BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, mengumumkan mungkin menarik balik pengisytiharan darurat yang gagal mententeramkan tunjuk perasaan.
Ribuan penunjuk perasaan tidak mempedulikan arahan itu dan terus berkumpul di serat Bangkok bagi mendesak Prayut meletakkan jawatan dan menuntut pembaharuan institusi monarki.
Sehari selepas tunjuk perasaan anti kerajaan itu, ribuan penunjuk perasaan berarak di hadapan Rumah Kerajaan, sekali gus melanggar perintah darurat dikenakan minggu lalu, yang melarang perhimpunan melebihi empat orang.
Prayut, dalam ucapannya hari ini, berkata beliau akan mengambil langkah pertama untuk mententeramkan keadaan.
“Saya sedang bersiap sedia untuk menarik balik pengisytiharan darurat di Bangkok dan akan berbuat demikian jika tiada keganasan.
“Kita mesti berundur setapak daripada sebarang cubaan yang boleh mencetuskan kekacauan,” katanya sambil menggesa perusuh menyelesaikan pertikaian masing-masing di Parlimen.
Aktivis pro demokrasi berhimpun di MonumenKejayaanBangkok manakala gerakan menentang mereka berjaya menarik ribuan penyokong di wilayah Narathiwat, selatan Thailand dan ibu negara.
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Makkah: Selepas tujuh bulan ditutup, Arab Saudi kini membenarkan umat Islam menunaikan solat di dalam Masjidil Haram.
Kelonggaran itu sejajar dengan usaha pihak berkuasa yang membenarkan kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 15,000 orang.
Bagaimanapun, rakyat dan penduduk negara itu yang dibenarkan berbuat demikian perlu mematuhi langkah pencegahan COVID-19 termasuk memakai pelitup muka.
“Rakyat dan penduduk sudah dibenarkan untuk solat Subuh hari ini di Masjidil Haram,” kata media rasmi SaudiPressAgency.
Awal bulan ini, Arab Saudi membenarkan sehingga 6,000 rakyat dan penduduknya, sehari, bagi menunaikan ibadah umrah yang pelaksanaannya sebelum ini digantung pada Mac.
Bagi peringkat kedua bermula Ahad, angka itu dinaikkan kepada 15,000 orang sehari.
Pada satu-satu masa, sebanyak 40,000 orang termasuk jemaah umrah dibenarkan untuk menunaikan solat di dalam Masjidil Haram.
Mulai 1 November, pengunjung dari luar negara mula dibenarkan untuk memasuki negara untuk menunaikan umrah.
Ia bakal menyaksikan kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 20,000 orang dengan 60,000 orang di dalam masjid pada satu-satu masa.
Bagaimanapun, jemaah tidak dibenarkan untuk menyentuh Hajar Aswad.
Masjidil Haram akan disterilkan sebelum dan selepas setiap kumpulan jemaah. Selain itu, sensor suhu dipasang untuk memeriksa suhu badan jemaah, kata pihak berkuasa Makkah.
Sebelum ini, pada akhir Julai, Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dengan jumlah terkecil dalam sejarah dunia moden.
Hanya sehingga 10,000 jemaah terdiri daripada penduduk negara itu dibenarkan berbuat demikian, berbanding 2.5 juta orang pada tahun lalu.
Setakat ini, Arab Saudi sudah merekodkan lebih 342,000 kes COVID-19 dengan 5,185 kematian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOREA UTARA DIDAKWA MEMPERLAKU TAHANAN DENGAN TERUK
SEOUL: Penyeksaan, penghinaan dan pengakuan secara paksa terus berleluasa dalam sistem penahanan perbicaraan Korea Utara yang tahanan mereka memperlaku lebihterukdaripadabinatang, kata kumpulan hak asasi dalam laporan mengenai proses undang-undang di negara itu.
Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) mewawancara puluhan bekas tahanan dan pegawai Korea Utara bagi menyelami apa yang dikatakan sebagai tidak berperikemanusiaan dan seksaan dihadapi mereka di pusat tahanan.
Laporan itu menyeru Pyongyang menamatkan keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap tahanannya selain turut menggesa Korea Selatan, AS dan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain memberi tekanan kepada kerajaan Korea Utara berhubung isu berkenaan.
