WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengenakan sekatan ke atas perusahaan permata Myanmar untuk menyekat sumber pendapatan utama negara itu, lapor Sputnik.
“Hari ini Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan ke atas Myanmar Gems Enterprise (MGE), entiti yang bertanggungjawab ke atas semua aktiviti perniagaan batu permata di Burma (Myanmar),” kata Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Rejim tentera Burma (Myanmar) secara kejam menindas penunjuk perasaan pro-demokrasi di negara itu dan menyebabkan banyak korban, termasuk kanak-kanak.
“Tindakan hari ini menunjukkan komitmen Perbendaharaan untuk menyekat sumber pembiayaan tentera Burma, termasuk syarikat utama milik kerajaan di seluruh Burma,” kata pengarah OFAC, Andrea Gacki.
Berikutan itu, semua harta dan kepentingan entiti yang ada di AS atau dalam pemilikan atau kawalan orang AS disekat dan mesti dilaporkan kepada OFAC.
Di samping itu, mana-mana entiti yang dimiliki, secara langsung atau tidak langsung, 50 peratus atau lebih oleh satu atau lebih orang juga akan dikenakan sekatan.
“Sekatan itu tidak ditujukan kepada rakyat Burma,” kata jabatan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI – Bintang Bollywood Katrina Kaif disahkan dijangkiti Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah.
“Saya mengikuti semua protokol keselamatan di bawah nasihat doktor saya. Minta semua kontak saya untuk segera menjalani saringan Covid-19,” kata Katrina dalam catatan media sosial pada Selasa.
Sebelum ini beberapa selebriti lain turut dijangkiti virus itu termasuk aktres Alia Bhatt, pemain kriket Sachin Tendulkar dan pelakon Aamir Khan.
Kes Covid-19 menyaksikan peningkatan di India, industri hiburan dan hub perniagaan Mumbai antara yang paling teruk terjejas,lapor Bernama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CHANGHUA – Akibat cemburu, seorang teman wanita didakwa memotong alat sulit kekasihnya semasa tidur setelah mengetahui lelaki itu curang.
Mangsa dikenali Huang, 52, tersedar dari tidur kerana mengalami kesakitan di bahagian alat sulit dan kejadian berlaku di daerah Xihu di Changhua Taiwan, lapor Daily Mail.
Menurut media tempatan, bapa tiga anak itu terkejut melihat alat sulitnya berlumuran darah dan mendapati 20 peratus kulit pada alat sulitnya telah terkoyak.
Teman wanitanya, Phung, 40, didakwa memotong kemaluannya berhampiran pangkal dengan gunting dapur lalu membuangnya di dalam tandas, lapor Taipei Times.
Bagaimanapun, Phung telah menyerah diri ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut sementara pasukan perubatan membawa Huang ke hospital.
Doktor merawat mangsa memberitahu, hujung alat sulit itu telah dipotong sebanyak 1.5 sentimeter namun ia masih boleh diselamatkan.
“Keadaan mangsa stabil dan alat sulitnya boleh pulih seperti sedia kala,” katanya.
Pasangan itu dilaporkan baharu bercinta selama 10 bulan dan berpindah di Changhua, di sini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MYANMAR – KRISIS di Myanmar yang bermula dengan tunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera sejak Februari lalu akan menjadi konflik yang lebih besar dengan campur tangan daripada beberapa buah kumpulan pemberontak etnik bersenjata di negara tersebut.
Konflik yang lebih besar itu mungkin berlaku berikutan kumpulan-kumpulan pemberontak tersebut sebelum ini telah menentang pihak tentera bagi mendapatkan hak autonomi di wilayah masing-masing.
Myanmar dihantui dengan kejadian tunjuk perasaan rakyat bagi membantah tindakan tentera melancarkan rampasan kuasa tentera bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan awam dan menahan bekas Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.
Bekas Presiden negara itu, Win Myint dan beberapa pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) turut ditahan oleh pihak berkuasa negara itu selepas pihak tentera mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum negara berkenaan pada November tahun lalu.
