BANJIR KELANTAN MAKIN PULIH
JUMLAH MANGSA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMAKIN BERKURANGAN
KOTA BHARU: Banjir di Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 109 orang hari ini, berikutan cuaca baik sejak semalam.
Malah, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah Kota Bharu yang dibuka sejak kelmarin dan petang semalam juga sudah ditutup hari ini.
GAMBAR HIASAN
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir membabitkan 22 keluarga di empat PPS di dua daerah iaitu Pasir Puteh dan Pasir Mas.
“Sehingga petang ini, PPS di Pasir Mas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Kubang Kual merekodkan 58 mangsa.
“PPS di Pasir Puteh, iaitu di SK Kamil 3 dan SK Wakaf Raja mencatatkan 51 mangsa,” katanya. yang dipetik dari BH Online.
Sementara itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok masih melepasi paras bahaya iaitu 9.57 meter.