ECRL bakal jadi Hero baharu pada 2027
Foto : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melihat model tren ECRL di Karnival Aspirasi Pahang 1st Tahun 2025 Peringkat Daerah Temerloh di Padang Awam Desa Baru Purun, Kerdau.
ECRL bakal jadi Hero baharu pada 2027
Projek East Coast Rail Link (ECRL) dibangunkan menggunakan landasan berkembar (double track) yang membolehkan pergerakan tren dua hala secara serentak, sekali gus meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan operasi.
Projek ini digerakkan dengan enam set gerabak bagi setiap tren dan dilengkapi empat stesen pertukaran yang menghubungkan rangkaian rel sedia ada.
Secara keseluruhan, ECRL melibatkan 20 stesen penumpang dan kargo dengan jangkaan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027.
Bagi operasi, tren penumpang ECRL direka untuk mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam, manakala tren kargo pula beroperasi pada kelajuan 80 kilometer sejam.
Kapasiti setiap tren penumpang dianggarkan mampu membawa sehingga 430 penumpang bagi satu-satu perjalanan.
Jumlah keseluruhan jajaran ECRL ialah 665 kilometer, merangkumi 592 kilometer jajaran utama, 48 kilometer jajaran sisihan, serta 25 kilometer laluan sambungan ke Northport dan Westport.
Projek ini turut menyediakan sambungan strategik dengan rangkaian rel lain termasuk Keretapi Tanah Melayu (KTM) ETS, KTM Komuter dan LRT.
Dari segi masa perjalanan, ECRL dijangka memendekkan tempoh perjalanan dari Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ke Kota Bharu, Kelantan kepada kira-kira empat jam, sekali gus menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi, logistik dan mobiliti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.ECRL bakal jadi Hero baharu pada 2027
Projek East Coast Rail Link (ECRL) dibangunkan menggunakan landasan berkembar (double track) yang membolehkan pergerakan tren dua hala secara serentak, sekali gus meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan operasi.
Projek ini digerakkan dengan enam set gerabak bagi setiap tren dan dilengkapi empat stesen pertukaran yang menghubungkan rangkaian rel sedia ada.
Secara keseluruhan, ECRL melibatkan 20 stesen penumpang dan kargo dengan jangkaan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027.
Bagi operasi, tren penumpang ECRL direka untuk mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam, manakala tren kargo pula beroperasi pada kelajuan 80 kilometer sejam.
Kapasiti setiap tren penumpang dianggarkan mampu membawa sehingga 430 penumpang bagi satu-satu perjalanan.
Jumlah keseluruhan jajaran ECRL ialah 665 kilometer, merangkumi 592 kilometer jajaran utama, 48 kilometer jajaran sisihan, serta 25 kilometer laluan sambungan ke Northport dan Westport.
Projek ini turut menyediakan sambungan strategik dengan rangkaian rel lain termasuk Keretapi Tanah Melayu (KTM) ETS, KTM Komuter dan LRT.
Dari segi masa perjalanan, ECRL dijangka memendekkan tempoh perjalanan dari Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ke Kota Bharu, Kelantan kepada kira-kira empat jam, sekali gus menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi, logistik dan mobiliti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.-SAHIH.
