ANGKASA perkukuh hubungan perdagangan koperasi di peringkat global
ANGKASA perkukuh hubungan perdagangan koperasi di peringkat global
XI’AN, China: Mesyuarat ICA Asia and Pacific Trade & Business Committee Meeting and Asia Pacific Cooperative Market Access Forum 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan perdagangan koperasi di peringkat antarabangsa di Sofitel Xi’an on Renmin Square, di sini, semalam.
Mesyuarat itu menghimpunkan wakil koperasi serantau dan antarabangsa bagi membincangkan usaha memperluas akses pasaran, memperkukuh jaringan perniagaan serta meningkatkan daya saing koperasi dalam landskap ekonomi global.
Seramai 23 anggota jawatankuasa hadir secara fizikal dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dengan dibantu Setiausaha Jawatankuasa, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed.
Dalam ucapannya, Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menzahirkan penghargaan kepada pihak tuan rumah, All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) atas layanan mesra serta penganjuran program itu.
Beliau berkata, penyertaan ahli jawatankuasa daripada pelbagai negara mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama perdagangan koperasi serta membuka peluang baharu untuk memperluas jaringan perniagaan di peringkat global.
Katanya, mesyuarat itu turut menjadi platform menyelaras hala tuju strategik koperasi serantau, khususnya dalam memperkasa akses pasaran dan memperkukuh ekosistem perdagangan koperasi yang mampan, inklusif serta berdaya tahan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.
Mesyuarat itu membentangkan sembilan agenda termasuk pengesahan minit mesyuarat di Colombo, Sri Lanka pada 25 November 2025, pembentangan kemas kini Trade & Business Platform, perancangan aktiviti 2026 serta perbincangan tarikh dan lokasi mesyuarat ICA-AP seterusnya.-SAHIH
