KUANTAN – Isu tuntutan bayaran sewa pemilik unit pangsapuri Bukit Gambang Resort City (BGRC) mendapat perhatian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Satu pertemuan antara Johari dan kumpulan pemilik pangsapuri itu diadakan Selasa lalu di Wisma Sri Pahang, di sini.
Johari berkata, isu kelewatan bayaran sewa itu sudah berlarutan sejak tahun 2018.
“Saya sudah mengadakan perjumpaan bersama pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua.
“Tindakan secara berfokus dan teratur sedang dilakukan bagi menyelesaikan isu berkenaan melibatkan tuntutan kepada pihak pemaju supaya memberikan semula hak pemilikan secara penuh kepada pemilik,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Johari berkata kerajaan negeri akan berusaha membantu dan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kebajikan pembeli terbela.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AGONG, PERMAISURI BERANGKAT KE MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA SAMBUTAN NUZUL QURAN
Maran – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis Khatam al-Quran sempena sambutan Nuzul Quran dan bacaan tahlil Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah serta berbuka puasa di Masjid Jamek, Chenor, Maran, pada Sabtu.
Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.
Turut menyerikan majlis itu ialah 100 pelajar Maahad Tahfiz Al-Furqan Maran serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran, yasin dan tahlil dipimpin oleh Johan Qari Kebangsaan 2003, Datuk Ahmad Faizul Ghazali sementara bacaan doa tahlil pula dipimpin oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Baginda berdua kemudiannya turut berkenan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
tamat-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jerantut – Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Jerantut (MDJ) melaksanakan insiatif sempadan hijau atau pun Zon Penampan (kawasan hijau) di bawah Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) di mana ianya melibatkan kawasan seluas 500 meter di sepanjang 277.16 kilometer sebelum garisan sempadan negeri Kelantan dan Terengganu.
Sempadan hijau yang membabitkan keluasan 11,156.66 hektar di Jerantut ini akan diwartakan sebagai hutan simpan kekal menurut Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Dato’ Sri Johari Harun berkata, ini adalah keputusan Kerajaan Pahang pada tahun 2021 menerusi Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang telah memutuskan Zon Penampan yang melibatkan seluas 500 meter daripada persempadanan negeri di seluruh Negeri Pahang.
Menurutnya ,itu adalah keputusan kerajaan negeri pahang pada tahun 2021 dalam masyuarat kerajaan negeri pahang memutuskan zon penampam sebanyak 500meter daripada keseluruhan sebenarnya di negeripahang ini jadi sempadan dengan negeri tu jadi 500 meter daripda sempadan tu kawasan tu tidak boleh di lakukan apa apa makna kita letak kat situ adalah zon hijau
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, Pahang .
Hadir sama ialah YDP Majlis Daerah Jerantut (MDJ), YH. Dato’ Khairun Nissa Aris, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, YBhg TPr Nik Noraisu Nik.
Johari berkata, selain pelaksanaan inisiatif sempadan hijau ini, pengubahan ini juga perlu dilaksanakan berasaskan dua sebab utama lain iaitu pengubahan zon guna tanah dan kelas kegunaan tanah serta penyediaan kawasan pelupusan sisa pepejal.
Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) disediakan bagi menyelaras pembangunan guna tanah yang didapati berubah akibat tekanan pembangunan kesan daripada hartanah semasa di Jerantut.
Ia juga bertujuan memastikan semua pembangunan yang dilaksanakan sentiasa mematuhi RT Daerah Jerantut terutama dari aspek kawalan perancangan.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Imam, Bilal dan Siak Masjid
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan tambahan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 berjumlah RM640,200 untuk 2,711 penerima terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid di seluruh negeri ini.
Ini menjadikan enam kategori penerima bantuan selepas lima kategori penerima lain diumumkan semalam.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Ready Wan Ismail berkata, kira-kira 980 orang terdiri daripada imam masjid bakal menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan RM294,000.
Katanya, bilal masjid pula menerima RM200 setiap seorang melibatkan 877 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM175,400.
“Siak masjid pula akan menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 854 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM170,800,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Secara keseluruhannya bagi keenam-enam kategori Bantuan Aidilfitri tahun ini, kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13,597,100 yang memberi manfaat kepada 25,684 orang penerima.
Sementara itu, tambah beliau, bantuan kepada golongan sasar tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri.
“Saya berharap menerusi bantuan khas ini, ia dapat mengurangkan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri nanti,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Kerajaan Pahang menerima kunjungan hormat wakil Maybank Investment Bank Berhad (MIBB) di Wisma Sri Pahang, dekat sini, hari ini.
Kunjungan itu disambut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Satu perbincangan berkaitan Sukuk Regenerasi diadakan antara Johari dan Pengarah Bersekutu Liputan Pelanggan (Kerajaan Negeri dan Tempatan) MIBB, Nik Mohamad Rashidi Nik Ishak dan pegawai kanan MIBB dalam sesi kunjungan itu.
Johari berkata, sukuk dibentangkan MIBB itu membolehkan kerajaan Pahang memperoleh manfaat melalui tanah hutan selari dengan keperluan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang boleh memberi impak positif kepada kemakmuran negeri.
“Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pelbagai pelan strategik dan usaha bagi memelihara serta melindungi sumber biodiversiti negeri ini,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ( Angkasa) menggerakkan 14,975 koperasi terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran makanan negara bagi mengurangkan kos import makanan negara.
Presiden Angkasa Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa dengan hampir 8 juta ahli menjadi rakan kongsi kerajaan bagi menjamin bekalan mencukupi dan stabil harga di pasaran.
Menurutnya, Angkasa secara berterusan meneroka serta mencari peluang untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara.
