TAIPING – Bangkai seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang 4.5 meter ditemui di Sungai Trong, Kampung Kuala Trong di sini pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bangkai buaya jantan itu.
Siasatan awal mendapati buaya dianggarkan seberat 600 kilogram itu mati dipercayai disebabkan faktor umur berikutan semua gigi buaya telah tiada atau luruh.
Reptilia berkenaan dipercayai sudah mati antara dua atau tiga hari lalu sebelum ditemui penduduk, katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan doktor veterinar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian haiwan itu.
Berdasarkan rekod, kami tidak menerima aduan berkaitan kewujudan buaya di kawasan berkenaan sebelum ini, lapor kosmo online
Haiwan itu dipercayai telah mudik ke sungai berkenan kerana tidak boleh meneruskan kehidupan atas faktor usia, katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri hingga boleh membahayakan nyawa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Padang Besar- Hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari IPD Padang Besar telah membuat intipan dan risikan di sebuah rumah sewa di Kampung Kolam dan menemui longgokan daun disyaki ketum di dalam rumah, semalam.
Pasukan polis telah membuat pemerhatian selama 1 jam tetapi tiada penghuni atau individu yang balik ke rumah berkenaan. Pada jam lebih kurang 10 malam, pihak polis telah menghubungi tuan rumah untuk hadir dan seterusnya merampas daun-daun disyaki ketum berkenaan.
Daun-daun ketum yang dianggarkan seberat 1400 kg berkenaan telah dirampas dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Padang Besar untuk siasatan lanjut,lapor IPD
Polis Padang Besar menyeru masyarakat untuk sama-sama membantu untuk mencegah dan mengekang jenayah bagi menjadikan daerah Padang Besar ini kawasan yang selamat dan bebas jenayah. Salurkan maklumat anda kepada Polis Padang Besar di talian 04-9492222.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIASATAN PUNCA KEBAKARAN MUNGKIN LITAR PINTAS- KAMPUNG BARU
KARAK – Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang sedang menyiasat punca kebakaran mengakibatkan 48 kediaman dan lapan premis kedai musnah di Kampung Baru Karak, malam tadi.
Siasatan yang turut membabitkan Unit Anjing Pengesan JBPM itu sedang meneliti semua aspek, termasuk kemungkinan berlaku litar pintas di sebuah premis kedai gunting rambut yang sudah lama tidak beroperasi.
Pengarah JBPM Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sistem pendawaian yang sudah uzur antara punca kebakaran berkenaan.
Tambahnya, pasukan forensik sudah memulakan siasatan dan menggunakan khidmat unit anjing bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Ketika ditanya mengenai dakwaan penduduk berkaitan isu tekanan air rendah berlaku di kawasan itu hingga menyukarkan proses pemadaman, beliau mengakui masalah tekanan air memberi kesan kepada usaha pegawai dan anggota mengawal kebakaran lebih cepat.
Sementara itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan segelintir penduduk kononnya terdapat premis kosong yang dijadikan tempat simpanan mercun dan bunga api mengakibatkan kebakaran merebak dengan cepat, beliau berkata, perkara itu juga sedang disiasat Unit Forensik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda yang ditemui selepas meninjau pusat penempatan sementara mangsa kebakaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Karak berkata, siasatan masih dijalankan oleh pihak JBPM Pahang dan kemungkinan punca kebakaran disebabkan oleh litar pintas.
Kebakaran bermungkinan berlakunya litar pintas yang memusnahkan hampir 61 buah rumah dan apa yang saya tengok tadi rumah papan yang dibina memang berisiko walaupun kita tengok walaupun batu diperingkat bawah, tapi di atasnya terdiri daripada struktur kayu dan papan.. ini menyebabkan kebakaran yang berlaku merebak dengan cepat .
DATO ABD RAHIM MUDA/PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PAHANG
Sehubungan dengan itu, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memutuskan jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada semua mangsa terbabit.
Tambahnya, bantuan awal berbentuk barangan keperluan asas sudah diagihkan kepada mereka melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat kawalan operasi bencana (PKOB) daerah Bentong.SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG – Kemalangan maut melibatkan dua kenderaan termasuk jentolak sehingga mengorbankan seorang remaja perempuan di Jalan Telok Gong berhampiran Masjid Jamek di sini dipercayai akibat kecuaian pemandu Myvi memasuki laluan jentolak
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian Myvi dari arah Pandamaran itu dinaiki tiga individu termasuk dua beradik.
Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran lokasi kejadian selepas membeli barangan keperluan di kedai.
“Kereta dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai dalam kadar kelajuan yang tinggi telah memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bucket jentolak itu.
“Akibatnya, penumpang hadapan kereta Myvi dikenali Nurshaniza Alaudin berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut beliau, mangsa yang maut merupakan rakan sekerja kepada pemandu kereta tersebut dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Kata Shamsul Amar, dua lagi mangsa iaitu pemandu dan adik perempuannya berusia 15 tahun dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987,” jelasnya, lapor kosmo online
Kosmo! terdahulu melaporkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah jentolak di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mereka memanggil semula seorang pendakwah bebas terkenal semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata turut dipanggil ialah isteri pendakwah terbabit.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, pendakwah itu hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan berkaitan kes tersebut.
Menurut polis dia disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada 19 Ogos lepas.
Pada 22 Sept lalu tular video dan mesej lucah di aplikasi Telegram yang didakwa mempunyai kaitan dengan pendakwah berkenaan.
Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
Sumber: BERNAMA
– Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ARAB SAUDI NAIKKAN KAPASITI HARIAN JEMAAH UMRAH KEPADA 100,000
KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 bermula hari ini.
Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.
Menurut akaun Twitter kementerian itu, pihaknya berkoordinasi dengan agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategik yang tertumpu kepada kesihatan dan keselamatan sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah dan pengunjung sebulan.
Kementerian berkenaan awal bulan lepas mengumumkan seramai 10 juta jemaah telah mengerjakan ibadah umrah sejak pelancaran “model Umrah yang selamat” pada 4 Okt 2020.
Selain itu, ia turut mendedahkan lebih 12,000 visa dikeluarkan kerajaan Arab Saudi bagi menyambut kedatangan jemaah dari seluruh dunia sejak 10 Ogos lalu.
Sementara itu, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berkata, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar negara serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan urusan jemaah.
“Segala operasi dan persiapan menyambut kedatangan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan semua langkah pencegahan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan jemaah mengerjakan umrah”, katanya.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GELEMBUNG PELANCONGAN BERMULA 1 OKTOBER DITANGGUH DI PAHANG
ROMPIN: Kebenaran melancong ke Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dijadualkan bermula 1 Oktober di bawah gelembung pelancongan ditangguhkan sementara di negeri ini.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata, perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.
Penduduk tempatan yang ingin ke Pulau Tioman perlu melaksanakan ujian calitan kendiri sebelum memasuki pusat peranginan berkenaan.
“Dalam Mesyuarat Khas atau Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri meminta agar tempoh untuk pembukaan gelembung pelancongan ditangguhkan sementara ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
Salah satu pantai di Pulau Tioman yang menjadi tarikah pelancong
“Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi bila mana kerajaan dapat mencapai 90 peratus vaksinasi rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Jadi tempoh 1 Oktober yang diumumkan sebelum ini telah pun ditangguhkan ke satu tempoh, satu tarikh yang lain yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi ujian pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sektor pelancongan Pulau Tioman di Terminal Feri Penumpang Teluk Gading di sini.
Menurut beliau lagi, kawasan pelancongan di negeri ini hanya dibuka kepada penduduk tempatan sahaja memandangkan negeri ini telah berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Oleh kerana Pahang telah memasuki Fasa Tiga, bermakna ada banyak aktiviti-aktiviti telah dilonggarkan dari segi pengeoperasian dan rentas daerah telah dibenarkan.
“Dan kita mengambil peluang walaupun belum lagi dibenarkan untuk rentas negeri tetapi bagi rakyat ataupun penduduk yang berada di Pahang boleh berkunjung ke mana-mana destinasi pelancongan yang terdapat di negeri Pahang,” katanya.
Tambah beliau lagi, setiap pelancong atau individu yang akan memasuki Pulau Tioman juga diwajibkan menjalani ujian calitan kendiri terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.
