LONDON – Seorang pelakon dari Britain mendedahkan telah jatuh cinta dengan makhluk asing selepas dia kononnya diculik oleh sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) pada bulan lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Abbie Bela mengakui sebelum ini, dia pernah bergurau mengenai keinginannya untuk diculik oleh makhluk asing kerana sudah ‘letih’ dengan lelaki dari Bumi.
“Sejak itu, saya mula bermimpi melihat lampu berwarna putih pada setiap malam. Pada satu malam, terdapat satu suara dalam mimpi saya yang berkata, ‘tunggu di tempat biasa’.
“Pada keesokan malamnya, ketika saya tertidur di tepi tingkap rumah yang terbuka, satu objek muncul dari luar rumah.
“Saya dapat lihat lampu terang berwarna hijau dan secara tiba-tiba saya dibawa masuk ke dalam UFO tersebut,” katanya.
Tambah wanita itu, terdapat lima makhluk asing di dalam UFO tersebut dan mereka mempunyai anggota badan seperti manusia, namun kelihatan amat tinggi dan kurus.
“Satu daripada makhluk asing itu tertarik kepada saya.
“Saya turut merasakan perasaan yang sama. Kata makhluk asing itu, saya perlu bersetuju untuk tinggal bersama mereka, namun saya menolak kerana bimbang akan diculik buat selamanya,” ujarnya.
Bela mendakwa dia dihantar pulang dengan selamat ke rumahnya selepas 20 minit, lapor KOSMO online.
Dia kini berharap agar makhluk asing itu datang kembali dan membawanya tinggal di angkasa lepas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: UMNO Bahagian Shah Alam menggesa kerajaan mewujudkan i-Sinar Plus bagi membantu rakyat yang memerlukan sumber kewangan.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, perkara itu perlu susulan ramai warga Shah Alam yang memberitahu mereka tiada pendapatan setelah syarikat tempat kerja mereka tidak boleh beroperasi.
“Bulan lepas bayaran i-Sinar terakhir telah diterima dan bulan ini ramai yang menggigit jari.
“Kereta perlu dibayar, sewa perlu diselesai tetapi kerja tiada, duit pun tiada. Inilah masalah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown berkuat kuasa tanpa ada sokongan kewangan baharu,” kata Azhari dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas demikian mengenai masalah rakyat di bandaraya yang menghadapi masalah kos sara hidup ketika negara berdepan krisis kesihatan.
Menurut beliau, kerajaan wajar memperkenalkan i-Sinar Plus atau 2.0 untuk memastikan rakyat yang bergaji secara hari dapat menyambung nafas.
Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), 99 Kebajikan Insan Selangor(Kesan), Muhd.Ali Zakariah mencadangkan agar rakyat yang terkesan diberi bantuan kewangan mengikut saiz keluarga masing-masing.
“Tidak kira kerajaan pusat atau negeri, bantulah rakyat yang mempunyai keluarga ramai dengan bantuan kewangan secukupnya, lapor Utusan Online.
“Rakyat bukan sahaja bimbang dengan Covid-19 tetapi tanpa bantuan kewangan secukupnya mungkin ramai yang berpotensi untuk mengalami masalah sosial,”katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI TERJATUH KETIKA SELENGGARA ALAT PENYAMAN UDARA
PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 ketika menyelenggara alat penyaman udara dalam kejadian di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dipercayai sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tingkat 10 bangunan tersebut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu disedari apabila anggota yang bertugas terdengar bunyi dentuman dari arah luar lobi bangunan.
“Hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring atas lantai.
“Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan pada badannya dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, lapor Utusan Online.
Mohamad Zainal turut mengingatkan orang ramai tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian itu yang mendatangkan kegusaran awam
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WAD HOSHAS DITUTUP SEMENTARA AKIBAT PENULARAN COVID-19
KUANTAN: Bagi mengelak risiko jangkitan terhadap semua pesakit baharu dan pelawat, semua wad di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh dekat sini ditutup sementara, susulan penularan jangkitan Covid-19.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, penutupan dikuatkuasakan untuk semua kemasukan baharu kecuali bagi kes-kes kritikal.
Katanya, langkah berkenaan diambil atas faktor keselamatan namun dua wad multidisiplin (merangkumi pelbagai unit) telah dibuka.
“Ketika ini perkhidmatan kecemasan, perbidanan dan sakit puan (obstetrik) serta pediatrik di hospital ini masih beroperasi.
“Untuk sementara waktu, semua pesakit yang tidak kritikal namun perlu dimasukkan ke hospital akan dihantar ke hospital-hospital lain yang mempunyai tenaga pakar di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Dr. Bahari, setakat hari ini sebanyak 37 kes Covid-19 dikesan di hospital tersebut.
