Sejak negara dilanda virus Covid-19, kebanyakan sektor menukar cara bekerja termasuk sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah, universiti tempatan, universiti swasta dan kolej meneruskan sesi pembelajaran melalui atas talian.
Sebagai tenaga pengajar atau guru sentiasa merisaukan keadaan pelajar dan ingin memastikan silibus pembelajaran selesai sebaiknya. Terutama kepada pelajar yang menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Demi pelajarnya, guru tetap bersedia mencurahkan ilmu walau apa jua keadaan. Setiap guru ingin memberikan yang terbaik kepada pelajar supaya dapat keputusan cemerlang dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik.
Tetapi ada kalanya pelajar yang tidak mempedulikan pelajaran. Perkongsian @skinleas atau tweethandle Nuha di Twitter baru-baru ini menjadi viral apabila tweet mengenai kisah bapanya yang bertungkus-lumus belajar cara membuat kelas atas talian semata-mata untuk mengajar.
Kesiannya abi, dia buat class budak budak dia sorang pun tak masuk. Sampai abi nak kena call sorang sorang, tu pun diaorang tak angkat. diaorang tahu abi akan call diaorang kalau waktu hari ada class then diaorang mati kan fon 😔
Kelas bermula pada jam 8.30 pagi tetapi selepas setengah jam pelajarnya masih tidak masuk. Pernah bapanya membuat kelas atas talian tetapi hanya lima orang sahaja yang masuk daripada 18 orang pelajar.
Lebih menyedihkan hati seorang guru terpaksa menelefon pelajarnya tetapi tidak diangkat ada juga memberikan alasan sedang bekerja.
Sedih melihat bapanya menunggu pelajar di depan laptop, Nuha kemudian masuk ke kelas atas talian tersebut. Bapanya kelihatan sedikit gembira.
Menurut Nuha, jika bapanya bosan menunggu pelajar, bapanya akan mendengar radio, menyanyi sambil makan jagung.
Bapanya yang sudah mengajar hampir 30 tahun masih bersemangat mengajar dan mahukan yang terbaik untuk anak didiknya.
Tweet Nuha mendapat 21.8k retweet dan pelbagai reaksi daripada netizen yang marah dengan sikap pelajar yang tidak menghormati dan tidak bertanggungjawab terhadap guru mereka.
Janganlah kita mengabaikan pembelajaran dan belajar menghormati seorang guru yang sentiasa berkorban. Terima kasih cikgu!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMAN NEGARA KUALA TAHAN BERUSIA 130 JUTA TAHUN DAN BERKELUASAN 4,343 KILOMETER
Ramai yang sedia maklum Taman Negara Kuala Tahan sememangnya menjadi tarikan pelancong antarabangsa dan dalam negara berkeluasan 4,343 kilometer persegi.
Keistimewaan Taman Negara ini mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang menjadikan ekosistem di hutan simpan terkaya di dunia, berusia 130 juta tahun.
Untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, ada beberapa laluan utama seperti Kuala Tahan, Sungai Relau Merapoh, Kuala Koh Kelantan serta Tanjung Mentong Terengganu.
Pengunjung boleh datang menaiki kereta dengan laluan jalan raya berturap yang mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam dari Kuala Lumpur. Jika ingin merasakan pengalaman menaiki bot, pengunjung perlu ke Jeti Kuala Tembeling dan memakan masa tiga jam setengah untuk sampai ke Kuala Tahan.
Sejak COVID-19 melanda dunia, pelancong dari luar negara tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, tetapi pelancong dalam negara mengambil kesempatan untuk merasai pengalaman hidup dalam hutan terutama negeri yang tidak dilabel zon merah.
Untuk individu berjiwa naturalis, pengalaman dua hari satu malam memang tidak dapat memenuhi kepuasan, ini hanyalah perjalanan yang tidak dijangka tapi padat dengan aktiviti yang sangat menarik.
Penulis ke Taman Negara menggunakan pakej dari Danz Travel & Adventure. Perjalanan ke Danz Eco Resort mengambil masa kira-kira 15 minit dari tempat parkir kereta, di Kuala Tahan dan perlu menaiki 4WD yang disediakan oleh pihak Danz Eco Resort.
