JAKARTA: Penularan Covid-19 di Jakarta diramalkan boleh menembusi 100,000 kes sekitar 8 hingga 13 Julai ini jika tiada langkah-langkah sewajarnya dilakukan.
CNN Indonesia memetik laporan Antara menyebut, perkara itu dinyatakan dalam laporan pengembangan Covid-19 yang dikemukakan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam pertemuan dengan pemerintah pusat, Selasa lalu.
Mesyuarat itu diketahui untuk membincangkan Pelaksanaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat yang mungkin dilaksanakan pemerintah pada awal bulan ini, lapor Agensi
“Jika tindakan tidak segera dilakukan, 100,000 kes aktif di Jakarta akan dicapai antara 8 hingga 13 Julai ini,” jelas laporan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DISEBAT 100 KALI SETELAH DIDAPATI BERSALAH MELAKUKAN ZINA
LHOKSEUMAWE: Seorang wanita pengsan setelah menjalani hukuman sebat 100 kali ekoran didapati bersalah melakukan jenayah zina di bawah undang-undang Islam Aceh.
Wanita itu adalah antara lima orang yang dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai kerana melanggar kanun syariat Islam di Lapangan Tunas Bangsa, Lhokaseumawe hari ini.
Memetik laporan Tribunenews, salah seorang daripada pesalah wanita yang didapati bersalah melakukan jenayah zina itu terpaksa dipapah oleh para petugas kerana pengsan sebaik sahaja selesai menjalani hukuman sebat 100 kali itu.
Wanita tersebut kelihatan lemah dan tidak tak berdaya menahan sakit sebaik sahaja selesai disebat oleh tukang sebat.
Dia telah dipapah oleh petugas wanita untuk mendapatkan rawatan.
Selepas diperiksa dan dirawat oleh petugas perubatan wanita itu kembali normal.
“Diantara lima pelanggar kanun syariat Islam salah seorang perlu dipapah karena pengsan setelah disebat 100 kali,” wakil wali kota Lhokseumawe, Zulkifli.
Dia menyebutkan, kelima pesalah yang melanggar kanun syariat Islam tersebut iaitu Samsul Bahri dan Nurul Aini.
Keduanya didapati bersalah melakukan zina, dengan hukuman masing-masing 100 kali sebatan.
Kemudian, pesalah Mahatir dan Syakban Irham didapati bersalah melakukan kesalahan khamar dengan hukuman masing-masing 40 kali cambukan.
Seorang lagi, Ibrahim Muhammad alias Pak Geuchik disebat 75 kali cambukan karena menyediakan tempat untuk jenayah zina.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HANOI : Seorang lelaki dari Vietnam digelar Tarzan moden apabila menghabiskan masa 41 tahun hidup di dalam hutan, lapor portal DNA, semalam.
Ho Van Lang, 46, bersama ayahnya dan adiknya, Tri lari ke dalam hutan pada 1972 apabila Perang Vietnam tercetus.
Disebabkan hidup ditemani dua lelaki, Ho tidak pernah bertemu wanita dan didakwa tidak mempunyai sebarang nafsu pada jantina berbeza.
Pada 2015, keluarga ini diselamatkan oleh kerajaan tempatan dan diberikan penempatan di sebuah kampung kecil di Vietnam.
Namun begitu, menurut seorang jurugambar yang pernah bertemu Ho, Alvaro Cerezo berkata lelaki itu masih berdepan masalah membezakan antara lelaki dan wanita kerana menganggap keduanya sama sahaja.
“Ho juga seorang yang sangat lurus dan tidak tahu antara baik atau buruk. Jika ada yang menyuruh dia memukul orang, dia akan melakukannya tanpa banyak soalan.
“Wajahnya juga masih kelihatan seperti kanak-kanak kerana menghabiskan hampir seluruh hayatnya di dalam hutan,” kata Cerezo. – Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOMBINASI VAKSIN ASTRAZENECA DAN PFIZER BERI PERLINDUNGAN LEBIH BAIK
LONDON – Satu kajian mendapati gabungan vaksin AstraZeneca dan Pfizer mampu memberikan perlindungan lebih baik dalam bagi melawan jangkitan Covid-19, lapor portal berita MailOnline hari ini.