Menurut seorang tahanan yang diwawancara, mereka diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan antaranya dipukul dengan kayu dan ditendang terutama ketika fasa awal penahanan.
Selain itu, ada tahanan berkata, mereka dipaksa untuk duduk di lantai, berlutut atau dalam keadaan kaki disilangkan lebih 16 jam sehari.
Bahkan, ada yang turut membuat pengakuan dipukul menggunakan tali pinggang dan dipaksa untuk membuat larian sebanyak 1,000 pusingan di sekitar pusat tahanan.
Sementara itu, seorang bekas tahanan, Yoon Young Cheol, turut mengakui mereka dilayan lebih teruk daripada binatang di pusat tahanan berkenaan, malah ada tahanan wanita menjadi mangsa keganasan seksual.
“Mengikut peraturan, sepatutnya tahanan tidak dipukul, bagaimanapun kami memerlukan pengakuan dalam proses penyiasatan terutama pada peringkat awal penahanan.
“Jadi kami perlu memukul mereka untuk mendapatkan pengakuan,” kata bekas pegawai polis.
Korea Utara, negara yang memiliki senjata nuklear dan dikenali kerana mengamalkan dasar tertutup didakwa melanggar hak asasi manusia oleh PBB dan pengkritik lain.
Bagaimanapun, Pyongyang berpandangan, ia melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia yang tulen dan turut menyatakan tidak ada justifikasi dari Barat bagi menetapkan standard bagi perkara itu untuk negara lain.
Pyongang turut mengutuk kritikan antarabangsa berhubung isu itu sebagai kempen yang sengaja dibesar-besarkan bagi memburukkan sistem sosialis dalam kerajaannya.
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PESHAWAR, PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka dihempap tanah runtuh di kawasan pergunungan utara Pakistan pada Ahad.
Bas berkenaan dalam perjalanan dari Rawalpindi, dekat Islamabad, ke bandar Skardu, kata pegawai kanan kerajaan, Anas Iqbal dalam satu kenyataan.
“Tanah runtuh di Tungus Skardu menyebabkan 16 penumpang bas tertimbus di bawah runtuhan,” menurut kenyataan itu sambil menjelaskan kesemua mayat mangsa ditemui anggota penyelamat.
Bagaimanapun jurucakap kerajaan tempatan, Faizullah Faraq mengatakan jumlah kematian membabitkan 14 orang.
Pakistan, antara negara yang mencatatkan rekod terburuk kemalangan jalan raya dengan pelbagai pihak mendakwa keadaan jalan yang teruk, penyelenggaraan kenderaan yang tidak teratur dan pemanduan merbahaya menyumbang kepada kes kematian.
Kawasan pergunungan utara di negara itu mempunyai rekod kemalangan yang sangat mengerikan dengan jalan yang tidak berturap di sepanjang tebing, sekali gus sering menjadi lokasi kemalangan maut sejak bertahun lalu.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Gara-gara menunjukkan imej kartun kononnya ia Nabi Muhammad di dalam kelas, seorang guru di Perancis mati ditetak.
Mangsa ialah seorang guru yang mengajar subjek sejarah dan ketika kejadian beliau membincangkan kartun Nabi Muhammad.
Penyerang yang identitinya belum dikenal pasti ditembak polis ketika mereka cuba menahannya.
Mangsa mati akibat kecederaan dialaminya.
Sementara itu, penyerang didakwa melaungkan Allahu Akbar semasa polis cuba menahannya, menurut sumber rasmi.
Pendakwa anti keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai kes pembunuhan terkait organisasi pengganas.
Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat tempat kejadian.
Serangan itu berlaku di pinggir Paris kira-kira jam 5 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine yang terletak 30km dari ibu negara Perancis itu.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: India akan menghantar kapal selam terpakai kepada Tentera Laut Myanmar memandangkan kedua-dua negara sedang membina hubungan ketenteraan yang lebih kukuh.
Jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava, berkata kerjasama bidang maritim adalah sebahagian aspek dalam hubungan dengan Myanmar.
“Dalam konteks ini, India akan menghantar kapal selam INSSindhuvir dan kami difahamkan kapal itu akan menjadi kapal selam pertama tentera laut Myanmar,” katanya.
