MAYAT LELAKI HAMPIR REPUT DITEMUKAN TERAPUNG DI SUNGAI
Kuching: Mayat lelaki hampir reput ditemukan terapung di sungai tidak jauh dari sebuah kebun di kawasan perumahan Taman Lucy, di Kota Padawan, di sini, petang semalam.
Pemilik kebun yang terhidu bau busuk menemukan mayat berkenaan jam 3 petang sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, sepasukan forensik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) hadir di lokasi kejadian dan pemeriksaan fizikal mayat mengesahkan tiada kecederaan mencurigakan.
“Hanya terdapat kecederaan disebabkan gigitan serangga atau binatang. Identiti mangsa setakat ini masih tidak dapat disahkan, namun dipercayai seorang lelaki yang sudah berusia berdasarkan ketiadaan gigi,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor KOSMO online.
Katanya, pihak polis memohon sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga untuk tampil melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.
“Untuk pertanyaan lanjut dan mengecam mayat mangsa juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Seli di talian 013-8467757.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat,” katanya kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan lanjut dijalankan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BALING BATU RUMAH KEKASIH SELEPAS ENGGAN BERKAHWIN
KLANG – Berang teman wanita enggan berkahwin membuatkan seorang lelaki membaling batu ke tingkap rumah kekasihnya itu sehingga pecah dalam kejadian di Taman Indah di sini kelmarin.
Kejadian berlaku 3.20 petang itu disedari mangsa berusia 20 tahun sebelum melaporkannya kepada ibunya yang bekerja sebagai eksekutif dokumentasi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati wanita itu menyatakan melihat sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC warna kuning dinaiki dua lelaki di lorong belakang rumahnya.
Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah jiran mangsa mendapati suspek telah bertindak membaling batu ke arah tingkap bilik tingkat satu rumahnya sehingga pecah.
Ibu kepada wanita itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
“Bertindak hasil maklumat, tiga lelaki ditahan berusia 17 hingga 28 tahun ditahan di bawah bangunan sebuah flat di Pandamaran di sini.
“Kita turut merampas sebuah motosikal Yamaha 135LC yang digunakan suspek semasa kejadian untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Beliau menambah, siasatan awal dilakukan mendapati punca kejadian disebabkan rasa tidak puas hati salah seorang suspek berusia 23 tahun selepas teman wanitanya enggan berkahwin.
Ujar Shamsul Amar, hasil siasatan turut mendapati suspek dan kekasihnya itu telah bercinta lebih daripada tujuh tahun, lapor KOSMO online
“Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan negatif dadah. Mereka kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada kebenaran rentas negeri dibenarkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.
Beliau berkata, semua negeri kini berada dalam fasa satu dan fasa dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Saya nak beritahu yang rentas daerah, rentas negeri, di mana-mana fasa pun belum dibenarkan. Fasa satu memang tak boleh. Fasa dua pun masih tidak boleh.
“Jadi seluruh Malaysia sekarang dalam dua fasa iaitu dalam fasa satu di beberapa buah negeri dan yang berpindah ke fasa dua pun lebih kurang lapan buah negeri, lapor KOSMO online
“Jadi fasa satu atau fasa dua masih belum boleh rentas daerah ataupun negeri,” katanya selepas melakukan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU – Polis mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesam berlaku bermula pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.
Katanya, bagaimanapun, dua SJR di Pasir Puteh yang menjadi pintu masuk dari Terengganu dan Gua Musang untuk perantau dari ibu negara dilihat tiada berlaku peningkatan kemasukan kenderaan setakat ini.
“Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan di sekitar kawasan Kota Bharu juga meningkat sebanyak 15 peratus pada hari ini berbanding sebelumnya.
“Peningkatan kenderaan di Kota Bharu juga berkemungkinan orang ramai keluar untuk membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Abdullah, pemerhatian polis turut mendapati, peningkatan kenderaan yang berada di atas jalan raya di daerah Tumpat dan Machang juga meningkat lima peratus pada hari ini.