Kajian yang disokong kerajaan Britain itu turut mendapati individu yang menerima vaksin Pfizer sebagai suntikan kedua selepas dos AstraZeneca menghasilkan antibodi sembilan kali lebih banyak berbanding sekiranya menerima satu jenis vaksin sahaja.
Menerusi kajian terhadap 830 sukarelawan berumur 50 tahun ke atas itu, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang menerima dua dos vaksin Pfizer, dua dos AstraZeneca dan kombinasi antara kedua-duanya.
Dos kedua diberikan secara berselang empat minggu dengan semua kombinasi menunjukkan tindak balas yang baik.
Hasil kajian mendapati, pemberian vaksin AstraZeneca diikuti dengan Pfizer mampu menghasilkan kadar antibodi lebih tinggi berbanding turutan sebaliknya.
Antibodi dan sel T yang merupakan sel darah putih memainkan peranan penting dalam melindungi diri daripada Covid-19.
Kombinasi dua vaksin tersebut turut menghasilkan lebih banyak antibodi berbanding dua dos vaksin AstraZeneca.
Menurut Ketua Penyelidik kajian tersebut, Profesor Matthew Snape, beliau tidak mencadangkan bahawa lebih baik untuk menggabungkan dua vaksin tersebut kerana bimbang melambatkan kempen vaksinasi yang sedang berjalan.
“Pemberian satu jenis vaksin, sama ada Pfizer atau AstraZeneca ternyata berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 serta varian Delta, lapor Agensi.
“Jadi, adalah lebih baik untuk kerajaan Britain kekal kepada vaksinasi standard yang dilaksanakan pada ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam kes sebenar,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial, hari ini.
Tinjuan Kosmo! mendapati carian kata kunci bendera putih dalam medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik.
“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.
“Jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.
“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yg datang membantu,” tulis seorang pemilik akaun Facebook bernama Jah yang dipercayai antara individu terawal memulakan kempen tersebut kira-kira 11 jam lalu.
Seorang pemilik akaun Twitter bernama Jassa Li berkata, dia ternampak hantaran gambar di laman Facebook yang memaparkan tindakan meletak bendera putih seperti itu telah dilakukan jiran di rumah keluarganya di Johor Bahru semalam, lapor KOSMO online.
“Saya bertanya kepada kakak saya adakah perkara itu benar. Katanya betul. Keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin,” kongsinya.
Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.
“Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu. Kibarkan untuk kami berganding bahu,” tulis Akmal Masduki di Instagram.
“Kempen ini begitu indah dan sekali lagi mengingatkan kita betapa kuatnya ikatan antara rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Alhamdulillah, walau apa yang terjadi sekalipun, kita masih mempunyai ruang untuk kemanusiaan,” ciap pengguna Twitter bernama Hamizahani.
“Idea yang amat bernas, kita mesti bantu rakyat Malaysia yang susah sampai tidak ada makanan. Jangan sesekali fikir untuk bunuh diri. Rakyat menolong rakyat,” komen seorang netizen bernama Sana Balakrishnan.
“Betul idea yang terbaik. Zaman Covid-19 ini jangan malu. Jangan banyak pendam. Kita tolong sesama kita. Kasihan anak-anak kecil. Siapa yang pernah mengalami kesusahan dan kelaparan saja yang tahu betapa azabnya. teruskan,” sokong Iena Azlin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAITULMUQADDIS: Bank Pusat Palestin sedang mengkaji menerbitkan matawang digital sekali gus melepaskan kebergantungan terhadap shekel Israel yang selama ini menjadi matawang untuk transaksi harian mereka.
Al-Jazeera melaporkan, selain shekel, matawang digital Palestin itu juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada dinar Jordan dan dolar Amerika Syarikat (AS) yang digunakan sejak 1980.
“Ini untuk sistem pembayaran di negara kita,” jelas Gabenor Bank Pusat Palestin, Feras Milhem seperti dipetik dari Bloomberg.
GAMBAR HIASAN
Penetapan rejim Zionis membuatkan transaksi kewangan di Palestin menggunakan matawang shekel, lapor Agensi.
