Campur tangan Bendahari Pas Pahang yang risau sikap pemurah Tok Wan terus dibidas
Campur tangan
Bendahari Pas Pahang yang risau sikap pemurah Tok Wan terus dibidas
JERANTUT: ` Campur tangan Bendahari Pas Pahang terhadap kemurahan hati Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atau Tok Wan dalam membantu rakyat terus dibidas oleh pelbagai golongan di negeri ini.
Bendahari Pas Pahang Shahril Azman Abdul Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka telah mencipta kontroversi terbaharu seperti menepuk air di dulang terpercik di muka sendiri.
Ketua Cawangan UMNO Kampung Kedondong Ismayitim Ahmad,67, berkata, Shahril Azman tidak wajar mempertikaikan keikhlasan Tok Wan meluluskan permohonan rakyat yang memerlukan bantuan daripada Kerajaan negeri.
“ Sebagai contoh kelulusan enam projek kecil bernilai kira-kira RM1 juta kepada rancangan Felda Jengka 24 baru-baru ini mempunyai asas kukuh demi kepentingan penduduk di Kawasan itu.
Tidak semena-mena Shahril Azman yang tidak senang duduk telah membidas Tok Wan yang didakwa menggunakan kedudukan menyalurkan peruntukan kepada rakyat demi politik
.
Ismayitim berkata, penduduk di Jengka pula kini mula mempertikaikan kemampuan beliau sebagai wakil rakyat yang banyak menimbulkan kontroversi berbanding membawa Pembangunan di Kawasan berkenaan sejak dua penggal lepas.
Tegasnya, Shahril Azman perlu membuktikan kehebatan dan kewibawaan memacu Pembangunan di Jengka bukannya mengharapkan peruntukan dari Kerajaan negeri dan agensi Kerajaan semata-mata.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Shariff Salleh,61, menegur Shahril Azman yang sibuk dengan urusan orang lain sedangkan Pembangunan Kawasan Dewan Undangan Negeri seolah-olah zero.
Tambah beliau, PAS Pahang khususnya Shahril Azman perlu membuktikan sebagai sebuah parti yang dapat membantu pengundi di kawasan masing-masing.
“ Banyak bukti didapati penyokong tegar mereka meraih simpati daripada Kerajaan negeri bagi mendapat bantuan kerana pemimpin mereka hanya mampu berjanji.
Tegasnya, tuduhan ADUN Jengka yang mendakwa Menteri Besar menggunakan jentera kerajaan dan permohonan rakyat sebagai suapan politik adalah satu dakwaan publisiti yang bersifat politik murahan.
Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 10, Jantan Mat Saman,69, berkata, dakwaan Shahril Azman sebenarnya bagi menutup kegagalan wakil rakyat PAS dalam menjalankan tugas mereka yang berperanan seolah-olah sebagai badan bukan kerajaan ( NGO).
Beliau berkata, wakil rakyat Pas itu sengaja mencipta kontroversi bagi menunjukkan dia bekerja walaupun mempertikai segala kebaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir baik Negeri Pahang.
Jantan Mat Saman….
Mereka ( PAS) hanya pandai mencetus polemik politik daripada melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang kini semakin bijak menilai antara kaca dengan intan,
katanya.
Tegas Jantan, sebelum buat dakwaan, selesaikan dahulu masalah pentadbiran dan rungutan rakyat di di kawasan yang dikuasai mereka-SAHIH
-ends