Sehubungan itu, Abdullah turut menasihatkan perantau yang pulang ke Kelantan agar menyediakan dokumen yang lengkap dengan alasan kukuh supaya tidak menimbulkan masalah ketika mereka tiba di SJR untuk ke negeri ini.
“Bagaimanapun, kita tidak menggalakkan perantau mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ketika ini.
“Seeloknya, semua perantau tidak pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUASANA PILU, TANGISAN IRINGI PENGEBUMIAN 26 MANGSA COVID-19
SHAH ALAM – Hanya tangisan dan bacaan Al-Fatihah mengiringi pemergian insan tersayang.
Itu suasana pilu di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini hari ini yang dipenuhi dengan kira-kira 30 waris jenazah pesakit Covid-19.
Bagaimanapun waris mangsa datang berperingkat dan tidak dibenarkan berkumpul beramai-ramai.
Tinjauan mendapati rata-rata waris mula berkumpul di kawasan tanah perkuburan itu sejak pukul 4 petang bagi memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga mereka.
Bagaimanapun penghantaran pertama yang membawa jenazah pesakit Covid-19 hanya tiba di tanah perkuburan pada pukul 7.40 malam manakala yang kedua tiba sekitar pukul 9.21 malam dengan diiringi anggota polis trafik.
Difahamkan kesemua 12 jenazah pesakit Covid-19 itu dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dikebumikan di sini malam ini.
Sementara itu, seorang penggali kubur berkata, seramai 14 jenazah pesakit Covid-19 terlebih dahulu telah selamat dikebumikan sejak pagi tadi sehingga pukul 5 petang.
“Hari ini paling ramai, sejak pagi tadi sudah 14 jenazah siap dikebumikan dan malam ini kita jangka lagi 12 jenazah akan dibawa ke sini.
“Untuk pesakit Covid-19, hari ini kami terima paling ramai, kalau tidak sebelum ini paling ramai pun dalam lapan atau 11 jenazah sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Namun tidak dapat disahkan sama ada kesemua 14 jenazah yang dikebumikan sebelum itu dibawa dari HTAR atau hospital lain di Lembah Klang dan Selangor.
Terdahulu persiapan dan kerja-kerja menggali lubang kubur dijalankan oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan dibantu Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Jabatan Agama Islam Selangor.
Dalam pada itu, seorang waris jenazah pesakit Covid-19, Irwan Tukiman terkilan kerana tidak dapat menatap wajah arwah bapanya buat kali terakhir.
Irwan yang bertugas sebagai juruteknik Tentera Udara Diraja Malaysia berkata, bapanya yang berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu pukul 7.52 pagi.
“Saya hanya sempat menatap wajah arwah pada Isnin ketika membuat panggilan video namun keadaannya masih tidak membimbangkan.
“Namun pada Rabu, ketika jururawat ingin menjalankan pemeriksaan rutin pada waktu pagi mendapati arwah sudah pun meninggal dunia.
“Memang terkilan sangat kerana tak dapat beri penghormatan terakhir buat arwah, tak dapat nak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak, itu yang paling saya sedih,” katanya.
Tambah Irwan, arwah bapanya itu menetap di Telok Panglima Garang dan dijaga oleh adik-beradiknya yang lain.
Katanya lagi, arwah disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas membuat ujian saringan pada 2 Julai sebelum dimasukkan ke HTAR pada 4 Julai.
Berkongsi lanjut, Irwan berkata, selain bapa, seramai 11 lagi ahli keluarganya yang menetap di dalam rumah yang sama turut dijangkiti Covid-19.
“Kesemua yang tinggal di rumah itu terkena jangkitan Covid-19, dari adik-beradik sampai lah cucu arwah. Ketika arwah berada di HTAR, mereka yang lain dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUNGUN: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut disengat seekor tebuan di kediamannya di Kampung Minda, Hulu Dungun petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Rayyan Fitri Mohd. Nazuki yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Minda Talong disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Besi.
Bapanya, Mohd. Nazuki Mat Jusoh, 42, berkata, kejadian berkenaan disedari selepas anak keduanya menangis dan hampir rebah ketika menuju ke tandas.
Katanya, mangsa sebelum itu bermain telefon bimbit bersama kakaknya, Khalis Najla, 13, di dalam bilik sebelum tebuan menyengat tangan kanannya.
