Tuntutan fitnah Johnny Depp atas pertuduhan memukul isteri memberi kesan dalam kerjayanya sebagai pelakon setelah dipecat dari membintangi sebuah filem Warner Bros iaitu Fantastic Beasts.
Namun, Johnny Depp tampil dalam iklan jenama minyak wangi terkenal Dior, Sauvage cologne yang disiarkan di United Kingdom.
Dikatakan Johnny Depp akan kekal sebagai face of the fragrance jenama tersebut dengan bayaran USD 3 juta hingga USD 5 juta.
Tidak seperti Warner Bros, Dior masih kekalkan Johnny Depp sebagai muka minyak wangi lelaki terkenal untuk menyokong beliau sebagai mangsa fitnah.
Selain itu peminat Johnny Depp juga banyak membuat ciapan di Twitter dengan menggunakan hashtag#JusticeForJohnnyDepp.
Ramai yang menyebelahi Johnny Depp, The Chic Geek membuat tinjauan pendapat kepada pengikut secara langsung. Adakah Dior perlu menggunakan Johnny Depp sebagai iklan? Sebanyak 96.9% bersetuju dan 2.8% mengatakan tidak.
Keputusan Dior mengekalkan Johnny Depp sebagai duta minyak wangi mereka, carian Dior Sauvage cologne di pencarian internet meningkat sebanyak 23% menjadikan minyak wangi lelaki tersebut antara produk jualan terlaris.
Peminat Johnny Depp menjadikan kejadian fitnah sebagai inspirasi dan menyokong beliau dalam kerjayanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KARACHI: AirSial iaitu syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun lalu akibat COVID-19 akan mula beroperasi pertengahan bulan ini.
Menurut laporan portal Profit, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 telah tiba dari Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.
PESAWAT AIRBUS A320-200 MILIK AIRSIAL BAKAL MEMULAKAN OPERASI PERTENGAHAN DISEMBER 2020/TWITTER
Agensi melaporkan kesemua operasi penerbangan AirSial dikatakan akan bergantung sepenuhnya pada tiga buah pesawat Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.
Syarikat AerCap adalah syarikat pinjaman pesawat terbesar di dunia yang berpangkalan di Dublin, Ireland.
Meraikan penerbangan pertama AirSial ke Pakistan, bekas kapten pasukan kriket kebangsaan, Shoaib Malik memuat naik status di Twitter bagi meluahkan rasa bangganya.
“Akhirnya pesawat AirSial A320 yang dinanti-nanti telah tiba, ini waktu yang membanggakan buat semua orang di bandar Sialkot yang turut bekerja keras sepanjang proses ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HOUSTON: Demi mencari kelainan, seorang YouTuber lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) retak tulang tengkorak selepas terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan.
NewYorkPost melaporkan kecederaan dialami Saa Fomba menyebabkan lelaki itu dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menerima rawatan.
Video aksinya itu tetap dimuat naik di saluran YouTube Fomba, pada Jumaat lalu.
Menerusi rakaman video itu, lelaki itu kelihatan memanjat struktur paling tinggi pada jambatan berkenaan.
Dia kemudiannya mengangkat kedua-dua belah tangan sebelum terjun ke dalam sungai, dan video itu dipercayai dirakam seorang wanita.
“Semoga video ini memberi motivasi untuk kamu mengejar impian.
“Bagi saya, tidak menyeronokkan jika menjalani hidup dengan cara normal,” katanya kepada kamera sebelum terjun ke Sungai Colorado.
FOMBA dibawa ke hospital
Selepas berada di dalam air, Fomba kemudian dilihat melambai-lambai ke arah bot dan kemudian dibantu untuk dibawa ke tebing.
Susulan kejadian, pasukan paramedik bergegas ke lokasi dan membawa mangsa ke hospital.
Dalam pada itu, Fomba menerusi video berasingan berkongsi perkembangan terkininya di hospital.
“Ini hari ketiga saya di hospital. Saya masih boleh berjalan walaupun retak pada bahagian tengkorak.
“Tiada siapa mahu cedera, tetapi saya berpuas hati kerana dapat merealisasikan impian sendiri,” katanya.
