24 KES PENYU AGAR MATI SEJAK 2019; ‘PUKAT PARI’ DILARANG
KUANTAN : Bangkai penyu agar dewasa ditemukan dengan kesan luka pada badan terdampar di pesisir di Pantai Balok di sini, kelmarin.
Penyu bersaiz kira-kira 0.9 meter panjang itu dipercayai mati selepas tersangkut pada pukat nelayan sebelum lemas.
Pemancing Mohd Hanafi Salleh, 39, dia menemukan bangkai penyu berkenaan yang dipercayai mati beberapa hari lalu kerana keadaannya sudah mula mereput.
“Saya tidak menyangka objek yang disangka tunggul kayu sebenarnya bangkai penyu yang sudah busuk.
“Kesan luka yang terdapat pada penyu itu kemungkinan ia tersangkut pada pukat nelayan sebelum mati dan hanyut ke Pantai Balok,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, kali pertama dia melihat bangkai penyu di pantai ini walaupun sebelum ini sering memancing di lokasi terbabit.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Abdullah Jaafar berkata, pihaknya sebelum ini merekodkan sebanyak 24 kes kematian penyu agar sejak 2019.
Menurutnya, daripada jumlah itu, tiga kes direkodkan dalam tempoh tiga bulan tahun ini tidak termasuk penemuan terbaru di Pantai Balok berkenaan dan tujuh kes sepanjang tahun lalu serta 13 kes pada 2019.
“Punca kematian dipercayai disebabkan tersangkut pada pukat, terkena kipas bot nelayan dan mengalami masalah usus yang berpunca daripada memakan plastik yang dibuang ke laut,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Abdullah berkata, bagi mencegah penyu tersangkut pada pukat, penggunaan mata pukat hanyut yang melebihi 25.4 sentimeter yang dikenali sebagai ‘pukat pari’ adalah dilarang.
Menurutnya, larangan itu dibuat berdasarkan Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980.
Katanya, plastik yang dibuang ke laut turut mengancam nyawa penyu kerana ia menyangka ampai-ampai yang menjadi makanan utamanya.
“Justeru, saya berharap semua pihak termasuk nelayan tidak bertindak membuang sampah terutama plastik ke laut serta persekitaran, banyak kes penyu mati kerana makan plastik,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IC HILANG? INI KADAR DENDA DAN PROSEDUR PERMOHONAN MYKAD ONLINE
MyKad atau kad pengenalan adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana.
Disebabkan dibawa ke mana-mana, maka senanglah ia hilang!
Namun jika IC hilang apa korang nak buat? Ini yang perlu kita semua tahu sama ada pernah hilang kad pengenalan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.
Jika korang hilang IC, tindakan perlu dilakukan secepatnya untuk mendapatkan kad pengenalan baru.
Jika korang pertama kali kehilangan MyKad, boleh memohon kad pengenalan gantian secara online tau!
Melalui penambahbaikan perkhidmatan sistem atas talian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan perkhidmatan tersebut melalui pautan https://gantianmykad.jpn.gov.my/
Namun hanya empat jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu;
1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad 2) Gantian Kerosakan Cip 3) Gantian Biasa 4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)
Untuk memohon kad pengenalan baru secara online, boleh ikuti langkah ini;
Semua pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mesti mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada sistem.
Bagi pendaftaran baru atau sedia ada, pada laman utama sila klik pautan “Daftar akaun sekarang” seperti yang dipaparkan (Maklumat pendaftaran akan ditunjukkan pada halaman yang seterusnya).
Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran.
Pengguna baru akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Setelah pengguna berjaya log masuk,di halaman utama, pengguna akan dipaparkan rekod permohonan MyKad yang pernah dipohon secara atas talian.
Bagi tujuan permohonan gantian. Sila klik pada Permohonan di menu utama atau pada pautan “Mohon di sini”.
Pengguna akan dipaparkan laman Akuan Penafian. Klik pada butang “Setuju” untuk meneruskan permohonan.
Bagi tujuan permohonan penggantian, pengguna perlu memasukkan semua butiran maklumat permohonan yang diperlukan.
Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway.
Pengguna boleh samada untuk klik pada Menu “Rekod Transaksi “ atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan.
Sila cetak resit pembayaran dan bawa bersama untuk mengambil kad pengenalan baru korang di kaunter.
Ini pula kadar denda IC hilang atau caj membuat kad pengenalan baru;
Caj yang dikenakan bagi mengganti kad pengenalan bergantung kepada berapa kali permohonan telah dibuat.
Buat penggantian bagi kali pertama akan dikenakan bayaran RM 110.00, RM 310.00 untuk kali kedua dan RM 1010.00 bagi ketiga.
JPN mengambil berat akan isu ini dan menggalakkan orang ramai untuk menjaga dokumen tersebut sebaik mungkin.