“Selepas terkena sengatan itu, Rayyan Fitri mengadu sakit kepala dan badannya panas, jadi anak sulung saya menyuruhnya mandi.
“Bimbang dengan keadaannya, saya dan bapa mentua segera membawanya ke klinik yang terletak 20 kilometer dari rumah tetapi dia disahkan meninggal dunia di sana,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Dungun di sini.
Mohd. Nazuki tidak menyangka perubahan sikap Rayyan Fitri sejak dua hari kebelakangan ini terutama mendengar kata apabila disuruh mandi atau tidur menjadi petanda anaknya pergi buat selama nya, lapor Utusan Online
Dalam pada itu katanya, anak bongsunya, Darwisy Ihsan, 7, juga pernah disengat tiga ekor tebuan, tahun lalu, namun keadaannya tidak serius selepas menerima rawatan di klinik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR PUTEH: Seorang bapa empat anak tergamak merogol anak gadisnya berusia 16 tahun ketika isterinya keluar bekerja dalam kejadian di Kampung Merkang, di sini.
Kegiatan jijik itu terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek berusia 51 tahun itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata, suspek ditahan di rumahnya sebaik menerima laporan.
Katanya, mangsa tinggal bersama suspek yang juga ayah kandung bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain.
“Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogol mangsa ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.
“Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu,” katanya.
Azmir berkata, sebelum ini mangsa tidak bercerita kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan dipukul suspek, lapor BH ONLINE
Katanya, suspek ditahan dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KES RASUAH RM2 JUTA: MAHKAMAH BATALKAN SABITAN BERSALAH KU NAN
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan dalam prosiding hari ini.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta.
Keputusan majoriti dibuat oleh pengerusi Suraya Othman dan Ahmad Nasfy Yasin, yang memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil (PRK).
Seorang lagi panel, hakim Abu Bakar Jais pula membuat keputusan menolak permohonan itu.
Pada 21 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan ahli parlimen Putrajaya itu bersala menerima rasuah sebanyak RM2 juta.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM2 juta.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
Tengku Adnan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Menurut pertuduhan, Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Chai Kin Kong yang merupakan pengarah kepada Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).
Rasuah itu diterimanya melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Kesalahan itu didakwa dibuat di CIMB Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.
Ketika membaca penghakiman majoriti, Suraya berkata Mahkamah Tinggi gagal mengambil kira kegagalan pihak pendakwaan untuk memeriksa semula Chai, yang merupakan saksi utama pendakwaan, bahawa wang RM2 juta itu adalah untuk sumbangan politik kepada Umno bagi dua pilihan raya pada 2016.
“Keseluruhan kes pendakwaan (terhadap Adnan) adalah berasaskan keterangannya (Chai).
“Tiada hujahan daripada pendakwaan yang Chai adalah seorang yang tidak jujur dan tidak berkata benar…hakim gagal mengambil kira perkara itu.
“Kami dapati kegagalan dalam isu kritikal seperti ini bersamaan dengan penyalaharahan (misdirection) yang menjadikan sabitan boleh dipertikaikan,” katanya.
Suraya juga berkata, pihaknya setuju dengan peguam bela bahawa pendakwaan terikat dengan keterangan saksinya sendiri.
Katanya, ia dikukuhkan lagi dengan kegagalan pendakwaan untuk mencabar keterangan Chai yang dia menerima resit untuk RM2 juta yang disalurkan sebagai sumbangan politik kepada Umno pada 2016.
“Kami dapati bukti langsung ini tidak dicanggah atau dicabar oleh pendakwaan,” katanya lagi.
Sementara itu, Abu Bakar yang menolak rayuan tersebut berkata, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul dalam kes itu.
Dia juga menyifatkan langkah Tengku Adnan untuk bergantung kepada keterangan Chai, bahawa wang itu adalah sumbangan politik, sebagai “swadiri” (self-serving).
“Chai berkata ia (RM2 juta) adalah sumbangan politik hanya kerana Adnan beritahunya bahawa wang tersebut untuk sumbangan politik,” kata Abu Bakar.