Jurucakap pihak berkuasa memberitahu CBS yang Fomba dimasukkan ke Pusat Perubatan St David Austin Selatan.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Fomba berdepan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu atau sebaliknya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FRANKFURT: BioNTech Jerman dan rakan kongsinya di Amerika Syarikat (AS), Pfizer memaklumkan, mereka sudah memohon kelulusan pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) bagi vaksin COVID-19, meningkatkan lagi harapan untuk suntikan pertama vaksin itu dapat dilakukan pada Disember.
Dua syarikat itu berkata, mereka sudah menghantar permohonan kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) semalam bagi mendapatkan ‘Kebenaran Pemasaran Bersyarat (CMA)’ bagi vaksin mereka.
Langkah itu dilakukan selepas ujian berskala besar menunjukkan vaksin itu 95 peratus berkesan melawan COVID-19 dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius.
Jika diluluskan EMA yang berpangkalan di Amsterdan, vaksin berkenaan berpotensi untuk digunakan di Eropah sebelum penghujung 2020, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Jika badan pengawal selia AS itu memberi lampu hijau, rakyat negara itu boleh mula mendapatkan vaksin berkenaan pada pertengahan Disember.
Badan pengawal selia United Kingdom (UK) turut menyaring vaksin BioNTech/Prizer itu.
“Kami tahu sejak permulaan perjalanan ini bahawa pesakit menunggu dan kami bersedia untuk menghantar dos vaksin COVID-19 ini sebaik saja kelulusan membenarkan kami berbuat demikian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.
Pelopor lain dalam persaingan vaksin global, syarikat bioteknologi AS, Moderna, semalam menyatakan pihaknya sudah meminta kelulusan pengawalseliaan kecemasan bagi suntikan COVID-19 di AS dan Eropah.
Vaksin oleh Moderna dan Pfizer/BioNTech adalah berasaskan satu teknologi baharu yang menggunakan mRNA (asid ribonukleik pengutus) bagi menghantar bahan genetik kepada tubuh yang mana akan membolehkan sel tubuh manusia membentuk protein daripada virus.
Ini akan melatih sistem imunisasi untuk bersedia menyerang jika ia menemui coronavirus baharu.
Bagaimanapun, vaksin Moderna boleh disimpan dalam tempoh yang panjang pada suhu negatif 20 darjah Celcius, manakala vaksin Pfizer memerlukan suhu negatif 70 darjah Celsius.
Kedua-dua vaksin itu dibangunkan dalam tempoh yang amat singkat sebagai sebahagian daripada usaha yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi menamatkan wabak yang menjangkiti lebih 62 juta orang dan membunuh lebih 1.4 juta di seluruh dunia.
Pfizer dan BioNTech sebelum ini berkata, mereka menjangka untuk mengeluarkan sehingga 50 juta dos vaksin secara global pada tahun ini dan sehingga 1.3 bilion dos menjelang akhir 2021.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Diego Maradona terjatuh dan kepala terhantuk seminggu sebelum kematiannya dan dibiarkan tanpa bantuan selama tiga hari, dakwa jururawat legenda bola sepak Argentina itu.
Maradona yang berusia 60 tahun meninggal dunia akibat kegagalan jantung yang serius di rumahnya di Buenos Aires minggu lalu.
Susulan penyiasatan polis selepas terdapat dakwaan berlaku kecuaian perubatan, peguam kepada jururawatnya melaporkan kepala Maradona terhantuk selepas terjatuh di rumahnya.
Menurut media tempatan, pemenang Piala Dunia itu tidak dibawa ke hospital untuk diperiksa bahagian kanan kepalanya.
Pada ketika itu, dia dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di sebelah kiri kepala dan dipantau sepanjang masa.
Peguam kepada jururawat Gisela Madrid, berkata, Maradona terjatuh pada Rabu seminggu sebelum kematiannya.
“Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk tetapi mereka tidak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata Agensi seperti yang dilaporkan HarianMetro.
Peguam Rodolfo Baquè turut mendakwa bekas bintang Barcelona dan Napoli itu dibiarkan sendirian selama tiga hari selepas insiden itu.
Katanya, Maradona tidak mampu membuat keputusan – selepas terjatuh dia dibiarkan selama tiga hari dibiliknya tanpa dilihat sesiapa dan tanpa sebarang bantuan.
Laporan awal bedah siasat melaporkan Maradona mengalami pembengkakan paru-paru yang serius dan kegagalan jantung kronik yang membawa kepada kematiannya ketika tidur.