Pada waktu PKP ini, JPN beroperasi pada waktu yang sama namun dengan pematuhan SOP yang ketat dan hanya berurusan dengan pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.
Semoga dengan panduan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu urusan penggantian kad pengenalan yang hilang. Jangan melambatkan prosedur penggantian kad pengenalan dan ikutilah langkah di atas.
Buat laporan polis, atur temujanji dan sediakan dokumen yang diperlukan supaya urusan lebih lancar di JPN nanti.
Sila hubungi JPN untuk maklumat lanjut di talian 03-8000 8000, portal http://www.jpn.gov.my atau emel pro@jpn.gov.my
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JANGAN TERLALU GHAIRAH KONGSI MAKLUMAT ANAK DI MEDIA SOSIAL
Kecanggihan teknologi yang menyebabkan munculnya pelbagai saluran media sosial pada hari ini menjadikan pelbagai maklumat dapat dikongsikan tanpa sempadan lagi.
Ada ibu bapa yang turut galak berkongsi mengenai pelbagai maklumat mengenai anak masing-masing di media sosial termasuklah sesi persekolahan yang baru bermula dua minggu yang lalu.
Sudah tentunya ada yang berpendapat ia adalah sebagai tanda kenangan dan sebagai salah satu cara untuk mereka mengabadikan memori berkenaan di media sosial supaya dapat dikenang di tahun mendatang.
Sedar atau tidak, tindakan itu sedikit sebanyak sebenarnya mendedahkan anak anda kepada risiko jenayah seperti kes culik dan pedofilia.
Dari tahun 2012 sehingga 2017, terdapat 482 kes kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilaporkan hilang di Malaysia. Dengan mengambil statistik pada tahun 2017 pula, boleh dikatakan purata 4 orang kanak-kanak hilang untuk setiap hari di negara ini.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di dada akhbar, baru-baru ini turut menyatakan bahawa Polis Bukit Aman merekodkan 2,436 kes jenayah fizikal dan bukan fizikal dilakukan golongan pedofilia terhadap kanak-kanak sejak tiga tahun lalu.
Lebih membimbangkan apabila kes jenayah seksual ini didapati meningkat mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 membabitkan 1,065 kes direkodkan sepanjang tahun lalu.
Sehubungan itu, Public Health Malaysia melalui perkongsian di laman Facebook berkongsi tip supaya ibu bapa tidak mendedahkan anak masing-masing dengan bahaya antaranya ialah:
Tidak mendedahkan nama dan maklumat peribadi anak-anak
Dimana anak-anak bersekolah
Nama kelas dan nama maklumat di sekolah
Gambar atau video anak-anak dihukum, didenda atau dimalukan
Lokasi anak-anak tunggu kenderaan untuk pulang
Gambar anak-anak dalam keadaan tidak berpakaian dengan sempurna
Gambar anak-anak dengan duit, barang kemas dan barang berharga
Selain itu, ibu bapa juga disarankan supaya privatekan akaun media sosial masing-masing.
Hati hati ya ibu bapa, jangan terlalu teruja untuk berkongsi maklumat anak-anak anda di media sosial kerana mungkin ada mata yang sedang memerhati.
Sumber: Public Health Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ternyata watak Batman adalah dari kisah kehidupan yang nyata.
Namanya adalah Bill Smith yang berasal dari England dan berhijrah ke New York pada 1870.
Mr. Smith memiliki sebuah kedai dan dia pernah diserang beberapa kali oleh penjenayah, namun pihak polis tidak melakukan apa apa tindakan.
Dia kemudiannya mengabdikan diri untuk mengejar penyamun dan perompak pada waktu malam.
Dia bertemu seorang pemuda bernama Robin sebagai penolongnya, yang turut membantu dalam membanteras penjenayah yang berpotensi melakukan jenayah terhadap masyarakat di situ.
Catatan perbandaran menunjukkan bahawa Mr. Smith pertama kali didakwa pada tahun 1878 kerana menangkap dan memukul pencuri dengan brutal sehingga pencuri itu keluar dari kedai dengan keadaan patah kaki.
Pada ketika itu Mr. Smith berusia 43 tahun, dia bernasib baik kerana hakim menyebelahinya lalu membebaskannya daripada sebarang kesalahan.
Beberapa tahun kemudian Mr. Smith mencipta topeng dan memakai topeng itu untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar agar dapat menghindari dari sebarang pertuduhan jenayah terhadapnya.
Dia menjadi sangat terkenal, malah polis turut menghormatinya sehinggakan di kejiranan New York dia dianggap sebagai hero penjaga malam.
Mr. Smith meninggal pada tahun 1896; Penulis Novel mengambil kisahnya dan mencipta watak Batman dari lelaki ini yang kisahnya terdapat dalam buku harian yang ditulis oleh pembantunya iaitu Robin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SETELAH hampir tiga bulan negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu, kini orang ramai dapat menarik sedikit kelegaan apabila sudah kembali dapat merentas daerah.