Dia juga membangkitkan yang Tengku Adnan telah memberi keterangan bertentangan berkenaan dakwaan resit Umno untuk menunjukkan wang tersebut memang untuk sumbangan kepada parti itu.
Selepas prosiding hari ini, Adnan enggan bercakap dengan pemberita dan segera meninggalkan Istana Kehakiman di Putrajaya.
Bagaimanapun, sebaik berada di luar perkarangan, dia dilihat seperti menadah tangah untuk berdoa.
Ketika dihubungi selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Asmah Musa berkata pihaknya akan menunggu arahan sama ada untuk membuat rayuan terhadap keputusan hari ini atau tidak.
Adnan diwakili peguam Tan Hock Chuan.-Malaysiakini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANILA – Seorang lelaki Filipina yang mendakwa dirinya kebal daripada bisa ular maut selepas lidahnya dipatuk seekor ular tedung semasa cuba mencium reptilia berbisa itu, lapor akhbar The Sun semalam.
Bernardo Alvarez, 62, yang digelar Lelaki Ular, menangkap spesies Ular Tedung Filipina Udara yang sangat berbisa di sebuah rumah penduduk di Pekan Mangaldan, wilayah Pangasinan pada 9 Julai lalu.
Menurut laporan, penduduk pada mulanya bersorak apabila Alvarez berjaya menangkap ular itu namun situasi bertukar ngeri sekelip mata.
Mangsa cuba melakukan aksi mencium reptilia itu dengan meletakkan mulutnya terlalu dekat sebelum ular menggigit hujung lidahnya.
Ular tedung tersebut yang dikenali sebagai antara ular paling berbisa di dunia.
Mangsa yang terkejut dengan serangan pantas ular itu menjerit kesakitan, rebah dan menggelupur di atas tanah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
“‘Bisa ular boleh menyebabkan lumpuh seperti yang berlaku pada Alvarev.
“Apabila sistem badan lumpuh, ia akan menyebabkan mangsa tidak dapat bernafas , kandungan oksigen dalam badan terjejas dan akhirnya degupan jantung terhenti,” kata pegawai kesihatan tempatan, Dr. Anna de Guzman.
Pasukan perubatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memberi bantuan pernafasan tetapi mangsa sudah tidak lagi memberi tindak balas dan tubuhnya sudah kaku akibat kesan bisa itu.
“Mereka tidak berjaya menyelamatkannya kerana bisa terlalu kuat. Kami tidak tahu bagaimana untuk menerima kehilangannya,” kata seorang ahli keluarga Alvrez, Teresa Oca. – Agensi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOPENG – Empat individu ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian melarikan beg tangan seorang wanita ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak dekat Sungai Raia, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu disedari mangsa berusia 46 tahun setelah melihat kelibat lelaki di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Axia.
Katanya, lelaki terbabit yang sedar kehadirannya diketahui telah bertindak keluar dari kereta sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
“Ketika mangsa sedang mengisi minyak, dia ternampak bayang-bayang di dalam kereta dan terkejut apabila melihat seorang lelaki tidak dikenali berada di bahagian pemandu.
“Mangsa cuba mengejar suspek namun tidak berjaya sebelum dia menyedari beg tangan dan telefon bimbit miliknya yang diletakkan di kerusi penumpang hadapan telah hilang,” katanya di sini hari ini.
Menurut Hasron Nazri, semasa kejadian, mangsa tidak mengunci pintu kereta dan kejadian itu juga tidak dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kerana mengalami kerosakan server.
Katanya, suspek yang memakai pelitup muka dan topi kaledar itu disyaki masuk ke dalam kereta mangsa dengan cara membuka pintu hadapan sebelah pemandu yang tidak berkunci.
“Hasil siasatan sepasukan anggota dari Balai Polis Gopeng telah membuat tangkapan ke atas empat individu termasuk seorang wanita di sebuah inap desa di Kampung Sungai Itek pada pukul 12.30 tengah hari, lapor KOSMO online
“Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 29 tahun itu diberkas bersama barang yang dicuri yang telah dicam oleh mangsa dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
..
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!