KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud untuk memutuskan masa yang sesuai membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata di bawah perlembagaan negeri, tempoh DUN semasa akan berakhir pada 6 Jun, iaitu genap lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan di bawah perlembagaan negeri tidak mempunyai kesan, susulan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
“Oleh itu, pembubaran DUN akan ditetapkan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Al-Sultan Abdullah, selepas berunding dengan Abdul Taib. Kami mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh terhadap kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan, lapor Bernama.
“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) juga akan menghadap Al-Sultan Abdullah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi GPS, di sini hari ini.
Menurut Nanta, sepanjang situasi semasa pandemik COVID-19, kehidupan rakyat keutamaan GPS.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TENGKU PUTERI DAULATH RAJA TENGKU FATIMATUZ ZAHRA’ KELIHATAN MUDAH MESRA
Selamat menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-19 kepada puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 19 April yang lalu.
Gambar puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah telah dimuatnaik melalui akaun Instagram terengganu_royalfamily pada tarikh ulang tahun beliau.
Pasangan Diraja Terengganu ini juga mempunyai empat oranag anakanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21, dan terakhir Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’, 19.
Tinjauan ruang komen netizen tidak lepaskan peluang untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada Tengku Fatimatuz Zahra’.
Ramai yang bersetuju Tengku Fatimatuz Zahra’ memiliki wajah kemelayuan ayu dan lemah-lembut.
Tambah pula dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir Tengku Fatimatuz Zahra’ menggambarkan peribadi seorang puteri yang baik hati dan sopan-santun.
Mungkin belum terlambat kami ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-19 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JUS OREN ELAK BADAN TIDAK SIHAT DAN BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Sebenarnya ramai yang mengamalkan makan Vitamin C dan E untuk kekal sihat dan cergas. Untuk tujuan kecantikan pun ada.
Untuk kita, mungkin tidak biasaminum jus oren di waktu pagi. Kalau pergi hotel, waktu sarapan mesti menyediakan jus oren tapi sesetengah orang tidak boleh terima mungkin takut sakit perut dan sebagainya. Tahu tak minum jus oren waktu pagi memberikan banyak kebaikan pada badan. Nak tahu apa? Jom!
Kulit Lebih Cantik
Vitamin C memang membantu kulit lebih sihat. Bukan setakat kulit muka sahaja, malah kulit pada badan juga. Amalkan minum jus oren setiap pagi untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan bersih. Tambahan pula, jus oren merangsang kolagen dan lindungi kulit dari sinaran UV matahari.
Sistem Imun Badan
Amalkan minum jus oren waktu pagi membantu tingkatkan sistem imun badan. Sistem badan berfungsi dengan lancar. Selain itu, boleh mencantikkan kulit, elak demam an selesema. Paling penting, kurang serangan kanser.
Tekanan Darah
Sangat bagus kepada individu yang mempunyai masalah darah tinggi. DIkatakan jika minum jus oren segar 500ml setiap pagi, boleh mengurangkan tekanan darah tinggi kerana jus oren mempunyai hesperidin yang mengawal tekanan darah. Boleh amalkan.
Turunkan Kadar Kolesterol
Ini satu lagi tips yang baik. Jus oren boleh menurunkan kadar kolesterol atau HDL dalam bada. HDL adalah kolesterol baik yang berfungsi membawa kolesterol keluar melalui air kencing. Selain itu, jus oren mengandungi Vitamin C yang tinggi, asid folik dan pigmen yang membantu turunkan LDL iaitu kolesterol yang tidak berguna.
Anti Radang
Antioksida bertindak menghalang radikal bebas seperti pencemaran udara, bahan kimia dan debu. Jus oren juga mengurangkan risiko penyakit strok, dan serangan jantung.
Asid Folik
Ini khas untuk ibu mengandung atau kepada wanita yang merancang untuk mengandung. Minum jus oren setiap hari sebagai vitamin tambahan kepada ibu dan bayi. Vitamin yang dihasilkan boleh mencegah kecacatan otak bayi. Asid folik bagus diamalkan sebelum mengandung atau kandungan seawal 3 bulan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRIVIA KISAH PERCINTAAN QUEEN ELIZABETH BERSAMA PRINCE PHILIP
Pengumuman mengenai kematian Prince Philip mengejutkan ramai orang, hampir seluruh dunia mengetahui berita ini.
Prince Philip dan Queen Elizabeth melayari kisah percintaan hampir 74 tahun. Prince Philip meninggal pada usia 99 tahun di Windstor Castle.
Jom tengok trivia mengenai percintaan mereka!
Keluarga Yang Besar
Mempunyai keluarga besar yang bahagia. Pasangan Diraja ini mempunyai 4 orang anak, 8 cucu dan 10 cicit.
