KUALA MUDA – Tiada berlaku kenaikan air laut yang luarbiasa hari ini berikutan fenomena air pasang besar yang dijangkakan berlaku di Kuala Muda Kedah.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Kedah Kapten (Pertahanan Awam ) Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan paras air laut yang dicatatkan setakat pukul 1.39 minit pagi tadi ialah 1.34 meter berbanding ramalan ketinggian paras air laut 2.34 meter.
Cuaca dilaporkan baik namun pemantauan diteruskan sehingga esok.
Ahad lalu Jabatan Pengairan dan Saliran J-P-S memaklumkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku bermula Ahad sehingga esok di beberapa tempat di Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi hingga 5 Januari itu di kawasan terbabit. _- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perdana Menteri luluskan peruntukkan 5juta bina ban baru di Segamat
Segamat – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob meluluskan peruntukkan lima juta ringgit bagi membina sebuah ban baru di Segamat, Johor.
Ban itu akan dibina secepat mungkin bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di daerah tersebut.
Tanbahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran akan menyediakan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir khususnya di daerah-daerah berisiko seluruh negara.
Jelas Perdana Menteri, isu banjir akan diselesaikan walaupun melibatkan peruntukkan kewangan yang besar.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerja pembersihan di Lebuh raya KL-Karak selesai dan boleh dilalui
KUALA LUMPUR – Pengendali Lebuhraya ANIH Berhad, Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang KM77 – KM78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak telah siap dan sudah dibuka semula kepada pengguna pada jam 3.00 pagi semalam.
Pengguna lebuh raya yang ingin ke Pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan ‘U’ di Plaza Tol Karak.
“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya.
“Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, di KM74.8 hingga KM77.3, untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua, ” katanya.
Katanya, ANIH Berhad ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.
Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 09 5479111/1-700-818-700.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RISDA beri bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Kuala Bera
BERA – Menyedari kepayahan pekebun kecil yang terjejas akibat banjir, pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melalui Yayasan Risda Risda Estates Sendirian Berhad menyampaikan sumbangan berjumlah RM 13, 000 kepada 50 ketua isi rumah (KIR) pekebun kecil di daerah ini.
Pengerusi Risda, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, setiap keluarga menerima bantuan berupa dapur gas, bakul makanan dan tilam, bantuan itu bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir.
“Pasukan sukarelawan Risda telah menyumbang tenaga di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan membabitkan kerja-kerja pembersihan dan pembahagian sumbangan kepada penduduk terjejas.
“Selain itu, sukarelawan ini bagi menyelaras pengurusan pasca banjir serta persediaan menghadapi gelombang kedua banjir,” katanya.
Katanya, kedudukan Kampung Kuala Bera yang berada di tengah-tengah jajaran Sungai Triang dan Sungai Pahang menyebabkan lokasi terbabit sering dinaiki air apabila tiba musim tengkujuh kerana berada di lokasi rendah.
Penduduk yang terjejas di Kampung Kuala Bera, Rohani Jamaludin menceritakan detik cemas, bila setiap kali tiba musim hujan, dia persiapkan semua dokumen penting dan jika air naik semua dokumen itu akan dibawa bersama.
“Kami sentiasa berwaspada kerana keadaan tempat kami memang seirng dinaiki air, kereta kami alih dahulu ke tempat yang tinggi dan selamat kerana air banjir naik sangat deras dan cepat.
“Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting, sebelum diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),”katanya.
Seorang penduduk yang terkesan banjir, Rosimah Man berkata, kejadian banjir kali ini dianggap tidak begitu parah.
“Pada 2014 air sampai mencecah siling rumah, bagi rumah dua tingkat, 2 hingga 3 anak tangga lagi air hendak sampai ke lantai tingkat atas, bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir, ” katanya.
Seorang penerima bantuan RISDA, Ahmad Ashaari Mohamad berkata, dia berterima kasih kepada pihak Risda memberi bantuan seperti dapur, alas tidur dan lain-lain peralatan.
“Walaupun sempat berpindah ke PPS berhampiran, namun penduduk menyifatkan banjir kali ini amat terkesan kerana air naik secara mendadak.
