KABUL: Satu letupan kedengaran berhampiran kawasan lapangan terbang Kabul hari ini.
Siaran televisyen dan rakaman video menunjukkan kepulan asap hitam di lokasi terbabit.
Menurut beberapa saksi, letupan itu berpunca dari serangan roket yang mengenai kawasan perumahan yang terletak di bahagian utara lapangan terbang tersebut.
Media tempatan memetik jurucakap polis Afghanistan melaporkan, serangan roket tersebut berlaku ketika operasi pemindahan penduduk masih berjalan.
Katanya, seorang kanak-kanak maut akibat serangan tersebut, lapor Agensi.
Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku melancarkan serangan tersebut. –
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INFLUENCER MAUT KETIKA JALANI PEMBEDAHAN KOSMETIK HIDUNG
MOSCOW: Seorang personaliti media sosial atau influencer maut ketika menjalani pembedahan kosmetik hidung di sebuah klinik surgeri plastik terkenal di Rusia.
Lapor The Sun, Marina Lebedeva melakukan pembedahan plastik rhinoplasty yang berharga 4,000 pound (RM23,063) untuk mencantikkan bentuk hidungnya.
Wanita berusia 31 tahun itu menjalani pembedahan kosmetik itu di sebuah klinik swasta yang terletak di bandar St Petersburg.
Berdasarkan laporan, semasa pembedahan kosmetik itu, suhu badan Lebedeva naik mendadak secara tiba-tiba yang mungkin disebabkan reaksi terhadap ubat bius.
Klinik swasta itu kemudian menghubungi ambulans sebaik sahaja menyedari Lebedeva mengalami masalah.
Wanita itu meninggal dunia ketika pakar bedah plastik dan pasukan paramedik berusaha untuk menyelamatkannya.
Satu video merakam pembedahan kosmetik Lebedeva yang didedahkan oleh RenTV, akan digunakan sebagai bukti oleh pihak berkuasa.
Kertas siasatan kes jenayah berkaitan kecuaian perubatan telah dibuka.
Pakar bedah berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun sekiranya didapati bersalah.
Sementara itu, Pengarah klinik, Alexander Efremov berkata, pesakit itu telah melakukan beberapa ujian kesihatan sebelum menjalani pembedahan kosmetik hidung,lapor Agensi.
Beliau mendakwa ujian tersebut dilakukan oleh pegawai perubatan yang berkelayakan tinggi.
Efremov percaya kematian Lebedeva mungkin disebabkan keadaan genetik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LUCKNOW: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dicampak dari tingkat enam sebuah pangsapuri di sini, baru-baru ini.
Media tempatan melaporkan, kanak-kanak malang itu didakwa dicampak oleh bapa saudaranya yang mabuk.
Menurut polis, ibu kanak-kanak tersebut, Priyansha Dwivedi membuat laporan polis mendakwa ahli keluarganya, Kuldeep Pandey mencampak anaknya dari tingkat enam pangsapuri tersebut.
“Dwidevi memberitahu, ahli keluarganya datang ke rumahnya dan n anak-anak mereka bermain bersama.
“Suspek yang didakwa tidak mempunyai hubungan baik dengan suami Dwidevi didakwa mencampak anak pasangan tersebut ketika dia bermain dengan saudaranya,” jelas polis.
Laporan itu juga menyebut suspek dalam keadaan mabuk dan dia berpura-pura memaklumkan kanak-kanak tersebut terjatuh secara tidak sengaja.
Jelas polis, Dwidevi hanya mengetahui anaknya dicampak selepas kanak-kanak yang bermain dengan anaknya memberitahu perkara tersebut.
Sehubungan itu, suspek ditahan polis bagi membantu siasatan dan forensik akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak tersebut. – AGENSI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BRASILIA: Pihak berkuasa Brazil di Rio de Janeiro menyiasat bagaimana seorang lelaki boleh menerima lima dos suntikan vaksin Covid-19 daripada tiga pengeluar berbeza dalam tempoh tiga bulan.
Menurut polis, lelaki yang tidak didedahkan identitinya mula menerima dos suntikan pada Mei lalu, sebelum menyambung dos seterusnya pada Jun serta Julai sebelum perbuatannya terbongkar pada bulan ini ketika dia cuba mendapatkan satu lagi suntikan vaksin.
Media tempatan melaporkan, lelaki itu pada mulanya menerima vaksin Pfizer, dos kedua vaksin AstraZeneca, kemudian dos ketiga menggunakan vaksin keluaran Sinovac.
