LONDON – Sekumpulan pegawai kesihatan memberi amaran berhubung mutasi luar biasa dalam varian Lambda yang kini menular di Britain kerana dibimbangi kuman itu boleh menjadi kebal terhadap vaksin Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian terbaharu itu turut berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta sekali gus menjadikannya lebih mudah menjangkiti.
Turut dikenali sebagai C.37, varian Lambda dikesan pertama kali di Peru pada tahun lepas sebelum pantas merebak ke 27 negara termasuk Britain.
Saintis-saintis mula sedar mengenai varian tersebut pada Disember tahun lepas apabila ia dijumpai dalam ‘satu daripada 200 sampel’.
Bagaimanapun, menjelang Mac lepas, kadar itu meningkat kepada 50 peratus daripada jumlah kes, dan kini angka tersebut mencecah 82 peratus, kata WHO.
Sementara itu, di Chile, varian itu merangkumi hampir satu pertiga daripada jumlah kes Covid-19 negara itu.
“Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih agresif berbanding varian lain.
“Ia berkemungkinan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi, namun banyak kajian perlu dijalankan terhadap varian ini,” kata penasihat Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Jairo Mendez,lapor Agensi.
Varian Lambda kini dinamakan sebagai varian ketujuh yang dipantau oleh WHO.
Sebanyak enam kes varian itu direkodkan di Britain pada minggu lepas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Dakwaan mengenai seorang ahli parlimen menambah isteri ketika rakyat sedang bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh kini berlegar di laman sosial.
Menurut sumber, majlis akad nikahnya diadakan secara dalam talian dengan seorang imam dari Narathiwat, Thailand.
Majlis yang diadakan di masjid sebuah negeri di pantai timur pada Khamis lalu itu turut dihadiri oleh dua saksi, lapor KOSMO online
Jelasnya, ahli parlimen yang mempunyai jawatan dalam kerajaan itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.
“Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ipoh: Kebimbangan keluarga selepas mendapati salah seorang daripada mereka tidak keluar bilik hampir seharian terjawab apabila menemukannya terbaring tidak bernyawa di atas katil di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pekerja swasta berusia 20-an itu ditemukan ahli keluarga dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik yang berkunci.
“Mangsa dikatakan sudah tidak keluar bilik sejak daripada siang dan tidak juga bangun-bangun selepas pintu diketuk.
“Mereka selepas itu meminta bantuan jiran membuka pintu bilik yang terkunci dari dalam sebelum ahli keluarga menemukan mangsa dalam keadaan terbaring,” katanya kepada pemberita ketika meninjau di lokasi kejadian di sini, tengah malam tadi.
Yahaya berkata, polis sebelumnya menerima panggilan daripada pihak forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada 6.30 petang bagi menjalankan siasatan atas satu kematian.
“Kita menemukan satu mayat yang terbaring di atas katil, pada mulanya kematian dilihat dalam keadaan mencurigakan kerana secara kasar seolah-olah ada unsur jenayah berikutan beberapa ikatan tali pada bahagian badan mangsa.
“Namun, apabila diperiksa secara dekat, ia bukanlah satu ikatan yang boleh mematikan mangsa dan siasatan dijalankan didapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam bilik tempat kejadian,” katanya.
Katanya, susulan itu pihak polis setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian secara mengejut, lapor HM online
“Kita ada menemui satu cecair yang kita percaya boleh mengakibatkan kematian, jadi kita akan menghantar cecair itu ke jabatan kimia untuk diketahui apa kandungannya.
“Jadi, kita percaya barang kes yang dijumpai itu boleh membantu siasatan punca kematian. Mayat akan di bedah siasat esok (hari ini) untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pasir Puteh: Satu mayat reput dan berkecai yang belum diketahui jantina dijumpai oleh penduduk kampung berhampiran kebun di Bukit Yong, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, berdasarkan laporan, penduduk terhidu bau busuk ketika melalui jalan ke kebun di lokasi tersebut sebelum bertindak mencari punca bau itu lalu terjumpa mayat yang sudah reput dan berkecai kira-kira 6.30 petang.
“Susulan penemuan itu satu laporan polis telah dibuat sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Yong bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ketika ditanya mengenai dakwaan yang tular mengatakan mayat tersebut dikerat lapan, Abdullah berkata, perkara tersebut belum dapat disahkan dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Apa yang kita tahu mayat sudah reput dan kemungkinan dimakan oleh haiwan liar. Sehingga kini sepasukan anggota daripada Bahagian Forensik masih menjalankan siasatan di tempat penemuan mayat itu, lapor Bernama.
“Segala maklumat akan dimaklumkan kemudian termasuk status mayat dan jantina,” katanya dan menambah polis juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang di kawasan berkenaan, setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Lima negeri sudah memenuhi tiga nilai ambang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berkuat kuasa 5 Julai ini.
Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, lapor HM online
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri berkenaan memenuhi indikator nilai ambang kes harian terbaru, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.
“Oleh itu, dalam fasa dua membolehkan perluasan senarai positif sektor ekonomi,” katanya ketika sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan bagi pasangan jarak jauh dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagaimanapun harus mendapatkan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya percaya ramai pihak yang mahu mendengar mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah membabitkan pasangan jarak jauh. Saya sendiri ada menerima banyak rayuan berhubung perkara ini, lapor KOSMO online.
“Justeru, bagi fasa dua ini, kita akan membenarkan pasangan jarak jauh untuk merentas negeri dan daerah namun membabitkan kes kecemasan dan keperluan khas dengan mendapatkan kelulusan dari pihak polis,” katanya ketika sidang akhbar bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sekolah akan dibuka bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka namun terhad kepada kelas-kelas peperiksaan sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tertakluk kepada ketetapan takwim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) beserta penilaian risiko semasa.
