Dua rentung dalam kemalangan kereta dan lori
Foto atas : Kereta dan lori terbakar dalam kejadian kemalangan di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh-Kuala Krau, hari ini
Dua rentung dalam kemalangan kereta dan lori
TEMERLOH : Dua ditemui maut dalam sebuah kereta dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan lori di Kampung Datuk Sharif Ahmad , Jalan Temerloh- Kuala Krau pada jam 10.48 pagi, hari ini.
Kedua dua mangsa yang maut yang berada di dalam kereta itu tersepit dan ditemukan rentung , mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba tiba di tempat kejadian mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah kereta yang sedang terbakar.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau dan BBP Temerloh dengan tiga jentera bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua unit alat pemadam api, satu aliran hose, satu form dan dua aliran hose reel dengan menggunakan air tangki jentera.
“Selepas pemadaman dilakukan, didapti mangsa yang berada di dalam kereta tersebut tersepit dan hangus 100 peratus, manakala lori turut terbakar hampir 80 peratus, “ katanya.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau dan BBP Temerloh dengan tiga jentera bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua unit alat pemadam api, satu aliran hose, satu form dan dua aliran hose reel dengan menggunakan air tangki jentera,” katanya.
Katanya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.46 pagi dan operasi mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.-SAHIH.
Video kemalangan tersebut.- Ihsan Media sosial.