Bagi dos keempat pula, dia mendapatkan vaksin Pfizer dan kelima, sekali lagi vaksin Sinovac.
Kemudian, lelaki itu cuba mendapatkan dos keenam namun tidak berjaya.
Pada mulanya, polis beranggapan kejadian itu berlaku kerana kesilapan pendaftaran dalam talian, namun selepas diteliti, lelaki itu memang sengaja mendapatkan dos berlebihan.
Lelaki itu dilaporkan dalam keadaan baik dan polis meneruskan siasatan untuk mencari motif insiden,lapor AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA – Seorang lelaki di Sulawesi Tenggara, Indonesia bertindak membunuh seorang tukang urut warga emas selepas menjalani sesi rawatan yang dikatakan telah mengubah fungsi alat kelaminnya, lapor TribunKolaka, hari ini.
Suspek yang dikenali sebagai L,49, pada mulanya meminta mangsa, Dulati (74) datang ke rumahnya untuk menjalani sesi urutan batin sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.
Sebaik sahaja selesai sesi rawatan, L mendapati alat kelaminnya mengalami perbezaan dan fungsinya juga seperti sudah berubah.
Berang dengan keadaan itu, L menuduh urutan Dulati telah ‘mencacatkan’ alat kelaminnya yang normal sebelum rawatan.
“Mangsa menafikan bahawa urutannya telah mengubah fungsi alat kelamin L lalu berlakunya pertengkaran antara mereka.
“Suspek hilang kawalan lalu menyerang mangsa menggunakan sebilah parang. Mangsa maut di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian leher,” kata Ketua Bahagian Masyarakat Polis Kolaka, Asisten Inspektor Riswandi.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WANITA DITINGGAL SUAMI, KELUARGA SELEPAS LAHIRKAN ANAK SYAITAN
KIGALI: Seorang wanita dan anaknya berdepan dengan kesukaran gara-gara ditinggalkan oleh suami serta keluarganya selepas mereka mendakwa dia melahirkan anak ‘syaitan’.
Bajeneza Liberata dari Rwanda menceritakan dia ditinggalkan oleh suami serta keluarganya beberapa hari selepas dia melahirkan anaknya.
Jelas wanita itu, anak-anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun anak bongsunya dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza.
“Selepas suami melihat anak kami yang dilahirkan dengan keadaan berbeza, dia terus menganggapnya sebagai anak syaitan dan meninggalkan saya bersendirian.
“Saya juga tidak tahu masalah yang dihadapi anak saya ini, kerana kami tiada duit untuk mendapatkan khidmat perubatan,” ujarnya.
Selain itu, Liberata memaklumkan dia juga dipinggirkan oleh penduduk kampung yang menggelar anaknya sebagai makhluk asing kerana bentuk kepalanya yang berbeza berbanding bayi normal.
Kisah Liberata menjadi tular dalam media sosial dan satu tabungan diwujudkan untuk membantu wanita itu serta anaknya, lapor AFP
Tabung yang digerakkan dibawah platform ‘GoFundme’ itu menjelaskan Liberata dan anaknya memerlukan wang untuk tujuan perubatan dengan kadar segera.
“Liberata perlukan duit untuk membawa anaknya ke luar negara bagi mendapatkan rawatan segera kerana pakar perubatan di Rwanda tidak dapat pastikan keadaan anaknya,” jelas platform tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AMERIKA TUDUH CHINA TAHAN MAKLUMAT ASAL USUL COVID-19
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menuduh China menahan ‘maklumat penting’ berhubung asal usul Covid-19.
Beliau berkata demikian selepas risikan merumuskan Covid-19 bukan virus yang dibangunkan sebagai senjata biologi, namun masih berbeza pendapat sama ada virus itu terlepas daripada sebuah makmal.
AS bagaimanapun tidak percaya pegawai China mempunyai pengetahuan awal mengenai virus tersebut sebelum pandemik berkenaan tercetus dan kini meragut lebih 4.5 juta nyawa.
“Maklumat penting mengenai asal usul pandemik ini ada di China. Namun dari awal lagi, pegawai pemerintah di China berusaha menghalang penyiasat antarabangsa dan anggota masyarakat kesihatan awam global daripada mengaksesnya.
