28 ditahan sertai parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands
28 ditahan sertai parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands
KUANTAN : Dua puluh lapan individu ditahan kerana terlibat dalam sebuah parti liar yang diadakan di sebuah banglo di Genting Highlands, kira-kira jam 4.00 petang, pada Isnin.
Dalam sebuan itu oleh anggota dan pengawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, berkaya memberkas seramai 19 orang lelaki dan 9 perempuan kesemuanya warga tempatan berusia antara 26 hingga 49 tahun.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis telah menyerbu banglo tersebut dan mendapati semua suspek tersebut menjalankan aktiviti liar.
“Dalam serbuan itu, hasil siasatan dan pemeriksaan ujian awal saringan air kencing ke atas semua suspek yang berkumpul di ruang tamu di banglo tersebut didapati positif dadah jenis ‘ketamine’ dan ‘amphetamine’.
“Kesemua suspek ditahan reman selama satu hingga dua hari bermula 14 Februari 2023 sehingga 15 Februari 2023 untuk siasatan lanjut,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Ramli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sekira didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.
“Saya bagi pihak polis negeri Pahang, memberi amaran keras bahawa tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran Kontinjen Pahang.
“Kejayaan ini adalah hasil daripada maklumat orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sentiasa peka terhadap perlakuan jenayah mahupun dadah di sekeliling mereka walaupun dilakukan di tempat yang tersembunyi,” katanya. -SAHIH.