Tempat Penginapan Selesa
Disebabkan pergi dalam keadaan tidak dirancang, penulis memilih menginap di capsule yang memuatkan maksimum dua orang. Dalam ruang Capsule ini dilengkapi katil, penghawa dingin dan meja kecil. Tandas di luar kamar penginapan ya, tapi jangan risau jarak tandas dari bilik tak jauh pun. Tandas pun selesa dan bersih.
Penginapan jenis Capsule
Selain bilik jenis Capsule, terdapat beberapa pilihan lain seperti Camping, Glamping, Family Capsule dan Azalea. Pilih jenis bilik penginapan yang anda mahukan.
Penginapan jenis glamping
Penginapan jenis Azalea
Aktiviti Hari Pertama Bermula
Sampai saja di Danz Eco Resort, penulis mulakan dengan makan tengah hari yang sedap. Lauk-pauk yang disediakan semuanya masakan tempatan orang Pahang seperti yang paling popular, gulai tempoyak ikan patin.
Melawat Perkampungan Orang Asli
Selepas makan tengah hari, penulis bersiap-siap untuk aktiviti pertama iaitu melawat kampung Orang Asli Batek. Orang Asli di kampung ini dikatakan memang original.
Menurut kata pemandu pelancong , orang asli ini hidup nomad walaupun kerajaan menyediakan rumah, namun, mereka lebih selesa hidup secara berkumpulan dan berpindah-randah di dalam hutan.
Mereka sangat pemalu dan tak banyak cakap. Banyak aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di sini seperti menyumpit, melihat rumah mereka, dan mengetahui cara hidup seharian mereka.
Mereka juga membuat kraftangan untuk pengunjung seperti cincin, gelang, sumpit kecil dan sebagainya. Sekali-sekala datang, bantulah beli hasil seni mereka.
Rapid shooting!
Sebenarnya inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengunjung. Pengunjung dibawa menaiki bot menyusuri sungai dan melalui beberapa jeram. Selain itu, semasa rapid shooting ini dinasihatkan pengunjung memakai pakaian dan bersedia untuk basah kerana perlumbaan antara bot dan melawan arus akan membasahkan seluruh bot. Pemandu bot juga akan ‘cucuk-cucuk’ bot lain. Handphone dan gajet yang tak boleh kena air, simpan elok-elok tau!
Rapid shooting di Sungai Tembeling
Campfire Dan Stargazing
Selepas makan malam dan BBQ, pihak Danz Eco Resort akan membawa pengunjung ke tepi sungai dan berehat menikmati suasana malam sambil bermain gitar, menikmati udara segar dalam hutan dengan unggun api. Tetapi malangnya masa penulis pergi, waktu malam hutan. Jadi, penulis hanya menikmati coffee di kafe secara percuma!
Stargazing di waktu malam
Aktiviti Hari Kedua Masuk Hutan
Selepas mengisi perut dengan bersarapan pagi di tepi sungai, penulis bersedia dari segi mental dan fizikal untuk masuk hutan dan menempuhi cabaran hari ini!
Jungle Tracking Dan Canopy Walk
Bermula dengan jungle tracking ke Bukit Terisek. Trek perjalanan yang disediakan tidak susah untuk pengunjung ke puncak Bukit Terisek setinggi 334 meter yang mengambil masa 40 hingga 50 minit bergantung kepada tahap kecergasan pengunjung.
Canopy walk (jambatan gantung) terpanjang di dunia
Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong akan memberi pelbagai ilmu mengenai kehidupan dalam hutan. Jenis daun, daun berubat, daun wangi dan sebagainya. Pengunjung akan melalui bawah pokok kanopi yang tinggi dalam hutan.
Check point pertama di Bukit Terisek.
Anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan hijau yang tidak diusik. Sangat cantik dan menyegarkan. Dalam jarak 10 hingga 20 minit ke hadapan lagi, anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Tahan yang berketinggian 2187 meter, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Bukit Terisek, ketinggian 334 meter
Tiba masanya penulis ke jambatan gantung canopy walk iaitu satu ikon Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Jambatan gantung atas pokok sepanjang 530 meter dan berketinggian 40 meter sehingga mendapat gelaran jambatan gantung terpanjang di dunia.