Dalam pilihan raya itu, parti NLD pimpinan Suu Kyi memperoleh kemenangan besar dan mengulangi kejayaan pada pilihan raya umum tahun 2015 sekali gus mampu membentuk sebuah kerajaan awam bagi mentadbir negara berkenaan untuk tempoh lima tahun lagi.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Kesatuan Pilihan raya Myanmar menafikan dakwaan pihak tentera bahawa terdapat 8.6 juta pengundi yang meragukan di 314 kawasan perbandaran yang memungkinkan pengundi mengundi berulang kali dalam pilihan raya tersebut.
Pihak tentera atau juga dikenali sebagai Tatmadaw telah memerintah Myanmar sejak lima dekad sebelum berakhir pada tahun 2015 apabila pilihan raya yang didakwa bebas dan adil diadakan buat pertama kali dan dimenangi oleh parti NLD.
Selepas penafian dibuat oleh Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya itu, pihak tentera menangkap Suu Kyi dan Myint yang ketika itu masih memegang jawatan Presiden negara berkenaan serta beberapa pemimpin NLD lagi sebelum melancarkan rampasan kuasa tentera secara aman.
Menurut sebuah kumpulan pemantau tunjuk perasaan di negara berkenaan, lebih 550 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan setelah pihak berkuasa bertindak keras menyuraikan para penunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan ke arah mereka.
Beberapa buah kumpulan etnik di Myanmar yang mengawal sejumlah wilayah, kebanyakannya di sempadan negara berkenaan kemudiannya berasa berang dengan tindakan keras pihak berkuasa keselamatan negara berkenaan.
Pada Sabtu lalu, sebanyak 10 daripada kumpulan pemberontak bersenjata itu membincangkan keadaan di Myanmar secara maya dengan mengutuk tindakan junta tentera dan polis yang menggunakan peluru hidup ke atas para penunjuk perasaan aman.
“Para pemimpin majlis ketenteraan Myanmar perlu bertanggungjawab,” kata Jeneral Yawd Serk yang merupakan pemimpin sebuah pasukan pertubuhan politik kumpulan etnik minoriti dikenali sebagai Majlis Pemulihan Negeri Shan (RCSS) dan pengasas Tentera Negeri Shan (SSA) yang menguasai sejumlah kawasan di bahagian timur negara tersebut.
Katanya, jika junta tentera terus melepaskan tembakan dan membunuh orang awam, ia bermakna bahawa pihak tentera telah menjadi pengganas di negara itu.
Beliau juga merangkap Pengerusi sebuah kumpulan yang mewakili 10 buah kumpulan bersenjata dalam Perjanjian Gencatan Senjata antara kerajaan negara tersebut dengan kumpulan-kumpulan pemberontak berkenaan yang diwujudkan sebagai usaha menstabilkan negara tersebut.
Mesyuarat secara maya kumpulan-kumpulan bersenjata itu juga diadakan selepas sebuah kumpulan pemberontak iaitu Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) merampas sebuah pangkalan tentera di negeri Kayin dan membunuh 10 orang anggota tentera pada 27 Mac lalu.
Bagaimanapun, pihak tentera kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan udara termasuk kempen pengeboman dari 27 Mac hingga 30 Mac lalu sehingga menyebabkan KNU mendakwa lebih 12,000 orang termasuk kanak-kanak hilang tempat tinggal di sempadan Myanmar dengan Thailand.
Kumpulan KNU itu adalah yang paling lantang menentang junta tentera dan mendakwa ia melindungi ratusan aktivis yang membantah rampasan kuasa yang dilakukan secara aman oleh Tatmadaw.
Menurut portal berita CNN, seorang pegawai kanan kumpulan pemberontak dan beberapa para penunjuk perasaan berkata, aktivis-aktivis prodemokrasi dalam jumlah yang kecil pergi ke hutan untuk menerima latihan pertempuran daripada anggota-anggota kumpulan pemberontak negara itu.