“Bantuan Risda ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga untuk menyiapkan peralatan rumah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGE TOWN – Mengadakan ‘Private Party’ dengan mengunci pintu dari dalam bagi mengaburi pihak berkuasa, 23 individu termasuk empat wanita diberkas di sebuah pusat hiburan dekat Pulau Tikus, George Town, dalam Ops Noda Ambang Tahun Baru awal pagi tadi.
Kesemua yang berusia antara 18 hingga 39 tahun itu dikesan berkumpul tanpa penjarakan sosial dengan berhibur tanpa kebenaran.
Difahamkan bunyi muzik kuat daripada dalam menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu apabila mereka enggan membuka walaupun sudah diketuk berulang kali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Rahimi Ra’ais berkata, pelbagai peralatan yang digunakan untuk tujuan hiburan turut dirampas antaranya; televisyen, ‘speaker’, pembesar suara dan pemain DVD.
“Pada mulanya mereka buat majlis makan-makan, kemudiannya majlis itu bertukar mungkin mereka teruja untuk sambut tahun baru.
“Pada ketika itu berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan berlakunya pelanggaran di bawah Enakmen Pusat Hiburan,” katanya hari ini kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.
Serbuan yang berakhir pada pukul 3 pagi tadi diketuai Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Harapan tinggi peneroka Felda sambut tahun baru 2022
Foto atas: Peneroka Jengka 24 berganding bahu memasang bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021, baru-baru ini.
BANDAR PUSAT JENGKA – Peneroka di Wilayah Jengka berharap Felda kembali fokus kepada meningkatkan perolehan dan perkhidmatannya bagi membantu membangunkan taraf hidup dan sosio ekonomi warga peneroka menjelang tahun baru 2022.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, Felda telah banyak membantu warga peneroka melalui pelbagai kemudahan dengan menyediakan peruntukan dan pinjaman untuk aktiviti ekonomi tambahan pertanian dan ternakan dalam Program Pembangunan Peneroka.
Katanya, Felda juga telah menyediakan Skim Insentif Anak Peneroka melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan bantuan khairat kematian peneroka untuk pengurusan jenazah dan takaful peneroka.
“Selain itu, Tabung Kebajikan Peneroka diadakan untuk membiayai sebahagian kos rawatan penyakit kronik dan juga ditimpa bencana.
“Felda juga menubuhkan Program WAJAR yang melibatkan dana sebanyak RM 8.3 billion untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka melalui inisiatif pelarasan pinjaman bersyarat.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Awah, Mazlan Abd Rahman berharap Felda membantu peneroka dengan memberi pinjaman pembesaran rumah bernilai RM 40,000 serta pinjaman pembelian komputer berjumlah RM 2,400 tanpa faedah.
“Skim Latihan Kemahiran Felda (SLKF) untuk warga peneroka lepasan Sijil Pelajaran Maaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran perlu diteruskan.
“Diharapkan pada tahun 2022, Felda akan terus berjaya dan maju untuk memberi kemakmuran kepada peneroka di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi.
Seorang peneroka, Saharuddin Lela berkata, semua cabaran yang dihadapi pada tahun 2021 dengan kehadiran pandemik Covid-19 dapat dikurangkan dengan syarat semua peneroka dan orang ramai tidak melupakan prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan.
“Selamat tinggal tahun 2021 yang banyak meninggal kenangan suka dan duka termasuk musibah banjir yang dianggap luar biasa, dengan kehadiran 2022 akan memberi harapan dan azam untuk menjadi warga peneroka yang lebih berusaha untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi, moga tahun baru harga sawit bertambah baik di tahun 2022,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mayat dikhuatiri lemas di Jambatan Sri Damai, Sungai Belat ditemui
KUANTAN – Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 Disember lalu di jambatan Sri Damai, Sungai belat, Kuantan dijumpai tersangkut pada tebing sungai itu, kira-kira jam 8.10 malam, semalam.
