RIO DE JANEIRO: Seorang wanita ditahan polis selepas didapati menyeludup masuk sejumlah dadah ke sebuah hotel di Brazil.
Lapor The Sun, Lorraine Cutier Bauer Romeiro, 19, menyembunyikan dadah tersebut pada coli dan seluar dalam yang dipakainya.
Romeiro ditahan polis kerana menyeludup masuk dadah ke sebuah kawasan yang dikenali sebagai Cracoloandia.
Polis percaya Cracoloandia merupakan salah sebuah kawasan aktiviti bagi pengedar dadah dari Sao Paulo.
Wanita berusia 19 tahun itu ditahan selepas polis mengesyaki dia menyorok sesuatu pada pakaian dalam yang dipakainya.
Dilaporkan, Romeiro ditahan bersama teman lelakinya, Andre Japones.
Menurut polis, pihaknya menemukan 15 bungkusan dadah yang disembunyikan pada coli wanita tersebut, lapor Agensi
“Sebanyak enam bungkusan dadah jenis kokain juga disembunyikan pada seluar dalam wanita itu.
“Romeiro mengaku menjadi pengedar dadah di sebuah hotel yang dikenali Hotel Avare,” katanya.
Sementara itu, polis berkata, pihaknya menemukan sebuah beg galas yang mengandungi 85 bungkusan ganja, 295 paket dan 16 pil ekstasi di hotel tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAKUL BERISI BUAH MASIH ELOK SEJAK ABAD KEEMPAT DITEMUKAN
KAHERAH: Sebuah bakul anyaman berisi buah-buahan masih kelihatan elok sejak abad keempat sebelum Masihi yang ditemukan dalam runtuhan kota Thonis-Heracleion di pesisir pantai Mesir.
Lapor The Guardian, turut ditemukan adalah ratusan artifak seramik kuno dan khazanah gangsa.
Artifak dan barangan itu tidak tersentuh sejak kota itu hilang di bawah gelombang air semasa abad kedua sebelum Masihi.
Kemudian, ia ditengggelamkan lebih jauh pada abad kelapan sebelum Masihi akibat bencana alam yang dahsyat termasuk gempa bumi.
Ahli Arkeologi Marin Perancis, Franck Goddio terkejut dengan penemuan baharu itu dan menganggapnya sebagai sesuatu yang luar biasa kerana belum pernah disentuh sejak lebih 2,000 tahun.
Katanya, bakul bersejarah itu masih dipenuhi buah doum dan anggur.
Jelasnya, bakul itu berkemungkinan diletakkan dalam bilik bawah tanah sehingga menyebabkan ia mampu bertahan sehingga hari ini, lapor AFP
Thonis-Heracleion merupakan pelabuhan terbesar Mesir sejak berabad-abad di kepulauan Mediterranean sebelum Alexander The Great mendirikan Alexandria pada 331 sebelum Masihi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menahan empat lelaki kerana bermain-main dengan ‘prank’ atau gurauan dan menakut-nakutkan pengunjung di tempat awam, lapor AFP
Saudi Gazette melaporkan, kesemuanya yang juga warga tempatan ditahan selepas video yang tular dalam media sosial menunjukkan kelakukan mereka memakai topeng dan sengaja mengganggu orang ramai.
Polis Riyadh mengenal pasti lelaki terbabit, yang berusia 20 hingga 30-an, dan telah merujuk mereka ke Pendakwaan Awam setelah ditahan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas lori pembancuh simen yang dipandunya terbabas dan terbalik ketika membuat pusingan U di jejambat pusingan U, Lebuh Raya Bukit Jalil dari arah Puchong menghala ke SIRIM, Bukit Jalil, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, mangsa yang berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati lori pembancuh simen itu dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan.
“Kejadian berlaku apabila lori berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika mahu membuat pusingan U lalu terbabas dan merempuh batu penghadang di bahagian kiri jalan, lapor KOSMO online
“Rempuhan kuat itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan mangsa yang berada di tempat duduk pemandu turut tersepit,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.
Jelasnya, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kota Kinabalu, Sabah: Seorang pembantu rumah wanita cedera parah dihempap pintu pagar besi dan kereta yang merempuh rumah majikannya di Taman Luyang di sini, pagi ini.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, wanita berusia 41 tahun itu dihempap kira-kira 10 minit oleh pintu pagar besi dan kereta Proton Saga berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.
Katanya, enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta hilang kawalan yang melanggar pagar rumah kemudiannya menghempap seorang wanita.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor HM online
Affendy berkata, pasukan operasi terpaksa menggunakan alat pemotong khas bagi mengalihkan pagar besi yang menghempap mangsa.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi. Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 47 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DICERAI DALAM PANTANG HANYA KERANA BUKU KLINIK KOYAK
NILAI,N9: Dugaan buat seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini apabila dia diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya berumur empat dan dua tahun serta bayi berusia 17 hari.