Dalam konteks semasa angkasa bersama sama dengan koperasi sedia untuk meneruskan usaha untuk membantu kerajaan mengurangkan kos sara hidup disamping juga memastikan supaya koperasi juga dapat terus memainkan peranan untuk pastikan jaminan mengurangkan beban emport yang dijangka meningkat sehingga 100billion pada tahun 2025.
Menurutnya, satu rantaian atau ekosistem yang melibatkan koperasi penternakan, pemprosesan, pembekalan, logistik dan akhirnya kepada pengguna.
Angkasa mempunyai perancangan besar dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem yang didominasi oleh koperasi dalam membantu rakyat mendepani kos sara hidup,” katanya.
Sebelum itu Abdul Fattah merasmikan Mesyuarat Agung Negeri ( MAN) Pahang Zon 2 ( 2023) di Pejabat Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Pahang 2 ( Temerloh ,Pahang .
Menurutnya, antara fokus Angkasa ialah mengurangka kebergantungab kepada bahan import makanan negara yang boleh diusahakan di negara ini.
Sebagai contoh katanya, Angkasa melalui anak syarikat Komardi Dairy Sdn Berhad menjayakan ternakan lembu tenusu.Projek ini turut melibatkan koperasi penternak tenusu, kilang susu segar milik koperasi dan pusat penghasilan produk -produk tenusu koperasi.
” Angkasa mempunyai 81 ekor lembu baka Holstein genetik dari Korea Selatan yang boleh menghasilkan 45 liter sehari berbanding hanya 15-20 liter baka tempatan,” katanya.
Justeru itu tegasnya, JPAN dan juga koperasi dapat menjalin hubungan rapat bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi melihat projek yang berpotensi membangunkan industri makanan negara. Dalam pada itu tambah Abdul Fattah, tanaman jagung bijian di tanah-tanah pertanian yang terbiar perlu digiatkan sebagai alternatif jangka panjang kepada makanan ternakan ayam yang kini banyak diimport.
Abdul Fattah berkata, Angkasa diberi keyakinan tinggi untuk menggerakkan sinergi makanan negara khususnya dalam kalangan anggota Angkasa yang kini mencecah hampir 8 juta orang.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Penubuhan Majlis Biodiversiti Pahang bertujuan memantapkan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, mesyuarat kali pertama majlis itu untuk tahun ini diadakan semalam di Wisma Sri Pahang, dekat sini.
“Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Sesi perbincangan ini diadakan bagi memastikan memperoleh nilai tambah dalam merangka perancangan rapi bagi memelihara dan memulihara kelestarian alam serta kepelbagaian biodiversiti di negeri Pahang,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Beliau turut yakin peranan diberikan kepada Majlis Biodiversiti Pahang sebagai agensi kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi menyelaras aktiviti tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa berhubung pemeliharaan, penyelidikan dan penggunaan berterusan sumber biologi dan biodiversiti di negeri ini.
“Semoga segala usaha dan perancangan yang akan dilaksanakan nanti sentiasa dipermudahkan Allah dan mendatangkan kebaikan untuk negeri dan rakyat Pahang,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Seramai 119 penduduk di kawasan Pelangai, dekat sini, terpilih menerima rumah projek perumahan rakyat dimiliki (PPRM) Pahang.
Majlis cabutan undi bagi unit rumah itu diadakan pada Ahad lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Beliau berkata, kerajaan Pahang sentiasa berusaha menawarkan lebih banyak kediaman mampu milik kepada penduduk negeri ini.
“Seramai 119 penerima terpilih untuk fasa pertama PPRM dan insya-Allah, lebih banyak lagi projek seumpama ini akan ditawarkan kepada penduduk Pahang,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Johari yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang berkata, kerajaan Pahang memberi komitmen penuh dalam menyediakan lebih banyak projek perumahan pada harga berpatutan kepada rakyat di negeri ini.
“Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa berusaha menawarkan kediaman mampu milik kepada setiap anak Pahang.
“Ini adalah usaha berterusan bagi memastikan lebih ramai rakyat Pahang mampu memiliki kediaman sendiri,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masjid Kampung Baru, dekat Bentong yang siap dan mula digunakan awal tahun 2020 kini dikenali dengan nama Masjid Tunku Azizah Iskandar.
Pertukaran nama masjid itu diperkenankan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu majlis di perkarangan masjid itu, petang tadi.
Turut hadir Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tunku Azizah dalam titahnya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sudi menamakan masjid itu sempena nama baginda.
Baginda turut berharap masjid itu dapat diimarahkan sebaik mungkin oleh penduduk di kawasan berkenaan.
Tunku Azizah turut berkenan menunaikan solat terawih di masjid itu selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung.
Terdahulu pada majlis sama, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun dalam ucapannya memberitahu, sebanyak 15 masjid dibina di Pahang sejak lima tahun lalu membabitkan peruntukan RM58.4 juta.
“Selain itu, sebanyak 16 lagi masjid dalam proses pembinaan dengan peruntukan RM47.1 juta dan 17 lagi akan dibina dengan peruntukan RM80 juta,” katanya.
Masjid itu sudah mula digunakan pada awal tahun 2020 dan boleh memuatkan 1,100 jemaah pada satu-satu masa.
tamat-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bera – SEORANG lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya melanggar sebuah lori berhampiran Klinik Kesihatan Padang Luas, dekat Bera, pagi tadi.
Mangsa disahkan maut akibat tersepit dalam kenderaan itu.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 8.41 pagi.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang dihantar ke lokasi kejadian selepas laporan diterima.
“Operasi menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa dilakukan 10 pegawai dan anggota dari balai bomba berkenaan.
“Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan SUV itu,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Zulfadli memaklumkan, mayat mangsa dibawa ke klinik berhampiran menggunakan ambulans dan kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
TAMAT-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!