Pertemuan Pertama
Pada tahun 1934, Princess Elizabeth berusia lapan tahun dan Prince Philip berusia 13 tahun berjumpa pertama kali di majlis perkahwinan Princess Marina dan Prince George.
Pertemuan Kedua
Pada 1939, pertemuan mereka ketika Princess Elizabeth berusia 13 tahun dan Prince Philip berusia 18 tahun. Ketika ini Princess Elizabeth membuat lawatan ke Toyal Naval College bersama keluarganya. Prince Philip adalah seorang kadet dalam latihan. Kemudian, selepas lawatan, mereka mula bertukar surat untuk berhubung.
Prince Philip Minta Restu
Bertahun sudah bercinta dan membalas surat, pada 1946 Prince Philip berusia 20 tahun meminta restu daripada King George VI, ayah kepada Princess Elizabeth untuk berkahwin dengan anak perempuannya.
Seterusnya, Prince Philip membuatkan cincin emas khas untuk kekasih hati dan menambah berlian daripada tiara ibunya. Pembuat cincin tersebut adalah Philip Antrobus. Tidak lama selepas itu, pasangan ini bertunang selepas menyambut hari kelahiran Princess Elizabeth.
Berkahwin
Pasangan ini berkahwin pada 1947 ketika Prince Philip berusia 26 tahun dan Princess Elizabeth berusia 21 tahun. Majlis perkahwinan berlangsung pada Westminster Abbey.
Majlis perkahwinan tersebut dihadiri oleh 150 tetamu dan disajikan makanan tengah hari di Istana Buckingham. King George VI hanya menganjurkan majlis yang sederhana kerana negara Britain baru pulih dari Perang Dunia II.
Melahirkan Anak
Selepas setahun usia perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Prince Charles Philip Arthur George.
Dua tahun kemudian, mereka menyambut kelahiran kedua dengan seorang puteri, Princess Anne Elizabeth Alice Louise. Ketika ini keluarga Diraja ini menetap di Malta.
Princess Elizabeth Ditabalkan Sebagai Pemerintah Negara
Pada usia 25 tahun, Princess Elizabeth mewarisi tahkta ayahnya. King George VI mangkat pada tahun 1953, seterusnya Princess Elizabeth ditabalkan sebagai Queen Elizabeth II.
Queen Elizabeth II Menyambut Kelahiran Ketiga Dan Keempat
Pada tahun 1960 hingga 1964, Queen Elizabeth II sekali lagi melahirkan anak ketiga iaitu Prince Andrew Albert Christian Edward.
Selang 4 tahun seterusnya, pasangan melahirkan anak keempat, Prince Edward Antony Richard Louis.
Usia Perkahwinan Ke-25
1972, usia perkahwinan pasangan ini sudah 25 tahun. Queen Elizabeth II membuat kenyataan mengapakah beliau memilih Prince Philip sebagai peneman hidup.
“Sekiranya saya ditanya apa pendapat mengenai kehidupan berkeluarga selepas 25 tahun berkahwin, saya dapat menjawab kesederhanaan dan keyakinan yang membuatkan saya melakukannya.”
Usia Perkahwinan Ke-50
Pada 1997, Prince Philip berkongsi apakah perkara yang membuatkan perkahwinan mereka bahagia selama 50 tahun.
“Saya rasa pelajaran utama yang kita pelajari adalah toleransi merupakan satu-satunya unsur penting dalam perkahwinan yang bahagia. Anda boleh lihat pada saya, Queen Elizabeth mempunyai kualiti toleransi yang banyak.”
Prince Philip Bersara Dan Usia Perkahwinan Ke-70
2017, Prince Philip bersara. Sumber dari The New York Times, Prince Philip mengundurkan diri daripada tugas Diraja dan pada yang sama pasangan Diraja ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 tahun.
Usia Perkahwinan Ke-73
Pada tahun 2020, usia perkahwinan mereka yang ke-73. Ketika ini, mereka disambut dengan pelbagai jenis kad ucapan daripada cucu-cicit.
Berita Kematian Prince Philip
9 April 2021, berita kematian Prince Philip diumumkan.
“Dengan dukacitanya, Yang Mulia Queen Elizabeth II yelah mengumumkan kematian suami tercinta, Yang Mulia Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pagi ini di Istana Windsor”,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai yang merasakan diri sendiri layak untuk berkahwin kerana mampu menyara hidup sendiri dan tidak lagi bergantung pada ibu ayah. Ada juga yang merasakan tidak layak berkahwin kerana masih tidak dapat menguruskan perkara wajib dan tidak reti serba-serbi.
Yang mana satu ni? Masih berbelah bahagi. Masih lagi berfikir. Perlukan pasangan atau bahagia hidup sendirian? Bersedia menjalankan tanggungjawab atau tidak mahu komitmen yang tinggi? Hukan berkahwin terbahagi pada 5. Jom tengok korang dah layak kahwin ke belum.