Pada Sabtu lalu, jururawat Maradona mengakui dia berbohong mengenai pemeriksaan rutin awal pagi dan pengakuan itu menambahkan lagi misteri di sebalik kematian legenda bola sepak dunia itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK: Fosil ikan paus yang lengkap dan masih terpelihara dianggarkan berusia antara 3,000 hingga 5,000 tahun ditemukan di Thailand, awal bulan ini.
Memetik laporan BBC, Fosil berukuran 12 meter yang dipercayai daripada spesies Bryde itu ditemukan 12 kilometer dari barat Bangkok.
Kumpulan pakar berharap penemuan itu dapat membuka lembaran baharu kepada sumber kajian mengenai masa lalu, khususnya berkaitan paras laut dan biodiversiti.
FOSIL IKAN PAUS SPESIES BRYDE DITEMUI BERHAMPIRAN PANTAI SAMUT SAKHON, BARAT THAILAND/BBC
Penyelidik Mamalia dari Universiti Kebangsaan Singapura, Marcus Chua berkata, penemuan fosil tulang itu jarang berlaku.
“Hanya sedikit subfosil ikan paus (ditemukan) di Asia dan hanya sedikit sahaja ditemukan dalam keadaan baik,” katanya.
Gambar fosil ikan paus itu yang dikongsi Menteri Alam Sekitar Thailand, Varawut Silpa-archa menunjukkan tulang mamalia itu kelihatan hampir lengkap.
Menurut ahli politik itu, lebih daripada 80 peratus fosil ikan paus ini dipulihkan, termasuk tulang belakang, rusuk, sirip dan bahu. Kepala paus itu dianggarkan sepanjang sekitar tiga meter.
Chua berkata, penemuan itu membolehkan penyelidik mengkaji perbezaan spesies itu pada masa lalu dengan ikan paus Bryde ketika ini.
Fosil itu juga akan memberikan maklumat mengenai keadaan paleobiologi dan geologi, termasuk keadaan permukaan laut, sedimen serta komuniti biologi kontemporari pada masa itu.
“Oleh itu, penemuan ini akan memberi laluan untuk mengetahui masa lalu apabila usia sebenar fosil itu diketahui,” kata Chua.
Usia sebenar fosil ikan paus itu masih belum dapat ditentukan dan ia diharapkan diketahui menjelang Disember ini.
Fosil itu ditemukan di pinggir pantai di Samut Sakhon. Paus Bryde yang masih wujud ketika ini hidup perairan beriklim tropika.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA: Kumpulan hak asasi Indonesia mengecam polis kerana menempatkan pondan di penjara dengan seorang lelaki, mengatakan bahawa ia menyerlahkan diskriminasi yang meluas di negara majoriti Muslim terbesar di dunia.
Personaliti media sosial, Millen Cyrus, 21, yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram, ditahan bersama rakan lelaki atas tuduhan memiliki dadah di ibu kota Jakarta pada hujung minggu.
Cyrus memberitahu media tempatan minggu ini bahawa dia berharap akan dipindahkan dari penjara induk lelaki.
Sejak itu, pihak berkuasa menempatkannya di sel bersendirian. Namun, mereka mempertahankan keputusan awal dengan menunjukkan kad pengenalan suspek yang mengatakan Cyrus adalah lelaki.
“Status pelaku adalah lelaki seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalannya,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus.
“Bagaimanapun, mengambil kira keadaan itu, (pihak berkuasa) menempatkannya di penjara khas sahaja.”
Langkah itu mencetuskan reaksi balas di media sosial dan kumpulan hak asasi mengatakan ia menyerlahkan cabaran yang dihadapi oleh pondan Indonesia.
Dua tahun lalu, polis di provinsi konservatif Aceh menjadi tajuk utama ketika mereka secara terbuka memalukan berpuluh wanita pondan dengan memotong rambut mereka secara paksa ketika mereka memaksa kumpulan itu memakai pakaian lelaki dan bercakap dengan suara maskulin.
“Kami menuntut agar polis menghormati hak-hak suspek semasa penyiasatan dengan perspektif non-diskriminasi dan non-transphobik,” kata Arus Pelangi di Jaringan Transgender Indonesia.
“Polis mendiskriminasikan identiti jantina… dengan menempatkan (Cyrus) di penjara tahanan lelaki.”
