Kembara MyPesara 2026 Permudah Urusan Persaraan di Tiga Daerah Pahang
Kembara MyPesara 2026 Permudah Urusan Persaraan di Tiga Daerah Pahang
JERANTUT – Pesara kerajaan di Pahang berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan persaraan menerusi Program Kembara MyPesara Edisi 2026 yang akan berlangsung di Raub, Jerantut dan Temerloh bermula 30 Jun hingga 2 Julai ini.
Program anjuran pihak pengurusan pencen itu bertujuan memudahkan pesara mendapatkan khidmat secara bersemuka tanpa perlu hadir ke pejabat berkaitan.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pertukaran kad pesara, khidmat nasihat mengenai pencen dan persaraan, bantuan penggunaan aplikasi MyPesara, penghantaran borang serta kemas kini maklumat persaraan.
Orang ramai, khususnya pesara kerajaan, dijemput hadir secara walk-in ke lokasi program mengikut jadual berikut:
- 30 Jun 2026 (Selasa) – Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Raub, 9 pagi hingga 1 petang.
- 1 Julai 2026 (Rabu) – Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut, 9 pagi hingga 1 petang.
- 2 Julai 2026 (Khamis) – Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, 2 petang hingga 5.30 petang.
Penganjur berharap pesara di ketiga-tiga daerah berkenaan mengambil peluang menghadiri program tersebut bagi mendapatkan penerangan dan menyelesaikan sebarang urusan berkaitan persaraan dengan lebih mudah dan cepat.
Hebahan turut dibuat kepada semua cawangan daerah bagi memastikan lebih ramai pesara mengetahui penganjuran program berkenaan dan dapat memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan.-SAHIH.