Seorang aktivis dilaporkan berkata kepada portal berita tersebut bahawa aktivis-aktivis demokrasi itu mempelajari tentang penggunaan senjata api dan cara-cara untuk menghasilkan bom.
Terdapat juga peningkatan panggilan daripada pusat bandar kepada kumpulan-kumpulan pemberontak etnik supaya ia melindungi orang awam daripada keganasan yang dilakukan oleh pihak tentera.
Tiga Perikatan Persaudaraan yang dianggotai oleh kumpulan pemberontak etnik bersenjata iaitu Tentera Arakan (AA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang dan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyertai revolusi menentang rampasan kuasa jika junta tentera tidak menghentikan pembunuhan orang awam.
Namun, pihak tentera berulang kali menyalahkan para penunjuk perasaan itu ekoran keganasan tersebut dan mempertahankan pasukan keselamatan yang didakwa menggunakan tindakan paling minimum dalam menyuraikan mereka.
Para penunjuk perasaan itu didakwa menggunakan beg-beg pasir, melepaskan tembakan dengan senjata buatan sendiri, melemparkan bom petrol menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa menggunakan senjata api untuk menyuraikan mereka.
Selepas lebih 70 tahun terlibat dengan konflik dengan kumpulan-kumpulan pemberontak, negara berkenaan dibanjiri dengan senjata-senjata api yang mudah dibeli dalam pasaran gelap namun masih tiada bukti ia disimpan di bandar-bendar Myanmar.
Tentera Myanmar berjanji untuk memerintah selama setahun sahaja sebelum menyerahkan kuasa kepada sebuah kerajaan awam yang akan dipilih melalui satu pilihan raya umum di negara tersebut,lapor Agensi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NARAYANGANJ: Mangsa yang terkorban dalam tragedi feri karam di Bangladesh hari ini meningkat kepada 26 orang.
Pihak berkuasa masih meneruskan kerja mencari dan menyelamat (SAR) selepas feri berkenaan berjaya ditarik keluar dari Sungai Shitalakshya yang tercemar teruk dan beberapa lagi mayat ditemui.
Ratusan sanak saudara dan orang awam terus membanjiri tebing sungai di daerah Narayanganj dengan harapan ada lagi ramai mangsa terselamat.
Feri satu setengah tingkat, Sabit Al Hasan, karam selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo semalam, selepas kurang sejam meninggalkan Narayanganj, 20 kilometer (km) dari Dhaka, lapor AFP.
Ketua polis tempatan, Dipak Saha, berkata feri berkenaan padat dengan penumpang berikutan pengumuman kerajaan mahu menguatkuasa perintah berkurung tujuh hari bagi mengekang penularan COVID-19.
“Kerja menyelamat tergendala selama beberapa jam berikutan ribut petir yang melanda selepas kemalangan itu.
“Mulai hari ini, semua perkhidmatan pengangkutan domestik termasuk bas, feri, kereta api dan penerbangan digantung berikutan pelaksanaan perintah berkurung.
“Selain itu, kedai dan rangkaian pasar raya juga ditutup selama seminggu termasuk larangan keluar pada waktu malam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
63 MAUT DALAM BANJIR BESAR DAN TANAH RUNTUH DI INDONESIA
JAKARTA – Seramai 63 orang maut dalam bencana banjir besar dan tanah runtuh di dalam kejadian banjir besar dan tanah runtuh di Desa Nelelamadike, Kabupaten Ileboleng, East Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT), awal pagi tadi.
Insiden itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat berserta angin kencang yang tidak berhenti sejak semalam, lapor Kompas TV.
Sehingga kini, proses pemindahan mangsa-mangsa yang terlibat masih dijalankan oleh pasukan penyelamat namun terbatas akibat kekurangan alatan sesuai.
Wakil Ketua Daerah East Flores, Agustinus Boli berkata jumlah mangsa yang disahkan maut adalah 63 orang.