Institut Pembaharuan Keadilan Jenayah (ICJR) mengatakan pihak berkuasa perlu melakukan tugas yang lebih baik untuk menghormati pondan.
“Pihak berkuasa seharusnya dapat melihat keadaan seorang suspek,” kata penyelidik ICJR, Maidina Rahmawati.
“Sekiranya mereka keliru mengenai tempat untuk meletakkan (Cyrus), mereka seharusnya membabitkan ahli psikologi atau pekerja sosial yang dapat menilai keperluannya.” katanya seperti dilaporkan AFP.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramalkan sebutir asteroid menyamai saiz bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa akan merempuh orbit Bumi minggu depan, lapor akhbar Daily Star.
Pusat Kajian Objek Hampir Bumi di bawah pengurusan NASA menyatakan, batu angkasa yang dianggarkan berukuran antara 370 meter hingga 820 meter itu dijangka melintasi Bumi pada 29 November ini.
“Asteroid itu dikenali dengan kod 153201 atau 2000 WO107. Ukuran panjangnya hampir menyamai pencakar langit Burj Khalifa setinggi 829.8 meter.
“NASA menjangkakan 2000 WO107 bergerak selaju 90,123 kilometer sejam semasa meluncur menghampiri Bumi,” kata pusat tersebut.
Orang ramai tidak dapat melihatnya menggunakan teleskop biasa dari Bumi.
Asteroid itu akan membuat lintasan pada pukul 10.09 pagi waktu Greenwich.
2000 WO107 dikategorikan sebagai objek hampir dengan Bumi (NEO) kerana berada dalam lingkungan 1.3 batu astronomi dari Bumi.
“2000 WO107 dikesan mempunyai jarak 0.02876 batu astronomi dari Bumi.
“Ia kedengaran seperti sangat hampir, namun realitinya jarak itu bersamaan 4.3 juta kilometer dari Bumi,” katanya.
SAIZ batu angkasa berkenaan dikatakan menyamai ketinggian bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa. – GAMBAR HIASAN/AFP
Batu gergasi tersebut turut dikelaskan sebagai asteroid Apollo yang mana ia akan bertembung dengan orbit Bumi ketika bergerak di angkasa.
Asteroid itu diramal tidak akan menghentam Bumi, namun berdasarkan Pelan Tindakan dan Strategi Kesiapsiagaan NASA, NEO yang mempunyai saiz 1 kilometer boleh mengakibatkan kemusnahan dahsyat.
Pakar-pakar astronomi mengesan hampir 2,000 asteroid, komet dan objek lain yang dikatakan menjadi ancaman kepada Bumi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SINGAPURA: “Cinta tidak mengenal jarak, ia hadir tanpa sempadan benua, sinarnya memancar menjadi cahaya bintang”
Terjemahan ungkapan Gilbert Parker itu, mungkin itu kata-kata paling sesuai menggambarkan situasi Aishah Rahmat, warga emas rakyat Singapura yang terpisah sejak lapan bulan lalu dengan suaminya, yang kini berada di Johor, berikutan syarat ketat dikenakan di sempadan kedua-dua negara bagi mengekang wabak COVID-19.
Apatah lagi, hari ini adalah hari jadi suaminya, Yaacob Moin, 63, yang juga warga Singapura dan beliau juga bimbang kerana suaminya tinggal sendirian di Johor Bahru kerana anak-anak mereka turut berada di Singapura.
Menurut laporan Bernama, sepanjang tempoh itu, suri rumah berusia 61 tahun itu menjadikan Facebook sebagai sahabatkarib beliau meluahkan kesedihannya terpaksa berpisah dengan suami tercinta.
Pada 15 November lalu, beliau menulis hantaran ‘15.03.20 – 15.11.20. Today is exactly 243 days since I was away from my husband. WearealltestedtobepatientandresilientuntilthisCOVID–19pandemicpasses‘ (15.03.20 – 15.11.20. Hari ini genap 243 hari sejak saya terpisah sementara dengan suami. Kita semua diuji untuk bersabar dan tabah sehingga pandemik COVID-19 ini berakhir).
Aishah turut berkongsi pautan satu lagu nasyid dalam laman sosialnya itu iaitu PerjalananHati.