Selain itu, terdapat aktiviti tambahan sekiranya diperlukan oleh pengunjung seperti berkayak, water tubing, Air Terjun Teras, Lata Layang-Layang dan Panchor Harimau, menaiki bot ke Santuari Kelah dan Night River Safari
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masalah gatal kulit kepala sering berlaku, lebih-lebih lagi yang memakai tudung. Selain masalah kelemumur, ada punca lain yang menyebabkan kulit kepala selalu gatal.
Bertukar Produk
Sering bertukar dan mencuba produk baru salah satu punca kulit kepala gatal. Ada yang tidak sesuai dan mungkin mendatangkan keradangan kepada kulit kepala. Sebelum mencuba produk baru, kaji dahulu masalah rambut dan kulit kepala anda supaya tidak membazir.
Ikat Rambut
Jangan ikat rambut terlalu kuat atau ketat. Saraf dan otot rambut akan tegang menyebabkan kulit kepala gatal. Kalau ikat rambut terlalu ketat dan lama pun menyebabkan rambut mudah gugur dan rosak.
Kutu
Perkara ini sering berlaku jika tidak menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Kutu atau telur kutu menyebabkan kulit kepala gatal. Gunakan shampo atau ubat kutu untuk membersihkan kulit kepala. Lebih mudah jika anda potong rambut jadi pendek!
Kulit Kepala Terlalu Kering
Jika anda ada masalah dengan kulit kepala sensitif atau terlalu kering, dapatkan rawatan dan pastikan guna shampo yang sesuai dengan kulit kepala. Lembapkan kulit kepala hingga ke akar rambut untuk elak dari kegatalan.
Cuci Rambut
Jangan biarkan rambut anda tidak bercuci! Cuci rambut sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari seminggu. Punca kulit kepala gatal disebabkan minyak pada kulit kepala terkumpul dan menjadi kotor pada akar dan kulit rambut. Shampo yang anda guna dan urutan di kepala akan melarutkan minyak yang berlebihan dan membersihkan kulit kepala.
Jangkitan
Jangan sesekali biarkan kulit kepala lembap, terutama kepada yang berhijab. Pastikan kulit kepala dan rambut kering sepenuhnya sebelum memakai tudung. Selain itu, bilas rambut anda dengan betul. Jangan tinggalkan sisa shampo atau perapi rambut pada kulit kepala.
Psoriasis
Psoriasis adalah masalah kulit kepala yang kering dan mengakibatkan tompok kemerahan dan berkerak. Masalah ini terjadi apabila sistem imun badan lemah, terlalu stress, jangkitan dan cuaca yang panas dan kering.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HASIL AMBIL GAMBAR MASA HUJAN DAN HASILNYA MANTAP! TERBAIK PHOTOGRAPHER!
Kenangan menjadi raja sehari mestilah perkara paling manis dalam hidup. Saat bergelar pengantin baharu, pasti mahukan kenangan indah itu diabadikan untuk dikenang kembali.
Sudah menjadi tradisi bila berkahwin, mesti ada sesi bergambar. Photographer akan bertungkus-lumus mendapatkan angle terbaik dan menghasilkan gambar yang mantap untuk memuaskan hati kedua mempelai.
Pengantin pula mahukan gambar-gambar yang cantik untuk dibingkaikan dan digantung. Tetapi tidak semuanya indah apabila pengantin perlu bergambar di depan rumah kerana sudah malam dan cuaca hujan!
Dengan kehebatan photographer ini, ia bukan menjadi masalah besar. Hasil gambar depan rumah dengan hujan sangat menakjubkan!
Video TikTok @khairul_ikhwan96, yang viral di Twitter mendapat RT sebanyak 11.6k dan Like 24.1k kerana hasil gambar sangat cantik seakan bergambar dalam salji.
Apa-apa pun selamat pengantin baru kepada kedua mempelai!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Minyak wangi salah satu aksesori yang boleh dikatakan wajib bagi semua orang sebelum keluar rumah. Menyembur perfume membantu meningkatkan lagi keyakinan diri, membuatkan orang sekeliling selesa dan kurang tekanan.
