Hasrul Nizam Angkat Tugas Pengarah Baharu Felda Wilayah Jengka
Hasrul Nizam Angkat Tugas Pengarah Baharu Felda Wilayah Jengka
BENTONG : Felda Wilayah Jengka menerima Pengarah baharu, Encik Hasrul Nizam Hassan, bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan dan memperkukuh hala tuju pembangunan wilayah itu selepas pertukaran serta persaraan beberapa pegawai kanan Felda.
Di dalam Majlis Setulus Budi, Seindah Kenangan yang berlangsung di Geo Hotel & Resort di sini, kelmarin, bagi menghargai jasa serta sumbangan barisan kepimpinan terdahulu yang banyak mencorakkan kejayaan Wilayah Jengka.
Majlis berkenaan turut dihadiri barisan pengurusan termasuk Encik Tarmizi Lee, Encik Muhammad Ismail, Encik Hazlin Abdullah dan Encik Muhammad Tamrin Zakaria.
Dalam ucapannya, Encik Tarmizi Lee memohon maaf kepada semua yang diraikan kerana majlis itu diadakan agak lewat berbanding kebiasaan, namun berharap penganjurannya tetap membawa makna besar kepada semua yang terlibat.

“Kita bukan sahaja meraikan tamatnya satu tempoh perkhidmatan, tetapi juga meraikan sebuah legasi terutama mantan pengarah wilayah yang amat disayangi,” katanya.
Beliau turut menyifatkan mantan Pengarah Wilayah Jengka sebagai individu yang banyak berjasa dan dekat di hati warga kerja, malah hubungan persahabatan mereka telah terjalin sejak awal perkhidmatan.
Katanya, pengalaman bekerja bersama di beberapa wilayah termasuk Terolak membuktikan keupayaan pemimpin berkenaan yang berwibawa serta sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap pembangunan Felda.
Menurut beliau, sepanjang tempoh itu Felda Wilayah Jengka turut mencatat beberapa kejayaan penting termasuk kejayaan rancangan Felda Jengka 25 memenangi Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF), selain kejayaan mengurangkan masalah serangan tikus yang sekian lama membelenggu wilayah tersebut.

Tambahnya, kejayaan itu dicapai hasil sokongan pengurusan tertinggi Felda termasuk dana khas yang disalurkan bagi melaksanakan program kawalan tikus secara bersepadu.
Majlis berakhir dalam suasana penuh penghargaan dan kenangan buat semua yang diraikan.-SAHIH
