk percubaan merogol, kata pegawai polis Santosh Kumar Singh di daerah Madhubani di Bihar. Setakat ini, tiada tarikh ditetapkan bagi perbicaraannya.kepada AFP.
“Semua wanita di kampung ini berasa gembira dengan keputusan mahkamah,” kata ketua jawatankuasa kampung Nasima Khatoon kepada AFP.
“Ini detik bersejarah. Ia akan meningkatkan sikap hormat kepada kaum wanita dan membantu melindungi maruah,” kata Nasima Khatoon, yang merupakan salah seorang daripada ketua kampung yang akan memantau Kumar.
Kaum wanita di kampung itu berkata hukuman tersebut meninggalkan kesan positif dengan menjadikan perbuatan jenayah terhadap wanita satu topik perbincangan dalam masyarakat mereka.
“Ini merupakan langkah luar biasa dan jenis hukuman berlainan yang menghantar mesej kepada masyarakat,” kata Anjum Perween.
Undang-undang bagi kesalahan merogol di India dirombak menyusuli kejadian merogol beramai-ramai pada 2012 di New Delhi, namun bilangan kes rogol kekal tinggi dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.
Polis selama ini dituduh tidak sedaya upaya mengambil tindakan untuk mencegah jenayah kejam itu dan gagal membawa kes-kes serangan seksual ke mahkamah.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENYELIDIK USM KAJI KETUM MENANG ANUGERAH PENYELIDIKAN ANTARABANGSA
Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Zurina Hassan menerima anugerah penyelidikan antarabangsa pada 4 Ogos lalu.
Penyelidik berasal dari Pulau Pinang itu menerima anugerah penyelidikan Georg Forster daripada Yayasan Alexender Von Humbolt Jerman di atas kajiannya berkenaan ketum.
Daun ketum yang menjadi kajian Prof Madya Zarina Hassan yang memenangi anugerah antarabangsa
Beliau seorang pensyarah dalam bidang farmakologi, Zurina menyertai pemenang lain dan diberikan dana berjumlah 60,000 euro (RM294,679) untuk menyambung penyelidikannya di negara itu.
“Untuk program ini, saya diberi tempoh enam hingga 12 bulan untuk selesaikan kajian dengan dana sebanyak 60,000 euro disediakan.
“Saya bercadang untuk pergi ke Universiti Erlangen, Jerman bagi memulakan kajian saya pada Januari tahun depan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Zurina, 45, berkata penyelidikannya dilihat bagaimana ketum dapat memberi kesan kepada ingatan manusia dan menyebabkan ketagihan.
“Saya nak lihat macam mana ketum akan ‘bekerja’ apabila masuk ke badan manusia, contohnya berapa dos yang boleh menyebabkan ketagihan dan berapa dos yang beri kesan kepada memori manusia,” katanya yang telah membuat penyelidikan berkenaan dengan ketum sejak 2010.
Selain itu, dia juga berhasrat untuk membawa hasil penyelidikannya berkenaan bunga telang dan potensinya untuk merawat penyakit dementia dan alzheimer untuk dibincangkan di Jerman.
“Saya turut menggunakan bunga telang yang biasa kita buat nasi kerabu, untuk memulihkan ingatan terutamanya orang-orang tua yang selalu lupa.
“Kalau boleh saya nak bawa pergi ke sana untuk bertanya dan berbincang dengan mereka berkenaan cara untuk komersialkannya dan bercadang untuk jadikannya dalam bentuk kapsul dan boleh dijual di pasaran,” katanya lagi.
Zurina merupakan penasihat pakar sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015 dan 2016.
Dia juga pernah dijemput oleh Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Nida) untuk membentangkan kajian berkenaan ketum di San Diego, Amerika Syarikat.
Mengulas tentang pemilihannya, Zurina berkata, ia bukanlah perkara mudah kerana dia perlu bersaing dengan lebih dua ribu penyertaan dari seluruh dunia dan hanya sepuluh penyelidik yang akan terpilih.
“Cabaran memang berat kerana kebanyakan mereka yang terpilih adalah profesor yang sangat berkaliber,” katanya.
