Manjung: Pergaduhan antara dua jiran berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dipercayai ditetak di perkarangan sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas, Beruas, di sini, semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 40-an ditetak dengan parang di kepala dan kaki oleh jirannya iaitu lelaki berusia 40-an.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian dipercayai bermula dengan pergaduhan antara dua lelaki berkenaan yang berjiran.
Katanya, sebelum itu, suspek didakwa menampar anak mangsa menyebabkan lelaki berkenaan datang berbincang dengan suspek.
“Berlaku pertelingkahan antara mereka. Suspek kemudian menetak mangsa dengan parang di kepala dan kaki.
“Bagaimanapun, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan lanjut. Parang yang digunakan dalam kejadian itu juga sudah ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, suspek ditahan di rumahnya pada hari sama untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI NYARIS MAUT, MYVI BERPUSING SEBELUM TERBABAS
MELAKA – Seorang pemuda ‘berselisih’ ajal selepas kereta Myvi dipandu berpusing beberapa kali sebelum merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Taman Paya Rumput Indah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kria-kira pukul 8 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun bagaimanapun mengalami kecederaan di kepala serta dada selepas tersepit di bahagian pemandu.
Seorang saksi yang ingin dikenali sebagai Mah Salleh, 60, berkata, ketika kejadian dia dan suaminya sedang berniaga sarapan pagi di hadapan rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
“Kami nampak kereta dia (mangsa) berpusing, bukan sekali tetapi beberapa kali sebelum melanggar pokok di bahu jalan.
“Suami kemudian bergegas memanggil jiran untuk sama-sama membantu mangsa, manakala saya menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut dia berkata, mangsa pada awalnya dilihat tidak bergerak, namun apabila penduduk kampung mendekati kenderaan tersebut untuk memeriksa keadaanya, lelaki berkenaan akhirnya menunjukkan respon.
Tambahnya, kereta tersebut mungkin berpusing disebabkan keadaan jalan yang licin ekoran cuaca hujan sebelum kejadian.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penguasa Kanan Bomba (PBK) II Roslan Manas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.12 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, lapor KOSMO online.
“Setiba di lokasi, kita mendapati mangsa tersepit di bahagian pemandu dengan keadaan mengalami kecederaan di kepala dan dada.
“Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pemotong hidraulik bagi merenggangkan pintu pemandu yang remuk untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KES RASUAH KLIA, PEGAWAI IMIGRESEN WANITA DIDENDA RM3,000
Shah Alam: Seorang pegawai Imigresen didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tidak melaporkan tawaran rasuah RM25,000 bagi melepaskan kemasukan 80 warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2017.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Azma Azmin, 39, dan memerintahkan wanita itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Rozilah juga menasihati tertuduh tidak mengulangi jenayah rasuah kerana ia memberi impak besar kepada masyarakat dan negara serta berharap hukuman itu memberi keinsafan kepada tertuduh.
“Saya mahu kamu faham perkara ini serius, kamu boleh cegah apa yang berlaku. Bukannya (melepaskan) seorang tetapi 80 orang warga asing,” kata Rozilah kepada wanita itu yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.
Mengikut pertuduhan, Noor Azma yang bertugas sebagai pegawai Imigresen di Bahagian Kawalan Operasi, Balai Ketibaan KLIA ditawarkan wang suapan berjumlah RM25,000 secara tunai daripada seorang wanita sebagai upah membantu melepaskan warganegara China dan Pakistan dari sebarang tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Ia melanggar peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan tawaran suapan kepada pihak SPRM atau polis.
Noor Azma melakukan kesalahan itu di bangunan terminal KLIA, Sepang pada 2017 mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu peguam Norliana Ali Othman yang mewakili tertuduh merayu hukuman minimum atas alasan suami tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap dan menanggung tiga anak berumur empat bulan hingga lima tahun.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd ‘Afif Mohd Ali memohon hukuman setimpal kerana kegiatan rasuah adalah satu kesalahan termasuk apabila gagal melaporkannya dan sebarang ketirisan memberi kesan kepada negara.
Berdasarkan fakta kes, Noor Azma yang berkhidmat di Jabatan Imigresen sejak 28 Oktober 2008 ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan masuk dan keluar penumpang warganegara, penduduk tetap dan warganegara asing di kaunter pemeriksaan Imigresen di KLIA, lapor Bernama
Tertuduh ditawarkan rasuah RM25,000 untuk melepaskan 80 orang warganegara China dan Pakistan yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan gagal melaporkan kegiatan rasuah itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Kira-kira 200 penduduk Jalan Kemboja di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, di sini, kecewa dengan ‘banjir najis’ yang melanda kawasan mereka setiap kali hujan lebat kebelakangan ini.