Wanita kelahiran Sabah itu diceraikan suami pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak lelakinya.
Menurutnya, dia tidak menyangka diceraikan hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.
“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.
“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Isnin.
Wanita tersebut turut menerima kunjungan Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa.
Semarak Resource Centre merupakan pusat komuniti flat berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, penceraian berkenaan merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 2018, bagaimanapun dirujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.
Jelasnya, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu, mereka tidak mempunyai banyak masalah.
“Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19,” katanya.
Wanita tabah itu berkata, dia tidak lagi mahu mengenangkan apa yang berlaku dan mahu membuka buku baharu demi anak-anaknya.
Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi masalah kepadanya ketika ini adalah untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini bergantung sepenuhnya kepada suami.
Sementara itu, Muzaliza berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk melihat keadaan keluarga itu dengan lebih dekat, dalam masa sama beliau turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban keluarga tersebut.
“Dari segi barangan makanan dan keperluan, ia mencukupi buat masa ini tetapi apa yang jadi kebimbangannya ialah bayaran bulanan sewa rumah dan bil utiliti yang perlu ditanggung selepas ini,” katanya, lapor SINAR HARIAN
Bagi mereka yang mahu membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FOTO : Arwah Emellia Mat Husin, 37, meninggalkan tiga orang cahaya mata yang masih kecil, iaitu Aleesya Annabella, 11, Adriana Maisarah, 5, dan Muhammad Hayat Irfan, 2, manakala anak sulung Ainin Sofiya, 21, dan anak kedua Ainin Syafina, 16.
PETALING JAYA: Lima beradik di Kampung Bukit Depu, Terengganu dirundung kesedihan selepas ibu yang merupakan satu-satunya tempat mereka bergantung hidup dan bermanja kini telah pergi buat selama-lamanya.
Emellia Mat Husin, 37, yang juga seorang ibu tunggal dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru awal pagi semalam.
https://37b37d5f43f09caede02d6c7982f2b54.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Lebih memilukan, arwah pergi meninggalkan lima cahaya mata, iaitu Ainin Sofiya, 21; Ainin Syafina, 16; dan tiga lagi yang masih kecil, iaitu Aleesya Annabella, 11; Adriana Maisarah, 5, dan Muhammad Hayat Irfan yang baru berusia dua tahun.
Anak sulung, Ainin yang kini menetap di Kuala Lumpur dan sudah berkahwin berkata, sebelum ibunya meninggal, dia menyedari arwah mula berubah sikap seperti keanak-anakan, mengidam makanan dan memintanya pulang ke Terengganu.
“Minta saya balik untuk menjenguknya dan kami selalu buat panggilan nampak perubahan apabila mata dan muka arwah sudah berubah,” katanya kepada FMT.
Ainin berkata, ibunya adalah bekas pesakit kanser tiroid, namun keadaan kesihatannya semakin merosot dan kerap keluar masuk hospital hingga terpaksa berhenti kerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya.
Berkongsi detik-detik sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, Ainin berkata, ketika itu adik bongsu sudah tidur manakala tiga adiknya yang lain tidak henti-henti mengurut kaki arwah yang tiba-tiba kejang.
“Arwah turut mengalirkan air mata menahan kesakitan dan adik-adik bertambah panik apabila muka mama bertukar warna sebelum tiba-tiba rebah meninggal dunia ketika duduk bersandar pada tilam,” katanya.
Ainin berkata, pada pukul 2 pagi semalam dia dihubungi adik memaklumkan ibu sudah meninggal membuatkannya segera bergegas pulang untuk menatap wajah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara.
Difahamkan, empat beradik itu akan dibawa berpindah ke Chenor, Pahang untuk tinggal bersama nenek mereka, Faridah Endut, berusia 63 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Gara-gara menunjukkan kemaluan pada seorang wanita dan mengejarnya, seorang pekerja besi buruk dihukum penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu terhadap R.Premkumar, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara iyu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Julai lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh itu didapati mendatangkan kegusaran kepada seorang wanita berusia 30 tahun dengan membuka seluar, menunjukkan kemaluan dan mengejar wanita tersebut.
Kesalahan dilakukan di sebuah jalan di Pusat Bandar Puchong di sini pada pukul 1 tengahari pada 27 Julai lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan kesalahan memgikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mampu membayar denda.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika mangsa bersama seorang lagi individu sedang berniaga di tepi jalan, didatangi tertuduh dalam keadaan mabuk sambil meminta wang.