Awal bulan ini Ketua Angkatan Tentera India, Jeneral Manoj Mukund Naravane dan Setiausaha Luar Negeri, Harsh Vardhan Shringla melawat Myanmar dan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi tentera serta politik.
Perbincangan itu antara lain menyentuh mengenai memperluaskan pertukaran pertahanan dua hala.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEIJING: Gara-gara mahu menunjukkan kepada majikan bahawa dirinya bekerja keras, seorang wanita sanggup minum air dari mangkuk tandas untuk sebagai bukti ia sangat bersih.
TheSun melaporkan, kejadian itu berlaku apabila Luo, mahu menunjukkan betapa dia berdedikasi dalam memastikan tandasnya bersih.
Di dalam satu video, dia dilihat berbual bersama individu lain yang dipercayai ketuanya sebelum mengambil sedikit air dari mangkuk tandas dan meminumnya.
Dia kemudiannya memaklumkan bahawa dengan cara itu, dia dapat membuktikan bahawa dirinya bekerja keras.
Usahanya itu mendapat tepukan daripada mereka yang melihat termasuk pihak atasannya.
Menurut laporan media, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kilang membuat baja Shandong, timur China.
Video berkenaan mendapat pujian netizen yang berpendapat sikap Luo itu adalah satu teladan dan menunjukkan dia sangat berdedikasi dengan kerjanya.
Namun ada juga netizen berpendapat bahawa dia seorang yang pengotor dan tindakannya itu hanya sia-sia.
Ia tular di media sosial dan turut dikongsi ramai yang memberikan reaksi mengenai kejadian itu.
Mereka menyifatkan tindakan itu dipaksa dan di luar kehendak Luo dan menyalahkan majikannya kerana membenarkan perkara itu berlaku.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
COPENHAGEN: Negara-negara Eropah melancarkan langkah-langkah baharu yang ketat untuk mengekang lonjakan jangkitan COVID-19 yang mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengingatkannya sebagai ‘sangat membimbangkan’.
Menguatkan lagi gangguan disebabkan oleh COVID-19, bahkan di koridor kekuasaan, gandingan calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Kamala Harris menangguhkan perjalanan selepas seorang petugasnya dijangkiti penyakit itu dan ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen tiba-tiba meninggalkan sidang kemuncak di Brussels dengan alasan yang sama.
Di Perancis, polis menggeledah kediaman menteri kesihatan sebagai sebahagian siasatan terhadap cara menangani krisis COVID-19 oleh kerajaan, kerana kes harian baharu mencapai 30,000 untuk pertama kalinya.
Peta yang diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (ECDC) EU semalam menunjukkan label merah untuk kadar penularan dan ujian positif yang tinggi kepada lebih separuh daripada 31 negara yang dipantau, termasuk anggota bukan EU.
Ketika penyakit ini terus menular, berjuta orang di England berdepan sekatan lebih ketat, termasuk larangan bercampur terhadap isi rumah.
Sementara itu, Ratu Elizabeth II membuat penampilan umum pertama di luar kediaman diraja sejak bermulanya pandemik itu, tanpa memakai pelitup muka semasa lawatan ke makmal rahsia penyelidikan kerajaan Britain.
Di seberang Selat Inggeris, perintah berkurung akan dikenakan di Paris dan lapan kota Perancis yang lain dan di Jerman terdapat batasan baharu untuk jumlah orang berkumpul di satu-satu acara.
Mengumumkan penutupan sebahagian di zon ‘Merah’ termasuk bandar-bandar besar, kerajaan Poland meminta orang ramai supaya jika boleh bekerja dari rumah, manakala menteri kesihatan Switzerland, Alain Berset berkata, keadaan di sana ‘semakin merosot lebih cepat daripada di tempat lain’.
Kedua-dua negara berdepan tahap jangkitan baharu COVID-19 yang mencatat rekod baharu.
Dengan hampir 1.1 juta kematian akibat COVID-19 dan hampir 40 juta kes di seluruh dunia, negara-negara di banyak bahagian dunia menghadapi pilihan yang sukar untuk mengawal penyakit ini tanpa kemusnahan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh penutupan negara.