Penduduk, Abdul Afiq Ismail, 27, berkata ia berpunca daripada sistem saliran yang tersumbat sejak pengubahsuaian struktur bangunan dilakukan pada deretan kedai berhadapan kediaman mereka.
Dia mendakwa pengubahsuaian dipercayai dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) dan membabitkan penambahan struktur premis di atas parit di kawasan itu hingga menyekat saliran air.
“Malah, beberapa premis juga didapati menyalurkan air kumbahan terus ke longkang. Terbaharu, dua kali banjir kilat dalam tempoh seminggu lalu dengan air naik sehingga paras pinggang dan turut masuk ke dalam rumah di kawasan rendah.
“Lebih menjijikkan, air banjir itu bercampur air kumbahan yang meloyakan selain dikhuatiri menjejaskan kesihatan ramai,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Suriani Osman, 59, berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seharusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ‘banjir najis’ yang melanda penempatan mereka kerana ia menimbulkan tekanan kepada penduduk yang sudah lebih 40 tahun menetap di kawasan itu, lapor BH ONLINE
“Banjir kilat ini luar biasa kerana bercampur air kumbahan dan turut mengakibatkan keluarga saya menanggung kerugian apabila barangan elektrik rosak dicemari air banjir.
“Kerja membersihkan kesan banjir juga memakan masa dan menimbulkan kesulitan, terutama dalam kalangan penghuni yang terdiri daripada warga emas. Kami berharap sistem saliran di kawasan perumahan ini diselenggara dengan baik demi keselesaan penduduk,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBJB, Abd Jalil Tasliman ketika dihubungi, berkata pihaknya akan mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mengeluarkan notis perobohan struktur tertentu pada deretan kedai berhampiran yang diubah suai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Seorang ibu bersama anak perempuannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di laluan bertingkat Skudai, di sini, pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Haizrul Rahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.31 pagi, sebelum sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba, terdapat sebuah kereta Proton Wira dipercayai dari arah Skudai menghala Lebuh Raya Pesisir Pantai Iskandar terbabas dan jatuh ke dalam gaung pada kedalaman 10 meter.
“Ketika anggota bomba tiba, mangsa berusia 56 tahun dan pemandu berusia 25 tahun itu selamat, sebelum mereka dikeluarkan dan diberi rawatan awal, lapor BH ONLINE
“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 10.03 pagi tadi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA EMAS GANTUNG DIRI DI POKOK MANGGA SEBELUM MAGRIB
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas menggntung drinya di sebatang pokok mangga di Kampung Melaka Pindah di sini, hari ini.
Mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7 malam tadi sebelum mayatnya diturunkan dengan bantuan pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, panggilan kecemasan diterima daripada anggota polis pada pukul 7.19 petang.
Katanya, sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.
“Apabila tiba di lokasi, terdapat satu mayat lelaki dalam keadaan terg*ntung di sebatang pokok mangga yang terletak berhampiran sebuah stor di hadapan rumahnya.
“Mayat diturun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Mengulas lanjut, beliau menambah, difahamkan, mangsa adalah seorang warga Indonesia yang mendapat taraf pemastautin tetap di negara ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, lapor Utusan Online.
“Siasatan masih diteruskan, namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Terdahulu, satu mesej turut tular di aplikasi WhatsApp sejak pukul 7 malam tadi mengenai kejadian seorang lelaki dipercayai bilal di Kampung Melaka Pindah bertindak menggntung dri di sebatang pokok.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUAMI ISTERI DITAHAN MILIKI DADAH LEBIH RM2.09 JUTA
Pasir Mas: Sepasang suami isteri ditahan polis susulan rampasan dadah jenis heroin base dan pil kuda bernilai lebih RM2.09 juta hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, di sini, Ahad lalu.
Serbuan jam 1.20 tengah hari itu, pihak polis menemukan dadah jenis heroin base seberat 13.295 kilogram (kg) bernilai lebih RM1.2 juta serta 86,000 biji pil kuda berjumlah RM860,000.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tangkapan itu hasil kerjasama anggota daripada Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Katanya, ketika kejadian, polis menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di tepi jalan dibawa ke rumahnya tidak jauh dari lokasi penahanan.
“Sebaik sampai di rumah berkenaan, terdapat seorang wanita yang juga isteri suspek warga Thailand berusia 23 tahun. Pemeriksaan dilakukan kemudian menemukan semua dadah terbabit dalam bungkusan serta beg berwarna biru di salah sebuah bilik, lapor HM online.