Wajib Kahwin
Seseorang yang sudah mempunyai keupayaan untuk berkahwin dari segi kewangan, mampu menyediakan nafkah pasangan zahir dan batin. Mampu membayar mahar atau mas kahwin selain daripada menyediakan keperluan isteri dan keluarga. Bukan itu sahaja, pihak lelaki berkahwin tanpa niat untuk menganiaya pasangan. Kepada lelaki yang mampu menyediakan semuanya dan berniat untuk mengelak daripada berzina, korang wajib berkahwin. Selamat berumah tangga!
Sunat Kahwin
Ini adalah paling mudah. Individu yang tidak mahu terlibat dengan maksiat dan zina hukumnya adalah sunat untuk berkahwin. Tapi, jangan gunakan alasan ini untuk kahwin tanpa restu!
Harus Kahwin
Individu yang tidak mahu melakukan zina atau maksiat dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangan.
Makruh Kahwin
Mampu memberi nafkah zahir seperti kewangan, penyediaan keperluan tetapi mempunyai kelemahan fizikal iaitu tidak mampu memberi nafkah batin kepada isteri. Selain itu, makruh juga jika individu mempunyai kebimbangan jika berlaku zalim terhadap isteri. Untuk pengetahuan anda juga, hukum makruh jika berkahwin pada waktu menghadapi peperangan. Jangan kahwin masa perang ye!
Haram Kahwin
Ini adalah paling mudah difaham. Haram berkahwin jika seorang lelaki tidak mampu menunaikan semua kewajipan terhadap pasangan. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, berniat untuk menzalimi pasangan dan anak-anak. Belajar dan fahami dahulu erti perkahwinan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pisau adalah peralatan masakan yang penting. Nak potong itu ini memang guna pisau. Ada ke rumah tiada pisau? Pisau pun ada jangka hayat sendiri. Dah terlalu banyak kali guna, mestilah mata pisau mula tumpul. Maklumlah, rajin sangat masak.
Jangan beli yang baru dulu! Pisau boleh diasah dan tajamkan semua mata dia. Membazir je beli baru. Apa bahan yang boleh tajamkan pisau? Jom tengok, nanti boleh buat.
Honing Rod
Apa honing rod tu? Kalau batang pengasah tahu tak? Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Okay, cara guna honing rod senang je.
1) Posisi pisau kena betul sebab nanti mata pisau tak tajam. Kedudukan honing rod dengan mata pisau perlu arah bertentangan. Tak kisah kiri dan kanan, ikut keselesaan korang.
2) Pegang honing rod dan gerakkan mata pisau sahaja ke atas honing rod tadi. Pastikan mata pisau kena pada honing rod. Tekan sikit okay? Jangan lupa serongkan mata pisau pada sudut 20 hingga 30 darjah.
3) Ulang pergerakkan tersebut sampai puas hati. Basuh pisau macam biasa dan boleh guna!
Pengasah Batu
Masih ramai lagi menggunakan pengasah batu. Cara tradisional ni memang popular. Selain tajamkan pisau, pengasah batu boleh meluruskan busu pisau yang bengkok.
1) Basahkan batu pengasah terlebih dahulu.
2) Kedudukan pisau perlu 20 darjah arah lawan batu pengasah. Asah pisau atas batu pengasah sampai mata pisau tajam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 TIPS BULU MATA LENTIK DAN CANTIK SECARA SEMULA JADI
Bestnya kalau dikurniakan bulu mata yang lentik, cantik dan lebat. Tak perlu membazir duit beli maskara atau buat eyelashes extension.
Mulai sekarang korang boleh guna cara semula jadi untuk lebat dan lentikkan bulu mata. Tak perlu keluarkan kos tinggi pergi buat treatment, hanya perlukan kerajinan sahaja.
Minyak Zaitun
Selain melebatkan rambut, minyak zaitun juga membantu untuk lentikkan bulu mata. Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan E. Vitamin yang terkandung akan merangsang pertumbuhan dan memelihara kesihatan bulu mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas pada waktu pagi.
Minyak Almond
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak almond membuatkan ia sesuai digunakan pada bulu mata untuk melebatkan. Ekstrak almond perlu disapu pada bulu mata dan biarkan semalaman. Basuh semasa mandi pagi.
Lidah Buaya
Lendir lidah buaya atau aloe vera memang banyak manfaat untuk kecantikkan. Lendir lidah buaya membantu untuk lentikkan bulu mata kerana ia mengandungi amino acids, vitamin, mineral dan mempunyai nutrisi yang membuatkan akar bulu mata lebih kuat.