Katanya, penularan jangkitan wabak berlaku di wad biasa dan bukannya di wad yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19.
“Sehubungan itu penilaian risiko telah dibuat ke atas semua yang terlibat dan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 turut disaring dan diasingkan.
“Aktiviti kawalan sedang dilaksanakan bagi menghentikan penularan jangkitan itu,” katanya.
Namun begitu, beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana keadaan di Hoshas adalah terkawal, lapor Utusan Online.
“Kita akan pastikan perkhidmatan yang ditutup sementara dapat dibuka semula secara berperingkat dan boleh beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuching: Lelaki yang menyerang anggota bomba yang sedang bertugas memadamkan kebakaran rumah di Kampung Belipat, Lawas, petang semalam, ditahan reman empat hari mulai hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis meneruskan siasatan walaupun mangsa menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap suspek berusia 30 tahun itu, malam tadi.
Aidi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 332 kanun yang sama kerana mencederakan penjawat awam.
“Kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Video kejadian itu yang berdurasi 56 saat tular di media sosial sejak semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.18 petang itu, pada mulanya seorang lelaki dilihat mengamuk dan menghempas barang sambil memarahi anggota bomba yang sedang menjalankan tugas.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi lelaki iaitu suspek utama tiba-tiba menyerang anggota bomba dari belakang menyebabkan anggota terbabit terjatuh.
Anggota bomba terbabit kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 9.14 malam tadi.
Bagaimanapun, kira-kira jam 12.45 tengah malam, anggota bomba terbabit menarik balik laporan yang dibuatnya selepas menerima permohonan maaf daripada pelaku yang menyesal dan menyedari kesalahan yang dilakukan nya, lapor HM online.
Difahamkan, lelaki yang menyerang anggota bomba terbabit mendakwa gagal mengawal emosi selepas melihat rumah pusaka mereka musnah terbakar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bayan Lepas: Cuti hujung minggu seorang jurujual dikejutkan dengan kebakaran kereta miliknya di sebuah kondominium, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.50 petang, sebuah kereta lain dan enam motosikal pelbagai jenis yang diletakkan di bawah kondominium berkenaan turut musnah.
Mangsa Chin Yee Wei, 40, berkata dia sedang menonton televisyen di rumah sebelum terhidu bau asap lalu melihat menerusi tingkap.
Katanya, dia mendapati abu berterbangan lalu bergegas turun dari rumahnya di tingkat 11 kondominium itu.
“Rupa-rupanya kereta saya antara lapan kenderaan yang terbakar dan penduduk turut menjerit memaklumkan kepada penghuni supaya turun ke kawasan lapang.
“Mujurlah api tidak merebak ke rumah penghuni di tingkat satu kerana api menjulang tinggi dan tiada penduduk yang menyedarinya.
“Saya tidak pasti jika ada menyimpan dokumen penting dalam kereta, sukar hendak kesan kerana semua sudah hangus,” katanya ketika ditemui, di sini.
Sementara itu, Ketua Operasi Rohaizal Abdul Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.06 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari BBP Bayan Baru dan BBP Jalan Perak serta beberapa Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran diarahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran, lapor HM online
“Keadaan angin kencang sedikit menyukarkan kerja memadam api, namun ia berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian.
“Kebakaran itu membabitkan dua kereta dan enam motosikal yang keseluruhannya musnah sehingga 85 peratus.
“Setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAHAGIAN SATU: PRESIDEN TURKI PERTAMA, MUSTAFA KEMAL ATATURK
Mustafa oglu Ali Riza atau Mustafa bin Ali Reza yang dikenali Mustafa Kemal Atatürk dilahirkan pada 19 Mei 1881 dan meninggal pada 10 November 1938, adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.
Mustafa Kemal Artaturk
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.
Ketika itu Empayar Ottoman atau Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Mustafa adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negara Turki.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kematian akibat Covid-19 iaitu 72 kes berbanding semalam 60 kes dengan sebanyak 64,523 kes aktif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi di 23 kes, 15 kes di Kuala Lumpur, tujuh kes di Negeri Sembilan, enam kes di Pahang, masing-masing lima kes di Johor dan Sarawak, tiga kes di Labuan, masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak, Melaka dan Kedah.
“Seramai 46 lelaki termasuk tujuh warga asing dan 26 wanita termasuk satu warga asing berusia antara 29 hingga 90 tahun melibatkan 37 warga emas dan 18 kes tiada latar belakang penyakit.
“Baki 54 kes mempunyai penyakit seperti kencing manis, dislipidemia, jantung, kanser, asma, obesiti, strok, buah pinggang, paru-paru kronik dan hepatitis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,918 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 5,911 kes.