Namun kini pula kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan antara negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP lain berkuat kuasa hari ini.
Program Gelembung Pelancongan Bersasar tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Bagaimanapun, jelas beliau, ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu dengan menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Selain itu, orang ramai turut wajib menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan selain pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan.
Pergerakan pelancongan antara negeri PKPP sahaja berkuat kuasa pada 10 Mac 2021 dengan syarat;
1. Guna perkhidmatan agensi dan kenderaan pelancongan berdaftar dengan MOTAC.
2. Pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan.
3. Agensi pelancongan perlu dapat surat kebenaran pihak PDRM untuk rentas negeri.
4. Tidak dibenarkan berhenti di negeri PKPB.
5. Pergerakan dari negeri PKPB ke PKPP tidak dibenarkan.
6. Agensi pelancongan perlu menetapkan tempat penginapan dan aktiviti pelancongan dengan lebih awal.
Negeri PKPP adalah Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan.
Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan dasar bekerja dari rumah (BDR) masih terpakai kepada kakitangan awam dan industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih terpakai walaupun semua negeri kini di bawah PKPB dan PKPP, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun katanya, ia masih tertakluk kepada ketua jabatan untuk melaksanakan arahan itu mengikut kesesuaian cara kerja masing-masing.
Jadi, inilah masanya kita membantu sektor pelancongan negara. Selamat melancong!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEPUPUSAN HARIMAU TASMANIAN AKIBAT PERBUATAN MANUSIA
Para penyelidik Australia mengesahkan bahawa kepupusan Harimau Tasmanian yang juga dikenali sebagai Thylacine adalah kerana diburu oleh manusia bukannya disebabkan oleh wabak penyakit.
Spesies terakhir yang menyerupai anjing tetapi berbelang seperti harimau itu mati dalam kurungan di Zoo Hobart pada September 1936, lapor National Geography.
Ia diisytiharkan pupus secara rasmi pada tahun 1986 apabila para penyelidik berpuas hati tidak ada seekor pun ditemui lagi secara liar di hutan Pulau Tasmania.
Spesies itu hanya hidup di pulau berkenaan.
Ketika manusia pertama dari Eropah menjejakkan kaki di Pulau Tasmania pada 1803, binatang tersebut hidup secara liar di dalam hutan.
Walaupun ia menyerupai anjing atau serigala tetapi Thylacine sebenarnya adalah marsupial iaitu kumpulan binatang yang melahirkan anak di dalam uncang sama sepertimana kanggaroo dan beruang koola.
Ketua Penyelidik dari University of Adelaide, Thomas Prowse yang menjalankan kajian berhubung punca sebenar kepupusan Harimau Tasmanian itu mendedahkan mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan spesies tersebut pupus diakibatkan oleh wabak tertentu.
Sebaliknya salah satu penyebab utama kepupusan Harimau Tasmanian adalah disebabkan kemunculan penternak kambing biri-biri yang memusnahkan habitat semulajadi binatang tersebut.
Populasi harimau berkenaan menjunam dengan mendadak selepas tahun 1905 apabila industri penternakan mengembang dengan pesat di Tasmania.
Sebab kedua ialah apabila kangaroo dan wallabies (kangaroo kecil) yang menjadi makanan semulajadi harimau ini semakin menguncup ekoran pembukaan ladang-ladang penternakan biri-biri, ia sekaligus menjejaskan populasi Harimau Tasmanian, kata Prowse lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seperti yang dilaksanakan sewaktu PKPB 1.0, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya adalah dianggap satu zon.
Pergerakan rentas antara Selangor (PKPB) ke WP Kuala Lumpur (PKPB) adalah dibenarkan.
Walaubagaimanapun pergerakan dari Selangor atau WP Kuala Lumpur ke WP Putrajaya masih tidak dibenarkan kerana WP Putrajaya berstatus PKPP. Ini bagi melindungi WP Putrajaya dari penularan COVID-19.
Pergerakan dari Selangor atau WP Kuala Lumpur ke WP Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan Pertahanan 2 Mac 2021
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar Hellaflush semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.
Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain, dipetik dari laman rasmi PDRM.
GAMBAR HIASAN
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
GAMBAR HIASAN
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMPORNA: Mungkin ramai yang tidak mengenali ‘Orang Laut’ di perairan Sabah tetapi kehidupan mereka yang sangat unik akan membuat sesetengah daripada kita berfikir ini mungkin kehidupan yang wujud dalam filem sahaja.
Siapakah Orang Laut ini? Berdasarkan sejarah, mereka merupakan sebuah kumpulan etnik Sabah yang berasal dari Filipina dan Indonesia dimana untuk sepanjang hayat mereka tinggal di lautan, membina perahu yang juga digunakan sebagai tempat ‘penginapan’.