“Sebanyak 23 mayat berjaya dipindahkan tetapi baki selebihnya masih tertimbus dalam tanah dan menunggu untuk dikeluarkan,” kata Agustinus kepada Kompas TV,lapor Agensi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, dilaporkan berada dalam keadaan sihat, walaupun kini sudah dua bulan berada dalam tahanan.
Perkara itu disahkan pasukan peguamnya, hari ini, ketika tekanan diplomatik terhadap tindakan rampasan pasukan tentera semakin meningkat.
Suu Kyi yang berusia 75 tahun, tidak muncul di khalayak ramai sejak beliau digulingkan oleh tentera dan ditahan, pada awal 1 Februari lalu.
Anggota pasukan perundangannya, Min Min Soe, dipanggil ke balai polis di ibu kota Naypyidaw untuk sidang video, hari ini.
Suu Kyi berdepan pertuduhan jenayah dan sabit kesalahan boleh mengakibatkan beliau dilarang daripada memegang jawatan politik.
“Keadaan fizikal DASSK (Suu Kyi) dilihat baik berdasarkan kelibatnya di skrin video,” katanya melalui kenyataan.
GAMBAR IHSAN AFP
Menurut kenyataan itu, Suu Kyi maklum dalam pertemuan itu, pegawai polis turut berada bersama peguam dengan pengawal yang menjaga nya, lapor AFP.
Pemenang Nobel itu sempat bertanya sama ada kehadiran polis ketika ditemu bual oleh peguam dibenarkan dalam undang-undang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GENEVA: Dua vaksin buatan China, Sinovac dan Sinopharm selamat dengan tahap keberkesanannya baik, namun lebih banyak data diperlukan bagi tujuan itu.
Perkara itu dinyatakan pakar vaksin dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini, hasil daripada analisis sementara membabitkan data percubaan klinikal.
Sinovac dan Sinopharm, vaksin yang kini digunakan di beberapa negara sudah menyerahkan data untuk permohonan lampu hijau, senarai penggunaan kecemasan oleh WHO.
Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu Kumpulan Penasihat Strategik Imunisasi (SAGE) berkata, pihaknya sudah mengkaji data itu sehingga kini.
Pihaknya mendapati kedua-dua vaksin itu menunjukkan tahap keselamatan dan keberkesanan yang baik, menentang simptom COVID-19
Bagaimanapun, pihaknya memberi amaran kedua-dua vaksin itu masih mengalami kekurangan data, membabitkan kumpulan penerima lebih berusia atau seseorang yang mempunyai penyakit atau masalah kesihatan lain.
“Pasca pengenalan keberkesanan vaksin dan kajian keselamatan diperlukan untuk melihat kesan terhadap kumpulan berkenaan,” menurut SAGE melalui inti pati penting yang disiarkan, selepas mesyuarat minggu lalu untuk membincangkan mengenai pembangunan vaksin melawan pelbagai penyakit.
Dua vaksin itu antara empat yang dibangunkan oleh China dan diluluskan oleh pihak berkuasa negara itu, sehingga kini namun SAGE menyifatkan ia belum melepasi badan pengawalan yang ketat, seperti ditakrifkan WHO.
SAGE yang menasihati WHO terhadap dasar imunisasi berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan cadangan mengenai penggunaan vaksin dari China, sehingga panel pakar meluluskan permohonan senarai penggunaan kecemasan.
GAMBAR IHSAN AFP
Senarai penggunaan kecemasan oleh WHO membuka jalan bagi negara di seluruh dunia untuk meluluskan dan mengimport vaksin dengan kadar segera, bagi tujuan edaran.
Ia juga membuka ruang untuk vaksin itu menyertai skim perkongsian vaksin dunia, COVAX yang menyasarkan untuk menyediakan akses sama rata di seluruh dunia, khususnya negara miskin.
“Sehingga kini, kita mendapat maklumat vaksin ini selamat dan masih dalam proses untuk menentukan analisis akhir bagi menunjukkan keberkesanannya yang akan digunakan dalam kelulusan senarai penggunaan kecemasan,” kata pengerusi SAGE, Alejandro Cravioto.