Katanya lagi, pihak Jerman menganjurkan program tersebut untuk menggalakkan penyelidik dari luar – terutama di negara membangun yang menyumbang kepakaran masing-masing kepada institusi penyelidikan di sana.
“Anugerah ini berdasarkan pencapaian kita dalam penyelidikan yang dibuat sebelum ini, tujuannya adalah untuk kita kongsikan kepakaran kita di sana, jadi ia akan banyak memberi faedah kepada mereka,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA: Pejabat Peguam Negara atau Kejaksaan Agung (Kejagung) mendedahkan pembangunan Masjid Sriwijaya di Palembang menyebabkan negara kerugian sekurang-kurangnya 130 bilion rupiah.
CNN Indonesia melaporkan, ini disebabkan projek tersebut didakwa terkait dengan rasuah dan penyelewengan dana melibatkan sejumlah pegawai pemerintah wilayah termasuk bekas Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin.
“Penyimpangan itu mengakibatkan kerugian kewangan negara berjumlah 130 bilion rupiah,” jelas Ketua Pusat Maklumat Undang-Undang Kejagung, Leonard Eben Ezer Simanjuntak.
Beliau memberitahu, salah laku rasuah berlaku ketika Pemerintah Wilayah Sumatera Selatan mengagihkan dana geran kepada Yayasan Wakaf Masjid Sriwijaya untuk pembinaan tempat ibadat.
Agihan itu dilakukan dalam dua kumpulan, iaitu pada 2015 menggunakan Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD) sebanyak 50 bilion rupiah dan diikuti APBD 2018 melibatkan 80 bilion rupiah.
“Anggaran dana agihan itu tidak sesuai dengan prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang. Antaranya tidak didahulukan dengan penyerahan kertas cadangan dari Yayasan Wakaf Masjid Sriwijaya.
“Kemudiannya, yayasan itu tidak memiliki alamat di Palembang tetapi berpusat di Jakarta. Perkara lain adalah berkaitan dengan tanah yang digunakan untuk pembangunan masjid ternyata sebahagiannya masih dimiliki oleh penduduk setempat,” katanya.
Oleh itu, Pejabat Pendakwa mengesan tuduhan penyelewengan dana dan menamakan sejumlah suspek, termasuk Alex Noerdin.
Selain daripadanya, pendakwa juga menahan Timbalan Ketua Umum Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI), Muddai Madang dan bekas Ketua Badan Pengurusan Kewangan dan Aset Sumatera Selatan (BPKAD), Laonma Pasindak Lumban Tobing sebagai suspek.
Setakat ini, sembilan suspek disenaraikan dalam kes penyelewengan dana pembinaan masjid itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Pengkhianat negara. Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.
Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil siasatan baharu dilakukan pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand.
Memperincikan maklumat terkini hasil siasatan itu selepas pendedahan eksklusif Harian Metro sejak Isnin lalu, sumber memaklumkan, terdapat individu tertentu iaitu seorang lelaki yang juga berkaitan dengan Wan Besi membawa Nur Sajat dengan menaiki kenderaan memulakan perjalanan dari banglonya di Petaling Jaya pada minggu pertama Mac lalu.
“Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.
“Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok,” katanya.
Ditanya kos perbelanjaan sebenar untuk membawa keluar Nur Sajat dari Malaysia, sumber itu memaklumkan, RM20,000 dikenakan Wan Besi kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.
“Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya,” katanya yang mendedahkan maklumat terkini siasatan dilakukan pihak berkuasa bagaimana Nur Sajat boleh lolos dengan mudah ke negara gajah putih itu.
Menurutnya, pihaknya juga percaya ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Nur Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar, Perlis dan siasatan sedang dilakukan mengenainya.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.
Katanya, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.
“Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.
“Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia,” katanya.
Harian Metro kelmarin melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.
Pendedahan eksklusif Harian Metro semalam turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain ‘berlagak’ dengan kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok.
Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.
Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.
Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia. Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand, lapor HM online
Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya berkenaan sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!