Walaupun dikenali sebagai Orang Laut, istilah yang tepat untuk masyarakat ini adalah ‘Bajau Laut’.
Asal-usul mereka adalah tidak jelas bagi kebanyakan sejarah memandangkan kehidupan mereka yang nomad, hidup di laut, terasing daripada komuniti lain dan kehidupan seharian bergantung kepada hasil memancing dan berdagang.
Komuniti yang hidup dengan perahu ini dilihat sebagai satu komuniti yang tidak agresif, hidup dalam aman damai, berhampiran pantai dengan mendirikan rumah di lautan serta menjadikan lepa-lepa, bot yang dibina sendiri, sebagai pengangkutan utama.
Pada asasnya, kehidupan mereka meliputi sekitar lautan. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai nelayan memandangkan makanan utama mereka ialah ikan, membina bot mereka sendiri dan dikenali sebagai penyelam yang luar biasa (ada yang mengatakan mereka boleh bernafas di dalam air sehingga lima minit), dimana mereka juga dikenali sebagai ‘Raja Laut’.
KANAK-KANAK DARIPADA ETNIK BAJAU LAUT YANG BOLEH MENYELAM TANPA MEMAKAI PERALATAN MENYELAM
Sering kali kita diberitahu tentang keunikan kehidupan Bajau Laut yang pasti menjadi tarikan buat sesiapa sahaja. Namun kita sering terlupa bahawa hidup ini bukanlah seperti intan dan berlian sentiasa.
Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Md Saffie Rahim, Sabihah Osman dan Ramzah Dambul (2012 ), ‘ Bajau Pantai Timur ‘, kajian awal telah dilakukan untuk mengesan populasi penduduk Bajau Laut pada 1931. Kaji selidik kedua dan ketiga pula dilakukan pada tahun 1951 dan 1961.
Berdasarkan kajian tersebut, penduduk Bajau Laut sentiasa mengalami peningkatan terutama pada 1961 di mana daripada 17,000 penduduk Semporna, kebanyakkannya adalah masyarakat Bajau.
Peningkatan ini dilaporkan berpunca daripada konflik antara pejuang Moro dan kerajaan Filipina yang membawa orang Islam Filipina berhijrah ke pantai timur Sabah.
Walau bagaimanapun, sesetengah daripada komuniti Bajau Laut ini juga berasal dari Kepulauan Sulu di Filipina dan Kepulauan Sulawesi, Indonesia seperti yang diceritakan oleh Ketua Kampung Pulau Sibuan, Almasin Almadal.
“Saya tidak akan berbohong atau menyembunyikan tentang hakikat bahawa kebanyakan kami adalah dari Filipina. Tetapi kami sudah berada di Sabah lebih daripada 50 tahun.
“Malangnya , kebanyakan kami tidak mempunyai dokumen yang sah untuk mengesahkan kewarganegaraan kami dan ini amat menyedihkan kerana kami lahir dan membesar di Sabah,” katanya.
Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Gaya, Semporna, saya kagum dengan pondok-pondok yang dijadikan tempat berteduh untuk mereka dimana pondok-pondok ini dibina di atas air.
Mereka yang tinggal di kawasan ini dikenali sebagai Bajau Laut Pantai Timur dimana mereka tinggal di sekitar Semporna, terutama di pulau-pulau kecil berhampiran.
KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA MENGGUNAKAN PERAHU YANG DIBUAT SENDIRI SEBAGAI PENGANGKUTAN UTAMA.
Kanak-kanak dilihat gembira mendayung perahu mereka, berenang dan bermain bersama-sama manakala golongan tua memasak dan berborak sesama mereka.
Walaupun hidup di dalam kesusahan dan derita, mereka tetap bertahan dan inilah yang membuatkan kaum Bajau Laut sebuah komuniti yang menarik untuk kita pelajari kerana kisah hidup mereka dapat memberi suntikan semangat.
Mungkin di kaca mata kita hidup mereka agak menarik, tetapi kenyataannya, hidup mereka bukanlah seindah sebuah taman.
Dengan kehidupan yang jauh dari darat, hanya beberapa kerat sahaja yang tahu tentang kewujudan mereka.
Mereka terikat di lautan, tidak mampu ke darat kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan ini akan membuat kita terfikir, kehidupan di ‘syurga dunia’ bukanlah kehidupan yang sempurna seperti yang dibayangkan.
credit: Astro Awani /Majalah Libur
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Makluman limpahan air di km198 (Gambang – Sri Jaya), ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) memaklumkan kesemua lorong di KM198 (hala timur) dan lorong laju di KM198 (hala KL), kini telah dibuka kepada lalu lintas.
Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi.
Syarikat turut menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!