“Syarat ini sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa sektor pelancongan tidak menjadi penyumbang kepada masalah penyebaran Covid-19 bagi destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Pahang.
“Dan kita percaya syarat yang kita kenakan ini disambut baik terutamanya bagi pengusaha-pengusaha pelancongan kita yang terdapat di Pulau Tioman,” katanya.
Menurut beliau lagi, ujian calitan kendiri ini juga perlu dijalani oleh penduduk pulau yang ingin masuk kembali ke pulau.
“Walaupun mereka penduduk tempatan, apabila mereka keluar dari pulau (Tioman), kita tidak mengetahui sejarah perjalanan mereka. Mereka mungkin pergi ke tempat yang ada jangkitan dan sebagainya.
“Jadi, kita akan mencari jalan terbaik bagaimana boleh membantu mereka, mungkin ada kaedah tertentu yang boleh kita gunakan kepada penduduk tempatan, mungkin kita akan gunakan pas khas kepada mereka,” katanya. -PAHANGMEDIA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Sepasang kekasih terpaksa diselamatkan oleh pejalan kaki selepas kenderaan mereka terbalik ketika melakukan hubungan intim.
Lelaki yang dikenal pasti sebagai Brad Sadler, 18, berkata, dia dan kekasihnya meletakkan kenderaan berdekatan restoran makanan segera, lapor The Sun.
Kenderaan jenis Toyota Yaris itu kemudian dibiarkan dalam keadaan menyala dengan memasang muzik di dalam kereta itu.
Selepas itu, Sadler dan pasangannya melompat ke kerusi bahagian belakang dan melakukan hubungan seks tanpa menyedari brek tangan kereta itu sudah rosak.
Disebabkan itu, kenderaan tersebut tiba-tiba meluncur turun ke tepi bukit sebelum terbalik.
Sementara itu, Sadler berkata, dia dan kekasihnya terperangkap selama 15 minit sebelum dua pejalan kaki melalui kawasan itu.
Dia kemudian menyerahkan kunci kereta kepada individu tersebut dan segera mengeluarkan dirinya dan kekasihnya melalui bonet kereta dalam keadaan telanjang.
Remaja itu terpaksa menghabiskan masa selama 10 minit untuk mencari pakaiannya semula, lapor Agensi
Polis Derbyshire menjelaskan mangsa tidak mengalami kecederaan dan kejadian yang sangat melucukan itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAMAN 1MDB: ANAK TIRI NAJIB DIARAH FAIL PEMBELAAN SEBELUM 25 OKTOBER
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman USD248 juta (RM1 bilion) terhadapnya.
Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.
Semasa dihubungi BERNAMA, peguam Hariharan Tara Singh, mewakili Riza dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Oktober.
“Mahkamah juga menetapkan 9 November untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 November,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.
Hariharan berkata, defendan melantik Tetuan Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.
1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Tetuan Shearn Delamore & Co, menamakan Riza dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.
Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.
Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira USD250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.
Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.
Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.
Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUNG MOKTAR GUNA PERKATAAN BODOH DI DEWAN RAKYAT MOHON MAAF
KUALA LUMPUR: Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat susulan tindakannya menyebut perkataan “bodoh” ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong minggu lalu yang dipercayai ditujukan kepada wakil pembangkang.
Semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 22 September lalu, Bung mendakwa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bajet pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dipotong menyebabkan beberapa wakil pembangkang berang dan menyerangnya.
Bung kemudian membalas celahan wakil rakyat yang menyerangnya itu sebagai “bodoh”, lapor FMT.
“Untuk menghormati Dewan Rakyat ini saya tarik balik, akur dan mohon maaf kepada dewan yang mulia ini,” kata Bung.
Beliau kemudian berkata, ketika berucap beliau tidak menyedari wakil rakyat mana yang bangkit mencelah ucapannya menyebabkan beliau membalas celahan itu dengan perkataan “bodoh”.
“Saya pun tidak tahu semasa sedang berucap, tiba-tiba ada seorang wakil rakyat ‘tangkap’ pembesar suara tanpa berdiri, siapa makan lada dia rasa pedas,” katanya.
Bung membuat permohonan maaf itu selepas diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.
Azhar membuat arahan itu selepas menerima usul daripada Noorita Sual (PH-Tenom) supaya Bung membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!