“Selain itu, hasil pemeriksan juga mendapati isteri suspek mempunyai dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh. Pasangan suami isteri berkenaan ditahan, manakala sebuah kereta jenis Proton Satria serta motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz turut disita.
“Kedua-dua suspek ditahan selama tujuh hari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori,” katanya dalam sidang media di IPD Pasir Mas, di sini, hari ini
Shafien berkata, pihaknya percaya suspek bekerja sebagai pemandu lori itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah yang sudah ditumpaskan polis terlebih dahulu dan siasatan mendapati semua dadah itu untuk pasaran ke selatan tanah air.
“Semua bekalan barangan terlarang ini dijangka mampu dibekalkan kepada 43,000 penagih bagi pil kuda, manakala untuk dadah jenis heroin base pula, boleh menampung 810,000 penagih.
“Semakan laporan mendapati pasangan ini turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalah gunaan dadah dan kita mengesyaki dadah dibawa masuk daripada negara jiran melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA KE TALI GANTUNG, BUNUH RAKAN GARA-GARA BEREBUT TELUR PENYU
KUALA TERENGGANU: Dua pemungut telur penyu dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka dengan memukul menggunakan kayu dan dan topi keledar lima tahun lalu.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizol Aznan Muhamad, 40, dan Mohd Riduan Ismail, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, laporan forensik jelas menunjukkan kecederaan di kepala, leher, dada dan perut berpadanan dengan kayu dan topi keledar yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Razak Abdullah yang ketika kejadian berusia 45 tahun di tepi pantai Geliga berhadapan sebuah sekolah di Chukai, Kemaman, jam 7 pagi pada 3 Jun 2016.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Sementara itu, tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail dan Masliela Ismail.
Dalam kejadian itu, dua tertuduh berselisih faham dengan seorang lelaki juga pemungut telur penyu.
Mangsa yang berada di lokasi menegur tindakan itu menyebabkan dua tertuduh bertindak agresif dengan memukul mangsa menggunakan kayu dan topi keledar, lapor HM online
Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di leher, kepala, dada dan perut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOPENG : Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar dileher dipercayai dibunuh oleh suaminya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya, dekat sini pada Isnin.
Mangsa berusia 74 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di bilik tingkat bawah rumah dua tingkat itu oleh cucunya sekitar jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, cucu lelaki mangsa berusia 26 tahun memaklumkan telah menerima panggilan daripada datuknya mengatakan bahawa neneknya telah meninggal dunia.
Menurutnya, dengan perkhabaran itu, dia bersama ibu dan adiknya telah pergi ke rumah terbabit dan melihat mangsa sudah tidak sedarkan diri dengan kesan kelar di leher.
“Mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lumpuh separuh badan tinggal berdua bersama suaminya yang berusia 72 tahun di rumah berkenaan.
“Pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesan pecah masuk di tempat kejadian.
“Bagaimanapun pemeriksaan ke atas mangsa menjumpai kesan kelar di bahagian leher, turut ditemui sebilah pisau yang diletakkan di tepi mayat dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya.
Beliau berkata, cucu mangsa ketika tiba di rumah itu memberitahu ada menemui datuknya di pintu bilik dan lelaki itu mengatakan bahawa dia juga mahu mati.
Katanya, polis telah menahan suami mangsa itu serta merampas senjata ditemui iaitu sebilah pisau berulu kayu bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor KOSMO online
“Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Rabu dan setakat ini motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI WARGA EMAS DITAHAN HINA MENTERI BESAR KEDAH
Sungai Petani: Seorang lelaki warga emas yang memuat naik video menghina Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor di laman sosial Facebook (FB), baru-baru ini, ditahan polis di Lenggeng, Negeri Sembilan awal pagi hari ini.
Lelaki berusia 61 tahun terbabit ditahan pada 3.57 pagi susulan laporan polis yang dibuat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu yang menggunakan akaun ‘Kamal Hero Malaya’ di Facebook dipercayai memuat naik video berdurasi kira-kira sembilan minit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Muhammad Sanusi.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian berjaya mengesan dan menahan lelaki itu di rumahnya.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas telefon bimbit milik lelaki itu dan pemeriksaan mendapati dia turut memiliki rekod lampau yang masih disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Lelaki itu kini direman dan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Kami akan lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Difahamkan, suspek yang dibawa ke IPD Kuala Muda dalam keterangan awalnya mengaku memuat naik naik video berkenaan, lapor HM online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!