Guru ditemui mati selepas kereta dipandu hilang kawalan
Guru ditemui mati selepas kereta dipandu hilang kawalan
MUKAH: Seorang guru ditemui mati selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Setia Raja pada jam 1.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias dalam kenyataannya berkata, semasa kejadian, kereta dipandu mangsa, Abdul Malek Mahden, 57 dikatakan sedang bergerak dari arah Masjid Setia Raja menuju ke Simpang 4, Jalan Wawasan.
“Semasa melalui Jalan Setia 2, kereta model Toyota Vios yang dipandunya itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit.
“Ekoran daripada kejadian itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Hospital Mukah akibat mengalami kecederaan dalaman,’ katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Mukah bagi tujuan bedah siasat. Kes ini katanya masih lagi dalam siasatan.
Gambar Group WA dan PDRM Mukah