Kataya sebanyak 886 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,111 kes diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204) dan Sabah (201).
“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Labuan (185), Pulau Pinang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (3) manakala Perlis, sifar kes,” katanya.
Mengulas mengenai 24 kluster baharu, beliau berkata, 12 kluster tempat kerja, tujuh komuniti, empat pusat tahanan dan satu kumpulan berisiko tinggi.
Kluster tempat kerja katanya, Tapak Bina Perdagangan Dana di Petaling, Selangor (324), Jalan Tujuh Selatan Dua di Sepang, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Selangor (50), Tanjung Bin Dua di Pontian, Johor (46), Industri Jalan P1 Ayer Keroh di Melaka Tengah, Jasin, Melaka (32) dan Jalan Kenyalang di Johor Bharu, Johor (28).
“Bakinya, Dah Industri Jabi di Kota Setar (26), Industri Jalan Dua di Gombak, Hulu Langat, Petaling, Selangor (22), Jalan Kempas Lima di Johor Bahru, Kluang, Johor (16), Tapak Bina Jalan Perumahan Gurney di Titiwangsa, Kuala Lumpur (16), Industri Alam Jaya 2/1 di Kuala Selangor, Klang, Selangor (13), Jalan Vita Dua di Sepang, Selangor (11) dan Selindang di Lipis, Pahang (9).
“Tujuh kluster komuniti, Taman Merbau Utama di Pasir Puteh, Kota Bahru, Kelantan (41), Kampung Bedal Kuala Krai, Kelantan (35), Mongkos 2 di Tebedu, Kuching, Sarawak (22), Jalan Tengah di Mersing, Johor (22), Sungai Banun di Meradong, Sarawak (20), Tebakang Dayak di Serian, Sarawak (18) dan Taman Damai di Machang, Jeli, Kelantan (6),” katanya.
Tambahnya, empat pusat tahanan pula, Tembok Mantin di Seramban, Negeri Sembilan (101), Tembok Labuan di Labuan (483), Tembok Kluang di Kluang, Johor (281) dan Tembok Machang di Machang, Kelantan (21),lapor Utusan Online.
“Hanya satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Dah Tiong di Kuala Muda, Kedah (29),” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW YORK – New York mengisytiharkan hari ‘kebebasan’ kelmarin selepas Gabenor, Andrew Cuomo mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19 di negeri berkenaan, lapor akhbar Times of India.
Cuomo mengisytiharkan berita baik itu selepas lebih 70 peratus populasi New York telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19.
Menurut Cuomo, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat penduduknya.
“Kami akan terus menggalakkan penduduk New York untuk mendapatkan vaksinasi,” katanya.
Bersempena pengisytiharan itu, sebanyak 13 bangunan mercu tanda di New York dinyalakan dengan lampu berwarna biru dan emas pada malam Selasa lepas.
Manakala penduduk di 10 kawasan di sekitar bandar itu turut berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api.
Sementara itu, antara peraturan Covid-19 yang dimansuhkan adalah berkaitan sosial dan komersial.
Ia termasuk individu yang telah divaksin tidak perlu lagi mengamalkan penjarakan fizikal dua meter dan memakai pelitup muka.
Bagaimanapun, mereka yang belum divaksin masih perlu patuh kepada peraturan tersebut.
Selain itu, mereka juga perlu menunjukkan bukti keputusan negatif ujian Covid-19 terkini sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis, lapor Agensi.
Selain New York, negeri-negeri lain di Amerika Syarikat juga dilaporkan bakal mengambil langkah serupa susulan penurunan kadar jangkitan Covid-19 serta progres program vaksinasi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
REMAJA KONGSI VIDEO PORNOGRAFI KANAK-KANAK DITAHAN
PETALING JAYA : Kegiatan seorang remaja yang sering membuat perkongsian pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila ditahan polis pada Rabu lalu.
Penahanan suspek berusia 19 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di sebuah rumah di Semenyih, dekat sini bagi membantu siasatan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis menahan suspek selepas membuat perkongsian pornografi kanak-kanak di kumpulan WhatsApp.
Menurutnya, maklumat diperoleh selepas tular di laman sosial Twitter mengenai kegiatan kumpulan WhatsApp yang dikatakan mempromosikan kegiatan seksual kanak-kanak.
“Hasil risikan bahagian D11 Bukit Aman berjaya mengenalpasti suspek dan membuat tangkapan sebelum merampas barangan berkaitan kes.
“Suspek kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya, lapor Utusan Online.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, suspek ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pornografi di Internet dan mempromosi pelbagai aktiviti seksual kanak-kanak melalui media sosial.
“Dalam serbuan itu pihak polis merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral ini kepada umum dan pihak tertentu.
“Suspek direman bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!