Jalan Lama Genting Sempah-Kuala Lumpur runtuh
Jalan Lama Genting Sempah-Kuala Lumpur runtuh
BENTONG: Jalan Kuala Lumpur-Bentong (jalan lama) yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik runtuh sepanjang 50 meter Ditutup kepada semua kenderaan, hari ini.
Kejadian jalan runtuh itu di laluan FT68, Jalan Bentong-Kuala Lumpur (jalan lama) dalam kejadian banjir kilat pada jam 6.30 petang semalam.
Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku akibat hakisan tanah di sebelah kiri jalan dan aliran air masih ada di atas jalan dan penilaian kerosakan masih dalam siasatan.
Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu E8 Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak – Persimpangan Bukit Tinggi – Stesen BHP Bukit Tinggi – SMK Bukit Tinggi – Janda Baik.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, siasatan perlu disegerakan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penerokaan atau pembukaan tanah di bahagian atas bukit sehingga menyebabkan bencana itu kerap berlaku.
Beliau telah pergi ke tempat kejadian bersama ADUN Ketari, Thomas Su, untuk meninjau keadaan samasa kejadian, petang semalam dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati melalui laman Facebooknya.
Sebelum itu, akibat hujan lebat dan berlaku dengan membawa banjir kilat berlumpur menyebabkan 15 premis perniagaan dan 5 rumah turut dilanda banjir lumpur.
Pasukan Roadcare Sdn.Bhd P4- Bentong akan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kelebaran dan ketinggian kawasan runtuh. -SAHIH.