Tiga wanita maut tersepit dalam kemalangan di Jalan Muadzam-Rompin
Tiga wanita maut tersepit dalam kemalangan di Jalan Muadzam-Rompin
ROMPIN : Tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler dan kereta Perodua Myvi berhampiran Kilang Farm Fresh, Jalan Muadzam-Rompin, pada jam 10.08 malam, malam tadi.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan (KKM), manakala pemandu lori treler tersebut terselamat.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, setiba di tempat kejadian, 3 wanita yang maut itu berada dalam keadaan tersepit di dalam kenderaan yang dinaikinya.
“Seramai 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Kami melakukan penyelamatan dengan menggunakan alat khas haidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Identiti ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22 ; Nazira Ramli, 23 dan Suhada Ramli, 22.-SAHIH.