Sandakan: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari beranda rumahnya ke dalam laut di kawasan perkampungan atas air di Pulau Bai dekat sini, pagi hari ini.
Mangsa, Mohamad Fairul Iman Fairus yang berusia dua tahun itu ditemukan terapung kira-kira satu batu nautika di utara pulau berkenaan pada 6.30 pagi.
Pengarah Zon Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Maritime Sub Rescue Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi Carilamat sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 6 petang semalam.
Menurutnya, pasukan itu kemudiannya dibahagikan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan membabitkan lima aset terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan.
“Selepas membuat pencarian, mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan mayatnya dihantar ke rumah keluarga untuk pengesahan.
“Selepas keluarga mengesahkan, mayatnya dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan bersama bapanya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor HM online.
Menurutnya, operasi pencarian kemudiannya ditamatkan pada 8 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas menikam isterinya dengan sebilah pisau sehingga mati sebelum menggantung diri dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kimsar, Prai di sini hari ini.
Kejadian berkenaan disedari oleh anak lelaki pasangan itu berusia 28 tahun ketika pergi ke rumah berkenaan kira-kira pukul 3 petang apabila mendapati kedua-dua orang tuanya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, pasangan itu dipercayai berselisih faham sebelum wanita tersebut disyaki ditikam oleh suaminya.
“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berusia 54 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah di atas katil, manakala suaminya berusia 65 tahun ditemui mati tergantung di bahagian dapur.
“Siasatan lanjut mendapati tiga kesan tikaman pada dada, leher dan perut mangsa wanita, manakala sebilah pisau turut ditemui di dalam bilik tempat mayat wanita ditemui,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rahimi berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca dipercayai akibat perasaan cemburu dan perselisihan faham pasangan berkenaan, lapor KOSMO online.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Padawan: Seorang lelaki mabuk yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel ditahan selepas cuba merempuh petugas sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Batu Kawa di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.38 pagi ketika anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di SJR berkenaan cuba menahan suspek.
“Ketika diarahkan berhenti, suspek cuba melanggar anggota bertugas sehingga memaksa anggota terbabit menendang tayar depan motosikalnya sehingga suspek terjatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor HM online
Jaw Shyong berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 28 tahun itu dalam keadaan mabuk.
Katanya, suspek mengalami luka di tangan kanan akibat terjatuh dari motosikal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.
“Berdasarkan maklumat ahli keluarga, suspek mempunyai masalah mental namun polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kluang: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkap tandas wad 8B, tingkat lapan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa, Lim Sweet Peng, 55, sebelum itu, memberitahu kakitangan bertugas untuk ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya sendiri dalam tandas berkenaan.
“Pada 3.45 petang hari ini, polis menerima makluman daripada anggota bertugas pondok Hospital Kluang mengatakan ada seorang lelaki terjun dari tingkap bilik air di wad 8B (hospital berkenaan).
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu kerana menghidap masalah ulser usus dan menjalani pembedahan pada hari yang sama.
Katanya, hari ini mangsa meminta keluar wad dan pihak hospital memberi kebenaran mangsa keluar hospital pada sebelah petang.
“Sementara menunggu proses keluar wad, mangsa memberitahu hendak pergi tandas (di tingkat lapan hospital itu).
“Mangsa masuk ke tandas dan mengunci pintu dari dalam tandas serta memecahkan cermin tingkap tandas. Mangsa kemudian terjun (membunuh diri),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat si mati telah dibawa ke unit forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang.
“Permintaan bedah siasat dikeluarkan kepada pegawai perubatan untuk tentukan sebab kematian,” katanya, lapor HM online
Dalam pada itu, Low berkata, mangsa bukan pesakit Covid-19 dan punca sama ada mangsa mengalami masalah peribadi hingga nekad terjun sehingga kini masih dalam siasatan pihaknya.
Dalam pada itu, video dan gambar mangsa yang sudah terbaring dan diuruskan kakitangan hospital tular di laman sosial dan mendapat simpati masyarakat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang telah tamat sesi akademik 2020/2021 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 12 Julai ini sempena cuti semester yang bermula bulan ini hingga Oktober depan.
Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan hari ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menetapkan beberapa mekanisme kawalan pergerakan para pelajar di IPT secara berfasa bagi memastikan pergerakan mereka adalah terkawal.
Menurut kenyataan itu, bagi fasa permulaan, pergerakan pelajar hanya dibenarkan di kawasan yang tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
“Pergerakan pelajar di dalam kawasan PKPD hanya dibenarkan selepas tempoh PKPD tersebut tamat,” katanya di sini hari ini.