Baru-baru ini, Bernama berpeluang bertemu Aishah dan kesedihannya tidak dapat ditanggung lagi kerana bukan sahaja terpaksa berpisah jauh dengan suami, tetapi juga wabak yang boleh membawa maut ini menyebabkan hasratnya untuk menunaikan umrah pada 13 Mac lepas, turut terkubur.
“Kami baru sahaja hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum menerima panggilan daripada syarikat pengurusan umrah bahawa perjalanan kami dibatalkan,” katanya.
Dua hari kemudian, Aishah yang tidak mempunyai pas lawatan jangka panjang untuk tinggal di Malaysia lebih 30 hari, perlu pulang ke Singapura dan bermulalah episod perpisahan dengan suaminya itu.
“Saya tiada pilihan melainkan kekal berada di Singapura sebaik sahaja Kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac,” katanya yang tinggal bersama sepupunya di Tampines sementara waktu.
Aishah yang berulang-alik ke Johor Bahru sejak 15 tahun lalu, berkata beliau tidak menyangkakan tempoh PKP itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua minggu, berlarutan sehingga ke lapan bulan.
Apa yang lebih memilukan apabila suaminya tidak dapat berjumpa adiknya Salim Moin, 59, yang juga bekas pemain bola sepak Singapura, buat kali terakhir apabila meninggal dunia pada 7 November lepas di seberang tambak.
“Suami hanya menyaksikan pengebumian melalui panggilan video,” kata Aishah yang turut berkongsi sekeping gambar Yaacob dan Salim pada kali terakhir mereka berjumpa pada majlis perkahwinan anak mereka di Singapura, Februari lepas.
Aishah berkata, sejak dikejutkan dengan kematian adik ipar secara tiba-tiba, beliau semakin bimbang dengan kesihatan suami yang seorang diri dan sentiasa berpesan dan berdoa agar suaminya sentiasa sihat.
Bagi mengubat kesedihan dan mengisi masa, Aishah berkata, beliau menyertai pengajian agama secara dalam talian setiap hari mulai 20 Mac lepas.
“Saya juga manfaatkan SkillFutureSGCredit yang disediakan Kerajaan Singapura. Saya belajar tentang penggunaan komputer, telefon bimbit dan tablet,” katanya yang pernah bekerja sebagai setiausaha di beberapa syarikat antarabangsa.
Ibu kepada dua anak ini amat berharap agar PKP Pemulihan akan berakhir pada 31 Disember kelak sekali gus langkah ketat di sempadan dapat dilonggarkan agar dapat bertemu semula suaminya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FAKFAK, INDONESIA: Puluhan burung kakak tua yang diisi dalam botol air plastik dijumpai dalam sebuah kapal yang berlabuh di wilayah Papua, menurut pihak berkuasa hari ini.
Polis di bandar Fakfak berkata, krew kapal mengadu terdengar bunyi bising dari sebuah kotak besar yang mengandungi burung nuri kepala hitam yang masih hidup dan 10 lagi burung yang ditemui mati pada pagi semalam.
Burung nuri kepala hitam adalah jenis burung kakak tua yang berasal dari Papua New Guinea dan pulau kecil berhampiran.
“Krew kapal memberitahu kami mengesyaki ada haiwan dalam kotak kerana terdengar bunyi pelik,” kata jurucakap polis tempatan, Dodik Junaidi.
Bagaimanapun, kata Junaidi tiada tangkapan dibuat setakat ini dan motif burung itu dalam kapal berkenaan tidak jelas.
Hutan luas di Indonesia menjadi habitat lebih 130 spesis burung yang terancam dan lebih banyak dari negara lain kecuali Brazil, menurut pemerhati haiwan liar, TRAFFIC.
Terdapat pihak yang menjalankan perdagangan burung secara besar-besaran. Ia boleh dilihat di pasar burung raksasa di kota besar dekat Indonesia atau turut diseludup ke luar negara.
Biasanya, burung eksotik diburu dan diperdagangkan oleh kumpulan penyeludup untuk dijual sebagai haiwan peliharaan dan simbol status.
Spesis burung tertentu seperti kakak tua palma Australia boleh dijual pada harga AS$30,000 (RM122,805) di pasaran gelap.
Pada 2017, pihak berkuasa Indonesia menjumpai kira-kira 125 ekor burung eksotik yang dimasukkan ke dalam paip longkang ketika serbuan penyeludupan hidupan liar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!