Di India, di mana pandemik ini menyekat budaya kegilaan filem, beberapa pawagam semalam diizinkan untuk dibuka semula untuk cuba menarik penonton kembali ke layar perak yang kekurangan wang.
Pada sidang media di Copenhagen, pengarah wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge, berkata kepada wartawan bahawa sudah waktunya untuk ‘meningkatkan langkah-langkah’ kerana jumlah kes yang meningkat di benua itu ‘sangat membimbangkan’.
Namun, beliau mengatakan keadaan tidak seburuk ketika puncak pada bulan Mac dan April, dan menekankan bahawa penutupan penuh ‘di mana setiap sudut masyarakat dan ekonomi kita dihentikan’ harus dielakkan.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAKISTAN : Seorang lelaki tua berusia 80 tahun pada awalnya diklasifikasian mati mengejut dipercayai serangan jantung, sebaliknya disahkan mati kerana keletihan dan berlaku kekurangan air dalam tubuh disebabkan berlaku tujuh kali inzal berturut-turut, kejadian berlaku di Bandar Aroop.
Selepas siasatan polis, pada ketika itu Naheed sahaja yang berada bersama bapa mertuanya ketika kejadian dan turut disyaki melakukan jenayah terkutuk itu kerana menemui banyak sampel air mani berdekatan mayat mangsa.
Isteri Bilal itu ditahan dan mengaku memaksa melakukan persetubuhan terhadap bapa mertuanya tujuh kali berturut-turut dan dikatakan suaminya tidak pernah memuaskannya nafsunya.
Kata Naheed, dia pernah merogol bapa mertuanya 2 bulan sebelum dan mengugut bapa mertuanya agar tidak mendedahkan perkara tersebut, katanya dia tidak berniat membunuh bapa mertuanya dan kematian itu tidak disengajakan. Kini, Naheed ditahan dan menunggu hari perbicaraan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEIJING: Kira-kira 10 juta penduduk di kota Qingdao sudah menjalani saringan COVID-19, berikutan pihak berkuasa berusaha menghentikan penularan wabak itu melalui program ujian dalam skala besar.
Timbalan Datuk Bandar, Luan Xin berkata, lebih daripada 9.9 juta sampel sudah dikumpul dan 7.6 juta keputusan sudah dikembalikan, sambil menambah bahawa tiada kes baru yang ditemui.
Katanya, bandar itu kini mempunyai 13 kes dan petugas kesihatan berada di landasan yang tepat untuk menyelesaikan ujian 9.4 juta penduduk dan 1.5 juta pelawat esok, iaitu lima hari selepas program dilancarkan.
Ujian besar-besaran dilakukan berikutan penemuan 12 kes yang berkaitan dengan QingdaoMunicipalChestHospital iaitu hospital yang merawat pesakit COVID-19 yang tiba dari luar negara.
Sementara itu, biro kesihatan setempat, dalam satu kenyataan, menjelaskan ketua hospital terbabit, Deng Kai, sudah dipecat hari ini dan siasatan sedang dijalankan tetapi tidak ada sebarang perincian lanjut diberikan.
Pemecatan Deng berlaku sehari selepas Ketua Biro Kesihatan Bandar, Sui Zhenhua digantung jawatannya dan disiasat, malah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Beijing juga tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Daripada 13 kes yang disahkan, lapan dirawat di QingdaoMunicipalChestHospital dan satu adalah ahli keluarga pesakit.
Pihak berkuasa tidak berkongsi mengenai maklumat peribadi empat pesakit lagi, tetapi mengatakan ia berkait rapat dengan hospital berkenaan.
Pegawai mengatakan mereka masih berusaha untuk menentukan sumber tepat wabak di Qingdao.
Berbanding bandar besar lain di China sebelum ini, Qingdao tidak pernah melaksanakan perintah sekatan terhadap penduduk dengan pengunjung bebas untuk datang dan pergi sesuka hati.
Beijing yakin dengan kemampuan ujian yang pesat dengan Parti Komunis ingin menggambarkannya sebagai satu kemenangan terhadap virus itu, berbanding negara lain yang bertungkus lumus dengan perintah sekatan dan penularan yang berleluasa.
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!