Pemilihan bauan perfume melambangkan personaliti seseorang. Setiap orang memiliki taste yang berlainan, setiap bauan akan mencerminkan diri. Jadi, apa bauan yang menjadi pilihan anda?
Sebelum ketahui jenis wangi-wangian, ketahui dahulu perbezaan jenis perfume.
Parfum
Parfum boleh bertahan lebih kurang enam jam kerana kandungan cecair minyak wangi 15 hingga 30 peratus. Wangian lebih lama dan harga pun agak mahal.
Eau De Parfum (EDP)
Kepekatan cecair minyak wangi lapan hingga 15 peratus dan boleh bertahan dua hingga empat jam.
Eau De Toilette (EDT)
Rasanya ramai yang sudah tahu EDT bauan yang tidak kekal lama. Ketahanan bau EDT lebih kurang dua jam sahaja. Ia adalah jenis cologne dan mempunyai kepekatan wangian antara tiga hingga lima peratus sahaja. Bau lebih ringan dan sekejap.
Jenis-jenis wangian yang menjadi kegemaran anda akan menyerlahkan personaliti.
Campuran Buah
Semestinya wangian jenis fruity ini membawa penampilan yang fresh, mudah bersosial, peramah dan dikenali sebagai extrovert. Mudah membawa diri dan bergaul dengan orang sekeliling, mudah didekati dan sentiasa gembira.
Earthy
Wangian ini lebih kepada bauan semulajadi yang membawa imej yang berbeza daripada extrovert. Individu yang pendiam, suka menyendiri dan sukakan aktiviti individu. Bukan bermakna sombong tapi lebih selesa melakukan kerja berseorangan dan tidak suka mendapat perhatian.
Campuran Floral
Melambangkan dirinya yang sophisticated dan matang. Gaya yang moden menyerlahkan sifat cheecky dan unik. Boleh menghilangkan stress dan sentiasa ceria.
Citrus
Mempunyai keyakinan yang tinggi, sukakan cabaran dan idea baru. Wangian ini melambangkan keunikan pada setiap penampilan.
Bunga
Lebih menyerlahkan sifat feminin dan ciri kewanitaan seperti lemah-lembut, sukakan kecantikan bak perempuan Melayu terakhir. Wangian ini juga menampakkan diri seseorang yang rendah diri dan orang sekeliling menyukainya.’
Akuatik
Sentiasa bersemangat, mempunyai cita-cita tinggi, anggun dan mahal. Watak yang elegan mencerminkan seseorang lebih berdedikasi dan intelek dalam bidang yang diceburi.
Oriental
Memiliki sifat tersendiri. Cara pemikiran yang tinggi, bahasa tubuh yang menarik dan seksi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sejak pengasas produk kecantikan sangat ramai di Malaysia, ramai juga yang meragui kesahihan dan kualiti produk tersebut.
Sesetengah pengasas menggunakan produk timbang kilo untuk meghasilkan produk masing-masing.
Produk timbang kilo adalah produk kecantikan yang dijual tanpa kelulusan pihak tertentu. Produk yang dijual tidak mempunyai sijil yang sah. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan kulit dan organ dalaman pada jangka masa yang panjang.
Sememangnya produk seperti ini memberi kesan yang cepat pada pengguna seperti melicinkan dan memutihkan kulit dengan masa yang cepat.
Baru-baru ini viral di Twitter @piargh, tweet video mengenai seorang wanita seperti sedang membuat krim timbang kilo.
Kepada pengguna di luar sana, pilih produk yang sah dan selamat digunakan untuk menjaga kesihatan diri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Farah Ann Abdul Hadi, Ratu Gimnastik Artistik Negara mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang seakan dirinya.
Patung Barbie edisi khas dicipta dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang ingin mengejar impian dengan bertemakan ‘Anda Boleh Jadi Apa Saja, Anda Boleh Jadi Atlet’.
Projek ‘Dream Gap’ ini mengeluarkan patung Barbie bernama ‘Shero’ yang menyerupai Farah Ann dengan mengikat rambut hitam dan berpakaian merah jambu, putih dan emas sama seperti pakaian yang dipakai ketika Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Walau bagaimanapun, patung Barbie ini adalah patung pertama yang dicipta di Malaysia tetapi bukan tujuan pasaran.