Daun Sirih
Daun sirih boleh lebatkan rambut dan bulu mata. Caranya, racik halus daun sirih dan sapu pada mata. Biarkan selama 30 hingga 40 minit. Bilas hingga bersih. Lakukan ia sebagai rutin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Cuaca panas memang tidak boleh dibiarkan. Setiap hari mencatat suhu yang tinggi. Masalah cuaca panas lebih merumitkan jika rumah anda tiada pengaliran udara yang baik.
Langkah yang mudah untuk masalah cuaca panas adalah memasang aircond atau penghawa dingin. Walaubagaimana pun, aircond juga mempunyai masalah seperti tidak sejuk. Kadang-kadang punca aircond tidak sejuk bukan melibatkan perkara yang serious. Anda boleh check masalah aircond rumah. Jom tengok 5 masalah kenapa aircond tidak sejuk.
Masalah Pemasangan
Ini selalunya berpunca apabila cara pemasangan tidak menepati standard yang ditetapkan. Mungkin tiada pengaliran udara yang betul dan saiz paip copper tidak sesuai.
Filter Tidak Cuci
Masalah ini adalah masalah sering terjadi. Masih ramai tidak tahu filter aircond boleh dibuka dan dicuci sendiri. Filter aircond perlu dicuci setiap bulan. Mudah sahaja, buka penutup aircond, tanggalkan filter dan cuci dengan air. Bersihkan habuk yang melekat kemudian keringkan.
Gas Habis
Gas aircond tidak cepat habis. Jika berlaku kebocoran gas akan cepat habis dan ruang tidak sejuk. Sebab gas habis adalah skru nat tidak ketat atau pecah semasa pemasangan, paip copper pecah, service valve rosak dan cooling coil bocor.
Kompresor Rosak
Jika kompresor rosak, ia perlu tukar. Jika berlaku masalah ini, cepat-cepat rujuk kepada nasihat juruteknik. Kalau tidak, bil elektrik akan melambung tinggi.
Horse Power Tidak Cukup
Horse power (HP) sangat penting untuk kesesuaian ruang aircond. Contohnya, ruang yang dipasangkan aircond memerlukan 2HP tapi hanya dipasang 1HP. Apabila ruang tidak cukup HP, maka kedinginan aircond tidak terasa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masa mula-mula nak mengorat, semuanya akan dilayan. Si dia buat korang macam puteri. Teman lelaki akan tunaikan semua permintaan. Cakap je nak apa, pasti akan dapat dalam sekelip mata.
Tapi lama-kelamaan teman lelaki korang akan jadi slow dan tidak alert. Apa yang korang minta sudah tidak dilayan seperti dulu. Tapi jadi sebaliknya pula, korang pula yang terlampau layan si dia. Kenapa jadi macam tu? Apa membuatkan si dia mula tunjuk perangai? Adakah mereka sudah bosan dengan perangai korang?
Layanan
Memang pada awalnya, si dia bersungguh-sungguh untuk dapatkan korang. Bila dah dapat mereka layan nak tak nak. Kalau dulu setiap hari puji, setiap hari rindu dan kalau boleh setiap hari nak jumpa. Tapi sekarang nak dengar dia puji pun susah.
Malas Nak Jumpa
Ish! Kalau yang ni memang nampak sangat. Dulu kalau nak jumpa, kena bersiap lama, wangi dan nampak handsome. Tapi sekarang, nak siap pun malas. Datang jumpa pun dengan muka terpaksa. Terus tak ada mood!
Tidak Bergurau
Lelaki kelakar memang seronok. Lepak dengan dia 5 minit pun boleh ketawa. Tapi lama-kelamaan sifat kelakar dan gurauan dia makin berkurang, korang faham-fahamlah si dia dah mula muak dengan korang.
Tidak Call
Tidak call dan tidak mesej! Ini memang tanda yang sangat bahaya ya. Sebelum ini 24 jam nak call dan mesej. Sekarang nak mesej tegur hai pun susah. Em..sedih.
Si Dia Tidak Gembira
Bercinta sebulan pertama, korang senyum pun dia dah mula cair. Sekarang korang buatlah apa pun, dia tetap tiada perasaan. Ini bermakna korang tidak mampu buat dia tersenyum dan mereka mula tunjukkan tanda yang dia tidak mahu teruskan hubungan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siapa suka makan taco, burrito atau makan makanan Mexico style? Susah nak dapat dekat Malaysia. Kalau ada pun mungkin agak mahal.
Tapi rasanya peluang untuk makan ala-ala Mexico setiap hari sudah terbuka luas! Taco Bell dikatakan akan dibuka di Cyberjaya pada 2 April tahun ini!
Taco Bell adalah restoran makanan segera di bawah QSR sama seperti KFC dan Pizza Hut. Bestnya!
Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook rasmi Taco Bell. Lepas ni boleh merasa makan Crunchy Taco Supreme!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!