Mayat Mohd Firdaus Supiardi, 28 tahun, ditemukan oleh pihak bomba kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir disyaki hilang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya sebelum itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam yang mendakwa ternampak mayat terapung daripada jambatan Sungai Belat pada 7.20 malam.
Susulan itu, 10 pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bergegas ke lokasi dan membawa naik mayat mangsa dengan mengunakan satu bot fiber.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan selanjutnya.
Pada 18 Disember lalu, Mohd Firdaus dari Jaya Gading dilaporkan dihanyutkan arus deras di jambatan Sungai Belat di Kampung Sri Damai, Kuantan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Balak hanyut di Telemong, MB Pahang mahu laporan siasatan kejadian
Foto atas : Menteri Besar Pahang menziarah mangsa banjir dan menyampaikan bantuan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai, Pekan, hari ini.
KUANTAN – Kerajaan Pahang sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengenai timbunan kayu balak selepas berlaku banjir di Sungai Telemong, Bentong minggu lalu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan laporan itu akan disiapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam masa yang secukupnya.
“Ini susulan dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan kemunculan longgokan kayu termasuk yang bersaiz kayu balak yang berpunca daripada kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan berkenaan.
“Saya maklum kepada mereka supaya membuat laporan sebaik mungkin, saya tak bagi “time frame” nanti laporan tak tepat pula kita bagi “ample time” kepada mereka tapi jangan terlalu lama agak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan ziarah dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai, Pekan, hari ini.
Katanya, waktu sekarang nak measuk kawasan hutan untuk melakukan kerja siasatan agak sukar kerana laluan di tempat tersebut belum pulih sepenuhnya dan keselamatan perlu dijaga.
Beberapa perkongsian video di laman sosial berdurasi 45 saat yang ditularkan Khamis lalu mengenai timbunan sisa balak di Sungai Telemong selepas kejadian banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu yang mengakibat 16 orang hanyut.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Kerajaan Pahang akan menyalurkan sumbangan RM200 sebulan kepada mangsa yang mengalami kemusnahan rumah secara teruk dan akan diberi selama enam bulan bagi membantu meringankan beban mangsa.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Koperasi yang terjejas perniagaan mereka akibat musibah banjir yang melanda baru-baru ini layak menerima bantuan sehingga RM 30,000
Koperasi itu boleh memohon daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Tabung Bantuan Bencana.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa menggalakkan anggotanya yang terjejas boleh memohon menerusi sistem permohonan atas talian SKM.
“Tabung ini akan memberikan bantuan kewangan sehingga RM 30,000 dengan syarat, antaranya mengemukan laporan polis beserta gambar dan nyatakan jumlah anggaran kerosakan yang tidak melebihi nilai RM30, 000.
“Sekiranya ada perkara yang berkaitan dengan persidangan, laporan audit dan sebagainya boleh rujuk SKM untuk memohon membantu cara penyelesaiannya, selalunya pada hujung tahun, kebanyakan koperasi mengadakan persidangan agung dan sekiranya terjejas atau tertangguh boleh rujuk SKM,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas gotong-royong mencuci rumah penduduk terjejas banjir di Kampung Lubuk Kulit, Lipis.
Lebih 50 penduduk dibantu oleh belia daripada empat buah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dari Seremban, Ulu Jempul dan Kuala Pilah,Negeri Sembilan menyertai gotong-royong itu.
Penduduk turut menerima barangan keperluan harian seperti makanan, bantal, tilam dan tikar.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMAN SERI MUDA, Shah Alam – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama 2,000 pertubuhan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini turun padang membantu penduduk terjejas banjir di Taman Sri Muda , di sini, bermula pada jam 8.00 pagi, hari ini.
Program jiwa murni pasca banjir Taman Sri Muda ini melibatkan 320 pegawai dan 300 anggota bersama 2 ribu orang dari NGO.
Program yang bermula jam 8 pagi dan dijangka tamat jam 3 petang ini menyasarkan 500 hingga 600 rumah untuk dibersihkan.
Tumpuan pembersihan adalah memindahkan perabut dan peralatan rumah yang telah rosak ke tempat pembuangan sampah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!