Dengan keluaran patung ini, Farah Ann menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan.
Selain patung Barbie, kempen berkenaan juga menyediakan video satu minit 49 saat yang menceritakan impian seorang kanak-kanak tercapai dan sekali gus mengimbau kembali zaman Farah Ann sewaktu kecil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pernah tak anda rasa pedas atau pijar tangan selepas memotong atau menumbuk cili? Kulit sensitif akan terasa pijar lebih lama. Kalau tersentuh mata atau hidung lagi terasa.
Sebenarnya ada petua orang dulu-dulu untuk hilangkan rasa pijar dengan cepat dan menggunakan bahan di dapur sahaja. Mudah dan murah!
Susu
Boleh guna susu pekat atau susu cair. Tapi lebih elok kalau susu yang disimpan dalam peti.
Asam Jawa
Hanya perlukan asam jawa dan air, rendam asam jawa sekejap dan masukkan tangan anda. Biarkan beberapa minit. Pedas di tangan anda akan hilang.
Minyak Masak
Gunakan sedikit minyak masak, lumur pada tangan dan bilas seperti biasa menggunaka air. Mesti jari anda tak rasa pijar lagi.
Beras
Genggam beras atau masukkan tangan ke dalam bekas menyimpan beras. Pastikan basuh tangan dan keringkan dahulu!
Keluli
Mungkin tak ramai tahu cara ini. Gunakan bahan keluli seperti sudu atau garfu untuk hilangkan rasa pijar pada tangan. Gosok sudu tangan dan jari beberapa minit dan basuh.
Sabun Basuh Pinggan
Guna sabun basuh pinggan untuk hilangkan pedas di tangan. Caraya, basuh tangan seperti biasa dan letakkan sedikit sabuh basug pinggan. Gosok di celah jari, tapak tangan dan pergelangan tangan. Selepas itu, basuh tangan menggunakan air bersih dan lap.
Selamat Mencuba!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PILIH WARNA KUKU YANG BERSESUAIAN DENGAN TONA KULIT
Kuku adalah salah satu bahagian badan yang penting terutama kepada wanita. Jika kuku kotor dan tidak sihat boleh memberikan pandangan yang kurang baik. Jadi, jaga kebersihan dan kesihatan kuku.
Untuk menambahkan keceriaan hari-hari anda, warnakan kuku mengikut kesesuaian tona kulit. Jangan tersalah pilih warna nanti kuku over shadow dari baju yang anda pakai. Ini tips memilih pewarna kuku mengikut tona kulit.
Tona Kulit Kuning Langsat
Bersyukur jika anda memiliki kulit kuning langsat. Anda tidak mempunyai masalah dengan warna. Kulit bertona cerah sesuai dengan apa-apa warna. Untuk nampak jari lebih runcing, warnakan kuku anda dengan warna pastel dan warna lembut. Jadi, jika anda berkulit cerah sesuaikan warna kuku anda dengan penampilan seharian.
Tona Kulit Sawo Matang
Biasanya gadis di Malaysia berkulit sawo matang. Tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jadi, apa warna yang sesuai? Apa kata anda cuba bermain dengan warna nature. Warna semulajadi membuatkan anda lebih ayu dan lembut. Warna seperti nude, coklat, pink beige atau brown earthy. Tapi jika anda tampil lebih ceria, pilihlah warna oren, biru laut atau hijau yang tidak terlalu terang.
Tona Kulit Gelap
Kepada gadis berkulit gelap pilih warna yang nampak ‘mahal’, elegen dan kuat. Contoh warna yang anda boleh pilih seperti merah jambu, merah gelap atau ungu. Elak memilih warna pastel dan terang kerana membuatkan anda nampak lebih gelap dan highlight.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Dua terbunuh manakala dua yang lain cedera parah selepas dua helikopter bertembung antara satu sama lain berhampiran Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor hari ini.
Menurut maklumat awal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kemalangan itu berlaku menjelang tengah hari dan menerima panggilan pada jam 11.46 pagi.
Difahamkan korban itu membabitkan dua lelaki, manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam, saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian),” katanya.
Berita lanjut menyusul.
Foto : Ehsan orang ramai
Sumber : Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!