KPT berkata, pihaknya menetapkan kaedah pergerakan sehala pelajar iaitu menggunakan pengangkutan bas yang diselaraskan oleh IPT masing-masing dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Pergerakan pelajar menggunakan kenderaan sendiri turut dibenarkan.
“Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan merentas negeri untuk membawa pelajar pulang,” katanya.
KPT seterusnya memaklumkan bagi pelajar yang pulang ke Sabah, Sarawak dan Labuan, kos ujian calitan RT-PCR akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, lapor BH ONLINE.
“Kos kuarantin pula akan ditanggung oleh kerajaan negeri masing-masing. Aspek keselamatan dan kesihatan pelajar adalah menjadi keutamaan KPT ketika pergerakan pelajar berlangsung,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEKAS ANGGOTA RABBANI MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19
KUALA LUMPUR – Bekas anggota kumpulan Rabbani, Azizan Khalid yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin disahkan positif Covid-19.
Allahyarham yang juga pemain perkusi Rabbani dikatakan mengalami sesak nafas selepas sarapan jam 8.30 pagi dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, ujian ke atas jenazah semalam mendapati Allahyarham positif virus itu.
Katanya, jenazah dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kubur, Pantai Dalam dan diuruskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada awalnya, keluarga meminta supaya jenazah dibenarkan dikebumikan di kampungnya di Behrang, Perak.
Namun, pihak KKM tidak memberi keizinan memandangkan arwah disahkan positif.
Allah permudahkan urusan jenazah dan pihak keluarga berlembut hati mempercepatkan proses pengebumian di Pantai Dalam, tak jauh dari kediamannya,” katanya kepada Harian Metro.
Isteri Allahyarham, Dewi dan anak perempuannya, Rania juga menjalani ujian calitan dan dikuarantin selama 14 hari.
Harian Metro semalam melaporkan, Azadan berkata, Azizan tidak pernah berdepan masalah kesihatan sepanjang 30 tahun perkenalan mereka, lapor BH ONLINE.
Allahyarham menyertai Rabbani pada 1997 sebelum membuat keputusan berundur diri pada 2001.
Azizan juga difahamkan tidak mempunyai penyakit kronik, namun diserang demam sejak seminggu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya apabila undian peringkat kumpulan Olimpik Tokyo yang diadakan hari ini, memihak kepadanya.
Zii Jia, pemain pilihan kesembilan dan juara All England 202, diundi dalam Kumpulan M bersama-sama dua pemain Eropah, iaitu Brice Leverdez dari Perancis dan Artem Pochtarov dari Ukraine.
Dalam kategori beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan D dengan pilihan nombor dua dari Indonesia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, Choi Solgyu-Seo Seungjae dari Korea dan pasangan Kanada Jason Anthony Ho-Shue/Nyl Yakura.
Beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diundi dalam Kumpulan D
Pemenang pingat perak Rio 2016, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diundi dalam Kumpulan D bersama pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019 dan pilihan kedua dari China Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, Mark Lamfuss-Isabel Hettrich dari Jerman dan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.
Sementara, pemain perseorangan wanita Soniia Cheah diundi dalam Kumpulan N dengan pilihan kelima dari Thailand, Ratchanok Intanon dan Laura Sarosi dari Hungary.
Perseorangan wanita Soniia Cheah diundi dalam Kumpulan N
Bagaimanapun, laluan sukar bakal menanti pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean apabila mereka diundi dalam Kumpulan A bersama pilihan pertama, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima dari Jepun, Apriyani Rahayu-Greysia Polii dari Indonesia dan Chloe Birch-Lauren Smith dari Great Britain.
Pertandingan badminton akan bermula pada 24 Julai-2 Ogos di Musashino Forest Sport Plaza. Olimpik Tokyo akan diadakan bermula dari 23 Julai-8 Ogos.
–Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU, JOHOR: Penduduk sebuah penginapan kondominium di Tampoi, Johor Bahru gempar apabila kelibat ‘spiderman’ bebas bergerak dari satu tingkat ke tingkat lain dipercayai untuk mencuri.
Kejadian disedari penduduk kira-kira jam 4 petang semalam, sebelum beliau dapat ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Dalam video yang diambil penduduk mendapati ‘spiderman’ berkenaan naik ke tingkat 14 dari luar kediaman hingga ke tingkat 18 sebelum turun semula ke tingkat 14.