Selepas mendapati mangsa tidak mengendahkannya, tertuduh kemudian bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa.
Mangsa yang takut telah melarikan diri namun dikejar tertuduh. Nasib mangsa baik apabila pada masa sama berjaya meminta bantuan daripada dua anggota polis yang ketika itu melakukan rondaan di kawasan tersebut. -K!ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UNSUR MANIPULASI DALAM ULASAN BERKAITAN PROKLAMASI DARURAT
KUANTAN: Merujuk beberapa ulasan dibuat dan disiarkan media tempatan berkaitan isu Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat 2021, didapati ulasan berkenaan tidak dalam konteks sebenar, sebaliknya ada unsur atau berbaur manipulasi.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terkini ulasan oleh Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran yang pada hematnya ia sengaja dimanipulasi sehingga lebih menjurus kepada suatu ‘kenyataan politik’ demi manfaat politik.
“Saya tidak mahu mengulas satu persatu terhadap ulasan beliau (Vigneswaran), tetapi cukuplah dengan maklum balas saya kepada beberapa perkara yang dibangkitkannya.
“Disebutnya tentang Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai fungsi Yang di-Pertuan Agong yang perlu bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri.
“Lalu beliau mendakwa betapa dalam keadaan sekarang menerusi beberapa titah telah dikeluarkan, Seri Paduka pula yang bertindak menasihati Jemaah Menteri tentang perkara yang perlu dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata, dalam hal tersebut sebenarnya, ‘nasihat’ di bawah Perkara 40 (1) adalah tidak mutlak.
“Perkara 40 (2) ada termaktub bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara Seri Paduka pada melaksanakan beberapa fungsi.
“Antaranya, meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja yang semata-mata berkenaan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.
“Berkenaan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat 2021 itu sendiri, telah termaktub secara jelas betapa dalam soal untuk membatalkannya, ia hendaklah dibentang dan dibahaskan dalam Parlimen terlebih dahulu.
“Inilah juga yang dititahkan oleh Seri Paduka pada perbincangan secara maya dengan wakil Kerajaan Pusat dan Peguam Negara pada 24 Julai lalu,” katanya.
Beliau berkata, kedua-duanya digubal dan dimaktubkan oleh Kerajaan Pusat maka menjadi tanggungjawabnya jugalah untuk memastikan setiap apa yang termaktub, dilaksanakan termasuk dalam hal mengemukakannya ke Parlimen untuk perbahasan dan kelulusan.
Jelasnya, ini adalah keperluan kerana tanpa ia dikemukakan kepada Parlimen untuk dibahas dan dilulus pembatalannya, apa juga perkara terkandung dalam Ordinan Darurat 2021 khususnya, akan kekal berkuat kuasa untuk selama enam bulan akan datang.
“Mengenai pertikaian Vigneswaran – ‘why is dirty linen being washed in public..’ merujuk kepada Seri Paduka dan Kerajaan Pusat, ia bukanlah persoalan pokok, lapor Utusan Online
“Yang utamanya ialah, rakyat perlu turut diberi kesedaran dan mereka juga berhak mengetahui perkara sebenar tanpa selindung mengenai isu yang diperkatakan sekarang,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan seorang aktivis dipaksa bogel dan membuka pakaian dalam ketika berada dalam pusat tahanan.
Dakwaan seorang aktivis dikatakan ‘dipaksa bogel, buka pakaian dalam’ ketika Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penahanan wanita berusia 20 tahun itu adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lokap.
Katanya, aktivis itu ditahan bersabit akaun Twitter MISI, solidariti dikendalikannya di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan ditempatkan di lokap Jinjang pada pukul 7 malam, Khamis lalu.
Ujar beliau, sebelum dimasukkan ke dalam sel lokap, setiap tahanan akan dibawa ke dalam bilik khas untuk diperiksa oleh petugas lokap yang mana untuk kes ini adalah anggota lokap wanita bagi memastikan tiada sebarang kecederaan fizikal serta tiada barang salah dibawa masuk.
“Seterusnya dia telah menukar pakaiannya kepada pakaian lokap berwarna ungu malah proses ini dilakukan di dalam bilik khas yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.
“Proses penempatan beliau ke dalam lokap adalah menepati prosedur yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Lokap 1953 (L.N.328/1953) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A118,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Eng Lai berkata, sepanjang penahanannya di dalam lokap, SOP lokap dipatuhi sepenuhnya.
Jelas beliau, sel lokap beliau hanya ditempatkan petugas dan tahanan wanita sahaja, lapor Utusan Online
“Petugas atau tahanan lelaki adalah tidak dibenarkan lalu atau masuk ke kawasan tersebut sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis 12.30 tenga malam, 30 Julai.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegusaran
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!