Malah Israel juga melarang transaksi tunai dalam jumlah besar di Palestin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
35,000 PEKERJA DI SAN FRACISCO BAKAL DIPECAT JIKA ENGGAN AMBIL VAKSIN COVID-19
SAN FRANCISCO: Sebanyak 35,000 golongan pekerja di bandar raya ini diberitahu mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan jika enggan, mereka boleh diberhentikan kerja.
Lapor Metro, pengecualian vaksin akan diberi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau berkaitan keagamaan, namun pekerja yang menolak untuk divaksin tidak akan ‘diberi muka’.
Ketua Polisi Jabatan Sumber Manusia San Francisco, Mawuli Tugbenyoh berkata, polisi baharu itu akan melibatkan semua golongan pekerja termasuk polis, bomba, pnegendali perkhidmatan pengangkutan dan pentadbiran majlis perbandaran.
Terdahulu, sebanyak 150 petugas perubatan di sebuah hospital di Texas, Houston dipecat selepas enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Semua pekerja di bandar raya ini mempunyai masa selama 10 minggu untuk mendapatkan suntikan vaksin, lapor Agensi.
Bermula awal minggu ini, setiap pekerja mempunyai tempoh 30 hari untuk memaklumkan tentang status vaksinasi, selain perlu menunjukkan bukti sekiranya sudah mendapatkan imunisasi.
Sehingga Rabu lalu, kira-kira 55 peratus pekerja di San Francisco sudah menerima vaksin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAHERAH: Kerajaan Arab Saudi menerima kira-kira 558,000 permohonan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Proses permohonan itu dibuka 10 hari lalu dan ditutup malam semalam.
Gulf News melaporkan, awal bulan ini, pemerintah Arab Saudi menetapkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan menunaikan haji terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara itu.
Penetapan itu dibuat ekoran situasi semasa penularan Covid-19 dunia yang masih belum reda, lapor AFP
Jemaah yang dipilih telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, tidak menghidap penyakit kronik dan berusia antara 18 hingga 65 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MADRID: John McAfee, pengasas perisian anti virus komputer popular, ditemukan mati, disyaki bunuh diri di sebuah penjara di Barcelona, semalam.
Dailymail melaporkan, kematian McAfee dilaporkan pada hari sama mahkamah bersetuju untuk mengekstradisi beliau ke Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan mengelak cukai.
Jabatan Kehakiman Catalonia memaklumkan, McAfee, 75, ditemukan mati petang semalam di dalam selnya di Penjara Brians 2, Barcelona, dengan para pegawai mengatakan siasatan awal menunjukkan bunuh diri, lapor Agensi.
Ia berlaku hanya beberapa jam setelah mahkamah Sepanyol meluluskan ekstradisi McAfee ke Amerika Syarikat, di mana dia dikehendaki atas tuduhan jenayah berkaitan cukai yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ADIK INI TERAPUNG LEBIH 3 JAM DI TENGAH LAUT DEKAT TG HARAPAN, NASIB ANGGOTA PERASAN OBJEK DI TENGAH LAUT
Indonesia – Individu mana yang tidak terkejut apabila melihat sesuatu objek yang terapung di tengah laut dan sudah pasti perasaan ingin tahu muncul untuk mengenal pasti objek tersebut.
Menerusi laporan Detik News, Kapal Perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut, KRI Sembilang-850 berjaya menyelamatkan seorang remaja yang ditemukan di tengah laut Pulau Laki, Kepulauan Seribu, Jakarta sewaktu melakukan rondaan harian, Jumaat lalu.
Difahamkan, remaja berusia 14 tahun itu merupakan mangsa yang terjatuh daripada sebuah kapal menuju ke Pulau Harapan.
Kapal perang tersebut mengesan satu objek lebih kurang 100 meter daripada kapal dan apabila pihak tentera datang menggunakan bot penyelamat lebih kurang 50 meter kelihatan seorang remaja lelaki sedang berenang.
Remaja tersebut dibawa ke KRI Sembilang-850 untuk diberi pertolongan lanjut dan dipercayai remaja tersebut sudah 3 jam berenang di tengah lautan tanpa menggunakan jaket keselamatan sehingga ditemukan oleh pasukan tentera laut, lapor ohmedia.
Dalam pada itu, remaja berkenaan dihantar ke pelabuhan untuk dipertemukan kepada ahli keluarga.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!