“Bagi pelajar yang memerlukan untuk merentas negeri daripada semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya perlu mematuhi peraturan kuarantin yang sedang berkuat kuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar secara maya bersama bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.,lapor KOSMO online
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA- Gelagat sekumpulan petugas barisan hadapan berjoget sambil mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi menghiburkan penduduk di sebuah kawasan perumahan mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.
Video berdurasi 45 saat yang dikongsi seorang pengguna Twitter @brgsjks bukan sahaja menunjukkan petugas barisan hadapan berjoget malah tindakan mereka seolah-olah mahu memberikan semangat kepada penduduk.
Berdasarkan video terbabit, rata-rata penduduk dilihat berada di rumah masing-masing dan hanya petugas barisan hadapan sahaja berada di luar premis.
Menurut seorang pengguna Twitter, @MatYiie, dia selalu berasa benci apabila melihat orang berjoget tanpa hala tuju seperti video yang dipaparkan itu.
“Tapi bila tengok frontliners ini buat, aku rasa gembira, kagum dan sebak sebab tahu mereka bekerja lebih daripada sepatutnya. Mereka sudah terlampau penat, moga Allah mudahkan semua urusan mereka,” katanya.
@ChBursaDaughter pula menyifatkan dia berasa sebak selepas melihat usaha petugas barisan hadapan untuk mengurangkan tekanan orang awam.
“Kenapa sebak ini? Sampai macam itu sekali frontliners kita berusaha untuk tak nak bagi orang awam sedih, lapor KOSMO online.
“Kalau semua mahu tahu, nak bagi imunisasi badan kita kuat, bukanlah makanan semata-mata sebaliknya emosi juga main peranan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kawat duri yang dipasang pada sebuah tangga di Blok C PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, telah dibuang, menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Hamdan Wahid.
Hamdan berkata, dia telah membuat pengesahan terhadap apa yang berlaku dan mengarahkan langkah pembetulan dibuat.
“Kawat duri kini hanya dipasang di (aras) bawah sekali selepas exit terakhir.
“Ia tak menghalang laluan pelepasan diri (jika berlaku kebakaran),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Terdahulu, beberapa gambar memaparkan anggota tentera memasang kawat berduri di tangga perumahan awam kos rendah membangkitkan kebimbangan berkenaan risiko ancaman keselamatan dan kebakaran.
Pengguna Facebook bernama Azizul Azwar Abdul Aziz yang juga seorang arkitek, berkata sebarang halangan di tangga akan membawa risiko kepada penduduk jika berlaku kebakaran.
“Saiz, lokasi dan jumlah tangga direka dan disusun oleh arkitek bagi memastikan semua penduduk boleh keluar dari bangunan jika berlaku kebakaran,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dia juga mengongsikan tiga gambar daripada agensi berita Bernama, yang diambil di Blok C PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur semalam.
Gambar itu menunjukkan anggota tentera memasang kawat berduri di bahagian bawah tangga, yang turut menghalang akses ke alat pemadam kebakaran yang dipasang di dinding bangunan.
Azizul berkata, sekatan ke mana-mana tangga di sebuah bangunan boleh menyebabkan kesesakan di tangga lain yang tidak disekat, terutama ketika berlakunya kebakaran.
“Jika ada dua atau tiga tangga ditutup, maka kapasiti yang perlu ditanggung oleh tangga yang masih dibuka akan meningkat dan ini boleh mengakibatkan aliran keluar (dari bangunan) tergganggu akibat kesesakan.
“Lagipun semasa bangunan terbakar, tak boleh pakai lif. Mana lagi cara nak lari ke bawah?” soalnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Azizul menjelaskan yang tindakan menghalang mana-mana tangga melanggar Undang-undang Bangunan Seragam 1984.
Beberapa individu lagi turut membangkitkan kerisauan sama, antaranya pemimpin DAP Liew Chin Tong dan pakar penyakit berjangkit Dr Christopher Lee.
Menurut Bernama, kawat duri itu dipasang susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di sebahagian besar Selangor dan sejumlah kawasan di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 16 Julai ini.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata tiada kawat duri yang akan dipasang di 34 mukim yang terlibat di negeri itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata pemasangan kawat tersebut dibuat setelah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri bomba, untuk mengalang penduduk daripada keluar masuk bangunan tersebut.
Dia juga berkata terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk di blok tersebut untuk keluar sekiranya berlaku kecemasan.
“Selain itu, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan siap siaga dalam mengadapi sebarang kemungkinan.
“Sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM mampu membuka kawat duri tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Polis dan ATM juga sentiasa berada di laluan tersebut untuk memantau situasi semasa,” katanya dalam kenyataan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Raub – Hari ini bermula operasi memusnahkan kebun haram Musang King didalam HSK Batu Talam, Raub. Anggaran keluasan utk operasi ialah 250 ekar secara keseluruhannya.
Setakat ini, pasukan operasi telah berjaya menahan 4 orang yang disyaki pekerja utk pekebun-pekebun, serta menyita 2 buah kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah motorsikal yang berada dalam Hutan Simpan, lapor I ❤️ Pahang.
ADUN Teras telah turut datang ke kawasan operasi tetapi tidak masuk kedalam hutan simpan dan tidak menghalang operasi ini dijalankan.
Operasi ini diketuai oleh Pegawai Hutan Raub dibantu Pasukan Unit Penguatkuasaan (UPK) Barat dan UPK Timur dgn kekuatan anggota seramai 70 org yang turut melibatkan Team UNIFIED serta PDRM.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!