BEKAS PENYELIDIK MAUT, RUMAH DICEROBOH
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas diserang perompak di sebuah kediaman dekat Bangsar, di sini pagi ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga bekas penyelidik dipercayai mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, selepas rumahnya diceroboh sebelum waktu Subuh tadi.
Difahamkan ahli keluarga yang lain turut cedera dalam kejadian itu.
Salah seorang ahli keluarga yang dihubungi BH Online, sebentar tadi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.
BH Online difahamkan, ketika ini jenazah mangsa berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala ahli keluarga lain juga dirawat di hospital sama.
Sementara itu usaha wartawan menghubungi polis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian masih belum berhasil.