Angkasa memperkasa koperasi Vanilla Temerloh
Angkasa memperkasa koperasi Vanilla Temerloh
TEMERLOH – Koperasi Vanilla Temerloh dijenamakan sebagai hab pengumpulan sekali gus koperasi tunggal membeli vanilla basah kering dan diproses sebagai galakan pengembangan industri vanilla di negara ini.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, vanilla satu industri baharu negara yang berpotensi besar dalam menjana pendapatan tinggi kepada gerakan koperasi.
Tegasnya, Koperasi Vanila Temerloh yang ditubuhkan pada tahun 2020 tetapi terjejas dua tahun masa Covid-19 melanda negara perlu diperkasakan semula berikutan tanaman vanila atau nama saintifiknya planifolia andrews mendapat permintaan tinggi.
Untuk memperkasakan semula koperasi vanilla temerloh yang telah ditubuhkan pada tahun 2020 untuk kita luaskan lagi aktiviti aktiviti termasuk diperngkat tanaman iaitu kita memberi latihan kepada bakal bakal pengusaha vanilla dan dalam masa yang sama kita akan membeli balik hasil vanilla daripada vanilla kepada ahli ahli koperasi .
“ Angkasa dan Suruhanjaya Koperasi ( SKM) menjadi rakan strategik kepada Koperasi Vanila Temerloh bagi menarik lebih ramai penanam persendirian menjadi ahli, meluaskan lagi tanaman dan menjual produk kepada koperasi ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program perbincangan bersepadu bagi kebolehlaksanaan Projek Banilla Dalam Angkasa Negeri Pahang Tengah di Amani Vanilla Temerloh di Kampung Bangau Parit di temerloh ,Pahang .
Menurutnya Malaysia mengimport hasil vanila cukup besar iaitu kira-kira RM800 juta tahun lepas yang membuktikan potensi tanaman vanilla masih luas dan menguntungkan.
Tambah beliau, Koperasi Vanila Temerloh dilihat sebagai katalis bagi menyokong dan meluaskan aktiviti tanaman, latihan, seminar khidmat nasihat dan ejen pembekal input pertanian.
Menurutnya, koperasi akan beli balik hasil vanilla dari ahli koperasi sama ada secara vanilla mentah, kering atau sudah diproses dengan harga pasaran antara RM800 hingga RM1,000 sekilogram.
Menurut Abdul Fattah, masyarakat sebenarnya sangat biasa dengan vanilla kerana ia ada di dalam hampir semua produk makanan khususnya hidangan pencuci mulut dan minuman seperti aiskrim, cokelat, minuman berperisa, susu bayi, kopi termasuk kosmetik.
Beliau menggesa lebih 600 orang yang pernah mengikuti kursus dan seminar penanaman vanila dari pengurus Koperasi Vanilla Temerloh M Feisal Mohamad Norawi,39, dapat segera menceburkan diri dalam industri tanaman vanilla.-SAHIH