Lelaki terselamat selepas ‘tampar’ buaya
Foto atas : Mangsa, Bohri Jali, diserang buaya ketika sedang membaiki rumah, dalam kejadian di Kampung Tabuan Melayu, Kuching, pada 10 pagi, hari ini. (Gambar Facebook)
Lelaki terselamat selepas ‘tampar’ buaya
KUCHING – Seorang lelaki berusia 56 tahun terselamat daripada serangan buaya selepas bertindak menampar reptilia ganas itu, ketika sedang membaiki rumah, dalam kejadian di Kampung Tabuan Melayu, Kuching, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Bohri Jali, dikatakan bertindak pantas menampar ‘anak buaya’ yang tidak dapat dikenal pasti anggaran saiznya.
https://e4e0f7c7783535b1aa343f6098cb3369.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Walaupun terselamat, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada.
Serangan buaya bukanlah kejadian janggal berlaku di Sarawak memandangkan populasi haiwan berkenaan yang semakin bertambah.
Menceritakan detik cemas itu, anak mangsa, Zairina Bohri, 25, memberitahu, sebaik mendengar jeritan ibunya yang juga isteri mangsa, Shamsiah Narawi, dia terkejut lalu bertindak keluar untuk melihat keadaan bapanya.
“Saya mendengar jeritan ibu, menyebabkan saya terkejut lalu melihat bapa saya yang ketika itu berada di bahagian luar rumah.
“Bapa sebelum diserang reptilia ketika itu sedang membuat penambahbaikan bahagian luar rumah,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.
Katanya, berdasarkan saiz reptilia itu dipercayai ia adalah seekor ‘anak buaya’.
Bagaimanapun, beliau berharap sesiapa sahaja yang bekerja di kawasan sungai di negeri berkenaan untuk lebih berhati-hati dan berwaspada berhubung kehadiran reptilia itu.