“Setelah ia diluluskan, kita dapat membuat cadangan yang diperlukan bagi penggunaannya,” katanya, lapor AFP.
Sehingga kini, WHO memberikan lampu hijau senarai penggunaan kecemasan kepada vaksin COVID-19 oleh Pfizer/BioNTech, AstraZeneca/Oxford dan Johnson & Johnson.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRUMP LANCAR LAMAN WEB PAPAR PENCAPAIAN LUAR BIASA
WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan laman web rasmi yang memaparkan pencapaian beliau di Rumah Putih.
Laman web itu turut memaparkan gambar bilionair hartanah tersebut bersama beberapa tokoh dan pemimpin dunia termasuk isterinya, Melania sepanjang penggal perkhidmatannya pada 2017-2021.
“Pejabat Donald J trump komited untuk memelihara legasi pentadbiran beliau dan pada masa yang sama meneruskan agenda America First yang sering menjadi slogan pemimpin itu,” menurut mesej dipaparkan pada laman tersebut.
Sinopsis 850 patah perkataan tentang pencapaian luar biasa Trump ketika bergelar Presiden ke-45 AS juga dipaparkan pada laman web itu, lapor Agensi.
Pada awal bulan lalu, jurucakap kempen beliau, Jason Miller menerusi wawancara bersama Fox News mendedahkan Trump bakal melancarkan platform sosial sendiri dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang selepas akaun miliknya di Twitter dan Facebook digantung susulan pencerobohan ke atas Capitol pada 6 Januari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Trump menyelar dua pakar yang mengetuai usaha memerangi wabak Covid-19, Anthony Fauci dan Deborah Birx selepas kedua-duanya mengkritik kegagalan pentadbirannya menangani pandemik tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAHERAH – Terusan Suez di Mesir kembali beroperasi seperti biasa pada awal pagi Isnin selepas kapal kontena gergasi yang menghalang laluan perdagangan paling sibuk selama hampir seminggu berjaya diapungkan.
Rakaman TV tempatan menunjukkan beberapa kru kapal tunda membunyikan hon kabut sebagai meraikan kejayaan mereka yang akhirnya dapat mengalihkan MV Ever Given itu yang turut disertai pasukan daripada firma Belanda, Smit Salvage dan anggota Pihak Berkuasa Suez (SCA).
“Tekanan waktu bagi menjayakan operasi sukar tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Eksekutif Smit Salvage, Peter Berdowski sambil menambah kira-kira 30,000 kubik meter pasir terpaksa dikorek untuk mengapungkan kapal seberat 224,000 tan itu.
Sementara itu, Ketua SCA, Laksamana Osama Rabie turut mengumumkan pembukaan semula laluan tersebut.
Difahamkan, kemuncak air pasang telah membantu operasi disertai flotila kapal penunda dan pengorek untuk mengapungkan kapal MV Ever Given tersebut yang tersekat di tebing berpasir.
Data satelit daripada MarineTraffic.com mengesahkan kapal kontena itu telah bergerak dari pinggir laut menuju ke pusat jalan air utama, lapor Agensi.
Evergreen Line di Taiwan yang menyewa kapal itu dalam satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan akan dilakukan ke atas MV Ever Given di Great Bitter Lake yang memisahkan dua bahagian terusan tersebut sebelum ia dibenarkan berlayar ke destinasi seterusnya.
Rabie juga mengesahkan pemeriksaan awal mendapati tiada kontena yang rosak dan pemeriksaan kedua akan dilakukan untuk menentukan laporan yang lebih tepat.
Kedudukan kapal MV Ever Given berukuran 400 meter panjang dan lebih besar daripada saiz empat padang bola sepak yang melintang di Terusan Suez akibat ribut pasir sejak 23 Mac lalu telah menyebabkan kesesakan yang teruk di bahagian selatan laluan itu yang memendekkan tempoh perjalanan antara Eropah dan Asia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!