“Hingga ke hari ini, China masih terus menahan maklumat dan menolak desakan untuk telus, meskipun jumlah kematian akibat pandemik ini terus meningkat,” kata Presiden dalam satu kenyataan,lapor AFP
Biden menegaskan, AS bersama sekutunya akan terus memberi tekanan ke atas Beijing supaya berkongsi lebih banyak maklumat serta bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIADA MAKLUMAT WARGA MALAYSIA JADI PEJUANG DAESH DI AFGHANISTAN
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mempunyai maklumat mengenai penglibatan warga Malaysia dengan aktiviti pejuang Daesh di Afghanistan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, walau bagaimanapun, PDRM telah mengemukakan kepada agensi keselamatan luar negara berkenaan dakwaan dan laporan berkenaan.
Kata beliau, siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilaporkan tersebut melibatkan pejuang Daesh warganegara Malaysia yang sudah berada di luar negara.
“PDRM mengambil maklum terdapat laporan berita mengenai dua rakyat negara ini telah ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, soal siasat sedang dijalankan pihak berkuasa Taliban terhadap dua warga Malaysia yang berjuang bersama IS-K, sebuah sayap kumpulan pengganas Daesh.
Kumpulan itu yang berpangkalam di Afghanistan menyasarkan Taliban dan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).
Portal berkenaan yang memetik laporan The Times yang berpangkalan di Britain berkata, kedua-dua mereka ditahan bersama empat lagi pejuang IS-K sepanjang pertempuran berbalas tembakan semalam, lapor utusan online
Empat daripada mereka adalah warga Afghanistan namun dua lagi seperti warga Malaysia dedah laporan berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON – Seorang lelaki dari Bedfordshire, England mendakwa pernah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang menyerupai haiwan reptilia dan dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum dibogelkan di atas katil, lapor akhbar Daily Star semalam.
Philip Kinsella mendakwa, dia telah berjumpa dengan makhluk asing pada tahun 1989 ketika terjaga pada tengah malam sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah UFO.
“Saya mendapati diri saya berada dalam satu suasana seperti bilik perubatan yang kelihatan suram dan amat panas. Saya juga sedang berbogel.
“Apabila saya berpusing ke arah kanan, saya melihat tiga reptilia yang berada dalam keadaan berkabus dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.
Tambah Kinsella, dia ketakutan apabila menyedari ada sesuatu yang telah ditampal pada bahagian bawah tubuhnya.
“Saya menjerit ketakutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.
Kinsella kemudiannya didakwa diselamatkan oleh suatu ‘benda hidup’ yang kecil dan berwarna kelabu.
Ketika ia muncul, alat yang ditampal pada badannya secara tiba-tiba hilang dan talinya tertanggal sebelum ketiga-tiga reptilia tersebut hilang, lapor Agensi
“Terdapat kesan fizikal pada tubuh saya keesokan harinya. Abang saya menjumpai tiga kesan berbentuk segi tiga pada belakang telinga kanan, tiga kesan pada lengan kanan dan pendarahan pada lubang hidung kanan saya yang berhenti selepas dua tahun,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GUANGDONG, CHINA – Seorang cef maut dipatuk seekor ular tedung ketika menyediakan hidangan sup ular tersebut di sebuah restoran di China, lapor akhbar Daily Star semalam.
Ketika kejadian, Peng Fan dari bandar Foshan telah menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyediakan juadahnya dan memotong kepala ular tedung berbisa tersebut.
Ketika mencapai kepala haiwan itu untuk dibuang ke dalam tong sampah, ia secara tiba-tiba mematuk lelaki itu.
Menurut seorang pelanggan, Lin Sun, 44, dia sedang makan di restoran tersebut bersempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya apabila suasana tiba-tiba menjadi kecoh.
“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku, namun mendengar jeritan dari arah dapur.
“Pekerja restoran kemudiannya menghubungi doktor namun sebaik sahaja bantuan perubatan tiba, lelaki itu dilaporkan sudah mati. Selepas mendengar berita itu, kami terus berhenti makan,” katanya.
Bisa daripada ular tedung itu mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit, mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut.
Terdapat penawar bagi bisa tersebut, namun ia perlu diberikan kepada mangsa secepat mungkin.
Sementara itu, menurut seorang pakar, ular dan beberapa reptilia lain masih boleh bergerak sehingga satu jam selepas dibunuh.
“Tidak mustahil haiwan itu masih hidup dan menggigit tangan Peng Fan. Selepas kepalanya dipotong, ia dianggap telah mati namun masih terdapat pergerakan reflektif, lapor Agensi
“Ini bermakna ular masih boleh mematuk meskipun selepas kepalanya cedera teruk,” kata pakar tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!