Seorang penduduk ditemui berkata, lelaki berkenaan cuba memasuki rumahnya dan mengugut akan mencederakan kalau tidak membuka ‘sliding door’ dari beranda rumahnya.
“Kebetulan ‘sliding door’ rumah saya rosak, saya dan anak cuba menutupnya dari dalam manakala pencuri berkenaan cuba membuka dan mengugut beliau ada pistol.
“Manalah kita jangka pencuri boleh naik hingga ke tingkat tinggi dari beranda ke beranda Kondominium di sini,” katanya, lapor HM online.
Beliau berkata kejadian ini menyebabkan dia satu keluarga fobia kerana betul-betul berdepan situasi menakutkan, menghalang ‘sliding door’ dari dibuka dan diugut pencuri.
Sepasukan bomba yang dipanggil berjaya menahan pencuri berkenaan sebelum polis tiba dan di bawa ke balai polis berdekatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KIBAR BENDERA PUTIH BUKAN BUDAYA ORANG KELANTAN – EXCO KELANTAN
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata amalan mengangkat bendera putih untuk meminta bantuan bukanlah budaya masyarakat Kelantan.
Menurut Adun Demit itu, perbuatan mengangkat bendera putih – sebagai isyarat mereka berdepan kesempitan hidup – adalah budaya baru dan boleh menyebabkan salah faham dalam pengagihan bantuan kerana mungkin ada pihak mengambil kesempatan.
“Jika hanya satu rumah yang kibar bendera putih, ia tidak menjadi masalah. Mungkin orang ramai boleh bagi bantuan tanpa soal jawab.
“Tapi bayangkan kalau semua rumah angkat bendera putih, hari ini kita bagi bantuan, esok pun masih tak turun-turun bendera putih… macam mana?” katanya.
Justeru kata Mumtaz untuk mendapatkan bantuan orang yang kesempitan perlu kembali kepada sistem asal iaitu memaklumkan masalah kepada jiran tetangga atau wakil keluarga.
Jiran atau ahli keluarga itu pula, katanya, akan menyampaikan khabar tersebut kepada imam mukim dan penghulu serta pemimpin-pemimpin tempatan, lapor MK.
“Kita kena balik kepada sistem yang asal, kena maklumlah kepada jiran tetangga dan orang tempatan, dan pentingnya sistem wali atau sistem keluarga yang sebenarnya boleh pergi maklum kepada tok imam dan tok penghulu.
“Dan, jika memerlukan bantuan atau tindakan segera, mereka yang ingin dibantu ini juga boleh maklum kepada pemimpin-pemimpin tempatan,” katanya.
Mumtaz menjelaskan hal itu dalam perkongsian Bicara Siasah di Facebook yang membincangkan peranan khidmat komuniti dalam pandemik Covid-19, semalam.
Dia yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan sebelum itu ditanya berkenaan isu kesusahan dan kemiskinan rakyat yang menyebabkan pengibaran bendera putih dilakukan oleh sesetengah pihak.
Pada Jun lalu, kata Mumtaz, sudah ada inisiatif kerajaan memastikan tiada golongan tercicir daripada mendapat bantuan untuk mengelakkan isu seumpama kibaran bendera putih timbul.
Katanya bantuan itu dikenali sebagai projek Jejak Amal Covid-19 Komuniti (Jack) bagi membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 sehingga wujud kumpulan ‘asnaf segera’.
Untuk rekod, kerajaan Kelantan memberi peruntukan berjumlah RM450,000 dalam projek Jack bagi memastikan bantuan dihantar kepada yang memerlukan.
Mumtaz juga mendakwa ada beberapa kes bendera putih meragukan dikesan di Kelantan.
“Beberapa kes kalau kita tengok di Kelantan, jika kita tanya kenapa angkat bendera putih, mereka kata, ada pihak yang suruh letak walaupun keperluan asas sudah ada,” jelasnya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gombak: Kebakaran mendadak sebuah kereta berhampiran sebuah kedai runcit di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di dalam kenderaan itu.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, Perodua Kancil itu dikatakan terbakar berhampiran Jalan 4/2, Bandar Baru Selayang di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.25 pagi sebelum lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.
Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil.
Pemeriksaan awal, mendapati 40 peratus bahagian dalam kereta itu musnah terbakar.
“Setelah pemadaman dilakukan, anggota bomba menemui mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk pemandu di dalam kereta itu, lapor HM online.
“Susulan itu pihak bomba menyerahkan kes kepada Unit Forensik dan polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!